Selamat datang

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Implikasi dasar pemansuhan UPSR & PMR


an Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa minggu yang lalu telah mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.
Secara amnya dapat dikatakan bahawa tidak ada pihak yang menolak sepenuhnya perubahan yang perlu dilakukan terhadap UPSR & PMR itu.
Tetapi terdapat pelbagai pandangan sama ada perubahan itu perlu dilakukan secara struktural (dengan memansuhkannya secara total dan menggantikannya dengan satu kaedah yang lain) atau memadai dengan melakukan pengubahsuaian dengan memperbaiki secara dalaman cacat cela dan kelemahan-kelemahan yang dikesan setakat ini.
Sebelum satu keputusan muktamad diambil, Kementerian Pelajaran akan mengadakan satu sidang meja bulat untuk mendapatkan pandangan dan pendapat daripada pemimpin-pemimpin masyarakat. Sementara itu individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang berminat terus berwacana melalui halaman-halaman akhbar dan perbincangan-perbincangan kecil.
Salah satu daripada perbincangan itu berlangsung di Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya pagi ini, Jumaat 16 Julai dengan tajuk Pemansuhan UPSR dan PMR: Yang Tersurat dan Tersirat.
Pembicara pemangkin dalam perbincangan itu ialah seorang tokoh pendidikan yang terkenal, Profesor Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron. Sementara itu, Gabungan Persatuan Penulis-Penulis Nasional (Gapena) dalam mesyuarat agung tahunannya minggu lalu mahu supaya kaedah yang sekarang diteruskan. Tetapi masih banyak soalan yang belum ditanyakan.
Saya sendiri, bila membaca berita tentang kemungkinan UPSR dan PMR itu dimansuhkan, beberapa persoalan dasar berlegar-legar dalam kepala saya. Pertama, saya tertanya-tanya adakah pengumuman Muhyidin mengenai perkara itu sesuatu yang telah lama terbuku di kalbunya sebelum beliau menjadi Menteri Pelajaran dahulu, atau adakah pendapatnya itu berdasarkan input-input yang diberikan oleh pegawai-pegawai kanan pentadbiran dan profesional di kementerian berkenaan.
Kedua, saya teringat dan tertanya-tanya apakah yang sudah terjadi terhadap Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan dengan riuh-rendah gendang dan kompang semasa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengetuai Kementerian Pelajaran itu kira-kira empat tahun yang lalu.
Sejauh manakah kemajuan PIPP yang telah dicapai setakat ini dan sejauh manakah pegawai-pegawai kanan pentadbiran dan profesional di kementerian itu telah memberi taklimat yang “telus dan jujur” kepada Muhyiddin. Persoalan yang sama dapat juga dihubung kaitkan dengan pelaksanaan (kemajuan dan persiapan) dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Sehubungan dengan soalan kedua itu, kita juga ingin tahu, adakah ura-ura pemansuhan UPSR dan PMR itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan PIPP yang mempunyai enam teras utama itu.
Dan apakah kesan pemansuhan itu nanti terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di kalangan murid dalam sistem persekolahan awam di negara ini?
Dan satu soalan lain yang tidak kurang pentingnya ialah, sejauh manakah satu kajian yang “objektif dan ilmiah” telah dilakukan untuk menilai UPSR dan PMR dari segi “roh dan semangat” Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Mungkin ramai di antara kita sudah lupa (Tun Dr Mahathir pernah menyindir bahawa Melayu cepat lupa) bahawa antara matlamat akhir dasar pendidikan kita ialah mewujudkan satu “negara bangsa” yang bersatu padu dengan warga negara yang berpengetahuan dan sekali gus bersemangat patriotik.
Dan peperiksaan atau penilaian adalah satu bahagian yang integral dalam sistem pendidikan atau dalam sebarang proses pengajaran dan pembelajaran.
Saya terdorong untuk menghubung kaitkan ura-ura pemansuhan UPSR & PMR itu dengan PIPP, kerana saya melihat ada beberapa persamaan asas antara kedua perkara itu. Memang benar bahawa PIPP mempunyai skop atau ruang lingkup yang lebih luas.
Tetapi, pelaksanaan PIPP dan proses pemansuhan UPSR & PMR, kedua-duanya melibatkan sumber tenaga manusia, masa dan kewangan di sebuah kementerian yang sama.
Kerana itu timbul kemusykilan sekiranya perhatian (dan pelbagai sumber yang diberikan) terhadap ura-ura pemansuhan UPSR&PMR itu tidak akan menjejaskan usaha-usaha pelaksanaan PIPP.
Kita menimbulkan soalan sedemikian, kerana ura-ura memansuhkan kedua-dua ujian tersebut telah menimbulkan perdebatan awam yang berjela-jela hingga Kementerian Pelajaran merasa perlu untuk mengadakan sidang meja bulat.
Sedangkan selain daripada pelaksanaan PIPP, Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab berat (yang juga memerlukan pelbagai sumber) untuk memastikan kejayaan dasar MBMMBI.
Tersirat dalam pelbagai persoalan yang ditimbulkan di atas ialah Kementerian Pelajaran mempunyai beban dan tanggungjawab yang sangat banyak dan berat, oleh kerana itu perlulah lebih bijaksana menentukan keutamaannya.
Sehubungan itu, yang diperlukan sekarang bukanlah perubahan radikal dalam sistem penilaian (peperiksaan) UPSR & PMR yang sudah pasti akan menimbulkan kontroversi di samping menelan sumber dan tenaga.
Barang kali lebih bijaksana mengambil langkah-langkah penambahbaikan secara dalaman. Untuk itu tauladan dapat dilihat daripada amalan-amalan di negara-negara lain, terutama negara-negara jiran. Di Indonesia umpamanya, ujian akhir Sekolah Menengah Pertama atau SMP (lebih kurang setara dengan PMR) dilaksanakan pada dua peringkat.
Pertama pada peringkat kebangsaan dan panggil Ujian Akhir Nasional atau ringkasnya UAN dan pada peringkat sekolah yang dinamakan Ujian Akhir Sekolah atau ringkasnya UAS. UAN melibatkan hanya empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Ilmu Pengatahuan Alam (Sains Rampaian). Manakala untuk mata-mata pelajaran yang lain diuji hanya pada peringkat sekolah (UAS).

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails