Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Awasi nahas jalan raya musim banjir

MUTAKHIR ini hampir setiap hari media melaporkan tentang beberapa kemalangan ngeri di beberapa jalan utama dan juga lebuh raya terutamanya di negerinegeri yang terlibat dengan banjir.

Ramai yang menganggapnya sebagai takdir. Namun usahlah kita melihatnya daripada sudut takdir semata-mata.

Perlu diingat tanggungjawab sebagai pemandu juga termaktub sebagai suatu bentuk amanah.

Apabila dikatakan amanah, kita perlu melihatnya secara lebih meluas. Bukan sekadar untuk diri sendiri malah kepada orang yang dibawa oleh kita dan juga pengguna jalan raya lain.

Justeru, semua pemandu hendaklah lebih berhemah di musim banjir ini bagi mengelak nahas terutama di kawasan yang berbahaya seperti di selekoh tajam atau kawasan air bertakung kerana semua itu merupakan kawasan berisiko.

Dengan situasi pandangan yang terbatas dan keadaan jalan raya licin akibat hujan lebat, sudah tentu kemalangan mudah berlaku.

Justeru itu, para pemandu perlulah lebih berhemah dan usah hilang pertimbangan dan kesusilaan ketika memandu. Jangan terlalu mahu tiba cepat di sesuatu destinasi tanpa memikirkan risiko atau bahaya yang menanti.

Alasan gagal mengawal kenderaan, masalah teknikal atau keadaan jalan raya semuanya amat berkait rapat dengan sikap pemandu sendiri. Sekiranya pemandu lebih berhemah dan berhati-hati ketika menggunakan jalan raya, nahas mungkin dapat dielakkan.

Paling penting, jangan memandu laju dan memotong di selekoh, di garisan berkembar atau dari sebelah kiri kenderaan. Dalam keadaan hujan yang tidak menentu ketika ini, pemandu perlu mengelakkan sikap negatif seperti memandu melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.

Kemalangan jalan raya dikenal pasti sebagai pembunuh utama melibatkan 20 hingga 30 mangsa setiap hari. Angka ini bertambah pada musim banjir kerana fizikal jalan raya.

Sepatutnya slogan "Kemalangan Sifar" bukan sahaja diamalkan pada musim perayaan, bahkan perlu berterusan terutama dalam keadaan cuaca seperti sekarang. Sikap berhati-hati merupakan kunci kepada usaha untuk mengelakkan nahas terutama yang melibatkan kematian.

Ini kerana kenaikan saman trafik dan penggantungan lesen memandu masih belum mampu meninggalkan impak bagi mengurangkan kemalangan.

Justeru di samping kaedah penguatkuasaan, kesedaran dalam diri pemandu itu sendiri merupakan langkah terbaik dan perlu diutamakan.

Kesedaran sivik sebagai pemandu perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Kita berharap langkah Kementerian Pelajaran yang turut bekerjasama memperkenalkan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) yang diperkenalkan di 7,601 sekolah rendah terpilih bermula awal tahun ini akan dapat membantu memberi kesedaran dan pandu arah untuk menjadi pemandu yang berhemah di peringkat lebih awal.

Begitu juga dengan terlaksananya program keselamatan jalan raya melalui komuniti yang membabitkan majikan, pemimpin, ahli politik, ketua agama, pendidik, badan profesional, sukarelawan dan belia juga diharapkan akan menjadi pemangkin bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan dan seluruh warga.

Bersesuaian dengan Tahun Melawat Malaysia, semua pengguna jalan raya wajar menjaga nama baik negara agar kita tidak mendapat label buruk oleh pelancong asing.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket