Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Beri perhatian pada lampu belakang

KEBELAKANGAN ini, berita mengenai kejadian kemalangan maut akibat merempuh bahagian belakang kenderaan berat yang berhenti di laluan kecemasan mendapat perhatian.
Terbaru, ia membabitkan kematian enam nyawa di Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan Senawang, Negeri Sembilan. Jika hendak dikatakan tidak berhati-hati, mustahil pula kerana kejadian yang sama berulang selepas berita kemalangan maut disiarkan di media elektronik ataupun akhbar.
Informasi tentang kecelakaan begitu meluas dan mudah sampai kepada umum dan kita telah diingatkan supaya berhati-hati.
Sekali pun mengantuk, biasanya kita akan terjaga beberapa detik sebelum bertembung dan kenderaan yang dipandu akan perlahan secara automatik kerana kurang tekanan pada pedal minyak, melainkan jika kita menggunakan 'auto-cruise' yang akan memacu kenderaan mengikut kelajuan yang telah ditentukan oleh pemandu itu sendiri dan ini amat berbahaya bagi mereka yang mudah mengantuk.
Apa yang ingin saya katakan di sini adalah reaksi pemandu saat terstersedar mengenai ada kenderaan berhenti di hadapan. Biasanya, keadaan panik pemandu akan mengundang tindakan yang tidak betul dan mengakibatkan kecelakaan. Manakan tidak panik, tiba-tiba sahaja muncul satu kenderaan besar di hadapan. Mengapa boleh terjadi begitu? Secara logik akal, kita akan menyatakan sesuatu itu masih jauh jika ia nampak kecil dan kurang bercahaya sekali gus menyebabkan kita menyangka tiada bahaya di depan.
Tetapi alangkah terkejutnya kita apabila tersedar bahawa apa yang disangkakan kecil dan tidak berbahaya itu adalah objek besar yang secara tiba-tiba muncul seakan kita melihat 'hantu'. 'Element of surprise' atau kejutan itu yang membuatkan kita panik.
Selama ini, saya selalu tertanya-tanya mengapa lampu belakang lori atau kenderaan berat lebih kecil daripada lampu belakang kereta sedan. Ini amat mengelirukan terutama apabila berlaku hujan lebat dengan pemandangan di hadapan amat kabur. Begitu jugalah apabila kita memandu malam. Amat menghairankan semakin besar kenderaan itu semakin kecil lampu belakangnya kecuali bas-bas keluaran baru.
Yang mendapat perhatian para pemandu adalah pemantulan cahaya lampu brek dari kenderaan hadapan. Maka langkah untuk mengenakan undang-undang bagi lampu brek ketiga bagi kenderaan ringan satu ketika dulu amat membantu dan telah mengurangkan kemalangan. Begitu juga undang-undang untuk terus menyalakan lampu depan pada motosikal telah membantu pemandu kereta sedar tentang kehadiran motosikal yang lebih kecil. Mungkin lebih membantu jika lampu belakang motosikal turut dinyalakan.
Apakah kita tidak mempunyai pakar-pakar di dalam pemanduan defensif? Di Malaysia kita mempunyai banyak universiti yang menawarkan bidang reka bentuk dan kejuruteraan yang membantu dalam inovasi terkini serta memberi idea tentang reka bentuk sesuai bagi lampu-lampu belakang yang dapat membantu mengelakkan kemalangan.
Mungkin boleh dibuat pertandingan antara universiti atau kolej-kolej teknikal bagi menjana idea untuk para pelajar mereka bentuk sistem pemantulan cahaya dan reka bentuk baru yang lain, sebagaimana kita mengadakan pertandingan robotik. Jadikanlah, kemalangan-kemalangan yang dahsyat di Malaysia sebagai penjana idea inovatif yang boleh menjadi rujukan di seluruh dunia. Para pengguna jalan raya lebih tahu apa permasalahan mereka. Mungkin mereka dapat memberi idea-idea yang baik bagi mengurangkan kemalangan. Diharapkan angka kematian di jalan raya dapat dikurangkan.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket