Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

IRINGI KENAIKAN HARGA DENGAN PENGUATKUASAAN


KENAIKAN 5 sen seliter bagi minyak mungkin boleh diterima rakyat walaupun kerajaan tetap membandingkan harga minyak negara ini yang masih rendah berbanding di negara lain. Cuma kita berharap bolehkah kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memastikan tiada kenaikan harga yang melampau serta seterusnya melakukan pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih kerap terhadap peniaga-peniaga yang menaikkan harga sesuka hati.

Keadaan ini pasti akan berlaku lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan dan perayaan yang akan tiba tidak lama lagi. Sebagai contoh, jika dahulu harga kuih dijual tiga ketul RM1.20, selepas ini tidak mustahil jika tiga ketul naik sehingga RM1.40 atau lebih. Kerana itulah rakyat mengharapkan pemantauan lebih ketat daripada pihak berkuasa agar kenaikan ini tidak memberi beban berganda kepada rakyat terutamanya pengguna.

SUBSIDI DIKONGSI JUTAAN PENDATANG ASING

BEBAN kerajaan dalam menanggung subsidi yang meningkat setiap tahun adalah kerana keistimewaan itu telah dikongsi bersama dengan pendatang asing. Dengan andaian terdapat dua juta rakyat asing di negara kita dengan purata setiap orang menggunakan satu kilogram (kg) gula dalam tempoh sebulan, maka kerajaan telah menanggung lebihan subsidi gula sebanyak RM1,900,000 dalam tempoh sebulan manakala nilai lebihan subsidi gula dalam tempoh satu tahun pula sebanyak RM22,800,000.

Oleh itu sekiranya dijumlahkan kesemua barangan subsidi yang dinikmati dengan bebasnya oleh rakyat asing, sudah semestinya nilainya cukup besar. Sampai bilakah rakyat Malaysia perlu bermurah hati untuk terus menampung subsidi kepada pendatang asing tersebut.

Langkah-langkah yang lebih efisien dan tegas perlu dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan subsidi hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja. Sekiranya subsidi kerajaan tidak dikongsi bersama pendatang asing, kadar kenaikan harga gula mungkin lebih rendah dari RM0.25 bagi setiap kilogram.

Implikasi dasar pemansuhan UPSR & PMR


an Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa minggu yang lalu telah mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.
Secara amnya dapat dikatakan bahawa tidak ada pihak yang menolak sepenuhnya perubahan yang perlu dilakukan terhadap UPSR & PMR itu.
Tetapi terdapat pelbagai pandangan sama ada perubahan itu perlu dilakukan secara struktural (dengan memansuhkannya secara total dan menggantikannya dengan satu kaedah yang lain) atau memadai dengan melakukan pengubahsuaian dengan memperbaiki secara dalaman cacat cela dan kelemahan-kelemahan yang dikesan setakat ini.
Sebelum satu keputusan muktamad diambil, Kementerian Pelajaran akan mengadakan satu sidang meja bulat untuk mendapatkan pandangan dan pendapat daripada pemimpin-pemimpin masyarakat. Sementara itu individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang berminat terus berwacana melalui halaman-halaman akhbar dan perbincangan-perbincangan kecil.
Salah satu daripada perbincangan itu berlangsung di Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya pagi ini, Jumaat 16 Julai dengan tajuk Pemansuhan UPSR dan PMR: Yang Tersurat dan Tersirat.
Pembicara pemangkin dalam perbincangan itu ialah seorang tokoh pendidikan yang terkenal, Profesor Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron. Sementara itu, Gabungan Persatuan Penulis-Penulis Nasional (Gapena) dalam mesyuarat agung tahunannya minggu lalu mahu supaya kaedah yang sekarang diteruskan. Tetapi masih banyak soalan yang belum ditanyakan.
Saya sendiri, bila membaca berita tentang kemungkinan UPSR dan PMR itu dimansuhkan, beberapa persoalan dasar berlegar-legar dalam kepala saya. Pertama, saya tertanya-tanya adakah pengumuman Muhyidin mengenai perkara itu sesuatu yang telah lama terbuku di kalbunya sebelum beliau menjadi Menteri Pelajaran dahulu, atau adakah pendapatnya itu berdasarkan input-input yang diberikan oleh pegawai-pegawai kanan pentadbiran dan profesional di kementerian berkenaan.
Kedua, saya teringat dan tertanya-tanya apakah yang sudah terjadi terhadap Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan dengan riuh-rendah gendang dan kompang semasa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengetuai Kementerian Pelajaran itu kira-kira empat tahun yang lalu.
Sejauh manakah kemajuan PIPP yang telah dicapai setakat ini dan sejauh manakah pegawai-pegawai kanan pentadbiran dan profesional di kementerian itu telah memberi taklimat yang “telus dan jujur” kepada Muhyiddin. Persoalan yang sama dapat juga dihubung kaitkan dengan pelaksanaan (kemajuan dan persiapan) dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Sehubungan dengan soalan kedua itu, kita juga ingin tahu, adakah ura-ura pemansuhan UPSR dan PMR itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan PIPP yang mempunyai enam teras utama itu.
Dan apakah kesan pemansuhan itu nanti terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di kalangan murid dalam sistem persekolahan awam di negara ini?
Dan satu soalan lain yang tidak kurang pentingnya ialah, sejauh manakah satu kajian yang “objektif dan ilmiah” telah dilakukan untuk menilai UPSR dan PMR dari segi “roh dan semangat” Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Mungkin ramai di antara kita sudah lupa (Tun Dr Mahathir pernah menyindir bahawa Melayu cepat lupa) bahawa antara matlamat akhir dasar pendidikan kita ialah mewujudkan satu “negara bangsa” yang bersatu padu dengan warga negara yang berpengetahuan dan sekali gus bersemangat patriotik.
Dan peperiksaan atau penilaian adalah satu bahagian yang integral dalam sistem pendidikan atau dalam sebarang proses pengajaran dan pembelajaran.
Saya terdorong untuk menghubung kaitkan ura-ura pemansuhan UPSR & PMR itu dengan PIPP, kerana saya melihat ada beberapa persamaan asas antara kedua perkara itu. Memang benar bahawa PIPP mempunyai skop atau ruang lingkup yang lebih luas.
Tetapi, pelaksanaan PIPP dan proses pemansuhan UPSR & PMR, kedua-duanya melibatkan sumber tenaga manusia, masa dan kewangan di sebuah kementerian yang sama.
Kerana itu timbul kemusykilan sekiranya perhatian (dan pelbagai sumber yang diberikan) terhadap ura-ura pemansuhan UPSR&PMR itu tidak akan menjejaskan usaha-usaha pelaksanaan PIPP.
Kita menimbulkan soalan sedemikian, kerana ura-ura memansuhkan kedua-dua ujian tersebut telah menimbulkan perdebatan awam yang berjela-jela hingga Kementerian Pelajaran merasa perlu untuk mengadakan sidang meja bulat.
Sedangkan selain daripada pelaksanaan PIPP, Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab berat (yang juga memerlukan pelbagai sumber) untuk memastikan kejayaan dasar MBMMBI.
Tersirat dalam pelbagai persoalan yang ditimbulkan di atas ialah Kementerian Pelajaran mempunyai beban dan tanggungjawab yang sangat banyak dan berat, oleh kerana itu perlulah lebih bijaksana menentukan keutamaannya.
Sehubungan itu, yang diperlukan sekarang bukanlah perubahan radikal dalam sistem penilaian (peperiksaan) UPSR & PMR yang sudah pasti akan menimbulkan kontroversi di samping menelan sumber dan tenaga.
Barang kali lebih bijaksana mengambil langkah-langkah penambahbaikan secara dalaman. Untuk itu tauladan dapat dilihat daripada amalan-amalan di negara-negara lain, terutama negara-negara jiran. Di Indonesia umpamanya, ujian akhir Sekolah Menengah Pertama atau SMP (lebih kurang setara dengan PMR) dilaksanakan pada dua peringkat.
Pertama pada peringkat kebangsaan dan panggil Ujian Akhir Nasional atau ringkasnya UAN dan pada peringkat sekolah yang dinamakan Ujian Akhir Sekolah atau ringkasnya UAS. UAN melibatkan hanya empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Ilmu Pengatahuan Alam (Sains Rampaian). Manakala untuk mata-mata pelajaran yang lain diuji hanya pada peringkat sekolah (UAS).

Kejamnya ....

Kekalahan pasukan paling popular, Brazil yang terkenal dengan tradisi bola sepak kepada Belanda kelmarin, merupakan antara kejutan pada Piala Dunia. Malam tadi pula, Argentina yang diramal ke final, dibelasah 0-4 oleh Jerman. Kekalahan memalukan bagi skuad bimbingan Diego Maradona. Air mata kekecewaan Maradona menitis di bumi Afrika Selatan.

Wajah ceria bertukar muram. Dengar cerita, ramai yang bertaruh memilih Brazil dan Argentina, hilang wang pertaruhan mereka.
Seperti biasa, Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan turut diwarnai kejutan, drama dan kontroversi. Pasukan ternama seperti Itali, Perancis, England tersungkur lebih awal. Ramai bintang dunia merudum prestasi mereka terutama tonggak Manchester United.
Gol England yang dinafikan pengadil ketika perlawanan dengan Jerman walaupun melepasi garisan gol, membuka banyak perdebatan tentang perlunya penggunaan teknologi bagi memuktamadkan pengadil.
Tidak kurang menarik perhatian tentang nasib pasukan Nigeria yang digantung dua tahun oleh Presiden negara itu, Goodluck Jonathan kerana prestasi buruk. Tindakan tersebut menerima bantahan banyak pihak termasuk FIFA. Begitu juga dengan skuad Korea Utara yang berdepan dengan kemungkinan bekerja keras di kuari.
Yang lebih menarik simpati Awang ialah nasib pemain Jepun, Yuichi Komano yang gagal menjaringkan gol dalam penentuan menerusi tendangan penalti dalam perlawanan dengan Paraguay. Ia menyebabkan Jepun tewas dan berakhirnya misi Piala Dunia. Kekalahan itu dibebankan kepada beliau. Awang masih ingat peristiwa lebih kurang sama apabila bintang Itali, Roberto Baggio gagal dalam tendangan penentuan penalti menentang Brazil pada final Piala Dunia 1994. Sehingga saat ini memori itu terus menghantui Baggio. Hanya satu kegagalan tendangan penalti, rekod cemerlang dalam karier bola sepak mereka seakan-akan terpadam. Selepas wisel penamat, Komano menangis teresak-esak. Di luar padang, sumpah seranah dan kekesalan para penyokong terhadap beliau meledak. Begitulah kejamnya sisi gelap temasya berprestij seperti Piala Dunia. Kepada Komano, janganlah turut menghukum diri dek kerana tersasar sepakan penalti. Masih ada kehidupan indah selepas ini.

Faktor remaja terlibat dadah


a terlibat dadah


penyalahgunaan dadah terbukti memudaratkan manusia dan ditegah oleh Islam. - gambar hiasan


PENELITIAN kepada masyarakat dulu dan sekarang menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan penagihan dadah menjadi masalah utama.
Walau bagaimanapun, peredaran masa telah membawa perubahan ciri-ciri pengguna dadah dulu berbanding dengan ciri-ciri penagih dadah kini.
Penagih dadah dahulu berasal daripada golongan sosio-ekonomi yang rendah, golongan berpendidikan rendah dan kebanyakan dadah yang digunakan adalah kategori bawah.
Ia seperti ganja, heroin, candu yang memberikan kesan penenang. Ramai di kalangan mereka menggunakan dadah sebagai jalan pelarian daripada masalah.
Namun begitu, mulai tahun 2000, perubahan corak penyalahgunaan dadah semakin khusus kepada golongan muda dan tua, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) lelaki dan perempuan, berpendidikan tinggi serta mempunyai pekerjaan tetap.
Pekerja sektor swasta juga tidak terkecuali. Bentuk dadah yang diambil termasuklah pil ekstasi, syabu, ganja, heroin dan lain-lain. Tumpuan kawasan penagihan pula adalah di pantai, perladangan, perkilangan, pembinaan, institusi-institusi pendidikan dalam dan luar bandar kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM 2008).
Pengguna dadah pada zaman kini adalah amat membimbangkan kerana ia melibatkan kalangan para pelajar dan remaja yang menggunakan dadah untuk lebih berfokus kepada alasan pelajaran.
Juga kerana tekanan untuk bersaing sesama mereka, tempat menggunakan dadah di apartmen mewah, disko dan pusat-pusat hiburan, penagih dadah berpenampilan kemas dan menyakinkan.
Mereka menggunakan dadah untuk mendapat keberanian melakukan jenayah seperti meragut dan juga terlibat dalam samseng jalanan, atau menggunakan dadah sebagai alat bersosial seperti di majlis (sex-party).
Di sekolah, pelajar bermasalah dan selalu ponteng kadang-kadang mengubah trend dengan menghadirkan diri ke sekolah semata-mata untuk mencari pelanggan dengan mengedar kepada rakan-rakan di sekolah yang membawa wang saku untuk belanja di kantin dan mudah mendapat wang tunai.

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket