Selamat datang

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Peragut wajar dihukum mati

SAYA ingin merujuk berita jenayah ragut seperti yang tersiar di muka depan akhbar Utusan Malaysia semalam yang membawa kepada kematian penunggang motosikal, Abdul Rahman Mohd. Kaladin,34, manakala isterinya yang membonceng, cedera parah.
Nampaknya jenayah ragut semakin berleluasa akibat nafsu serkakah peragut yang bertindak tanpa mengenal usia. Apa yang penting bagi mereka ialah mendapatkan apa saja hasil kegiatan jenayah itu tanpa mengira nyawa manusia yang diragut akan terancam.
Mereka ini begitu terdesak sekali untuk melakukan jenayah ragut tanpa mengira sama ada mangsa menyimpan wang dalam beg yang diragut atau tidak.
Mereka juga nampaknya tidak memilih bulu dan usia. Semuanya menjadi mangsa ragut mereka tanpa mengira tua atau muda, lelaki atau wanita, kaya atau miskin, berwang atau tidak. Semuanya dirembat - pantang ada peluang di depan mata.
Mereka ini ibarat kucing yang sentiasa menunggu habuan ikan di depan mata untuk diterkam. Halal haram sudah tidak dipedulikan lagi. Apa yang sempat itulah habuan mereka. Nyawa yang tidak berdosa melayang akibat perbuatan mereka tidak dipedulikan. Bagi mereka nyawa manusia tidak ada harga. Wang ringgit mengatasi segala-galanya.
Siapakah peragut yang begitu nekad ini? Bangsa apakah mereka ini? Mengapa mereka ini begitu tidak berperikemanusiaan sekali? Yang paling penting mengapa mereka ini boleh terjebak dalam jenayah ragut? Kita tidak dapat menjawab persoalan ini kerana mereka begitu cekap dan pantas melakukan kerja-kerja kotor ini. Tidak ramai yang dapat ditangkap. Ramai yang terlepas.
Adakah sikap orang ramai yang tidak prihatin menyebabkan mereka ini berani melakukan jenayah terkutuk ini? Atau penguatkuasaan yang lemah menyebabkan mereka berleluasa ibarat jong pecah jerung kekenyangan. Dan banyak lagi persoalan mengapa jenayah ini begitu berleluasa sekali.
Sudah tiba masanya kita melihat jenayah ragut ini merupakan satu kesalahan besar dan berat, setanding dengan jenayah membunuh, merompak, mengedar dadah yang boleh membawa kepada hukuman mandatori iaitu hukum gantung.
Ini kerana jenayah ragut juga boleh membawa maut kepada mangsanya. Pada asalnya perbuatan itu adalah hanya untuk meragut, tetapi apabila membawa kepada kematian maka hukum bunuh adalah hukuman yang sesuai kepada pesalah itu. Nyawa harus dibalas dengan nyawa.
Kita tidak boleh lagi berkompromi dengan penjenayah seperti ini. Kalau dibiarkan mereka akan lebih bermaharajalela dan lebih ramai lagi yang akan menjadi mangsa ragut mereka. Hukuman denda mungkin tidak sesuai dan tidak membawa penyelesaian kepada jenayah ini.
Langkah pencegahan selain penguatkuasaan undang-undang juga perlu, terutama sekali sikap orang ramai dalam mengatasi masalah ini.
Kita hendaklah sentiasa menjaga wang ringgit yang dibawa dengan diletakkan di tempat yang selamat dan bukannya diletakkan di atas bahu. Beg yang disandang yang tentunya mempunyai wang ringgit akan memudahkan jenayah ragut berlaku.
Fikirkanlah tempat yang sesuai untuk menyimpan harta benda kita, bukannya didedahkan kepada orang ramai kerana ini akan membawa kepada jenayah ragut.
Pejalan kaki dan penunggang motosikal, orang tua dan wanita amat mudah menjadi mangsa mereka. Golongan itu jangan dibiarkan berjalan sendirian kerana mereka akan mudah menjadi mangsa jenayah ragut.
Yang penting jangan membawa banyak wang, bawa sekadar keperluan untuk membeli-belah pada hari itu sahaja. Kalau semua warga masyarakat mengambil sikap berhati-hati menjaga harta benda, jenayah ini akan dapat dikurangkan. Beringatlah sebelum kena.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails