Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Patuhi larangan berhenti di lorong kecemasan

SETIAP hari, jutaan pemandu di Malaysia menggunakan 25 lebuh raya bertol yang ada di negara ini.
Itu belum termasuk lebuh raya-lebuh raya tidak bertol serta jalan-jalan persekutuan yang di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Kemudahan jalan raya dan lebuh raya itu, merupakan nikmat kemerdekaan yang dikecapi oleh sebuah negara yang merdeka seperti Malaysia. Ia bagi memudahkan rakyat agar selesa ketika memandu, segera tiba ke destinasi yang dituju dan tidak lagi menggunakan jalan yang daif, seperti di negara-negara mundur.
Wajar bagi kita, rakyat Malaysia bersyukur dengan kemudahan yang diterima itu dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.
Namun, apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, kemudahan yang disediakan iaitu lebuh raya (walaupun kita terpaksa membayar tol), menjadi medan maut dek sikap segelintir pemandu yang meletakkan kenderaan di lorong kecemasan.
Sebelum ini, kita dihebohkan dengan kemalangan membabitkan bas ekspres yang dipandu laju sehingga terlibat dalam nahas yang meragut banyak nyawa penumpang.
Selepas 'musim' kemalangan bas ekspres reda, timbul pula isu kereta merempuh kenderaan berat yang diletakkan di bahu lebuh raya.
Dalam tempoh seminggu sahaja, seawal bulan Februari ini, sembilan nyawa melayang. Sudah pasti yang paling tragis bagi kita adalah kemalangan membabitkan enam beranak yang rentung setelah kereta BMW dinaiki keluarga itu merempuh sebuah treler di Lebuh Raya Utara Selatan dekat hentian rawat dan rehat Senawang, Negeri Sembilan.
Sebaik sahaja isu itu timbul, pelbagai pihak dipersalahkan. Ada yang menyalahkan pemandu lori treler terbabit yang memberhentikan kenderaannya sesuka hati di lorong kecemasan sehingga mengakibatkan nahas itu berlaku.
Tindakan meletak kenderaan sesuka hati di bahu jalan sepatutnya tidak berlaku, khususnya di lebuh raya yang dilalui oleh pelbagai jenis kenderaan dari sekecil motosikal sehinggalah ke sebesar lori.
Lalu lintas di lebuh raya tidak sama seperti jalan persekutuan. Kenderaan yang menggunakannya (jika tidak berlaku kesesakan) pasti akan memandu pada kelajuan yang mencecah 100 kilometer sejam, malah lebih daripada itu.
Disebabkan kelajuan di lebuh raya, mana-mana kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan pasti mengundang risiko dirempuh oleh kenderaan lain.
Apatah lagi pada waktu malam. Jika tanpa kon keselamatan atau penanda amaran, sukar bagi sebuah treler yang tidak mempunyai pembalik cahaya dilihat oleh pemandu kenderaan lain sekiranya ia berhenti di lorong kecemasan yang gelap.
Kemungkinan inilah faktor menyebabkan lori-lori yang berhenti di lorong kecemasan lebuh raya dirempuh oleh kenderaan lain.
Kecuali nahas di lebuh raya berhampiran Seremban yang berlaku pada waktu siang, tiga lagi kemalangan berlaku pada waktu malam atau awal pagi di lebuh raya yang sama iaitu di Bukit Tagar, Senawang dan Taiping sejak 5 Februari lalu.
Sudah tiba masanya, tindakan lebih tegas diambil terhadap pemilik kenderaan berat yang secara sengaja meletakkan kenderaan mereka untuk tempoh yang agak lama di bahu lebuh raya. Alasan rosak bukan sesuatu yang boleh diterima kerana sama ada menunggu trak tunda syarikat atau PLUS datang membantu, nyawa pengguna lain juga perlu diberi keutamaan.
Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas mengenakan saman maksimum RM300 terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan di lorong kecemasan. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula mencadangkan supaya kesalahan ini dimasukkan dalam markah demerit sistem Kejara kepada mereka yang dikesan melakukan kesalahan ini.
Dua agensi penguatkuasa sudah bertekad melaksanakan tindakan tegas untuk menangani punca kemalangan ini.
Kita harapkan, biarlah usaha ini dilakukan secara berterusan dan tegas, tanpa memilih bulu supaya pemandu yang menggunakan lebuh raya di Malaysia takut untuk bertindak sedemikian.
Paling penting adalah masyarakat Malaysia sama ada pemandu kenderaan berat, pemandu yang membawa keluarga atau pengendali lebuh raya perlu sama-sama memastikan nahas seperti ini tidak akan berulang.
   

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket