Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Pengumuman PMR & VIDEO SAYA YANG WAJIB TONTON!!!!!

Saya mendapat 8A dalam PMR. Allhamduillah!!!!!!!
Di bawah ini adalah  video kenangan kami semasa di kelas multimedia kreatif permata pintar yang dihasilkan oleh kami semua setelah ikuti kursus multimedia kreatif.



Di bawah ini merupakan video rancangan 360 tv3 9 malam yang terlupa beritahu kepada semua pengunjung kerana masalah internet. Muka saya masuk dalam tv iaitu video perkhemahan cuti sekolah permata pintar lepas. Cam muka saya sekali. Ada dalam 5 kali. Satu masa di kelas(saya pakai baju hitam) 2 kali, sukaneka & talentime jadi penonton(tengok teliti kerana rakaman videonya teramat laju).



Di bawah ini video persembahan kami pada malam talentime berjudul 'Aku,Dia & Zombi'

Muhasabah akhir tahun, bina harapan pada tahun baru

TAHUN baharu menjelang tiba, namun rentetan peristiwa yang berlaku pada tahun 2011 meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis. Semuanya adalah rencah dan rencam kehidupan yang perlu kita fahami bagi membolehkan menjadikannya sebagai ikhtibar untuk masa depan.Sejak permulaan 2011 lagi seluruh dunia dikejutkan dengan pelbagai bentuk bencana dan kerakusan moral manusia sehingga ke akhirnya masih tidak menunjukkan adanya tanda-tanda akan reda. Revolusi yang menimpa negara-negara Arab masih belum sepenuhnya kembali normal, bahkan gelora berontak rakyatnya semakin sukar untuk distabilkan kepada keadaan sebelumnya.
Bencana alam yang menimpa beberapa negara turut meninggalkan trauma yang besar apatah lagi dalam tempoh kurang dari setahun berlaku gempa bumi berikutnya sebagaimana terjadi di Christchurch, New Zealand. Masyarakat yang menghuni kawasan terbabit sentiasa berada dalam ketakutan.
Bencana berkembar yang menimpa Jepun turut menghimpitkan kehidupan sehingga sebahagian besar masyarakat Fukushima dan Niigata terpaksa membina semula dengan jerih payah. Kehilangan harta benda tidak dapat dilupa bahkan kehilangan sanak-saudara terus menjadi emosi sedih menyelubungi kenangan sepanjang hayat.
Thailand terbelenggu dengan kemusnahan yang besar akibat banjir yang melanda kota Bangkok selama lebih sebulan menyebabkan kerugian melampaui ratusan juta dolar. Bahkan fenomena air pasang besar yang melanda Kelantan, Johor, Terengganu dan Pahang menjadikan penghuni sekitar pantai sentiasa cemas. Kini diramalkan kejadian yang sama bakal menimpa pesisir pantai Sarawak dan Sabah.
Dalam perspektif Islam, setiap bencana yang melanda dilihat sebagai satu kaedah bagaimana Allah SWT menguji kesabaran dan sikap pasrah dirinya. Bencana boleh dinilai sebagai perencah yang boleh menambahkan keimanan seseorang malah malapetaka itu juga boleh ditinjau dalam persekitaran kealpaan manusia terhadap keharmonian alam sekitar.
Lebih menyedihkan ialah bagaimana manusia turut melakarkan ke arah kehidupan yang serakah dan penuh kepalsuan sehingga sanggup melanggar nilai adat dan etika. Mereka yang berkuasa, sanggup melakukan "penjualan maklumat dari dalam" sehingga membolehkan kenalan atau kroninya membida sesuatu tender dengan tawaran yang lebih baik, sedangkan keupayaan fizikalnya amat terhad.
Mereka yang melaksanakan urusan pemberian kontrak sanggup menerima tawaran daripada para pelobi dengan sedikit imbuhan manakala ada juga yang menubuhkan syarikat tertentu atas nama sanak saudaranya yang terdekat semata-mata inginkan projek terbabit.
Bencana yang dimaksudkan itu menggambarkan betapa menipisnya moral seseorang, termasuk tokoh agama. Tokoh agama sanggup berbohong dan bahkan melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa. Dalam hal ini, ia bukan sahaja membantu membentuk imej buruk orang tertentu, bahkan organisasi yang berada di sekelilingnya.
Institusi agama turut menerima tempias, kerana ada segelintir pemimpinnya sanggup menipu atas alasan kepentingan agama. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman: "Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada Hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan jalan dosa. Padahal kamu mengetahui. " (Al-Baqarah [2] : 188)
Kita tidak mengharapkan sesetengah bencana itu berlaku ke atas diri mahupun keluarga kita, tetapi ia boleh berlaku juga atas kesilapan diri kita sendiri. Dengan menurunkan bencana, Allah SWT sebenarnya memberikan petunjuk bahawa atas kedegilan itulah dunia bakal musnah dan kehidupan berkecai.
Namun, ketika ditimpa musibah, manusia begitu mengharapkan belas ihsan Allah SWT agar ia dihentikan secepat mungkin sebagaimana trauma manusia ketika dilanda tsunami tujuh tahun lalu.
Musibah juga merupakan petanda akan datangnya limpahan rahmat Allah.
Betapa pahit dan getirnya musibah yang menimpa, baik berupa kemiskinan, kesakitan, ketakutan, kegagalan mahupun semua bencana di dunia ini, Syeikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi ad-Dansyaqi menjelaskan di dalam kitabnya Mau'idhatul Mu'minin bahawa di dalamnya mengandungi lima perkara yang sepatutnya disyukuri.
Pertama, memberikan kita pengertian bahawa musibah itu adalah hakikat kebesaran Allah SWT. Kedua,musibah yang menimpanya itu tidak membabitkan urusan agama.
Ketiga, musibah yang menimpanya pada ketika dia masih berada di dunia adalah lebih ringan berbanding ketika di akhirat. Semasa dilanda musibah di dunia, manusia masih mempunyai peluang untuk mengatasinya, tetapi di akhirat peluang itu tertutup sepenuhnya.
Keempat, sejak azali lagi setiap musibah itu telah tertulis di lohmahfuz, jauh sebelum kelahiran seseorang itu lagi.
Kelima, apabila kita dapat menerima musibah dengan sabar dan tenang, kita sebenarnya berupaya lahir sebagai orang kuat dan yakin dengan ketentuan Allah SWT, yakni menerima suratan takdir.
Dalam meneruskan kehidupan ini, kita harus bersyukur kerana kita dilahirkan dalam sebuah negara (Baldatun Thoiyyibatun) yang dilimpahi nikmat kekayaan, jauh daripada malapetaka alam yang besar dan sentiasa dilingkari kedamaian.
Secara lahiriah, kemakmuran boleh dilihat dengan jelas, namun tidak mampu melahirkan ketenangan dan kebahagiaan. Sebaliknya, mereka dilanda gelisah, cemas, bimbang dan takut. Ada juga manusia berpura-pura hidup dalam keadaan tenang dan makmur, tetapi dalam hati kecilnya penuh dengan kebimbangan, ketakutan dan rasa cemas.
Bencana juga turut dikaitkan dengan aktiviti yang berkaitan dengan kemaksiatan, sehingga tidak ada yang mampu mencegahnya dan tidak ada pula yang mampu mengajaknya ke jalan yang benar.
Amar makruf nahi mungkar adalah dua perkara yang harus dilakukan bersama. Amar makruf nahi mungkar yang dilakukan oleh pemerintahan itu berupaya membimbing atau mengajak rakyatnya bersungguh-sungguh dalam menegakkan peraturan dan undang-undang tersebut.

Isu madrasah diheret ke tahun 2012

TIRAI 2012, yang bakal dibuka beberapa hari lagi, mengheret bersama pelbagai masalah pada tahun sebelumnya seperti isu Madrasah Salihiah yang tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan Pas Kedah.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terpaksa menyebut latar belakangnya sebagai graduan Universiti Al-Azhar yang dikatakan tahu mengenai hukum hakam, untuk meyakinkan masyarakat terhadap keputusan untuk merobohkan madrasah itu.
Namun bagi ahli kariah madrasah itu, Pas ternyata gagal membela syiar Islam walaupun sering melaungkan mahu memperjuangkan Islam.
Malahan mereka tidak nampak kesungguhan kerajaan negeri mahu menegakkan syiar Islam di negeri jelapang padi ini bahkan syiar yang sedia ada hendak dirobohkan pula untuk memberi laluan kepada pembinaan kompleks beli-belah.
Hakikatnya, tiada pihak yang menolak pembangunan tetapi keputusan mengorbankan madrasah berusia lebih 100 tahun itu di tapak tanah wakaf khas, adalah sesuatu yang tidak kena dan tidak diterima rakyat khususnya masyarakat Islam.
Hujah Pas ialah mereka mendakwa bertindak betul mengikut hukum hakam kerana tanah wakaf itu diambil alih menggunakan kaedah istibdal iaitu wakaf ganti atau pindah wakaf yang kononnya bagi mendapat manfaat yang lebih besar.
Ya, memang betul kaedah istibdal bagi tanah wakaf khas hukumnya adalah harus sebagaimana keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-4 bersidang pada 13-14 April 1982. (rujuk http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/saham-wakaf-dan-wakaf-ganti-wakaf-ibdal).
Berdasarkan keputusan itu, fatwa pertama yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 9 Jun 2011 yang menegaskan tanah wakaf itu perlu dikekalkan telah dipinda pada 4 Julai 2011 untuk membenarkan istibdal ke atas tanah wakaf madrasah itu.
Namun, dalam kes madrasah itu, terdapat bantahan umum kerana maslahah ammah atau kepentingan umum tergugat akibat keputusan berkenaan. Ini kerana madrasah yang berfungsi sebagai surau itu masih digunakan dan tidak luput manfaatnya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim menjelaskan, disebabkan kemaslahatan itu maka kaedah istibdal itu tidak boleh dilaksanakan.
"Pemerintah perlu bijak untuk membuat keputusan yang memihak kepada kepentingan umum rakyat dan bagi kes madrasah ini maslahah ammah adalah perkara pertama yang sepatutnya dirujuk dan ia mengatasi istibdal itu," katanya yang merupakan seorang graduan Universiti Al-Azhar (1987) dan Universiti Darul Ulum Kaherah (1997).
Ini sejajar dengan pandangan seorang ulama termahsyur, Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitab al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh juzuk 8 halaman 221 yang menyatakan bahawa terdapat syarat-syarat jika istibdal hendak dilakukan terhadap tanah wakaf khas.
Antaranya, syarat pertama ialah harta wakaf itu mestilah luput seluruh manfaatnya, yakni tiada langsung manfaatnya. Syarat kedua, harta wakaf itu tidak lagi mempunyai hasil untuk dimaju atau dibangunkan.
Justeru, Bendahari dan Pemegang Amanah Tanah Wakaf madrasah itu, Fadzil Ishak, 61, berkata, seluruh ahli kariahnya tidak nampak mengapa tanah wakaf tersebut perlu diambil alih dengan cara sedemikian sedangkan madrasah itu masih diimarahkan dengan pelbagai program.
Dengan rasa hormat terhadap Azizan dan kerajaan negeri, beliau berpendapat tentu ada jalan keluar kepada masalah ini dengan penyelesaian yang diterima oleh semua pihak.
Lebih-lebih lagi sentimen waktu ini menunjukkan tindakan merobohkan madrasah itu akan merugikan bukan sahaja masyarakat Islam setempat bahkan imej kerajaan negeri sendiri akan tercalar.
Mana-mana orang Islam, jika diperiksa dalam lubuk hatinya, adakah mereka meredhakan madrasah yang dibina atas tanah wakaf khas, menjadi tempat ibadat dan sujud kepada Allah hendak dirobohkan begitu sahaja untuk diganti dengan kompleks beli-belah?
Selain itu, kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Kedah disyaratkan agar menyediakan tanah baru sebagai ganti sebagaimana keputusan pindaan jawatankuasa fatwa negeri itu, tetapi sehingga waktu ini tanah sesuai untuk tujuan gantian itu tiada.
Pihak madrasah juga, pada 3 November 2011 meminta agar jawatankuasa fatwa menyemak semula keputusan pindaan fatwa itu dan sehingga waktu ini keputusan semakan masih belum dikeluarkan.
Justeru, ahli kariah dan masyarakat Islam kawasan itu tidak mempunyai pilihan melainkan mempertahankan madrasah tersebut daripada dirobohkan.
Sewajarnya langkah berkompromi dengan ahli kariah diambil bagi memastikan kepentingan semua pihak terbela dan pada masa yang sama syarikat pemaju boleh meneruskan projek pembinaan tanpa mengusik tapak tanah wakaf berkeluasan cuma 0.08 hektar itu.
Jika langkah kompromi itu tidak diambil maka 2012 bakal menyaksikan isu tersebut terus tidak selesai berikutan semua pihak tetap tidak berganjak dengan pendirian mereka.

Doa PMR saya

Doakan saya semoga berjaya dapat straight A PMR yang dikeluarkan result itu pada khamis ini. Amin.....

Diari Perkhemahan Cuti Sekolah Permata Pintar 2011

Sebelum itu, saya minta maaf kerana tulisan diari ini tak ikut hukum tatabahasa & struktur ayat kerana mahu cepat.

20 november 2011 (Ahad)
Pukul 10 pagi, kami bertolak ke JPN Perak ke UKM,Permata Pintar & tiba di sana pukul 1.40 tengah hari. On the way, aku beli nasi lemak. Semasa daftar masuk, dapat kunci bilik, topi, payung & baju rasmi Permata Pintar. Petang itu, kami makan, berehat & ada taklimat perjalanan ppcs serta majlis solat hajat. Aku juga dapat RM 40 wang saku drpd Kementerian Pelajaran Malaysia kepada sesiapa yang naik bas JPN sahaja. Beruntungnya!!!!!!!!!! Kami diperkenalkan dengan Pembantu Pengajar(TA), instruktor & Resident Assistant(RA)- pembantu pelajar. Kakak RA kami,Kak Muslimah & Kak CT Zurairah(Kak ude). Lepas solat hajat, terus baca yasin.

21 november 2011(Isnin)
Pagi tadi, blokku di aras 4 tekanan air rendah. So, aku mandi aras 2 sebab air banyak. Di kelas kami(Multimedia Kreatif)-di kelas muzik, kami diperkenalkan dengan Pn Sharifah, Cik Intan, En Vela kumaran & En Zuraimi sebagai guru kami. Perkenalkan juga kawan sebilikku, Izwan Jaafri. Kami discuss logo tema setiap group. Group kami(1) namanya Project Zero Productions- makna lain dri lain. Kami belajar di Sekolah Permata Pintar & tempat penginapan kami kolej keris mas,ukm kerana paling dekat dgn sekolah itu. Cantik gila, macam universiti moden di luar negara. Semuanya tingkap kaca. Kompleks belajar dah siap lama & kompleks asrama on the way pembinaan. Asrama itu ada kolam renang. WOW!!!!!!!!!!!! So, pelajar PPN tahun lepas bermalam di kolej yg saya sebut tadi.

22 november 2011(Selasa)
Kami buat lawatan ke Taman Botani, Putrajaya untuk berlatih shootting foto & video. Area di Putrajaya adalah paling indah mempesona di malaysia melainkan Sarawak & Sabah. Dlm perjalanan, kami lalu highway yg aku tak pernah lalu iaitu Lebuhraya Lingkaran Luar kajang & memakan masa 40 minit.

-Banyak spesis pokok ditemui. Denai dilalui ada beberapa jenis seperti Denai helikonia & Kana. Kalau berjalan, 1 jam lebih lamanya.

-Ada jambatan kanopi, pelbagai spesis tumbuhan hutan seperti cengal & pokok kipas.

- Kemudahan asas disediakan.

-Setiap denai menggambarkan tema tumbuhan tersendiri.

-Taman Suria ada pokok palma. Puncaknya boleh dilihat Putrajaya yang hijaunya bandar.

-Laluan kanopi tasik di mana boleh melihat tasik Putrajaya yg indah.

-Ada laman terowong bunga kertas & pokok kipas gergasi.

-Pusat interaktif ada tumbuhan & tiada kedai cenderamata di sini.

Kemudian, kami ke Masjid Tuanku Zainal Abidin yang lebih besar drpd Masjid negara di kl. Tingkat 1,ada dewan solat utama & ambil wuduk di tingkat bawah. dri dewan solat, boleh lihat Putrajaya. Bangunan di Putrajaya suka dibina di puncak bukit supaya bleh dilihat pemandanganya termasuk masjid itu nampak istana kehakiman. On the way baliK ke ukm, kami dibawa seluruh Putrajaya. Sampai ukm, 4 petang.

23 november 2011(Rabu)

Aku belajar cara mengedit foto-foto termasuk buat videonya untuk group kami. Video kami dipuji oleh semua guru kami. Perkenalkan rakan group saya, Wee, Khairunnisa, Khairul,Syafawani, Adila & Viven. Setiap org akan dinilai foto walaupun guna kamera group. Ada 2 fotoku terbaik. Sebenarnya, special course ini kalau dibandingan dgn courses lain ialah sambil buat projek besar, boleh buka internet layari youtube & sebagainya, setiap group ada 1 laptop & 1 netbook yg boleh dibawa pulang oleh seorang yang edit & lain beri idea. Ada juga 1 PC & 1 camera serta 1 videocam. Bestnya!!!!!!!!!!!! petang itu, kami cipta cheers kami. Aku ada terdengar kat tv kafeteria berhadapan khemah yg kami makan, Malaysia mng ke atas Indonesia 5-4. Sebenarnya sempat tonton 1-1 menerusi gol drpd malaysia. Esoknya, aku terdengar berita 5-4 menerusi gol penaliti. Setiap kali waktu lepas solat subuh, baca doa al-matsurat. Lepas isyak, ada ceramah agama.Setiap hari khamis, baca yasin kecuali khamis minggu akhir.

24 november 2011(Khamis)
Aku sambung belajar edit foto guna Adobe Photoshop & video guna windows live movie maker & explore software lain utk projek kami esok seperti AVA Audio Converter & sebagainya. Mulai esok, kami start buat projek besar, iaitu shooting & edit video tiga kursus yg diundi. Group kami dpt Biotechnology,Green technology & Robotic. Dptlah aku interview & jumpa kawan lama SP thun lepas. Semua group yg buat projek digabungkan membentuk satu dokumentari di ppcs semasa karnival ekspo permata di KLCC yg didatangi Dato Najib & Datin Rosmah serta MB Terengganu. petang itu, main bola keranjang. Geng kami menang 8-7 ke atas team lain. Malam itu, kami discuss bentuk projek dibuat.

25 november 2011(Jumaat)
Semasa solat jumaat, kami didatangi dgn tv3 utk shooting for disiarkan di rancangan 360 pd 28/12. Nisa, Wee & Viven shooting manakala yg lain edit for biotech. Ptg itu, ada kuiz Adobe Photoshop. Tak sangka aku walaupun aku cancel ujian UKKM MRSM tetapi MARA dah tahu so yg ambil ikut kem ini termasuk aku dapat ambil ujian itu di Beranang,Selangor dekat dgn sempadan Mantin,Negeri Sembilan. Ujian itu diambil pd Rabu depan di Kolej Proffesional Mara.

26 november 2011(Sabtu)
8 pagi itu, aktiviti riadah sampai 10 pagi & kami main bola sepak. Lwan dgn Biotech 4-2(menang). Lawan dgn greentech 2-1(menang juga). Ptg pula, kami discuss persembahan yg kita buat pd malam talentime 12/12 nanti dgn gabungan Multimedia Kreatif serta kristal & polimer ialah teater musikal drama bertajuk 'Aku, Dia & Zombies'. Kalitha, penulis skrip & Gabrion, director. Malam itu, kami baca doa akhir & awal tahun serta bacaan yasin. Malam itu, dibuat pemilihan siapa pegang watak itu. Aku dapat watak ketua segala zombies. Ada juga pembahagian group campuran umur & course utk acara sukaneka esok. Satu group 18 org. Aku & Kamal masuk dlm group 9. Semuanya 20 group.

27 november 2011(Ahad)
Hari ini, ada sukaneka. Antara permainannya:

1.Main kutip gula dlm tepung-kalah.
2.Bawa air dgn tngan & dimasukkan ke dlm botol air mineral-kalah.
3.Bawa kotak berisi bola ping-pong-menang.
4.bAwA 2 bola basketball-menang.
5.Passing gelung seluruh badan & passing-menang.
6.Sukaneka khas utk pihak atasan, Instruktor,TA & RA.(SAJA-SAJA)
TV3 datang kali kedua utk shooting.
Ptg itu, kami berehat kat bilik. Malam itu, terus practice for talentime.

28 november 2011(Isnin)
Kami buat projek edit untuk greentech. Viven,Khairul & Wee shooting for lawatan mereka ke Taman Inovasi Hijau,UKM. Kami mengetahui perbezaan antara pre, pro & post production. Ptg & malam, practice talentime.

29 november 2011(Selasa)
Aku tak belajar hari ini kerana aku,Adila & Wani shooting for biotech di Fakulti Sains & teknologi di Bangunan Sains Biologi kerana biotech buat eksperimen check glucose utk tentukan penyakit darah tetapi aku pun tak ada penyakit itu & juga pembuatan jagung berwarna. Wah, cantiknya mereka perbuat. Malam itu, kami practice talentime.

30 november 2011(Rabu)
Aku ambil ujian ukkm. Kami bertolak dari ukm pukul 7 pagi & tiba di Kolej Proffesional Mara,Beranang pkl 8 pagi. On the way, kami lalu highway kajang-seremban & masuk semenyih. Semenyih now menarik & moden. Ujiannya pakai komputer.

1. ujian mt
- syllabus se.mua form three tapi susah betul macam form 4.
- Ada 40 soalan kertas 1 & masanya 1 jam.
- 4 soalan hentam saja sbb masa tamat.

2. Ujian sn.
-Senang & sederhana.
-50 soalan & masanya 1 jam juga.
-12 drpd 50 soalan pendapat kita mengenai sains dlm erti kata minat.

3. ujian personaliti
-Setengah jam sahaja & soalannya semuanya berjumlah 100.
-Personaliti juga tentukan kita layak ke mrsm. Mrsm yg sy mohon ialah di Taiping.

11.40 pagi, tamatnya ujian. Tunggu result kelayakan ke mrsm. 12 tgh hari, kami makan tghri & terus balik ke ukm(sekolah ppn). 1.20 tghri, smpai.. Di kelas, kami sambung edit & SIAP JUGA VIDEO BIOTECH!!!!!!!!!!

Kursus lain mereka terpaksa belajar tetapi course kami santai & paling seronok kerana boleh guna macam-macam tetapi course kami terpaksa mewajibkan kami semua berkorban sedikit masa & masa tidur. Tiap-tiap hari, 5 atau 6 jam kerana buat projek edit video memakan masa teramat lama dlm masa tiga minggu but seronok juga. Makin hampir kpd pelancaran ekspo permata, makin bebannya kerja kami.
Malam pula, kami ada ujian kemasukan ke Sekolah Permata Pintar. Kami diuji melalui ujian kertas(6 paper semuanya.)

Dan juga penilaian oleh guru-guru kami serta presentation & cara persembahan setiap org kpd dr siti. Ujian hari ini ialah mt & sn. Soalannya based on syllabus di sana & berbentuk universiti. Korang boleh bayangkan cabarnya soalannya. Semua org main hentam. Kalau masuk ke situ, itu pun nasib & rezeki drpd Allah swt.8.30-10.30 mlam... so sepanjang ujian itu berlangsung, tidur hampir tgh malam.

1/12/2011(Khamis)
Kami ke sri pentas tv media prima(tv3, tv9 & tv8 termasuk radio swasta) di Bandar Utama. Kami melalui banyak highway & tiba di sana pkl 10 pagi. Kami bergambar & ke Studio Berita tv3. Lepas itu, ke studio berita tv9 & finally ke rancangan2 realiti tv3. Setiap studio, kami bergambar & cuba saja2 seoah-olah dlm masuk tv. Sepatutnya kami masuk tv for shooting tapi sedihnya Dato najib berucap dlm perhimpunan agung UMNO. So semua tv ke kl & kami x dapat masuk tv. 12 tghri, bertolak pulang & tiba di permata pintar pkl 1.10 tghri serta terus makan tghri & solat.

Petang itu, kami sambung edit video green tech. Cuma Nisa & Kavesh saja dapat berucap dgn Mr Simon & miss Patricia(Manager) di CTY Universiti john hapkin,Amerika Syarikat. Kem ini ikut gaya kem musim panas di sana. So, wajarlah dia pantau kem ini. Yang lain termasuk aku present dpn mereka esok. Malam itu, ada ujian english.
1. 10 soalan pemahaman tpi bukan petikan but dengar dialog for answer.
2. Comprehension tapi susah & sukar difahami.
3. Betulkan ayat salah macam bm pmr tpi lain sedikit.
Kemudian ,ujian bm. Soalannya berbentuk pengetahuan yg belajar di universiti dlm bentuk teori tpi for me senang sedikitlah.

2/12/2011(Jumaat)
Pagi itu, kami buat projek edit video for green tech(sambungan). Petang itu, aku & viven shooting for kelas greentech di mana kami rakam projek model pembangunan in future. Salah satunya ialah Permata Pintar.Nisa, wani & Adila shooting for robotics.

3/12/2011(Sabtu)
Kami Permata Pintar ke KL untuk lawatan santai. First, kami lawat Muzium negara. Aku dah pergi 4 kali sudah. Dalam muzium itu, aku explore sekejap saja & terus turun beli cenderamata for diri sendiri.Ada 4 bahagian dlm muzium:
1.Sejarah awal.
2.Kerajaan awal di Asia Tenggara serta kerajaan melayu melaka.
3.Era Penjajahan dri Portugis hingga British.
4.Kemerdekaan & malaysia moden now.
Kemudian, tengok pameran sementara, iaitu pameran perkahwinan artis popular & perhiasan perkahwinan mereka. Lepas itu, ke pameran sementara Khazanah Dunia Kapal karam. Masuk RM 2. Aku juga beli majalah kuntum edisi bulan ini. Dalam pameran itu, terdapat tinggalan artifak dalam kapal dijumpai di seluruh dunia terpamer di sini. Kemudian, beli kalendar upin & ipin.

Lepas itu, ke Taman Tasik Perdana for berehat & melukis pemandangan tasik & bergambar dgn pelancong dari Sepanyol. Cantik gila tasik itu.. Kemudian, solat zohor di Masjid Negara & beli souvenir. 4.30 ptg, sampai di ukm. Malam, talentime.....(practice).

4/12/2011(Ahad)
Aktiviti bebas & ada lawatan ibu bapa. Aku tak didatangi oleh keluarga aku so ada macam2 aktiviti seperti main badminton,main futsal, main indoor game & tengok movie. Sambil itu, aku & Khairul edit video for greentech.... Malam itu, ada majlis hari jadi utk semua pelajar kem. Seronok!!! Ada potong kek dari setiap wakil course. Kami dari mk nyanyi ikut lagu rentak teh lipton.

5/12/2011 (isnin)
Kami sambung edit greentech & shooting terakhir for robotik. 11.30 pagi, Mr Simon & Miss Patricia dtg lihat hasil akhir video kami. Mereka dtg dari Center Talent Youth, Universiti John Hapkins, AS sebagai Director & Assistant. Sebenarnya gaya pembelajaran kem ini mengikut kem musim panas tiga minggu di sana. Mr Ragu juga ada dtg sekali selaku Ketua Akademik. Setiap group present apa yg mereka siapkan setakat ini. Group kami pula present Taman Botani & video biotech. Malam itu, exam terakhir, iaitu ujian emosi & personaliti serta Creativity. Ujian emosi ini banyak tanya pasal personaliti & ujian ini juga menentukan adakah kita layak ke Sekolah Permata Pintar. Kreativiti pula susah sebab kena ia beri garis & sambungkan garisan membentuk lukisan cerita. Semua org x sempat habis jawab sbb banyak sangat kena berfikir dari luar hingga dalam. 11 malam lebih, kami tidur.

6/12/2011(selasa)
Group kami yg lelaki edit greentech buat kali terakhir sedangkan perempuan pula edit robotik. Allhamduillah!!!!!! kami berjaya siapkan tugasan video dokumentari ini utk dipamerkan di klcc. Kemudian, kami burn dvd video itu. Esok, dr siti menilai setiap org dlm satu group dari segi cara persembahkan, hujah bernas & keyakinan serta kerjasama selain ujian permata pintar utk kelayakan ke sekolah permata pintar. Kompleks Asrama ada kolam renang nanti. Ya Allah, semoga diberi markah tinggi utk semua kriteria termasuk penilaian drpd guru2 course form 3 terutama guru kami.
Ptg & mlam pula, latihan talentime.

7/12/2011(rabu)
Dr siti lawat kami utk nilai kami semua form three.... rasa seriau pula. dari pkul 9.30-1.30 tghri... Course lain esok. Kiranya kami ini bertuah... rasa seronok pun ada. Setiap group, semua org kena cakap kerana ini adalah penilaian individu, dlm erti kata present & ceritakan perjalanan proses siapkan video three courses dari A-Z. Setelah present, setiap org dlm group kena beri pendapat rumusan setelah ikuti kelas multimedia kreatif. Persembahan kami inilah yg juga menentukan kita layak atau sebaliknya ke Sekolah Permata Pintar.
Ptg itu, kami ke pejabat PPCS/Permata Pintar utk tayangan contoh smartboard interaktif yg diperkenalkan secara perinitis oleh negeri Terengganu. Beliau juga perkenalkan software pintar ini termasuklah whiteboard interaktif. Patutlah budak Terengganu bijak sangat sbb berfikiran moden. Lps Asar, main bola keranjang & malam pula, latihan talentime.

8/12/2011(khamis)
Kami buat editing video dokumentari PPCS, gabungkan semua kursus dlm satu dvd. Video MULTIMEDIA KREATIF juga kena siapkan dlm masa 2 hari. Akibatnya, kami semua tidur lewat kerana kerja itu terpaksa disiapkan last minute. Kami teramat busy sampai beberapa org terpaksa x dpt ke Istana Budaya demi menyiapkan projek besar hingga larut malam. Siapa yg baca diari 8/12, tolong tagkan kat sini siapa yg edit video ppcs sampai x pergi ke istana budaya. Baru nampakkan pengorbanan dihargai. Malam ini, ada konsert kesenian kanak-kanak antarabangsa yg meliputi persembahan Permata Seni setiap hari & 8 negara lain bt performance dari 8-11 disember. Beberapa courses pergi ke sana secara bergilir-gilir. Kami dari Multimedia Kreatif dpt ke sana hari ini. Utk karnival Ekspo Permata, hari pelancaran(10/12) semua wajib pergi utk perasmian yg dirasmikan oleh Dato' Seri Haji Najib & Datin Hajah Rosmah. Aku, Khairul & Akmal dpt jaga booth 9-12 tghhri.... Esok, 6 org akan pergi siapkan booth sampai malam. Sabtu & Ahad pula, tiga org jaga booth pagi & tiga lagi jaga booth waktu ptg. Isnin pula, petang hingga malam.

Di Istana Budaya.
Konsert ini secara live dlm rtm tapi org persembahkan itu je masuk tv. Kami ke sana pkul 6 ptg & tiba di sana 7 mlam. 8.45 mlm, baru start. Ada permata seni muzik, China, Filipina & Sri Lanka. Performance dari China & Sri Lanka teramat bosan sampai kami mengantuk. Negara lain seronoklah kami. 11 malam lebih,kami balik & terus tidur.

9/12/2011(jumaat)
Kami editing ppcs & mk buat kali terakhir. Ada beberapa org terpaksa stay di kelas sampai pagi. Saya/aku x ingat siapa, tapi siapa yg baca diari 9/12, tolong tagkan nama korang semua supaya jasa dihargai. Kavesh & Kalitha serta Amirul merupakan 20 org terpilih salam dgn Dato Najib di red carpet. Cisss... Aku rasa jealous tapi nasib nak buat cam mana.
TV3 dari rancangan 360 shooting buat kali ketiga utk course kami saja. Adalah foto kami semua masuk kat tv masa 28/12 nanti pukul 9 malam. Terlupa pula, Izwan Jaafri, rakan sebilikku yg cipta baju multimedia kreatif.

10/12/2011(sabtu)
Ada karnival ekspo Permata di klcc. Red carpet telah aku ceritakan. Ekspo ini ada masuk berita tv tapi yg masuknya budak Permata Insan sahaja. Selepas perasmian, beliau berdua jenguk booth itupun bkan semua sbb mereka busy utk urusan lain. Booth mk ini x jenguklah. Sedihnya... x apa lupakan jelah. Tapi ada Menteri Besar Terengganu dtg jenguk booth kami & bergambar. Penawar sedih, padaku seorang(lagu). Booth kami opening sedangkan booth lain macam booth sebenar. Jealous pula rasanya. Kami yg jaga hari itu explain kat pelawat & ibu bapa mengenai hasil video kami & ditayangkan. Aku dah jemput pak saudaraku & kawanku ,Ariff tapi mereka x dtg. Sbb aku dah Ariff tapi x jawab. Hari Ahad baru dpt jawab. Aku mana hari Ahad. Kalau dia nak dtg, dia jumpa kawanku jelah, Kamal, Amirul, Amira, Ika, Haizad & Wani. Ptg ini yg jaga, Hikemar,zira & Farhanah. Untungnya yg jaga booth ptg ini dpt bergambar sama2. Ruginya aku...... sbbnya aku kena rahsiakan. Ramailah pelawat dtg jenguk ekspo ini sampai hari isnin. Kemudian, kami makan tghri special, solat di masjid klcc. On the way ke sana, kami lalu taman klcc. Wah, bestnya. Ptg & malam, kam berehat & tidur. Pak saudaraku pula datang esok. Dia memang x fahamlah aku yg kukatakan. Memanglah aku x jaga booth esok. x apalah. Slmt malam.

11/12/2011(Ahad)
Aktivitinya bebas sama macam ahad lepas tapi kami practice pagi & petang talentime kerana practice terakhir. Aku rasa kena ceritakan bentuk cerita teater musikal drama berjudul 'Aku,dia & zombies'.
Scene 1:
Suami & isteri bersanding tetapi mereka tak sukakan sesama sendiri. Pengapit ada follow pengantin itu. Proffesor marah kerana dia juga cintakan isteri itu. Adalah dia nak buat planning jahat dia. Tarian kemudian silat masuk ke pentas. Lagu 'Selamat pengantin baru' & 'Semerah padi'
Scene 2:
Suami & isteri bergaduh. Kemudian, lagu pening dipasangkan. Ada beberapa lelaki & perempuan jalan menyokong suami atau isteri sambil buat gelagat pening.
Scene 3:
Proffesor jadikan aku(ketua zombies) sebagai bahan eksperimen demi balas dendam terhadap suami isteri itu & dibantu oleh pembantunya. Kemudian, zombi-zombi lain hidup. Terjadilah dialog antara aku & proffesor tapi suara latar yg kata.
Scene 4:
Zombi lelaki takutkan suami & isteri itu. Kemudian, kami posing & lagu i like the movie dipasangkan. Tamat lagu itu, kami jatuh. Zombi perempuan pula yg takutkan suami & isteri itu tapi suami itu berjaya membunuh zombi perempuan itu. Ketika itu, cinta suami & isteri itu ada setelah peristiwa hitam berlaku tadi. Romantiknya masa itu.
Scene 5:
Proffesor & suami itu berlawan & akhirnya proffesor itu mati & pembantunya larikan diri. Masa itu, lagu kau & aku dipasangkan. Semua org naik sekali. TAMAT!!!!!!!!!!!

12/12/2011(isnin)
Di kelas, kami kemaskan semua barang pinjaman ppn utk dipulangkan semula. Kami juga burn dvd masing-masing sebagai souvenir x terhingga. dvd hasil produk kami x ada sesiapa pun copy kerana multimedia kreatif & permata pintar merupakan hak milik kami. 2 ptg, kami balik ke kolej & berehat.
Malam talentime.
Naib canselor ukm dtg sekali dgn tv3 for shooting.
1. 9 thun-lagu koir 'sahabat selamanya'.
2. 10 thun- boria 'kenangan di kem ppcs'
3. 11 thun- lakonan 'pelajar kem sesat'
4. 12 thun-dikir barat 'kenangan di ppcs'
5. 13 tahun- lagu 'cinta muka buku'
6. 14 tahun- lagu 'laskar pelangi'
7. 15 tahun:
*greentech & biotech- tarian kepelbagaian.
*MK & Crystal polimer(kami)-teater musikal drama.
*fast-paced biology & RCA-teater musikal.
Setelah itu, tv3 dgn naib canselor ukm balik.
8. Wakil Instructor & TA- lagu seroja(semua mk nyanyi bersama kerana ckgu zuraimi nyanyi juga). Dia dikenali 'Abang Wan' kerana dia muda lagi.
9. Pihak atasan-lawak jenaka.
10. RA- lagu 'memori tercipta'.
*semua course dpt hadiah hamper. tamat 12.20 tgh malam.
Ada majlis perpisahan utk mk sambil diagihkan hamper kpd semua. Aku dpt bahagiannya utk makanan bekal perjalanan pulang esok. Juga potongan kek. Sijil penyertaan juga diagihkan. 2 pagi tidur.

13/12/2011(selasa)-hari terakhir
7 pagi, kami bangun. Doa al-matsurat kami bawa pulang. Kami semua bersalam & minta maaf serta bergambar. Sedihnya nak tinggalkan korang semua tapi kalau kita semua ditakdirkan ke sekolah permata pintar, kita meet again.
9 pagi, sign out(pendaftaran keluar). kami dari bas jpn perak bertolak pukul 10.45 pagi & singgah di Hentian tg.Malim utk ke toilet & tapah(mkn tgh hari). 2.20 ptg, kami tiba di jpn perak. Mak cik leela ambil aku & hantarku pulang.
TAMAT SUDAH CATATAN DIARI PPCS 2011 SUDAH!!!!!!!!!!

Tidak semua bijak

E-mel ArtikelCetak ArtikelTanda ArtikelBesarkan Saiz TeksKecilkan Saiz TeksKomen Artikel
BUKAN MUDAH...institusi perlulah meletakkan diri dalam kedudukan terbaik bagi membolehkan mereka diiktiraf sebagai berprestij termasuk oleh masyarakat antarabangsa.
BUKAN MUDAH...institusi perlulah meletakkan diri dalam kedudukan terbaik bagi membolehkan mereka diiktiraf sebagai berprestij termasuk oleh masyarakat antarabangsa.
DI sebalik kemegahan masyarakat global mengiktiraf kebanyakan universiti ternama dunia, ada segelintir pihak kurang bersetuju dengan alasan wujudnya diskriminasi selain ketidakadilan dalam membuat penilaian.
Antara alasan paling kukuh ialah pengiktirafan itu hanya memberi fokus pada segelintir universiti dan bukan secara keseluruhan terutama membabit�kan institusi kurang terkenal, tetapi mempunyai reputasi baik.
Ketidakadilan itu juga sekali gus menimbulkan rasa kurang senang di kalangan ahli akademik kerana bakal mewujudkan situasi kurang sihat yang memungkinkan usaha memartabatkan dunia pendidikan terganggu.
Profesor pendidikan tinggi Boston College, Amerika Syarikat, Philip Altbach berkata, membuat perbandingan ibarat mempertikaikan kewibawaan institusi lain yang tidak tersenarai meskipun turut mempunyai pencapaian baik setanding universiti ternama.
Menurutnya, dunia pendidikan perlu bersikap adil dengan memberi taraf peng-iktirafan sama berdasarkan fungsi bidang itu sendiri yang seharusnya mendokong cita-cita untuk melahirkan generasi berilmu dan berjasa.
“Biarpun tidak salah memberi pengiktirafan, pandangan ahli akademik yang menganggapnya sebagai satu diskrimi-nasi tersembunyi wajar diambil kira kerana mereka juga terbabit dalam bidang sama.

“Mungkin sebilangan menganggapnya sebagai satu kebanggaan. Bagaimana pula dengan institusi tidak tersenarai, padahal ia turut menyumbang sesuatu terhadap pembangunan dan kebaikan dunia pendidikan.

“Bukankah tidak adil kerana pengiktirafan itu dibuat berdasarkan kriteria yang ditentukan manusia sendiri? Dunia pendidikan bukan hanya bersandarkan pengiktirafan semata-mata malah matlamat utama yang perlu dicapai adalah melahirkan manusia berguna,” katanya.

Penyenaraian itu ibarat budaya baru dunia pendidikan masa kini apabila universiti seluruh dunia semakin berlumba-lumba meletakkan diri pada kedudukan terbaik dengan harapan bukan saja mampu mencapai standard antarabangsa malah mendapat perhatian pelabur.

Biarpun dilihat ada kepentingan dan kewajarannya namun pihak lain turut berpendapat ia mampu ‘mematahkan’ sema-ngat penyebaran ilmu di kala-ngan masyarakat kerana boleh mempersoalkan kemampuan universiti tidak tersenarai.
Lebih memburukkan keadaan, kepercayaan terhadap kredibiliti dan kemampuan mereka mudah dipertikaikan.

Antara pengiktirafan antarabangsa paling sinonim dan berprestij ialah The Times Higher Education Supplement (THES) yang menjadi rebutan universiti dunia sebagai penyenaraian paling diiktiraf global.

Sebagai sebuah universiti, katanya, mereka tidak boleh prejudis atau bermegah-megah kerana ia boleh mencalarkan nilai intelektual yang harus didukung dan diperjuangkan dengan penuh karisma.

“Ini bukan soal cemburu atau sebagainya, namun pengiktirafan itu secara tidak langsung bakal menghakis nilai kemanusiaan dan ilmu yang diperjuangkan. Salahkah jika tidak meletakkan senarai universiti?

“Cara itu juga seolah-olah memberitahu dunia inilah universiti terbaik. Adakah jika tidak tersenarai, maksudnya tidak bagus dan gagal melahirkan graduan bertaraf elit?

“Ini bukan saja menjatuhkan maruah, malah melahirkan pandangan skeptikal terhadap kemampuan intelektual yang menjadi nadi sesebuah institusi. Walaupun berhujah, penilaian itu dilakukan atas dasar profesional, adakah masyarakat tahu bagaimana ia dikendalikan?” katanya yang turut bersetuju dengan keluhan ahli akademik usaha untuk memperoleh pengiktirafan itu memberi tekanan berganda.

Beliau berkata semua tahu bagi memperoleh tempat dalam penyenaraian, kriterianya sangat ketat. Ini pasti menambahkan lagi tekanan dalam memastikan misi institusi terpilih dalam kedudukan tercapai.

“Mereka ahli akademik, me-ngapa perlu dibebankan dengan pelbagai tanggungjawab lain hanya untuk memastikan universiti mendapat nama?

Ini tidak profesional.

“Meskipun pengiktirafan itu mampu membuka mata dunia, namun belum tentu hasilnya setanding. Mungkin hanya beberapa institusi yang benar-benar sudah kukuh mampu melakukannya,” katanya.

Beliau juga menyelar tindakan itu hanya memuaskan hati segelintir pihak yang membuat pelaburan.

“Mereka yang membayar terutama dalam penyelidikan sudah tentu mahukan pula-ngan. Penyenaraian itu bukan saja memberi kredit kepada universiti malah juga pelabur,” katanya.

Persoalannya, bolehkah anda memberi penilaian terhadap sistem akademik kebangsaan atau institusi pendidikan seluruh dunia dengan hanya bersandarkan pada aspek tertentu yang dihantar melalui komputer?

Hakikatnya, pendidikan sangat subjektif, kejayaan tidak boleh diberi penilaian dengan mudah hanya jika sudah memenuhi kriteria tertentu ditetapkan. Tiada siapa dapat mentafsir erti kejayaan sebenar.

Bagaimanapun, kaunselor pendidikan University of Victoria, Kanada, Janet Sheppard, menyelar tindakan itu yang dianggap menjadi penyekat terhadap budaya persaingan sihat dan pembentukan budaya ilmuwan seperti yang dikehendaki masyarakat global.

Sangat menyedihkan apabila usaha memartabatkan kedudukan universiti menjadi yang terbaik diperlekehkan dengan tanggapan singkat dan prejudis, hanya kerana tidak terpilih dalam senarai.

“Persepsi itu bukan saja boleh membunuh masa depan institusi malah menyekat budaya pembentukan ilmu di kalangan masyarakat. Pada masa kini, pendidikan bukan lagi sekadar keperluan malah kepentingan jangka panjang yang menentukan jatuh bangun sesebuah negara.

“Adalah sangat menyedihkan kerana masih ada lagi pihak yang berpandangan jumud dan tertutup. Tiada salahnya memberi pengiktirafan itu kerana sekurang-kurangnya mereka bersaing secara sihat.

“Itu lebih baik daripada berterusan berada di takuk lama. Pendidikan perlu berkembang selaras perubahan zaman yang semakin kompetitif dan komprehensif, usah bersusah payah mempertikaikannya,” katanya.

Pada masa sama, beliau mencadangkan supaya universiti yang dirasakan masih tidak setanding atau tidak disenaraikan supaya terus berusaha kerana masyarakat mempu-nyai kuasa untuk membuat penilaian.

“Merungut dan tidak berpuas hati bukan penyelesaian masalah. Bergelar ahli akademik tidak semestinya bijak dalam semua aspek, jadikan peluang ini sebagai motivasi untuk mendapat pengiktirafan sama,” katanya.

Jemputan Karnival Ekspo Permata Pintar

Assalamualaikum wbt.

Saya ingin menjemput semua pengunjung blog ini ke Karnival Ekspo Permata Pintar. Berikut maklumat di bawah:
1.Tempat: KLCC,Kuala Lumpur
2.Tarikh:   10-12 Disember 2011
3. Masa:    10 pagi-5 petang
4.Tarikh hari pelancaran: 10 Disember 2011(10 pagi)
5. Tetamu VIP: Haji Dato Seri Mohd Najib b.Tun Abdul Razak & Hajah Datin Rosmah bt.Mansor
6. Tempat/booth kursus saya: Gerai Multimedia Kreatif

~Jangan lupa juga untuk bertemu saya pada 10 disember 2011(10 pagi-5 petang) kerana saya bertugas di booth kami di klcc...... 

~Catatan diari saya di Perkhemahan Cuti Sekolah Permata Pintar 2011 akan disiarkan pada 14 disember 2011 termasuk foto & video yang group saya & kelas multimedia kreatif edit & shooting foto & video.

~9 disember nanti, insya-Allah saya akan siapan tapak pameran kami.

~Semasa hari pelancaran, kami dari kursus Multimedia kreatif  akan tayangkan perjalanan ppcs permata pintar di skrin besar.

~Hari pelancaran ini akan disiarkan di tv malam buletin utama.
~Makan tengah hari kami bersama dengan Dato Seri Najib nanti.

~Jumpa saya di sana.



LIMA rangsang industri tempatan



PESAWAT Sukhoi SU-30 semasa melakukan demonstrasi aerobatik dan persiapan juruterbang sempena LIMA 2011 di Pangkalan Udara Butterworth Pulau Pinang, baru-baru ini.


SEPANJANG lima hari, ruang udara Pulau Langkawi khususnya di sekitar Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) bakal digegarkan dengan pesawat-pesawat canggih yang membuat pertunjukan.
Tidak kurang hebatnya di kawasan perairan sekitar Awana Porto Malai, iaitu lokasi bagi segmen air yang akan menempatkan serta memperlihatkan kecanggihan kapal dan bot moden termasuk kapal selam.
Itulah daya tarikan utama untuk orang ramai setiap kali berlangsungnya pameran dwi tahunan LIMA.
Di Malaysia, meskipun terdapat pameran pertahanan lain tetapi ia tidak sehebat apa yang ada LIMA.
Keseronokan dan keghairahan yang dinikmati di LIMA tidak sama seperti pameran-pameran lain.
Begitulah hebatnya LIMA.
Namun, LIMA bukan sekadar 'hiburan' atau santapan mata kepada pengunjungnya.
Penganalisis pertahanan, M. Ghazemy Mahmud berkata, LIMA sebenarnya berjaya merangsang selain menerap teknologi canggih ke dalam industri tempatan.
Katanya, meskipun bukan mudah serta memakan masa lama untuk menerap teknologi dari luar masuk ke dalam industri tempatan, kesannya sudah ada dan dapat dilihat sekarang.
Sebagai contoh, kini sudah ada universiti tempatan menawarkan kursus-kursus ijazah dalam bidang aeroangkasa dan maritim.
Begitu juga dengan industri penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pertahanan serta pembuatan kapal, peralatan atau aset tentera.
"Ini semua hasil penganjuran LIMA sejak 20 tahun dulu.
"LIMA merangsang industri tempatan dan penerapan teknologi mula mendatangkan kesan," katanya yang juga Pengarang majalah pertahanan, Asian Defence Journal.
M. Ghazemy menambah, pengusaha tempatan sepatutnya mengambil peluang itu dengan menjalin kerjasama dengan syarikat- syarikat gergasi dari luar.
"Bukan bermakna mereka (syarikat tempatan) perlu bekerjasama dalam skala besar atau berkos tinggi.
"Syarikat-syarikat gergasi ini ada anak- anak syarikat di bawahnya yang boleh dijalin kerjasama. Jangan terus cari projek besar. Mulakan secara kecil dulu," ujarnya.
Bagaimanapun, peluang itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
Itu yang membuatkan beliau sedikit terkilan kerana syarikat-syarikat tempatan masih terlalu bergantung kepada projek kerajaan.
Mereka tidak berusaha atau tiada keyakinan untuk melabur di luar menggunakan duit kocek sendiri.
"Sudah masuk kali ke-11 LIMA dianjurkan. Sepatutnya syarikat-syarikat tempatan sudah lebih matang.
"Jika orang luar boleh membawa masuk teknologi mereka ke mari, kenapa kita tidak boleh bawa teknologi kita ke luar?" tegasnya.
Seharusnya syarikat-syarikat pertahanan tempatan tidak sekadar menjadi jaguh kampung.
Gunakanlah sepenuhnya peluang yang ada di LIMA untuk membantu negara menjadi peneraju utama industri pertahanan.
Pameran LIMA 2011 berlangsung dari 6 hingga 10 Disember ini merupakan yang terbesar sejak pameran dwi tahunan itu diperkenalkan pada 1991.
Sebanyak 403 syarikat dari 35 buah negara menyertai pameran kali ini yang menyaksikan peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding edisi lalu.
Kehadiran pesawat dari luar negara pula meningkat lebih dua kali ganda berbanding penganjuran dua tahun lalu dari 11 kepada 26 buah manakala lawatan kapal perang tentera laut luar negara bertambah dari 10 kepada 12 buah kapal.
Antara pesawat tempur yang bakal dipamerkan adalah F-18 Super Hornet, Eurofighter Typhoon, Rafale dan Sukhoi SU-30 MKM.
Sepanjang LIMA 2011, pameran di MIEC dibuka kepada tetamu kerajaan dan pelawat perdagangan dari 6 hingga 8 Disember manakala bagi pengunjung awam, pameran akan dibuka pada 9 dan 10 Disember dengan caj masuk sebanyak RM10.
Sementara pameran statik, demonstrasi kapal dan bot di Awana Porto Malai dibuka kepada semua pelawat sepanjang LIMA 2011 berlangsung.
Kapal-kapal yang bakal dipamerkan termasuk kapal pemusnah USS Curtis Wilbur dari Amerika Syarikat serta ROKS Gang GamChan dari Korea dan kapal selam kedua negara, KD Tun Razak.

PAP Singapura mula lakukan transformasi


MUNGKIN secara kebetulan dua parti politik yang menjadi tunjang kerajaan masing- masing sedang menghadapi cabaran yang agak selari iaitu cita rasa pengundi yang agak berbeza dan berani membuat keputusan menongkah arus.
UMNO sebagai parti komponen utama kerajaan Barisan Nasional (BN) menghadapi dilema yang serupa dengan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura yang telah memerintah pulau tersebut sejak lima dekad lepas.
Mungkin juga agak kebetulan ketika UMNO melangsungkan Perhimpunan Agung 2011 baru-baru ini, parti PAP baru saja selesai dengan konvensyen mereka beberapa hari lepas. Walaupun tiada pemilihan pucuk pimpinan parti kali ini, perhimpunan kali ini agak kritikal kerana Malaysia bakal menghadapi pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi. Tidak syak lagi perhimpunan tersebut digunakan sebaik-baiknya untuk menyiapsiagakan ahli UMNO menghadapi PRU13.
Begitu juga dengan konvensyen PAP masih dianggap penting walaupun Singapura tidak akan menghadapi PRU dalam jangka masa terdekat kerana baharu sahaja melalui proses tersebut 7 Mei 2011. Perlu ditekankan konvensyen tersebut dianggap sebagai penutup tirai terhadap langkah post-mortem mencari sebab mengapa parti tersebut memperolehi peratus undi yang begitu merosot pada PRU lepas.
Perolehan jumlah undi sebanyak 60 peratus yang diperolehi oleh PAP adalah terendah semenjak memerintah Singapura lebih dari lima dekad yang lepas.
Ketika Pilihan Raya 2006 umpamanya, PAP yang diterajui oleh Perdana Menteri, Lee Hsien Loong memperolehi sebanyak 66 peratus keseluruhan undi. Suasana politik yang dilalui oleh PAP sebenarnya telah dilalui oleh UMNO terlebih dahulu sebaik sahaja PRU12 selesai pada Mac 2008.
PAP telah menubuhkan satu jawatankuasa yang diketuai oleh Pengerusi parti tersebut Khaw Boon Wah yang juga Menteri Pembangunan Nasional untuk mengkaji mengapa PAP seolah-olah ditolak oleh rakyat Singapura. Beberapa saranan yang dikemukakan oleh jawatankuasa tersebut adalah menarik dan dianggap selari dengan apa yang UMNO telah lakukan.
Hsien Loong menegaskan jika PAP ingin terus memerintah Singapura beberapa perubahan perlu dilaksanakan bermula dengan bagaimana parti dan kerajaan berinteraksi dengan rakyat.
Ini adalah kerana walaupun kerajaan telah menyediakan dasar yang dianggap memberi kebaikan kepada rakyat Singapura, tetapi maksud intipati dasar tersebut tidak difahami kerana kaedah penyampaian yang tidak sesuai telah digunakan. Sebab itu, tambah beliau, pihak pembangkang begitu mudah memutar belitkan fakta untuk kepentingan memancing undi.
Hsien Loong menyeru ahli partinya turun ke akar umbi pengundi untuk mencari penyelesaian masalah seharian yang dihadapi oleh rakyat Singapura seperti kos sara hidup yang tinggi untuk menyakinkan pengundi bahawa PAP sedang berusaha melakukan sesuatu.
Hipotesis ini dianggap bertepatan kerana merosotnya jumlah undi yang diperolehi oleh PAP dipercayai berpunca dari rasa tidak puas hati pengundi terhadap kos sara hidup yang terlalu tinggi dan jurang pendapatan yang begitu ketara di antara golongan mewah dan sederhana.
Pengundi yang kebanyakannya pertama kalinya berpeluang mengundi, lebih berani membuat keputusan yang menongkah arus.
Bertepatan juga dengan langkah kerajaan BN yang telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas Mengenai Kos Sara Hidup yang dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Penubuhan pasukan tersebut adalah bertepatan dengan bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang menunjukkan komitmen serius kerajaan dalam meringankan beban kos hidup rakyat.
Jawatankuasa post-mortem PAP juga menyarankan supaya calon pilihan raya dikenal pasti lebih awal sekurang-kurangnya satu tahun sebelum PRU diadakan. Ini adalah kerana pada PRU Mei lepas, ada calon diperkenalkan kepada pengundi hanya lima minggu sebelum pengundian.
Timbul masalah kerana interaksi antara calon dan pengundi berada pada tahap minimum yang menyukarkan komunikasi di antara satu sama lain.
Masalah seperti ini sering dihadapi oleh calon PAP kerana menjadi kelaziman calon pilihan raya parti tersebut adalah terdiri dari kalangan korporat, akademik atau perkhidmatan awam yang sememangnya dianggap mentah dalam dunia politik. Sebab itu calon seperti itu memerlukan masa yang agak lama untuk dilatih supaya berinteraksi dengan pengundi.
Agak menarik juga jika UMNO mampu mengemukakan calon PRU13 lebih awal bukan kerana keperluan melatih berinteraksi tetapi untuk mengelakkan percaturan melobi dan cantas mencantas.
Ini adalah kerana pengundi akan meneliti dengan apa yang berlaku ketika perhimpunan dengan harapan proses melobi calon tidak berlaku secara keterlaluan dan menenggelamkan matlamat parti membantu rakyat.
Jika PAP Singapura sudah mula menunjukkan kesungguhan untuk berubah dan meletakkan kepentingan rakyat paling teratas, maka UMNO sudah pasti mampu melakukan transformasi yang lebih baik dan Perhimpunan Agung 2011 adalah landasan yang sesuai untuk memberi isyarat kepada rakyat Malaysia.

Borang bantuan khas diedar secara percuma mulai 1 Dis

IPOH 19 Nov. – Borang program bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2012 akan mula diedarkan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada umum secara percuma pada 1 Disember ini.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan menggunakan mekanisme itu bagi memastikan setiap isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan berhak menerima bantuan berkenaan.
"Dijangka 3.4 juta individu akan mendaftar melibatkan nilai bantuan keseluruhan berjumlah RM2.6 bilion...untuk itu seramai 2,000 sukarelawan LHDN akan digerakkan ke seluruh negara bagi memudahkan proses pendaftaran,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan peruntukan RM1.5 juta bagi pembinaan masjid dan penyampaian hadiah Tadika Firdaus, Rancangan Perumahan Tersusun Batu 4 di sini hari ini.
Beliau berkata kementerian berkenaan juga menyediakan bilik gerakan sepanjang proses pendaftaran dan pengagihan wang berkenaan yang dijangka bermula Januari depan.
Katanya pendaftaran akan dibuat melalui LHDN, pejabat daerah atau agensi kerajaan terlibat serta kerajaan akan mengumumkan penerima yang layak melalui media massa.
Ahmad Husni berkata proses pendaftaran adalah sangat penting dan LHDN juga akan buka bilik gerakan dan kesemua sukarelawan akan membantu sepanjang proses pendaftaran termasuk di kawasan pedalaman.
Oleh yang demikian pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dan sentiasa berhati-hati dengan tindakan pihak tertentu yang mengambil kesempatan mengedar borang permohonan palsu.
"Kita tidak mahu ada golongan tertentu yang cuba mengelirukan bakal penerima insentif ini dengan mengedarkan borang palsu bagi mengaut keuntungan,” katanya.
Beliau berkata proses pendaftaran haruslah melalui saluran yang betul dan tidak melalui orang tengah.
"Kita akan menghantar pasukan sukarelawan ini ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak untuk proses pendaftaran,” katanya.

pengumuman ke ukm permata pintar

Assalamualaikum wbt......Sepanjang 3 minggu, dari 20 november hingga 13 disember saya akan ke ukm permata pintar sekali lagi untuk kem perkhemahan cuti sekolah & inilah saat-saat pemilihan ke sekolah permata pintar. Doakan saya semoga berjaya. Jika saya ada kesempatan, insya-Allah saya akan post blog. Jangan lupa juga datang ke klcc,kuala lumpur kerana ada karnival ekspo permata pintar 10-12 disember ini terutama kepada rakyat negeri selangor kerana cuti ahad hari sultan jatuh hari isnin sebagai hari ganti cuti peristiwa.

Saya ucapkan salam maal hijrah pada 27 november kepada seluruh umat islam di dunia.
Buat transformasi terhadap diri anda.

UPSR terbaik tempoh 4 tahun

PUTRAJAYA 17 Nov. - Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN).
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada 485,160 pelajar yang menduduki peperiksaan, seramai 46,012 calon mencatat keputusan cemerlang mendapat semua A.
Menurutnya, jumlah tersebut mencatat penurunan berbanding tahun lepas iaitu 48,327 calon.
Kata beliau, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C (tidak termasuk semua A) bagi semua mata pelajaran yang telah diduduki meningkat daripada 54.38 peratus pada tahun 2010 kepada 55.4 peratus tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 1.07 peratus.
"Namun, pencapaian calon cemerlang semua A telah menurun sedikit (0.54 peratus) iaitu daripada 10.02 peratus pada tahun lalu kepada 9.48 peratus tahun ini.
"Peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum semua D atau E atau kombinasi kedua-duanya telah berkurangan sebanyak 0.51 peratus iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurut Abd. Ghafar, sejumlah 497,691 murid mendaftar sebagai calon UPSR yang merangkumi 489,101 (98.3 peratus) calon sekolah Kementerian Pelajaran dan 8,590 (1.7 peratus) calon sekolah swasta.
Kata beliau, pencapaian calon cemerlang bandar dan luar bandar pada tahun ini masing-masing mengalami penurunan sebanyak 0.37 peratus dan 0.72 peratus.
Bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik di bandar dan luar bandar, masing-masing meningkat sebanyak 0.49 peratus dan 1.70 peratus.
Ini bermakna, katanya, peningkatan pencapaian baik bagi calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon bandar iaitu 1.21 peratus.
Abd. Ghafar berkata, pada tahun ini, peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum telah berjaya dikurangkan terutamanya di luar bandar dengan pengurangan sebanyak 0.68 peratus berbanding di bandar sebanyak 0.38 peratus.
"Penurunan peratusan ini menunjukkan bahawa peningkatan tahap penguasaan minimum calon di luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar.
"Peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan dapat juga dilihat melalui nilai GPN yang mengurang iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.02 bagi luar bandar. Jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar dirapatkan sebanyak 0.01," katanya.
Bagi pencapaian calon berkeperluan khas pada tahun ini, seramai 59 orang dengan calon yang mendapat pencapaian cemerlang meningkat sebanyak 0.34 peratus iaitu pertambahan seramai lima orang.
Sejumlah 17 calon yang mendapat pencapaian cemerlang terdiri daripada enam calon rabun, seorang pekak, seorang spastik dan sembilan lagi lain-lain kecacatan.

Laskar Garuda tersungkur



PENJAGA gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat menangkap kemas bola hantaran lawan pada perlawanan terakhir Kumpulan A menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam. Malaysia mara ke separuh akhir selepas menewaskan tuan rumah 1-0.


JAKARTA – Malaysia melenyapkan ego Indonesia selepas mencatat kemenangan 1-0 untuk melangkah ke separuh akhir bola sepak selaku juara Kumpulan A.
Untuk babak seterusnya, Malaysia yang diwakili skuad Harimau Muda akan berdepan naib juara Kumpulan B, Myanmar pada 19 November ini.
Bertambah manis, kemenangan itu juga kali pertama dalam tempoh lapan tahun buat skuad negara di Stadium Gelora Bung Karno di samping mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.
Biarpun laungan Maling! Maling! (pencuri) mengiringi persembahan Malaysia pada awal perlawanan, anak-anak buah Ong Kim Swee tenang mengawal permainan sebelum Syahrul Azwari muncul wira negara apabila menjadi penjaring gol tunggal negara.
Berpunca daripada hantaran tinggi Mahalli Jasuli pada minit ke-17, Syahrul berjaya melepasi kawalan bek tuan rumah sebelum tenang melepaskan rembatan leret melepasi jangkauan penjaga gol Indonesia, Andritany Ardhiyasa.
Malaysia sebenarnya berpeluang menambah gol kedua beberapa minit kemudian melalui tandukan bek kiri, Asraruddin Putra Omar berpunca daripada situasi sepakan penjuru, namun palang menjadi penyelamat Indonesia.
Walaupun terpaksa bermain tanpa arahan Kim Swee yang diarah keluar padang pada 20 minit terakhir perlawanan, ia tidak mematahkan semangat juang pemain negara yang bertahan bermatian-matian.
Sementara itu, rasa sakit hati rakyat Malaysia akibat provokasi buruk yang dilakukan penyokong Indonesia sepanjang Sukan SEA XXVI, sedikit terubat semalam, berterima kasih kepada adik Aaliyah Yoong Hanifah yang mencipta nama sebagai juara termuda dalam sejarah Sukan SEA pada usia 8 tahun dengan meraih emas ski air tricks wanita.
Hampir di semua venue, baik di Palembang atau Jakarta, penonton melaungkan perkataan ‘maling’ yang membawa maksud pencuri, malah insiden keji berlaku di kolam renang apabila jalur pada Jalur Gemilang dikurangkan pada upacara menaikkan bendera acara terjun kelmarin. Lagu Negaraku pula diejek oleh hampir 90,000 penonton di Gelora Bung Karno sebelum aksi bola sepak semalam.
Pelbagai serangan psikologi yang dilancarkan penyokong tuan rumah ke atas atlet, jurulatih, pegawai, penyokong, malah wartawan Malaysia langsung tidak memberi kesan.
Keseronokan juara remaja Asia, Aaliah yang juga adik kepada bekas pemandu Formula Satu, Alex Yoong itu memberikan emas selepas mencatat 2,960 mata, mengatasi Promsunitsit Sareeya dari Thailand. Kakaknya, Philippa Yoong meraih gangsa dengan 1,860 mata.
Bukan Aaliyah saja membanggakan bapa mereka, Hanifah Yoong Abdullah, malah Phillipa turut mengharumkan nama keluarga dengan merangkul emas slalom wanita, manakala Alex meraih sebutir perak.
Keseluruhannya, sembilan emas, 10 perak dan 11 gangsa dikutip Malaysia pada hari ketujuh. Renang menambah sebutir emas menerusi Christina Koh dalam 50 meter kuak dada wanita, namun kejutan hadir menerusi atlet yang kurang diberi perhatian, Heidi Gan apabila menjuarai saingan renang perairan terbuka.
Silat yang menjadi mangsa pengadilan buruk wasit sejak hari pertama pertandingan, akhirnya mengutip tiga emas manakala memanah dan boling menokok satu emas.
Seperti geram dengan layanan buruk yang diterima rakan-rakannya, Ahmad Shahril Zailudin melepaskan perasaan menerusi persembahan hebat membenam peserta tuan rumah, Sapto Purnomo 5-0 dalam kelas Putera D 60-65kg. Emas kedua silat hadir daripada Mohd. Al Jufferi Jamari (Putera E 65-70kg), manakala Mohd. Fauzi Khalid melengkapkan emas ketiga dalam Putera F 70-75kg.
Di Anchol Jaya, Jakarta, boling menepati sasaran tiga emas yang ditetapkan apabila menambah sebutir lagi menerusi trio lelaki. Malah, pasukan negara menguasai kedudukan 1-2 apabila kombinasi Adrian Ang, Alex Liew dan Zulmazran Zulkifli mengalahkan rakan sepasukan, Aaron Kong, Muhammad Syafiq Ridhwan Abdul Malik dan Muhd. Nur Aiman Khairuddin.
Memanah juga meneruskan dominasi recurve lelaki. Selepas merangkul emas dan perak individu kelmarin, Malaysia mempertahankan emas berpasukan pula menerusi juara individu, Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamed dan Haziq Kamaruddin.
Ketika Sukan SEA berbaki lima hari lagi, Malaysia sudah mengumpul 37 emas, 35 perak dan 55 gangsa, sekali gus memintas Singapura untuk menghuni tangga keempat keseluruhan. Kita hanya mencari tiga lagi emas bagi melengkapkan sasaran awal 40 emas tetapi Majlis Sukan Negara (MSN).

Siapa layak dipilih jadi pemimpin?

SUDAH beberapa kali jangkaan tarikh pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 menjadi teka-teki dan pada tarikh 11 November lalu ramai yang membuat perhitungan, Perdana Menteri yang baru pulang dari mengerjakan haji akan membuat pengumuman atas andaian mendapat petunjuk sudah tiba masanya.
Bagaimanapun, dalam teka-teki tersebut, banyak juga lontaran pendapat mengenai bakal calon yang akan dipilih. Dari sudut pandangan Perdana Menteri, calon yang boleh menjamin kemenangan itulah yang akan diberikan peluang, kerana dalam politik perjuangan, kepentingan pertubuhan yang diwakili itu adalah lebih penting daripada kemenangan peribadi.
Dalam situasi sedemikianlah maka ada di antara kita mula memikirkan, bagaimana untuk menentukan wajah sebenar pemimpin yang kita impikan.
Adakah kita memerlukan seorang pemimpin yang memimpin dengan berkesan atau seseorang yang hanya kelihatan warak?
Watak-watak seperti itu memang sentiasa hadir dalam politik Malaysia. Ada mereka yang warak, tetapi tidak boleh memimpin dengan berkesan dan jahil dengan selok-belok pengurusan.
Jawapan yang pasti ialah kita memerlukan seseorang pemimpin yang dapat memenuhi dua sifat tersebut, iaitu warak dan mahir dengan soal-soal pengurusan.
Pengutamaan sepatutnya diberikan kepada mereka yang mempunyai dua kelebihan ini dan bila tidak dapat kedua-duanya maka yang mempunyai kemampuan mengurus itulah yang patut didahulukan sebagaimana urutan yang disebutkan di dalam al-Quran itu, Surah al-Qasas ayat 26.
Mereka yang warak adakalanya tidak mampu memimpin dengan baik kerana melihat dirinya dalam konteks kesempurnaan peribadi. Orang seperti inilah yang telah menimbulkan banyak kekalutan dalam masyarakat.
Sifat waraknya telah menyebabkan dirinya dinilai yang terbaik, tidak ada cacat dan cela. Cara itu akhirnya menjerumuskan pemimpin yang warak itu dalam bingkai pemujaan peribadi yang melampau.
Rakyat terus teruja dan memuja pemimpin itu sehingga melihat kesalahan yang dilakukan tidak mendatangkan musibah. Penderitaan dan kesusahan rakyat bukan salah pemimpin, ia adalah takdir yang telah ditentukan.
Kemiskinan rakyat bukan kerana kegagalan pemimpin untuk menyediakan ruang dan peluang, tetapi ia adalah hakikat yang mesti diterima tanpa banyak soal.
Pemimpin yang warak tidak dinilai telah gagal sedangkan rakyat meletakkan harapan yang besar agar nasib mereka dapat diperbaiki. Seorang pemimpin yang warak sentiasa menggugah emosi, mendorong pengikutnya agar lebih banyak bersabar dan memikirkan bahawa kehidupan sebenarnya bukanlah untuk mencipta kemewahan dan kesempurnaan di dunia.
Dunia hanyalah pinjaman dan segala apa yang dimiliki tidak akan menjamin kebahagiaan di akhirat. Itulah putaran ganas politik yang dimainkan oleh pemimpin yang sentiasa menampilkan dirinya sebagai orang yang warak.
Atas kegagalan pemimpin yang warak menguruskan segala sumber dengan berkesan, setiap kali dibangkitkan kelemahan-kelemahan itu akan diserang pula bersama kesimpulan, orang yang sentiasa mendorong kepada perubahan telah mengetepikan agama.
Apabila orang mempersoalkan apakah telah dilakukan sepanjang tempoh menjadi pemimpin, jawabnya juga mudah, semakin ramai rakyat memahami Islam?
Benarkah pemimpin yang warak itu berupaya meningkatkan kefahaman mengenai Islam kepada pengikutnya? Jika benar, maka secara jelas kita tidak akan mempunyai perangkaan gejala sosial yang sentiasa meningkat setiap tahun.
Tentunya juga petunjuk buang bayi, penagihan dadah, pecah rumah, maksiat dan penghidap HIV/AIDS tidak membimbangkan. Tentunya juga perpecahan dalam masyarakat tidak melebarkan sengketa dan pemencilan silaturrahim.
Al-Quran memberikan peringatan agar membuat keputusan secara bijaksana untuk memilih pemimpin. Bahkan, ketika ditanya mengenai dua orang calon pemimpin, Imam Ahmad Ibnu Hanbal menjelaskan, tidak mudah untuk mencari seorang pemimpin yang dapat memenuhi kedua-duanya.
Pemimpin pertama menunjukkan kekuatan fizikal tetapi banyak berbuat dosa. Pemimpin kedua, warak tetapi lemah dalam kepimpinan.
Jawab Imam Ahmad Ibnu Hanbal, "Orang pertama, dosanya dipikul sendiri sedangkan kekuatannya mendukung kepentingan ummah; dan orang kedua kewarakannya adalah untuk diri sendiri sedangkan kelemahannya membawa petaka kepada orang yang dipimpinnya." Maka yang sepatutnya kita pilih ialah orang pertama kerana sentiasa mencari jalan untuk mensejahterakan orang yang dipimpinnya.
Dalam memilih pemimpin, Nabi Muhammad SAW bersabda: Siapa yang mengangkat seseorang untuk satu jabatan yang berkaitan dengan urusan masyarakat sedangkan dia mengetahui ada yang lebih tepat, maka sesungguhnya ia telah mengkhianati Allah, Rasul dan kaum Muslim. Maknanya, seseorang yang kelihatan warak itu belum tentu boleh mengurus dengan berkesan dan ini telah dibuktikan.
Ada pemimpin yang hanya bercakap mengenai dosa dan pahala bila mendekati pengikutnya, tetapi dalam masa yang sama memaki-hamun orang yang tidak sehaluan dengan pandangan dan keputusannya.
Pemimpin sedemikian sebenarnya telah lupa bahawa menjadi pemimpin adalah tanggungjawab. Prinsip tanggungjawab ini meliputi membantu menyelesaikan masalah rakyat dan meletakkan kekudusan niat mencari keredhaan Allah SWT.
Pemimpin tersebut tidak sombong, sentiasa merendahkan diri dan berkorban kepada rakyat. Ini tidak berlaku dalam sesetengah pemimpin yang menampakkan dirinya yang warak, kerana kewarakan itulah menjadikan dirinya terperangkap dalam kata-kata, manis sebelum dapat kuasa, setelah berkuasa memupuk budaya sempit, jumud dan keterlaluan sehingga semuanya buruk kecualilah dirinya sendiri.
Semuanya salah dan mengundang kecelakaan kecualilah menerima kesehaluan makna dengan corak politik, kuasa yang ada dipertahankan selagi hayat dikandung badan, manakala orang lain sudah lama mendesak agar berundur, kerana kewarakan itu tidak mampu menepis kegagalannya mengurus masalah rakyat.
Inilah wajah pemimpin yang seharusnya ditolak, kerana kewarakannya tidak boleh menjamin kehidupan rakyat yang lebih baik, kewarakan digunakan sebagai kriteria mengekalkan kuasa dan menjerut emosi beragama.
Nilai-nilai agama diperdagangkan sehingga melahirkan tingkah politik dan kecurangan, rakyat menjadi semakin jumud dan tidak berani berubah.
Kalau hanya warak menjadi pilihan, kenapa Allah SWT tidak memilih malaikat untuk menjadi khalifah?

Kedudukan pingat sukan sea terkini





Kedudukan pingat akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sukan SEA edisi ke 26 kini berlangsung di Palembang, Indonesia.
Sumber lagi terkini : seag2011.com


Pingat Malaysia

16 Nov 2011

25. Pandalela Rinong, akuatik (10m platform)
24. Yeoh Ken Nee, akuatik (3m papan anjal)
23. Sam Chong dan Thor Chuan Leong, snuker


15 Nov 2011

22. Kevin Yeap Soon Choy, renang (400m gaya bebas)
21. Khoo Chai Lin, renang (800m gaya bebas)
20. Bryan Nickson, akuatik (10m platform)
19. Roslinda, olahraga (lompat bergalah)
18. Noraseela Mohd. Khalid, olahraga (400m lari berpagar)
17. Cheng Chu Sian, memanah
16. Nur Suryani Mohamed Taibi, menembak (10m air rifle)
15. Siow Yi Ting, renang (100 meter kuak dada)
14. Cheong Jun Heong (3m papan anjal)
13. Kuartet 4x400 meter lelaki


14 Nov 2011

12. Lee Hup Wei, olahraga (lompat tinggi)
11. Yeoh Ken Nee dan Bryan Nickson, akuatik (3m papan anjal)
10. Leong Mun Yee dan Traisy Vivien, akuatik (10m platform)


13 Nov 2011

9. Teagarajan, karate-do (kumite)
8. Yamini Gopalasamy, karate-do (kumite)
7. Joshua Koh, lawan pedang
6. Loganesha Rao, karate-do (kumite)
5. Leong Mun Yee dan Ng Yan Yee, akuatik (3m papan anjal)
4. Shaharudin Jamaludin, karate-do (kumite)
3. Lo Choon Sieng, olahraga (lumba jalan kaki 20km)


12 Nov 2011

2. Tan Song Hwa, olahraga (tukul besi)
1. Nur Suryani Mohammed Taibi, menembak

Empat maut, 5 parah dalam tragedi





SLIM RIVER 11 Nov. – Empat maut manakala 36 lagi cedera termasuk lima parah dalam nahas ngeri yang menjadi tragedi menyayat hati apabila sebuah bas membawa 39 penumpang terbalik sebelum dirempuh sebuah treler di Kilometer 382.1 Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Behrang, Perak hari ini.
Dalam kemalangan pukul 4.20 pagi itu, bas berkenaan dipercayai hilang kawalan selepas melalui selekoh sederhana, beberapa meter dari tempat kejadian lalu terbalik di bahu jalan.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, sebuah treler yang sarat dengan muatan guni pasir merempuh bas berkenaan dari arah belakang ketika kebanyakan mangsa sedang merangkak keluar menyelamatkan diri.
Nahas berlaku ketika bas tersebut dalam perjalanan membawa rombongan 36 pelajar dan tiga guru Sekolah Menengah Kebangsaan Air Merah, Kulim, Kedah untuk bercuti di Genting Highlands, kira-kira 87 kilometer dari tempat kejadian.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Supritendan Md. Tahir Kasim berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, keempat-empat mangsa maut akibat dirempuh ketika cuba menyelamatkan pelajar yang tersepit selepas bas berkenaan terbalik.
“Bas tersebut yang membawa rombongan 36 pelajar dan tiga guru serta seorang pemandu kedua, hilang kawalan lalu terbalik sebelum dirempuh oleh treler berkenaan.
“Bagaimanapun, kita masih menyiasat punca sebenar kejadian,” katanya, di sini hari ini.
Beliau tidak menolak kemungkinan insiden itu berpunca akibat kecuaian.
Mereka yang terbunuh ialah seorang guru, Siti Hajar Mohamad, 33, serta dua pelajarnya, Khairul Anwar Azhan dan Maysarra Zaidi, kedua-duanya berusia 15 tahun.
Tragedi menyayat hati itu turut mengorbankan Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Alor Teja, Basarah Saad yang kebetulan berhenti di tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan pelajar yang tersepit sejurus bas tersebut terbalik.
Difahamkan, Basarah, 45, sebelum itu dalam perjalanan bersama sebuah lagi bas persiaran membawa rombongan ahli Wanita UMNO Bahagian Alor Setar, Kedah ke program Titian Ilmu di Tanjung Karang, Selangor.
Mayat Maysarra dijumpai pada pukul 10.45 pagi dalam timbunan pasir ketika pasukan penyelamat sedang mencari kaki seorang lagi mangsa yang terputus dalam nahas itu.
Md. Tahir memberitahu, Siti Hajar meninggal dunia di Hospital Slim River, di sini, manakala tiga yang lain maut di tempat kejadian dan dua guru serta tiga pelajar yang parah dipindahkan ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut.
Menurutnya, kelima-lima mereka kini dilaporkan kritikal ekoran kecederaan serius termasuk patah anggota badan.
Beliau berkata, pemandu bas yang berusia 25 tahun serta pemandu treler kini ditahan bagi membantu siasatan.
“Kedua-dua kenderaan dibawa ke Balai Polis Slim River untuk siasatan dan kita minta saksi atau orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya tampil memberi keterangan,” ujarnya.

Optimis terima pemansuhan PPSMI

Dua tahun lalu kerajaan telah mengumumkan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menegaskan kerajaan konsisten memansuhkan PPSMI.Pengajaran bagi kedua-dua mata pelajaran terbabit dalam bahasa Malaysia akan dilaksanakan sepenuhnya mulai 2016 untuk sekolah rendah, manakala untuk sekolah menengah pada 2021.
Langkah tersebut dibuat kerajaan setelah mendapati kajian menunjukkan sebahagian besar sekolah tidak melaksanakan sepenuhnya PPSMI, sebaliknya menggunakan dwi bahasa bagi kedua-dua mata pelajaran terbabit.
Kajian juga mendapati ramai pelajar mengambil masa yang lama untuk memahami konsep-konsep asas kedua-dua mata pelajaran itu. PPSMI juga gagal membantu tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Satu dasar baru diperkenalkan kerajaan bagi menggantikan PPSMI iaitu dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Dasar baru itu diyakini akan memberi keupayaan kepada pelajar menguasai kedua-dua bahasa terbabit dengan baik. Anak-anak kita kelak bukan sahaja akan berbangga dengan bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu tetapi mereka juga akan mampu menguasai bahasa Inggeris.
Untuk memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris, kerajaan akan menyediakan guru-guru terlatih dan berkualiti, termasuk guru-guru yang diambil dari luar negara bagi mengajar bahasa Inggeris secara berkesan. Mata pelajaran itu akan diajar melalui kaedah pembelajaran yang lebih efektif dan interaktif.
Melalui dasar baru itu kita sebenarnya telah mengembalikan semula kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan sekolah menengah, selari dengan apa yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.
Selain itu, kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi serta alat menyatukan rakyat kembali didaulatkan.
Malangnya, masih ada segelintir pihak yang masih mempertikaikan pemansuhan PPSMI. Mereka adalah kelompok yang memiliki 'watak tertawan' terhadap bahasa Inggeris. Golongan terbabit terlalu mengagungkan bahasa Inggeris dan mendesak kerajaan mengekalkan PPSMI. Permintaan mereka itu tidak perlu dilayan. Dalam melaksanakan sesuatu dasar yang berkepentingan nasional, kerajaan mestilah mempunyai iltizam dan pendirian yang kukuh.
Pendirian kerajaan yang kukuh akan membolehkan penjawat-penjawat awam melaksanakan tugas dengan penuh yakin dan wibawa. Pihak yang mempertikaikannya sepatutnya belajar menghormati keputusan kerajaan itu kerana ia memiliki nilai dan kepentingan nasional.
Lagipun, keputusan memansuhkan PPSMI telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri dan juga majoriti ahli Parlimen. Malah, sebelum kerajaan memutuskannya, empat mesyuarat meja bulat telah diadakan pada tahun 2008.
Mesyuarat ini membabitkan hampir semua pihak termasuk pendidik, pengetua, guru besar, pelajar, kesatuan guru, pemimpin persatuan, kesatuan guru, badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), pensyarah universiti, persatuan mahasiswa, pemimpin pertubuhan belia, wakil sekolah swasta, penggiat seni, aktivis masyarakat, tokoh masyarakat, tokoh korporat, wakil media massa dan pemimpin politik.
Majoriti mereka yang terbabit dalam mesyuarat meja bulat itu bersetuju agar kedua-dua mata pelajaran itu diajar menggunakan Bahasa Malaysia. Ia adalah suara majoriti yang harus disokong dan dihormati.
Kesimpulannya, kita patut bersikap optimis terhadap dasar memperkukuhkan kembali Bahasa Malaysia dalam sistem pendidikan negara. Selain kemampuannya sebagai bahasa ilmu, ia jua dapat menjayakan gagasan 1Malaysia yang bertujuan memperkukuhkan perpaduan nasional.

Ucapan hari raya korban & nasihat

Assalamualaikum wbt....Saya mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat Islam di dunia. Nasihat saya ialah:

1.Kepada sesiapa yang melakukan sembelihan korban, lakukannya dengan penuh ikhlas, sempurna      & mengikut etika penyembelihan, nanti haiwan yang disembelih itu akan membela kita di hari kiamat nanti.
2.Lakukanlah solat sunat Aidiladha kerana hanya dua kali saja terdapat 2 solat sunat perayaan umat Islam.
3.Kepada yang menunaikan haji, sempurnakanlah & perbanyakan doa di Padang Arafah supaya segala doa kita terus dimustajabkan oleh Allah swt tanpa perantaraan.
4.Manakala kepada yang tidak menunaikan haji, digalakkan berpuasa pada hari Arafah(9 zulhijjah) kerana kita akan diampunkan dosa setahun lalu & akan dijabat tangan oleh Malaikat di Padang Mahsyar nanti.

Budaya merendahkan kemanusiaan

KETIKA umat Islam seluruh dunia sedang bersiap sedia mengamati perjalanan sanak saudara mengerjakan haji, rakyat Malaysia gempar dengan program yang disokong oleh lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan menganjurkan Seksualiti Merdeka di Kuala Lumpur sepanjang dua minggu sebaik sahaja bermula November.Maka ramai yang marah, kerana November pada tahun ini adalah bulan umat Islam melaksanakan tanggungjawab kemuncak dalam kehidupannya sebagai seorang muslim yang beriman. Mereka mengharapkan ibadat itu akan mengampun segala dosa lalu, tetapi segelintir mereka yang terbabit dalam program tersebut mengumpul dosa yang paling dilaknat Islam.
Sememangnya semua agama amat memandang keji kepada perlakuan sedemikian kerana ia mencemar kehidupan dan merendahkan martabat seorang manusia yang berakal dalam bingkai tamadun keinsanan.
Golongan yang menyanjung dan mengamalkan perlakuan songsang - lesbian, biseksual, gay, dan trangender (LBGT)- sejak permulaan sejarah lagi menerima kutukan yang maha dahsyat.
Dalam Islam, kisah kemusnahan pengikut Nabi Luth a.s. adalah disebabkan kegilaan mereka bersenggama sesama jenis, sedangkan secara alami Allah SWT menciptakan manusia sebagai lelaki dan wanita.
Mereka hidup secara berpasangan dan berkongsi perasaan, naluri seks dan tanggungjawab atas sifatnya saling memerlukan dan sayang menyayangi.
Kemusnahan sebuah tamadun tinggi pada waktu sebelum agama Kristian muncul turut membuktikan bahawa amalan senggama songsang oleh penduduk Pompei masih tidak menakutkan pengamal LBGT.
Rupa-rupanya pengamal pada masa kini amat kuat bersandarkan kepada prinsip kebebasan semulajadi tanpa mengambil kira kebebasan itu sebenar sebuah ilusi yang menakutkan, budaya yang merendahkan kemanusiaan itu sendiri. Berlawanan dengan hasrat seseorang yang bertandang ke Mekah untuk menyempurnakan ibadah yang difardukan kepada setiap orang Islam yang berkeupayaan dan mampu. Meskipun menunaikan haji itu fardu, ia tidak wajib kepada mereka yang kurang mampu, termasuk mereka yang tidak siuman.
Menjelang wukuf di Arafah, membawa satu manifestasi yang paling puncak dalam perjalanan untuk menyucikan diri dari segala dosa silam kerana pada malam itu, ia menjadi petanda sah seseorang yang mengerjakan haji mampu melengkapkan ibadah tersebut. Bagi mereka yang tidak berkesempatan melakukannya, perkiraan sah haji tidak dapat dikira.
Dalam situasi itu, setiap muslim dikira bukan berdasarkan kedudukan dan latar belakang keturunannya. Semua orang Islam berada dalam kesatuan iktikad, semangat, roh dan kerohanian untuk menumpukan seluruh jiwanya meningkatkan pengabadian diri kepada Allah SWT.
Perjalanan mengerjakan haji berlaku dalam suasana kekentalan semangat, kekuatan keyakinan dan keteguhan iman kerana tersilap tingkah akan menyebabkan peluang beribadat akan berkurangan manakala kelurusan iktikad diuji dengan pelbagai dugaan.
Dalam situasi penuh keikhlasan itulah kita dapat merasai mengerjakan haji itu bukanlah memeritkan. Pengabadian diri sewaktu mengerjakan haji merupakan kisah begitu menarik kerana ia turut memberikan kita sebuah nilai kekudusan diri, kerendahan hati dan keinsafan bahawa jiwa yang diberikan peluang untuk hidup sebenarnya bukanlah hak mutlak seseorang, kesemuanya hak mutlak Allah SWT yang menciptakan manusia sebagai makhluk terbaik, paling sempurna.
Atas sifat kesempurnaan itulah manusia diberikan kebebasan berfikir dan bertindak dengan syarat kebebasan terhad itu tidak disalahgunakan untuk melanggar kebebasan orang lain. Kerana kebebasan itu ada hadnya, maka manusia mencipta pula ruang bersama dalam situasi 'saling rela' dan 'bukan dipaksa' atau 'terpaksa' sehingga merubah perspektif, kebebasan mestilah disusuli dengan kerelaan.
Maka kerelaan itulah yang mengikat kumpulan yang sudah lupa diri dan celaru identiti untuk mendesak sebarang bentuk sekatan, sama ada dalam bentuk moral, peraturan atau undang-undang agar mereka diberikan peluang secara lebih berperikemanusiaan.
Mereka mendesak agar kebebasan untuk memilih cara hidup ditentukan menurut semangat kesukarelaan walaupun melanggar etika dan peraturan. Peraturan yang menjadi batu penghalang perlu dipinda kerana tuntutan golongan itu semakin kuat dan jika peraturan menyekat budaya yang diinginkan itu, mereka menilainya sebagai zalim, tiadakebebasan dan tidak berperikemanusiaan.
Itulah gambaran yang sedang bermain dalam fikiran pengamal LBGT, maka ada sebuah perbincangan untuk mencari penyelesaian mendesak pindaan undang-undang yang bakal mereka hasilkan sebagai pendirian bebas atas nama kebebasan bersuara dan menentukan hidup.
Bagi pengamal LBGT, tingkah mereka bukanlah suatu kesalahan yang fatal, kerana itu adalah pilihan yang wajar atas kehendak naluri serakah yang tidak sepatutnya tunduk kepada sebarang bentuk peraturan, kecualilah melanggar prinsip kerelaan yang dimeterai antara mereka.
Persoalan hidup dikandung adat, budaya dibingkaikan moral, tingkahlaku bersalutkan agama bukanlah sesuatu yang wajib dipraktikkan, kesemuanya akan menyebabkan manusia berada dalam situasi terkongkong. Mereka hanya meneruskan kehidupan dalam ruang keluarga yang kosong dan kontang nilai kekeluargaan.
Inilah natijah sebenar daripada sebuah kehidupan beradab, kehidupan berlaku secara alami dan disusuli dengan bingkai agama. Keseronokan dan nikmat hidup akan berada di puncak apabila dapat mewariskan zuriat, dan dari zuriat itulah kelangsungan generasi manusia akan berterusan manakala lingkaran adat dan susila menjadi pagar kemanusiaan yang terindah.
Ia menjadi lebih indah apabila kesempurnaan keluarga dan kesejahteraan kehidupan tercapai. Lebih manis, apabila ketenangan jiwa dicapai melalui pengabadian diri kepada Sang Pencipta, dan kerana itulah setiap mereka yang berdikit menyimpan biaya untuk mengerjakan haji, terasa puncak kehidupan tercapai apabila dapat mengerjakan haji dengan sempurna.
Ia sama sekali bertentangan dengan mereka yang memuja bayangan maut, kerana Allah SWT akan tetap melaknat mereka setelah terus berdegil tidak mahu mengakui sifat semulajadi dirinya, tidak ada lelaki setengah masak dan wanita separuh sikap, bercelaru dan keliru.
Ketika ibadat haji mula dirintis lebih 3,600 tahun lalu, Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya, Nabi Ismail a.s. membangunkan semula Kaabah dan mewartakan kewajipan mengerjakan haji.
Tetapi, ketika manusia mula berusaha mengubah kaedah berbudaya dalam posisi songsang, Allah SWT memberikan peringatan keras bahawa akan berlaku kerosakan dan keruntuhan akhlak, manusia berada dalam kesesatan dan ditimpa malapetaka.
Allah SWT menetapkan prinsip-prinsip Haji sebagai
(1) pengakuan keesaan Allah SWT dan menolak semua perbuatan atau keyakinan bertentangan dengan pengakuan tersebut sebagai syirik,
(2) membina keyakinan bahawa akan adanya balasan Allah SWT dalam kehidupan, dan
(3) memupuk nilai-nilai kemanusiaan yang bersifat sejagat.
Allah SWT juga menetapkan prinsip perlakuan LBGT sebagai golongan yang rosak keimanan. Mereka inilah golongan yang akan dicampakkan ke neraka dan kehidupannya terus dihina.
Mereka hidup dalam kekaburan matlamat, serba salah dan mengaibkan diri sendiri.

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket