Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Mana hilang kempen keselamatan?

HARI ketiga Ops Sikap Ke-21 yang dilancarkan sempena Tahun Baru Cina, menyaksikan 13 lagi kematian dicatatkan di seluruh negara menjadikan angka korban meningkat kepada 35 orang sepanjang tempoh tiga hari tersebut.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaporkan akan meningkatkan operasi penguatkuasaan secara penyamaran di beberapa lokasi ‘panas’ iaitu kawasan yang tinggi kadar kemalangan, terutama pada musim perayaan.
Saya fikir trend ini juga dilakukan saban tahun tetapi jumlah kemalangan tidak berubah. Sebab itu kaedah kempen keselamatan jalan raya perlu diubah dengan diberi wajah baru.
Malangnya, saya perasan - malah orang ramai juga begitu - apabila tidak nampak pun iklan kempen keselamatan jalan raya baik di media cetak apatah lagi di televisyen. Biasanya menjelang musim perayaan sudah banyak kempen dijalankan.
Tetapi tahun ini, ia sunyi sepi. Adakah menjelang perayaan Tahun Baru Cina ini pun Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, masih sibuk dengan pergolakan politik MCA hingga terlupa tentang kempen keselamatan pengguna jalan raya.
Saya rasa tidak mungkin soal peruntukan untuk kempen keselamatan jalan raya pun dikurangkan hingga tidak ada poster atau kempen di media massa. Saya juga tidak percaya orang kuat Kementerian Pengangkutan sudah kecewa dengan kesan kempen yang dilaksanakan pada masa lalu.
Tidak ada istilah putus asa dalam menjalankan kempen untuk mengubah sikap rakyat Malaysia tentang menjaga keselamatan diri mereka semasa di jalan raya. Jika sikap itu tidak ada, bagaimana Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010 yang menyasarkan pengurangan sebanyak 50 peratus kadar kematian akibat kemalangan jalan raya dapat mencapai sasaran.
Pada hemat saya, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros), Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah kena ‘aktifkan’ semula kempen itu.
Baru-baru ini kita sudah membaca dan menonton banyak kemalangan berlaku melibatkan bas ekspres, lori, penunggang motosikal, pemandu serta penumpang kereta dan pejalan kaki.
Justeru, kempen keselamatan jalan raya seperti penggunaan topi keledar dengan kemas serta tali keledar depan dan belakang perlu dipertingkatkan agar menjadi amalan di kalangan masyarakat.
Adalah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan melalui JKJR dan Miros untuk terus berkempen tanpa jemu demi pengguna jalan bandaran, jalan persekutuan, jalan negeri, lebuh raya dan jalan-jalan lain tentang keselamatan nyawa masing-masing dan orang lain.
Ops Sikap Ke-21 yang bermula Ahad lalu akan berakhir pada 21 Februari depan. Jadi belum terlambat untuk diuar-uarkan kempen keselamatan jalan raya.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket