Selamat datang

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Pengalaman saya di permata pintar bahagian 1

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera.

Sebelum itu, saya minta maaf kerana sudah 2 minggu tak post artikel kerana kesibukan di Permata Pintar.
Di sini saya ingin berkongsi kepada semua pengunjung blog mengenai perkembangan saya di sini.

1. Saya merupakan ahli kelab robotik & mendapat jawatan naib setiausaha.
2. Selain itu, saya juga ahli PBSM & permainan outdoor tetapi tiada jawatan.
3. Sistem pembelajaran di sini berbentuk universiti real. Contohnya, satu subjek ke satu subjek lain mestilah kami bergerak ke tempat lain mengikut tempat ditetapkan oleh instruktor.
4. Ada sesetengah cikgu mengajar pelbagai cara, bukannya cara yang diajar di sekolah biasa. Contohnya,ada berbentuk presentation, mengajar lebih detail, mengajar ilmu sekolah bercampur universiti sehinggakan saya pun menjadi pening kepala mahu faham ajaran cikgu, dokumentari & sebagainya.
5.Nota terpulang ingin buat atau tak, juga kertas atau buku. Kerja sekolah pun macam-macam jenis. Contohnya, buat power point presentation, dokumentari & banyak lagi cara.
6. Ada sesetengah subjek & topik yang cikgu ajar ada yang saya faham serta ada yang kurang faham. Maklumlah sahajalah.

7. Untuk pengetahuan semua, ujian pertengahan semester 1 (ujian bulanan 1) diadakan pada 30/3 hingga 6/4. Doakan saya semoga dapat result cemerlang dalam ujian ini.
8. Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak akan datang pada 21/3 ini. Tun Dr Mahathir pula datang pada 29/3 ini. Itupun kalau muka saya masuk tv buletin utama malam itu.
9. Dua minggu lepas, ada audition untuk bergabung dengan pelajar tingkatan 5 untuk pertandingan teater drama "Onar". Saya ada sertai tetapi tak dapat. Lagipun, ada rancangan Allah swt yang aturkan lebih baik daripada itu.
10. Sekarang ini, ada pemilihan untuk sertai mathematics olimpiad peringkat antarabangsa. Untuk yang terpilih itu kena training sebelum bertanding pada Januari tahun depan. Namun begitu, saya tidak terpilih untuk mengikut kursus bengkel math olimpiad pada 9-13 Mac ini. Tunggu sahajalah selepas cuti sekolah.
11. Allhamduillah tidak terkata  kerana dapat bertanding robotik peringkat kebangsaan rasanya. Team kami buat tema "Robot Connecting People". Namun begitu, orang baru macam ini harus belajar asasnya (buat sumo robot). Barulah kami buat programming & on projek kami. Justeru, saya minta semua pengunjung blog ini doakan & sokong usaha saya semoga berjaya & dapat sumbangkan kepada negara atas nama Allah & Rasul. Insya-Allah.

Saya minta maaf kerana menulis artikel campur bahasa kerana sudah terbiasa bercakap bahasa Inggeris. Hal ini kerana siapa yang berucap di pentas dalam kalangan pelajar, wajib berucap dalam Bahasa Inggeris. Pengarah & Timbalan Pengarah kami pun wajib berkomunikasi bahasa Inggeris dengan beliau berdua & mereka juga berucap dalam bahasa Inggeris semasa perhimpunan rasmi.

12. Sememangnya kerja kami santai tetapi membebankan.
Nanti kalau ada masa, saya akan post artikel terkini atau berkongsi cerita nanti. Cuba pengunjung blog ini bayangkan kalau saya pergi ke luar negara, mungkin blog ini ditukarkan dengan bahasa Inggeris. Rasanya mungkin kerana setiap orang yang belajar di negara barat, balik ke tanah air nanti susah bercakap bahasa Melayu.

Kalau pengunjung blog yang bacakan artikel ini, doakanlah saya anything. Jangan ignore artikel ini.
Itu sahaja. Kalau ada anak yang berusia 9-15 tahun ambil ujian ukm 1. Banyak peluang yang ada dengan syarat usaha yang tinggi. Laman webnya:
http://ukm1.permatapintar.edu.my/

Pemimpin sejati sentiasa prihatin bela rakyat

RASULULLAH SAW ialah pemimpin teragung pernah dilahirkan di muka bumi ini. Baginda seorang pemimpin yang menyatukan kabilah-kabilah yang bergaduh di bawah panji Islam.
Baginda menunjukkan ciri-ciri kesatuan ummah supaya umat Islam bersatu padu sepanjang masa. Baginda diangkat sebagai pemimpin terbaik sepanjang zaman yang membela umatnya.
Rasa kasih baginda kepada umatnya tidak kira masa. Keprihatinan baginda terhadap umatnya tiada tolok bandingnya. Baginda mementingkan orang lain berbanding dirinya sendiri. Baginda tidak sesekali meninggalkan orang lain ketika kesusahan. Tidak pula hanya bercakap kosong dengan menabur pelbagai janji tetapi tidak pula ditunaikan. Jauh sekali mengaut kekayaan atas kapasitinya sebagai pemimpin terulung.
Baginda tidak meninggalkan sebarang harta kecuali al-Quran dan hadis yang menjadi sumber rujukan utama umatnya. Kepimpinan dan keperibadian baginda mencerminkan betapa indahnya itu Islam. Baginda sentiasa diingati setiap masa.
Sewajarnya, pemimpin-pemimpin di Malaysia menjadikan baginda sebagai idola pemimpin terbaik di dunia. Nasib rakyat wajib dibela. Usahlah hanya menabur pelbagai janji tetapi janji-janji tersebut hanya sekadar tinggal janji-janji manis kerana ia tidak realistik. Rakyat Malaysia memerlukan pemimpin yang sentiasa membela rakyat. Kekayaan negara diagih-agihkan dengan adil untuk rakyat. Yang kaya membantu yang miskin. Yang miskin pula bertanggungjawab untuk sentiasa mempertingkatkan taraf ekonomi mereka.
Pemimpin yang baik sentiasa memikirkan dan melaksanakan janji-janji untuk membela nasib rakyat. Tanggungjawab pemimpin amat besar sama sekali dan akan ditanya di akhirat nanti sejauh manakah beliau melaksanakan amanah dengan baik. Apabila disebut pembelaan, rakyat mahukan kehidupan yang selesa, makmur dan bahagia. Jika tidak diurus dengan baik, lihatlah apa yang terjadi di Mesir. Rakyat memberontak dan sehingga sekarang negara tersebut masih lagi bergolak. Pergaduhan sesama rakyat terbawa-bawa sehingga ke padang bola. Semuanya bermula dek kerana negara ditadbir urus mengikut hawa nafsu sendiri. Bukan untuk membela rakyat tetapi digunakan untuk kepentingan diri sendiri. Nescaya, pemimpin sebegini tidak ke mana. Lambat lalu rakyat akan memberontak.
Pemimpin yang lupa daratan akhirnya akan rebah jua. Walhal, Rasullullah SAW dengan jelasnya mengajar umatnya bagaimana untuk menjadi pemimpin yang baik dan disayangi rakyat. Dalam konteks negara kita Malaysia, pelbagai program pembangunan ekonomi dilaksanakan sejak dahulu lagi. Namun demikian, banyak lagi program yang melibatkan pembangunan ekonomi rakyat perlu dilaksanakan. Program-program terbaru yang melibatkan produk-produk ekonomi 1Malaysia seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, Perumahan Rakyat 1Malaysia, Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia, SARA 1Malaysia dan Baucar Buku 1Malaysia serba sedikit mampu melegakan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.
Tidak kurang juga, ada cadangan menetapkan gaji minimum para pekerja sektor swasta. Semuanya untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan pada masa yang sama berusaha untuk mempertingkatkan pendapatan rakyat. Rakyat mengharapkan program-program sebegini diteruskan pada setiap masa. Manakala idea-idea terbaru untuk memperkukuhkan lagi ekonomi rakyat diketengahkan agar kualiti kehidupan rakyat dapat dipertingkatkan. Rakyat juga berharap segala bantuan diberikan bukanlah sebagai "gula-gula" menjelang pilihan. Tidak kira apa pun tindakan, ia perlu disusuli dengan keikhlasan.
Pemimpin yang baik juga tidak boleh sesekali terlalu memanjakan rakyatnya dengan memberi pelbagai bantuan yang keterlaluan. Lihatlah contoh yang berlaku di negara-negara Eropah seperti Greece dan United Kingdom (UK). Rakyatnya diberikan kemewahan yang palsu semata-mata untuk menjadikan pemimpinnya sentiasa popular dan disayangi. Rakyat tidak boleh dijanjikan bulan dan bintang. Apa yang boleh dijanjikan adalah melaksanakan sebaik mungkin untuk membela nasib ekonomi rakyat mengikut kemampuan yang ada.
Di UK, negara yang berpaksikan konsep negara berkebajikan, rakyatnya yang rajin bekerja terpaksa menyumbang sebahagian besar pendapatan melalui potongan cukai untuk "membahagiakan" rakyat yang tidak mahu bekerja. Walhal kebanyakan yang tidak mahu bekerja ini mempunyai kudrat yang secukupnya untuk bekerja. Natijahnya, rakyat yang bekerja bersungguh-sungguh berasa tidak puas hati dengan mereka yang malas bekerja meskipun mampu mengerah kudrat mereka untuk mendapatkan rezeki. Maka, ada satu yang tidak kena dengan sistem ekonomi sebegini.
Rakyat sendiri bertanggungjawab sepenuhnya untuk memajukan ekonomi dengan berusaha untuk mempertingkatkan produktiviti. Apa akan terjadi jika sekiranya produktiviti tetap sama tetapi pendapatan sentiasa ditingkatkan atas dasar kononnya itu hak para pekerja? Yakinilah, negara tersebut bakal terjerumus ke kancah krisis ekonomi dalam tempoh jangka masa panjang.
Justeru, para pemimpin perlu mencontohi Rasullullah SAW yang mengajar umatnya mengenai keadilan dan keseimbangan yang merupakan jalan terbaik dalam mengurus ekonomi rakyat dan negara. Dengan cara ini sahaja, para pemimpin akan dihormati dan disayangi oleh rakyat, manakala rakyat pula akan berasa nasib mereka terbela pada setiap masa.

Bina hotel 6 hari





BANGUNAN Hotel Ark sebelum dan selepas berjaya disiapkan tahun lepas dalam tempoh enam hari.


KEPESATAN ekonomi China telah membolehkan negara itu berkembang sebagai antara negara paling pesat membangun dalam tempoh 20 tahun. Lebih membanggakan negara itu kini berada di kedudukan kedua sebagai kuasa ekonomi dunia di belakang Amerika Syarikat (AS).
Kepesatan ekonomi negara itu menyumbang ke arah pembangunan yang lebih ketara dan kita sendiri melihat hampir kesemua bandar utamanya sudah dipenuhi bangunan pencakar langit.
Kini negara itu boleh berbangga sebagai sebuah negara pembina terpantas di dunia apabila berjaya membina bangunan dalam tempoh yang singkat.
Pada 2010, mereka berjaya membina sebuah hotel setinggi 15 tingkat di selatan China yang disiapkan hanya dalam tempoh enam hari.
Struktur asas Hotel Ark berjaya disiapkan dalam masa dua hari manakala dalam tempoh tidak sampai empat hari atau lebih tepat 90 jam lagi, kerja-kerja luaran seperti dinding tingkap siap dipasang.
Bangunan ini yang terletak di Wilayah Hunan, turut menggunakan bahan-bahan pembinaan yang enam kali lebih sedikit daripada bangunan biasa.
Para pekerja membina Hotel Ark yang lengkap dengan struktur kalis bunyi, insulasi haba dan mampu bertahan jika berlaku gempa bumi berukuran 9 Skala Richter, dengan menggunakan kaedah pasang siap secara sepenuhnya.
Menariknya walaupun kerja-kerja pembinaan dijalankan begitu pantas, tiada seorang pekerja yang cedera dan tidak banyak sisa binaan dibuang.
Terbaru
Pada minggu lepas, sekali lagi negara itu berjaya membuktikan keunggulan dalam bidang pembinaan apabila berjaya menyiapkan bangunan baru Hotel Ark.
Hotel setinggi 30 tingkat dan berukuran 183,000 kaki persegi itu berjaya dibina dalam masa 15 hari atau 360 jam.
Bangunan itu sekali lagi berjaya dibina tanpa melibatkan kecederaan pekerjanya serta mampu menahan gempa bumi sehingga 9 Skala Richter.
Hotel Ark terbaru ini dibina berhampiran Tasik Dongting, juga dalam wilayah Hunan oleh Broad Group, sebuah syarikat pembinaan Cina yang pakar dalam seni bina lestari.
Kedua-dua bangunan hotel ini menggunakan teknik bahan-bahan yang dipasang siap mengikut seksyen di kilang sebelum dicantumkan menjadi bangunan di tapak pembinaan.
Untuk menyiapkan struktur bangunan utama, ia juga mengambil masa tidak sampai 46 jam dan tempoh 90 jam lagi digunakan untuk menyiapkan bahagian luaran. Keseluruhan bangunan siap dalam tempoh 15 hari.
Struktur bangunan itu juga kalis bunyi dan mampu menebat arus udara panas, selain mempunyai pemantau kualiti udara di setiap bilik hotel.
Satu lagi perkara menarik, kerja-kerja pembinaannya tidaklah berlanjutan tanpa henti dalam tempoh 15 hari. Malah para pekerja pulang sebaik sahaja waktu kerja mereka tamat pada pukul 10 malam.
Pencapaian China itu menimbulkan kerunsingan dalam kalangan pakar ekonomi Amerika Syarikat tentang kemajuan negara itu dari sudut pembinaan.
Apatah lagi, China kini berbangga sebagai kuasa baru dunia, kuasa ekonomi serta keupayaan komputer supernya. Sudah pasti keupayaan yang semakin ketara itu meresahkan Barat yang selama ini dominan dalam semua bidang.

Salam maulidur Rasullulah SAW 1433H/2012M

Wahai Rasulullah, dalam lamunan di siang hari pada ambang sambutan Maulidur Rasul 1433H, inilah catatan hati hamba kepadamu. Selawat dan salam ke atasmu wahai kekasih Allah. Akhir kata, salam maulidur Rasullulah SAW kepada seluruh umat islam di dunia ini. Marilah kita hayati sirah perjuangan baginda & berselawat ke atasnya. Semoga kita dapat bertemu baginda di hari akhirat kelak dengan syafaat & sentiasa bersama Nabi SAW.

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails