Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Nasihat berjimat menjelang Ramadan

HANYA lebih kurang sebulan lagi umat Islam di seluruh dunia akan mengerjakan ibadah yang ketiga daripada Rukun Islam yang lima iaitu berpuasa di bulan Ramadan yang penuh dengan berakah.

Pada bulan itu pintu langit akan dibuka seluas-luasnya bagi memberi peluang kepada hamba-hamba Allah untuk memohon ampun dan memanjatkan doa masing-masing serta mencari pahala sebanyak mungkin dan keredaan-Nya untuk bekalan di akhirat kelak.
Tujuan puasa adalah untuk mendidik hati dan jiwa serta mengawal nafsu sebaik yang mungkin dan dalam masa yang sama adalah untuk mengabdikan diri kepada Maha Yang Esa serta akan merasa insaf tetapi nampaknya di bulan-bulan puasa pada tahun-tahun berlalu umat Islam di negara ini lebih mementingkan apa hidangan yang lazat-lazat untuk dijamah, persediaan berbuka dengan lauk pauk berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain.
Setiap tahun harga ikan, udang, sotong, ketam, kelapa, gula dan sayuran akan naik dengan mendadak hanya kerana permintaan bahan-bahan mentah itu terlalu tinggi atas kehendak umat Islam itu sendiri.
Kalau sekarang harga ikan kembung mencecah RM12 sekilogram dan sotong, udang serta ketam telah mencecah RM20 bagaimana nanti di musim bulan Ramadan? Bagaimana pula harga daging dan ayam di masa itu?
Wang RM50 di tangan kini hanya mampu membeli dua atau tiga jenis bahan makanan apabila kita pergi ke pasar dan itu pun kalau mempunyai ahli keluarga yang kecil sahaja.
Oleh yang demikian mahu atau tidak mahu di bulan Ramadan ini kita hendaklah berbelanja mengikut kemampuan dan jangan terlalu boros kerana Hari Raya Aidilfitri pula akan menjelma untuk kita membuat persediaan dan jangan lupa tidak lama selepas itu persediaan akhir tahun pula menanti untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak sudah pasti menunggu.
Ibu bapa yang bertanggungjawab tidak akan membazir sewenang-wenangnya dan nasihat saya lagi jauhi daripada hutang sekadar untuk membeli peralatan atau hiasan rumah kerana potongan gaji bulanan dengan harga yang dikenakan berlipat kali ganda.
Adalah lebih bijak jika kita kumpulkan duit sebelum membelinya dengan harga tunai.
Entah apa sebabnya umat Islam di negara kita ini begitu unik sekali kalau di negara lain mereka sambut Hari Raya Aidilfitri hanya sehari atau dua hari tetapi mengapa kita sampai sebulan?
Walau apapun yang sebenarnya kita telah tersimpang jauh daripada makna berpuasa itu sendiri sekiranya sikap boros dan berbelanja ikut nafsu tidak dikekang sebagaimana yang dituntut oleh agama.

Batik bukan sekadar seni

Kebolehan Lazim Ismail mencanting batik membolehkan beliau menghasilkan karya seni yang tersendiri.


SEJARAH kewujudan kesenian batik tidak dapat dipastikan tetapi artifak batik tertua yang telah ditemui berusia lebih 2,000 tahun lamanya.
Secara tidak langsung, hasil seni batik itu kini dijadikan sebagai warisan peradaban dunia, lebih-lebih lagi pemakaian batik dalam busana tradisi mempunyai sejarah yang lama sejak dari zaman awal tamadun Melayu.
Batik dipakai oleh semua golongan, daripada kerabat diraja, bangsawan sehinggalah kepada rakyat jelata.
Malah seni batik itu acap kali diselitkan dalam penulisan dahulu kala contohnya seperti kain cindai yang banyak ditulis dalam hikayat-hikayat silam.
Dalam hikayat tersebut, batik dijadikan sebagai hadiah perpisahan dan lambang percintaan dalam Hikayat Malim Deman dan persalinan batik turut dijadikan sebagai tanda penganugerahan darjat dalam Hikayat Hang Tuah.
Dalam pada itu, S3 minggu ini mengurai hasil seni batik yang dihasilkan oleh pelukis dan pemilik Batik Selembut Sutera, Lazim Ismail yang terletak di Kompleks Kraf, Seksyen 63, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.
Kebolehan Lazim mencanting batik secara tidak langsung membolehkan beliau menghasilkan sebuah karya seni yang lain daripada lain.
Malah beliau juga bijak meneroka kesenian batik sehingga berjaya menghasilkan lukisan bercorak batik yang kebiasaannya hanya boleh dilihat pada kain batik atau baju batik.
Karya-karya beliau itu banyak menyentuh kepada penggunaan corak tradisional yang kreatif.
Berpengalaman selama 30 tahun dalam penghasilan seni canting batik, Lazim kini merupakan antara orang lama yang masih lagi memperjuangkan kesenian tersebut.
Lazim berkata, minat menghasilkan batik itu diperoleh sejak beliau bekerja di kilang Alfa Batik di Johor Bahru.
Daripada pengalaman yang dipelajari ketika bertugas di kilang tersebut, Lazim memberanikan diri membuka kedai batik sendiri.
Pada mulanya, beliau menghasilkan baju batik, kemeja T bercorak batik, kad dan perhiasan dinding daripada corak bunga hingga kepada corak dasar laut.
Tetapi lama-kelamaan, beliau mendapat ilham untuk menjadikan corak batik sebagai lukisan dan hasilnya amat menarik.
“Kalau dahulu, seni batik ini lebih kepada penghasilan pakaian sahaja tetapi hari ini seni batik lebih meluas sehingga ia boleh dijadikan sebagai perhiasan.
“Orang ramai juga telah mengiktiraf seni batik sebagai salah satu hasil seni yang lain daripada lain, lagipun kita sudah biasa lihat lukisan yang dilukis di atas kanvas.
“Bagi pelancong asing yang datang ke negara kita pula, ada antara mereka tidak pernah melihat corak tersebut dan bagi mereka, corak batik amat unik dan ia merupakan suatu kelainan,” katanya.
Beliau berkata, idea untuk mengembangkan hasil seni batik itu kepada perhiasan dinding timbul apabila beliau melihat sambutan yang diberi di kalangan pelancong yang singgah ke kedainya.
“Batik juga macam lukisan, bezanya warna batik lebih menarik dan ia lebih sukar dihasilkan.
“Bagaimanapun, corak batik juga boleh dijadikan lukisan bertema seperti tema kampung. Kalau tema kampung, pelukis boleh hasilkan lukisan bercorak suasana kampung dari luar rumah hinggakan kepada aktiviti di kampung,” jelasnya.
Menurutnya, corak batik Malaysia kini semakin berkembang dan ia semakin diminati di kalangan pelancong.
Antaranya, corak bunga raya, bunga sepit udang, manggis, pokok, lasam, tangga mas, sinar mas, terang bulan, belah ketupat, jalur Malaysia, serong dan retak seribu.
“Corak batik Malaysia kini semakin berkembang setelah melalui proses evolusi dari corak terap asal kepada asimilasi pengaruh seni batik Indonesia dan kesenian moden seperti corak abstrak.
“Dengan perkembangan tersebut, populariti batik semakin meningkat dan digemari ramai lebih-lebih lagi setelah kemunculan pewarna baru yang sesuai digunakan pada kain sutera pada pertengahan 1990,” ujarnya.
Bagi mereka yang berminat untuk menempah hasil seni batik, boleh menghubungi terus di talian 012-6160897.

MRT miliki ciri mesra alam

PERBINCANGAN hangat yang sedang diperkatakan tentang projek MRT Lembah Klang bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana projek ini merupakan projek prasarana yang terbesar bagi Malaysia sehingga kini.
Sekurang-kurangnya semua orang bersetuju bahawa MRT akan memberi sumbangan besar ke arah mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar dan membolehkan kita semua bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan cepat tanpa menambah kepada pencemaran alam sekitar.
Kita tidak boleh terus berdegil dan enggan ke tempat kerja tanpa menggunakan kereta persendirian. Sekiranya amalan ini diteruskan, kita akan menghadapi kesesakan trafik, pengeluaran asap ekzos kereta berlebihan dan kesukaran mencari tempat meletak kenderaan.
Tabiat buruk kita membawa kepada lebih banyak pokok ditebang untuk membina jalan raya dan tempat meletak kereta. Kawasan-kawasan ini sepatutnya dijadikan taman dan ditanam dengan pokok-pokok.
Saya menyeru rakyat Malaysia agar memikirkan masa depan negara kita dan mencari jalan untuk menggunakan sumber yang kita miliki dengan lebih efisien.
Minyak merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui dan semakin kehabisan. Sistem MRT menggunakan tenaga elektrik yang dijana daripada sumber boleh diperbaharui seperti tenaga air dan angin.
Penghasilan tenaga ini juga tidak mencemarkan alam sekitar dan mesra alam. MRT adalah demi kebaikan masa depan kita semua.

Umat Islam tidak perlu ikut ramal tarikh kiamat

BANYAK diperkatakan tentang ramalan terjadinya kiamat pada hujung tahun 2012 dan berbagai ramalan serta pendapat diutarakan oleh mereka yang berminat benar tarikh jatuhnya hari kiamat itu.
Ada yang mengatakan bahawa mengikut kalendar mistik kaum Maya putaran bintang Marikh yang songsang ketika ini adalah tandanya.
Begitu juga ramalan oleh seorang tokoh ahli falak Perancis, Dr. Nastradamus yang hidup di sekitar abad ke-16 mengatakan bahawa kiamat akan muncul di awal kurun 21.
Beliau telah banyak membuat ramalan dan kebanyakannya tepat seperti meramalkan tercetusnya perang dunia pertama dan perang dunia kedua.
Kini yang menjadi tanda tanya mengapa pula dengan mudahnya umat Islam yang mengaku berpegang teguh dengan ajaran Islam mempercayai bulat-bulat ramalan sebegitu sedangkan kita telah diajarkan bahawa walaupun tanda-tanda kiamat telah ada, sebagai umat Islam tidak sepatutnya menggadaikan akidah kita untuk mempercayai bilakah akan kiamat sedangkan tiada satu makhluk pun boleh mengetahuinya termasuk para Nabi dan Rasul kerana ia adalah semata-mata urusan Allah dan tidak perlu kita bersusah payah untuk membuat andaian bilakah tarikh kiamat sebenarnya.
Setelah golongan Yahudi dan Nasrani membuat ramalan serta kaum Maya kini, kita pula terpengaruh membuat ramalan sendiri kononnya kiamat akan berlaku pada Hari Jumaat di masa Hari Raya Aidil Fitri 2012 yang diramalkan jatuh pada hari Jumaat juga.
Ditambahkan lagi filem Hollywood yang mengisahkan tragedi dahsyat berlaku pada hari kiamat dalam filem 2012'.
Walaupun sebagai umat Islam yang berwawasan dan teguh pada segala ajaran agama tidak akan terpengaruh dengan segala ramalan seperti itu kerana kita diajar supaya apa juga masalah dan pendapat terlebih dahulu hendaklah merujuk kembali kepada kitab suci al-Quran dan Hadis yang sahih.
Lupakan sahaja tentang hari kiamat kerana hari kiamat pasti akan menjelang sama ada kiamat besar atau pun kiamat kecil iaitu apabila sampai masanya kita dijemput oleh Malaikat Isra'il untuk kembali menghadap Allah dan itu sudah pasti.

Amalkan kesederhanaan berimbang

SEBAGAI sebuah agama yang sempurna dan syumul, Islam telah mengutarakan beberapa asas bagi menjaga perpaduan dan mewujudkan persefahaman antara agama dan budaya yang berbeza.
Antara yang dituntut oleh Islam adalah amalan kesederhanaan di dalam pelbagai aspek kehidupan; daripada kefahaman keagamaan, hinggalah kepada hubungan individu dengan masyarakat sekitarnya, serta aspek-aspek pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara dan hubungan antarabangsa.
Dalam pada kita meraikan keseimbangan dan penjagaan hak-hak individu lain, bukanlah dengan jalan melupuskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam.
Sebaliknya, pada masa yang sama Islam dijunjung dan dimartabatkan serta dibuktikan keunggulannya.
Prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam terus diberi perhatian untuk diterapkan di dalam pelbagai aspek kehidupan individu dan masyarakat dalam pembinaan dasar berkaitan pentadbiran negara, tanpa meminggirkan penganut agama lain untuk terus mengamalkan ajaran mereka.
Ummatan wasatan merupakan umat yang sederhana, adil, tidak berat sebelah dalam hal dunia dan akhirat serta berimbal dalam seluruh aspek kehidupan.
Berdasarkan kepada konsep ini, kita diseru agar mengimbangi antara tuntutan rohani dan jasmani serta hambatan dunia dan akhirat, kerana keseimbangan dan kesederhanaan ini amat penting dalam mewujudkan perpaduan dan keharmonian hidup, lantas menentukan kejayaan individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Apabila membicarakan tentang tawarikh Islam di Nusantara, sebetulnya wujud pelbagai pendapat dan perbahasan.
Ada banyak teori tentang bagaimana dan bilakah Islam telah sampai ke rantau sebelah sini. Sama ada ia telah datang terus dari jazirah Arab, benua kecil India ataupun dari tanah besar China.
Namun, satu hakikat yang diketahui secara hakiki adalah ketibaannya secara aman melalui para pedagang dan mubaligh. Dua sumbangan besar Islam kepada Kepulauan Melayu adalah bahasa bertulis dan pemikiran saintifik.
Hasil gabung jalin pegangan kepada Mazhab Syafie, aliran Ahlisunnah Wal Jamaah dan budaya tempatan telah membentuk satu pendekatan yang amat unik kepada penganut Islam rantau ini.
Keunikan ini dapat dilihat dari metodologi dakwah digunapakai oleh para wali songo yang mengambil kira persekitaran sosiobudaya dan sosioekonomi kumpulan sasar mereka.
Masalah mula timbul apabila pengaruh asing mula menyerap dan menular di celah umat Islam di sini tanpa memahami dan mengambil kira persekitaran tempatan.
Ia telah menyebabkan bercambahnya ajaran yang bersifat tidak Islamik di rantau ini yang berasaskan keganasan dan sifat tidak toleran.
Membunuh diri misalnya bukan ajaran Islam. Malah, ia adalah haram walau apa pun justifikasinya.
Sememangnya, kita berasa pelik kenapa atas dasar mengislahkan umat, yang perlu dimusuhi dan diperangi adalah umat Islam itu sendiri.
Asas-asas ajaran serta doktrin asing ini perlu diperangi bagi memastikan keharmonian umat Islam di rantau ini terus utuh dan ukhuwah umat terus terpelihara.
Lembaran sejarah Rasulullah SAW juga telah menyaksikan bahawa dalam setiap aspek sama ada dakwah, pentadbiran negara, kehakiman, hubungan diplomatik mahupun amalan adat resam dan kebudayaan, Baginda tidak menunjukkan sikap ekstrem.
Malah, pendekatan yang diperkenalkan oleh Baginda SAW adalah pendekatan wasatiyyah kerana hanya dengan jalan ini Islam dapat diterima oleh semua bangsa.
Terkandung dalam kisah atau cerita Malaysia itu sendiri adalah manifestasi pelaksanaan cara dan falsafah wasatiyyah atau terjemahan hampir ke dalam bahasa Inggerisnya 'justly balanced'.
Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum dengan 60 peratus warganegaranya menganut agama Islam.
Minoriti besar rakyat Malaysia sejumlah 40 peratus yang lain pula menganut pelbagai agama.
Hakikatnya, bukan sahaja agama yang dianuti warga Malaysia berbeza malahan bahasa, budaya dan taraf sosioekonomi juga tidak sama.
Kendatipun di Malaysia wujud kepelbagaian yang kompleks, kedudukan Islam telah dimaktubkan secara rasmi di dalam undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh atau Perlembagaan Negeri.
Ia telah diperkemaskan lagi dengan penubuhan institusi-institusi bagi mentadbir dan melaksanakan undang-undang syariah serta memajukan kepentingan sosial serta ekonomi penganut Islam. Jelasnya, Islam di Malaysia bukan setakat agama ritual namun telah diamalkan sebagai cara hidup yang syumul.
Sekalipun Islam telah diberikan kedudukan perundangan dan pentadbiran yang 'preeminent' atau yang tertinggi di atas yang lain dek kerana statusnya sebagai agama persekutuan, juga selaku agama yang dianuti majoriti rakyat Malaysia serta menjadi kepercayaan yang telah memainkan peranan penting di sudut sejarahnya dalam pembentukan identiti kehidupan bernegara, agama-agama lain tetap diberi jaminan perlembagaan serta bebas diamalkan secara aman.
Di dalam mengurus perhubungan etnik dan agama di Malaysia, kerajaan semenjak merdeka telah memilih untuk dipandu falsafah integrasi berbanding asimilasi.
Beza kedua- dua falsafah pemandu ini amat besar.
Integrasi bermakna kepelbagaian dihormati, dikekalkan seterusnya diraikan. Ia selaras dengan prinsip ajaran Islam bahawa tidak ada paksaan di dalam beragama dan kepelbagaian adalah asas untuk kenal-mengenali sebagai satu kerahmatan.
Berbeza dengan kaedah integrasi, kaedah asimilasi melakurkan perbezaan bagi tujuan mencipta indentiti yang sama.
Malaysia menolak kaedah ini bagi membina negara kerana tidak bersesuaian dengan realiti yang ada.
Hasil daripada mengamalkan pendekatan wasatiyyah ini semenjak berdekad-dekad, Malaysia sebagai sebuah negara Islam demokratik telah muncul menjadi sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.
Kita juga telah berjaya menyanggah tanggapan stereotaip selama ini tentang kononnya sesebuah negara Islam itu lazimnya tidak demokratik, bersifat autokratik, walau kaya dengan sumber asli namun gagal menguruskannya dengan baik, tiada pula keadilan sosial.
Lantaran itu, Alhamdulillah, kita bersyukur dan berterima kasih kepada bapa-bapa pimpinan terdahulu yang telah merentas denai dan menyuluh contoh teladan.
Jalan yang telah mereka pilih telah memastikan Malaysia bukan sahaja terus aman damai bahkan maju dan makmur.
Pendek kata, ajaran Islam adalah bersifat benar tetapi yang salah apabila umat itu gagal untuk mengikut ajaran Islam yang betul.
Sesungguhnya, kesederhanaan berimbang yang kita dambakan bukanlah kesederhanaan menurut tafsiran pihak luar atau pihak Barat yang terus cuba mencanai umat Islam mengikut tasawwur mereka.
Sebaliknya, wasatiyyah dalam permaknaan dan pengertian kita adalah, wasatiyyah yang dididik dan diteladankan oleh Nabi Muhammad SAW melalui rentetan sirah, antaranya semangat piagam Madinah dan perjanjian Hudhaibiyah serta kesederhanaan berimbang para Khulafa al-Rasyidin serta para sahabat yang kemudian.
Selain itu, di arena kebangsaan dan antarabangsa kita telah memperlihatkan bahawa kita bukan setakat beretorik dalam isu ini malah kita telah mengamalkannya secara istiqomah.
Di peringkat global, kita berbaik dengan semua negara sama ada negara Islam atau tidak, namun atas dasar prinsip, kita tidak akan sekali-kali lari dari menyatakan apa yang benar.
Kita akan terus memperjuangkan isu dan hak asasi rakyat Palestin untuk mendapatkan sebuah negara yang merdeka.
Memperjuangkan yang haq dan menegur yang batil.
Hasilnya, kita telah membentuk imej sebuah negara Islam berwibawa dan berkemampuan sehingga berupaya menghantar pasukan pengaman di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bagi melindungi umat Islam di Bosnia Herzegovina juga mengamankan negara Islam Somalia.
Kita juga telah menempatkan anggota misi pengaman di Selatan Lubnan dan menghantar doktor-doktor wanita ke Afghanistan.
Makanya, kenapa kita sebagai umat yang bermaruah sanggup membenarkan Islam dipandang remeh dan diperkotak-katik lantaran ketidakmampuan mengurus maslahah umat Islam itu sendiri?
Persoalannya di sini, kenapa pihak ketiga yang selalunya bukan negara Islam diberi kepercayaan dan sandaran untuk menjadi wasit rujukan atau pertelingkahan?
Kenapakah rasuah, salah tadbir, salah urus dan ketidakcekapan sering menandai pengurusan negara Islam? Sedangkan kita tahu ajaran Islam seperti mana terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya mampu menjadi panduan yang jelas.
Jawapannya adalah, kita sewajarnya memperbetulkan ehwal kita dahulu sebelum kita mampu menjadi obor petunjuk kepada umat manusia sebagaimana umat Islam satu ketika dahulu.
Kita perlu mengakui hakikat keperluan untuk berintrospeksi, seterusnya mengambil tindakan pembaikan.
Ternyata, masalah umat Islam adalah masalah dalaman yang walaupun tampak seolah sukar dikawal urus tetapi jalan penyelesaiannya memang ada dan memang wujud dengan kembali berpegang kepada ajaran Islam sebenar.
Mutakhir ini, keharmonian di kalangan penganut agama yang berbeza di Malaysia sedikit tercalar.
Ini berlaku kerana ada pihak yang mahu mempolitikkan agama sama ada di kalangan penganut Islam atau di kalangan bukan Islam.
Dalam sebuah negara yang berbilang kaum polemik tentang agama harus diurus dengan berhemah dan cermat.
Ini kerana perbincangan berkaitan agama mampu membakar perasaan semua pihak. Sememangnya di dalam sebuah negara yang demokratik setiap individu bebas menyuarakan pendapat asalkan tidak melanggar undang-undang.
Menyuarakan pendapat yang diketahui mampu membakar perasaan penganut agama lain akan mengundang kenyataan balas yang provokatif dan bukanlah satu tindakan bertanggungjawab.
Dari itu, semua pihak sewajibnya berhati-hati dan mengambil pendekatan yang bijaksana demi kestabilan nasional.
Malah, itulah yang dituntut dalam setiap ajaran agama.
Pada zaman ini, di mana masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya, tinggal dan berinteraksi sesama mereka di dalam sesebuah negara atau masyarakat antarabangsa, aspek perpaduan, toleransi seterusnya penerimaan total merupakan faktor utama yang menjadi penyokong kepada pembangunan negara dan keamanan dunia.
Sekiranya wujud perpaduan, toleransi dan penerimaan total antara kaum dan penganut-penganut agama yang berlainan, maka agenda-agenda pembangunan masyarakat yang direncanakan serta dilaksanakan dengan mudah yang akan memberi manfaat kepada semua pihak.
Sebaliknya, sekiranya wujud kepincangan kesatuan dari aspek perpaduan, toleransi dan penerimaan total tersebut, maka itu akan membawa kepada keadaan huru-hara.
Apa yang mustahak, pada hari ini, kita telah mengihyakan Wasatiyyah sebagai "guiding principle" atau prinsip pedoman kepada gagasan 1Malaysia; 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. Inilah falsafah dan formula yang akan merealisasikan aspirasi negara dalam mencapai Wawasan 2020.
Benarlah, Islam adalah agama rahmat kepada seluruh manusia. Dasar-dasar pemerintahan Islam tidak menolak kepentingan penganut agama lain.
Sejarah telah membuktikan bahawa di beberapa wilayah Islam misalnya, masyarakat bukan Islam juga terlibat dalam urusan pentadbiran.
Misalnya di Andalusia, terdapat wilayah-wilayah tertentu telah diperintah oleh kaum Yahudi.
Masyarakat Kristian dan Yahudi ketika itu telah menerima wilayah-wilayah ini sebagai wilayah Islam tanpa sebarang tekanan dan paksaan.
Aspek pengagihan kekayaan dan keadilan sosial juga merupakan faktor penting di dalam mewujudkan kestabilan dalam kalangan masyarakat, dan kestabilan ekonomi sesebuah negara.
Aspek ini telah diberi penekanan oleh kerajaan agar kekayaan negara diagihkan secara adil dan saksama kepada semua kaum yang ada di negara ini.
Pendek kata, dalam setiap usaha pembangunan dan kemajuan negara, kita telah lama menjurus kepada konsep negara berkebajikan.
Jika disoroti sejarah pemerintahan Islam pada zaman Khalifah- khalifah al-Rashidin, masyarakat bukan Islam diberikan layanan yang baik dan tidak dipinggirkan daripada menikmati kekayaan negara.
Berlaku satu peristiwa apabila Khalifah 'Umar al-Khattab r.a bertemu seorang tua keturunan Yahudi sedang meminta sedekah.
Beliau sangat bersimpati dengan keadaan orang Yahudi itu dan bertanya akan hal yang menyebabkan demikian.
Orang Yahudi itu menjelaskan keadaannya yang uzur menyebabkan beliau tidak berkemampuan untuk bekerja.
Pendek kata sejak dulu lagi kita telah memberi tumpuan kepada usaha membela nasib rakyat.
Malah perjuangan yang menjurus kepada negara berkebajikan juga telah lama diperjuangkan oleh kerajaan.
Maka adalah agak pelik dan ajaib apabila ada pihak yang mencanangkan dan menguar-uarkan mahu memperjuangkan negara berkebajikan.
Mereka sebenarnya baru berfikir untuk mewujudkan negara berkebajikan sedangkan kita sudah lama memperjuangkan negara berkebajikan ini.
Saya tak perlu menghuraikan dengan lebih panjang mengenai usaha kerajaan kerana ia telah dibuktikan menerusi pelbagai usaha seperti penubuhan Felcra, Risda, universiti dan pelbagai lagi.
Bukankah ini ke arah negara berkebajikan yang sudah lama kita perjuangkan?
Tidak perlulah mahu mengambil modal negara berkebajikan yang kerajaan sudah sedia perjuangkan dan ada hari ini.
Setelah mendengar jawapan itu, Khalifah 'Umar al-Khattab r.a. terus membawa orang Yahudi itu ke rumahnya dan kemudian menghantarnya ke Baitulmal. Di sana 'Umar al-Khattab r.a. memerintahkan supaya diberi bantuan kepada warga tua Yahudi tersebut. 'Umar al-Khattab r.a. berkata yang bermaksud: "Tidak ada keadilan sekiranya kita pungut jizyah daripada mereka ketika mereka masih muda dan meninggalkan mereka apabila mereka tua".
Demikianlah betapa indahnya diperlihatkan dalam cerita sahabat akan pendekatan perhubungan antara Islam dan bukan Islam atas prinsip wasatiyyah dengan semangat ehsan manusiawi yang tinggi.
Oleh yang demikian, sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian agama dan budaya, ingin saya jelaskan sekali lagi bahawa pendekatan Wasatiyyah di Malaysia amat perlu di titikberatkan, ia bukanlah satu pilihan bahkan satu imperatif untuk memacu kita mencari hasanah di dunia dan hasanah di akhirat dalam konteks mencapai al-Falah.
Kesimpulannya, saya berharap agar konvensyen yang akan berlangsung selama dua hari ini, dimanfaatkan oleh kita semua, bagi mendalami konsep wasatiyyah dan sama-sama memikirkan jalan terbaik untuk melaksanakannya dalam segala aspek berkaitan kehidupan individual dan masyarakat.

Sampah adalah sumber kekayaan

Jenis-jenis sampah adalah berbagai daripada kereta buruk, pecahan binaan rumah, sisa makanan, perkakas elektrik rosak, sisa daunan, bahan kaca, aneka jenis logam dan plastik.
Kebanyakan kita mencemik dan meremehkan peranan sampah walhal ia merupakan sumber yang boleh diguna semula, malah menjadi rezeki kekayaan kepada mereka yang rajin berusaha.
Bahan sisa logam, kertas, plastik dan kaca boleh diguna semula oleh industri kilang. Manakala sisa makanan dan daunan boleh dijadikan baja kompos yang berharga tinggi di pasaran.
Pecahan batu rumah boleh diguna semula sebagai pemenuh ruang kawasan pembinaan rumah baru. Sisa berkayu pula boleh menjadi bahan bakar kepada janakuasa biomass. Jika kita mengabungkan semua sumber sisa kelapa sawit, penanaman padi, getah dan sisa kayu perabot barangkali mampu untuk menjana separuh daripada jumlah tenaga elektrik negara.

Tarif baru elektrik bukan alasan naik harga barang

TARIF elektrik telah dinaikkan sebanyak 7.1 peratus mulai 1 Jun yang lalu. Menurut pengumuman yang dikeluarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) 75 peratus pengguna tidak akan terlibat dengan kenaikan ini. Hanya pengguna isi rumah yang tinggi penggunaannya dan pengguna industri yang akan membayar lebih.

Maknanya majoriti rakyat tidak akan merasa kesan daripada kenaikan tarif tersebut. Sambil kita bercakap tentang mereka yang mengikat perut memastikan bil bulanan mereka tidak melebihi RM20 sebulan, kita dapati memang terdapat banyak pembaziran elektrik yang berlaku.
Kita ambil contoh saja di hotel-hotel di sekitar bandar raya, kita masuk saja ke dalam mana-mana hotel kebanyakannya memang meletakkan suhu hawa dingin mereka begitu rendah, seolah-olah kita mengalami 'musim sejuk dalam negara tropika'.
Sesiapa yang menghadiri seminar atau ceramah di hotel-hotel tersebut sepanjang hari akan merasakan keadaan yang begitu sejuk.
Kita dapati pembaziran kuasa elektrik ini berlaku di merata tempat termasuk lampu-lampu jalan yang terpasang waktu siang, kononnya dilakukan load shedding.
Dalam pengumumannya semasa mengumumkan kenaikan tarif elektrik tersebut, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh mengatakan tidak ada sebab kenapa pengilang patut menaikkan harga barang pengeluaran mereka melebihi paras yang wajar kerana tenaga mungkin hanya sebahagian kecil daripada keseluruhan kos pengeluaran.
Itu adalah harapan kita semua. Malangnya peniaga akan mencari apa jua alasan yang membolehkan mereka menaikkan harga barang-barang.
Walaupun kerajaan bersetuju untuk tidak menaikkan harga minyak buat sementara ini kecuali kalau harga setong minyak dunia naik antara AS$110-AS$120 rakyat keseluruhannya perlu menerima hakikat bahawa menunggu masa saja untuk harga minyak ini dinaikkan.
Cuma jumlah yang bakal dinaikkan saja yang kerajaan akan berhati-hati kerana kenaikan yang terlalu besar akan menimbulkan keresahan kepada rakyat.
Ada pendapat yang mengatakan kenaikan sebanyak AS$0.06 (RM0.18) akan menambahkan kadar inflasi kita sebanyak 0.5 peratus. Harga sekarang ialah AS$0.63 sen.
Inflasi juga perlu dikawal kerana ia menyebabkan nilai mata wang kita merosot sekiranya terlalu tinggi.
Ada juga pendapat yang mengatakan disebabkan subsidi dalam pelbagai barangan yang diberikan, kita tidak menunjukkan harga sebenar sesuatu barang itu.
Oleh itu kita akan terus dibuai oleh persepsi yang harga barang yang telah diberikan subsidi itulah harga sebenar dan sekiranya subsidi ditarik maka ramai yang akan mengatakan tidak wajar.
Sebenarnya sebarang pembatalan subsidi perlu diseimbangkan dengan beberapa perkara yang lain seperti pembaziran dalam kewangan kerajaan yang setiap tahun menjadi teguran oleh Ketua Audit Negara dan kenaikan faktor produktiviti keseluruhannya yang pada masa ini begitu rendah.
Saya bersembang dengan seorang yang membesar semasa belanja ke sekolahnya dulu hanya lima sen yang mampu dia membeli sarapan nasi lemak dan siling satu sen boleh memberikan dia air batu gosok bersirap (ais kepal).
Tapi rakyat perlu ingat nilai mata wang berubah jadi membandingkan 30 atau 40 tahun dulu dengan sekarang tidak wajar.
Banyak bencana yang kita lihat berlaku masa kini tidak kerap berlaku dulu yang menyebabkan hasil pertanian misalnya tergugat sehingga menyebabkan harga barangan berkaitan melambung naik seperti yang berlaku tidak lama dulu dengan bahan asas, bawang.
Bencana terbaru yang kita diberitahu ialah bakteria E-coli di Eropah menyebabkan banyak kematian dan membuatkan Rusia mengharamkan pengimportan sayur-sayuran daripada negara-negara Kesatuan Eropah.
Gempa bumi di Jepun pada 11 Mac yang lalu menyebabkan banyak negara tidak mengimport barang makanan dari Jepun kerana takut akan kesan radioaktif daripada kesan kebocoran loji nuklear mereka.
Ketidaktentuan harga minyak ada kaitan dengan beberapa perkara seperti apa yang berlaku di negara-negara Asia Barat yang sedang dilanda angin perubahan dan ini menjejaskan sedikit sebanyak pengeluaran.
Keadaan ekonomi negara seperti Amerika Syarikat yang masih bergelut dengan pemulihan juga mempengaruhi harga minyak. Ada yang menjangkakan penggunaan akan berkurangan, harga minyak akan turun, kemudian ada pula pendapat mengatakan ada tanda-tanda pemulihan, jadi harga minyak naik.
Seperkara lagi yang perlu kita fahami ialah minyak diperdagangkan sebagai suatu komoditi di pasaran hadapan dan ia tentu sekali jadi bahan spekulasi pelbagai pihak macam juga mata wang dan lain-lain komoditi.
Perubahan harga itu berlaku setiap minit. Unsur spekulasi itu adalah sesuatu yang kita tidak boleh lari dalam dunia kewangan hari ini.
Hanya pakar-pakar yang tinggi ilmu mereka saja yang mampu memberi jaminan boleh menurunkan harga minyak di negara kita.
Lagi pun bukan payah bagi seseorang memberi jaminan yang dia boleh menurunkan harga minyak kalau berkuasa.

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket