Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Tumpahan minyak terbesar di dunia




KEJADIAN tumpahan minyak sememangnya menimbulkan kesan yang sangat dahsyat bukan sahaja kepada manusia tetapi juga kepada sistem ekologi itu sendiri. Jika tumpahan minyak berlaku di kawasan pantai bukan sahaja kehidupan manusia akan terjejas malah haiwan dan tumbuhan yang tidak tahu apa turut sama merasai kesannya sehingga mengakibatkan kemusnahan dan kematian yang bukan sedikit. Ini akhirnya akan menjejaskan rantaian kepada sistem kehidupan itu sendiri.
Namun kejadian kebakaran pelantar minyak yang meletup di Transocean Deepwater Horizon yang yang berlaku di pesisir pantai Lousiana Amerika Sayrikat (AS) pada malam 20 April lepas benar-benar memberi kesan yang sangat teruk kepada alam sekitar. Pelantar minyak itu yang dipajak oleh syarikat British Petroleum (BP) telah pun runtuh dan rangkanya kini terbenam di dasar lautan.
Namun masalah lebih besar berlaku selepas kebakaran itu kerana sehingga hari ini minyak yang disedut dari telaga yang terletak di dasar masih berterusan keluar. Dianggarkan jumlah minyak yang berterusan keluar dalam sehari cukup untuk memenuhi 12,000 hingga 19,00 tong atau 1.9 juta hingga 3.8 juta liter sehari.
Malangnya jumlah itu yang mampu membawa keuntungan yang lumayan jika dijual kini mencurah keluar memenuhi perairan teluk Mexico. Sehingga kini pelbagai kaedah telah digunakan untuk menghentikan pengaliran keluar minyak itu namun semuanya gagal.
Kini selepas sebulan, kesan tumpahan minyak itu telah pun menghampiri kawasan pantai Lousiana dan turut mencatat sejarah sebagai tumpahan minyak terburuk dalam sejarah AS. Namun BP masih gagal menjalankan tugasnya menutup kembali kebocoran yang berlaku. Malah mereka lebih bimbang tentang jumlah kerugian yang kini dianggarkan mencecah AS$930 juta (RM2.9 bilion).
Setakat ini BP telah menggunakan teknik mengepam bendalir gerudi berat di kawasan telaga minyak tersebut namun kemudian menghentikan usaha itu. Kini usaha itu diteruskan apabila BP menggunakan teknologi terkini dengan menggunakan alat yang dipanggil "tangan robotik" untuk memutar penutup telaga minyak itu.
Teknik yang dipanggil "top kill" ini dikatakan mampu menghentikan pengaliran minyak dalam tempoh terdekat setelah simen yang disuntik dikawasan sekitar telaga itu mengering. Pihak BP mengandaikan jawapan kepada penyelesaian itu dapat diketahui pada hari ini namun enggan meletakkan harapan yang terlalu tinggi.
Angkuh
Sehingga kini yang jelas pihak BP masih lagi angkuh dan enggan menerima kegagalan mereka menghentikan pengaliran lebih awal. Dalam satu sidang media pada Khamis lepas Ketua Pegawai Eksekutif BP, Doug Suttles mengatakan segalanya berjalan lancar dan tidak ada masalah setakat ini.
"Adakah kami terkejut kerana masalah ini berterusan untuk tempoh yang lama iaitu lebih sebulan. Tidak sama sekali. Adakah kami menyatakan kami telah menamatkan operasi ini. Kami tidak pernah menyatakan demikian.
"Apa yang boleh saya katakan kami telah melakukan pelbagai usaha untuk menyelesaikan masalah ini namun ia tetap berlaku. Hakikatnya adalah sukar untuk menutup telaga ini kerana kami melakukan kerja pada kedalaman 1,500 meter di bawah laut.
Sebelum ini kejadian tumpahan minyak paling buruk dalam sejarah AS berlaku apabila tangki simpanan minyak Exxon Valdez meletup di Alaska pada 1989 mengakibatkan 42 juta liter minyak tumpah.
Presiden AS, Barack Obama juga melahirkan kemarahan dan kekesalannya atas kelewatan ini serta menghentikan pengeluaran permit baru untuk mengorek telaga minyak baru. Namun tindakan beliau ini juga dilihat agak terlewat dan dilakukan semata-mata bagi mengendurkan kemarahan penduduknya yang semakin bimbang dengan apa yang berlaku.
Beliau juga mengakui bahawa kerajaan AS telah gagal membuat penilaian awal mengenai usaha menghentikan tumpahan minyak itu selain pihak BP juga gagal menyediakan pelan tindakan awal bagaimana untuk menangani masalah ini jika berlaku.
Namun segala yang berlaku sudah pun menjadi bubur. Kesan terhadap alam sekitar merupakan perkara yang paling ditakuti kerana semua makhluk akan menerima kesan yang sama akibat kecuaian manusia itu sendiri. Terdapat lebih 600 spesies haiwan dikatakan terancam akibat tumpahan minyak itu.
Setakat ini pelbagai usaha dibuat berikutan kebimbangan ancaman terhadap alam sekitar dan hidupan liar termasuklah oleh pegawai Yayasan Hidupan Liar AS. Kumpulan itu telah menyewa sebuah bot dari bandar pelabuhan Venice dan bergegas ke Teluk Mexico melalui Sungai Mississippi. Namun usaha mereka ini dilihat agak melucukan kerana tiada seorang pun daripada mereka yang dilatih untuk menyelamatkan haiwan.

Boleh tuisyen, tapi usah abai kokurikulum


Itu pun boleh diistilahkan sebagai beban juga. Apabila dia punya tugas ditokok lagi dengan tugasan lain walaupun di luar waktu persekolahan secara tak langsung untuk menambahkan pendapatan, maka akan ada tugas lain yang perlu dilaksanakan. Kita hendak lihat perkara ini. Mungkin akan disyaratkan berapa jam seminggu guru boleh diizinkan beri tuisyen (ini cuma pandangan peribadi saya). Saya tidak kata saya mahu menyekat sebab ini telah menjadi kebiasaan kerana kadang-kadang masyarakat pun memerlukan guru untuk membimbing anak mereka sama ada dibayar atau tidak. Tetapi yang penting dalam menentukan batasan sejauh mana difikirkan sesuai. Kadang-kadang kerana mahu mengejar tuisyen tugas di sekolah seperti mengendalikan aktiviti kokurikulum terganggu. Kita kena lihat perkara ini dengan lebih seimbang dan bukannya samar-samar.

MUHYIDDIN: Nak katakan profesion perguruan tidak diimbuh dengan gaji yang setimpal tidak juga, kerana telah ada beberapa kali keputusan yang dibuat oleh kerajaan menambah baik ganjaran kepada guru, malah guru adalah profesion yang dibayar gaji yang lumayan. Contohnya seorang guru besar dengan 1,500 hingga 1,800 murid dan tempoh waktu bekerja yang kita tahu dibayar gaji lebih tinggi daripada pegawai daerah yang jaga satu daerah, dia jaga satu sekolah saja, dan dia diberi peluang kenaikan pangkat yang tidak terbatas walaupun dia hanya guru besar atau pengetua. Kalau dikatakan bayaran tidak setimpal saya tidak setuju tetapi yang pastinya sesiapa pun akan cakap gaji tidak cukup. Mesti ada keseimbangan dari segi tugas dan imbuhan yang dibayar. Malahan di kementerian saya lebih 80 peratus bajet dibayar dalam bentuk gaji untuk guru.

MUHYIDDIN: Perkara ini memang kita telah bincangkan. Satu jawatankuasa jawatankuasa yang dipengerusikan Ketua Pengarah Pelajaran sedang mengkaji permasalahan tersebut dan hasil kajian akan diserahkan minggu depan. Dalam kajian itu kita nak pastikan apa sebenarnya tugas guru. Kalau ikut definisi biasa tugas guru adalah mendidik, mengajar. Tetapi di samping itu bagaimana pula dalam perjawatan-perjawatan lain. Biasanya ada bidang-bidang lain yang dipertanggungjawabkan kepada guru misalnya disiplin, kokurikulum, peperiksaan dan kita tahu sejak dari dulu ia telah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab guru. Jadi apabila dikatakan beban, maka kita nak tahu apa sebenarnya yang dikatakan beban, di peringkat mana kerja itu berlipat kali ganda banyaknya dari segi kuantum kerja itu sehingga menyebabkan mereka tidak mampu menjalankan tugas seperti biasa. Jadi kita hendak establish betul-betul, sebab itu apabila saya putuskan menubuhkan jawatankuasa itu ia bertujuan untuk memastikan proses P&P itu sesuatu yang dinamik, ia bukan statik. Kita juga hendak pastikan proses pembelajaran itu sentiasa ke hadapan di samping kita tahu juga kadang-kadang ada pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh sekolah, jadi guru besar atau pengetua seorang tidak mampu melaksanakannya dan memerlukan bantuan guru-guru lain atau tenaga lain di sekolah seperti kerani. Yang penting kita nak tentukan apakah bidang tugas sama ada ‘guru++’ atau guru semata-mata.
Kalau benarlah mereka terpaksa menanggung kerja yang lebih daripada sepatutnya dan dakwaan itu dapat dibuktikan berasaskan fakta, maka langkah-langkah lain boleh diambil. Misalnya boleh disediakan tenaga pentadbiran di sekolah supaya kerja-kerja pengkeranian yang terpaksa dipikul oleh guru boleh juga dikongsi oleh pembantu-pembantu tadbir di sekolah. Kalau bukan tugas hakiki sebaliknya tugas tambahan yang sewajarnya tidak ditanggung oleh guru maka mungkin kita boleh tentukan cadangan tenaga pentadbiran diwujudkan di sekolah. Di samping itu kita perlu ambil kira jika seseorang guru itu benar-benar dedikasi dan saya tahu memang ramai guru yang dedikasi mereka tidak akan melihat tugas tersebut sebagai satu beban. Istilah beban itu sesuatu yang tidak disukai, kalau dia minat walaupun tugas itu berat, saya fikir dia bersedia untuk berkorban. Konsep pengorbanan dalam profesion perguruan penting juga dan saya tahu ada guru-guru sanggup datang ke sekolah tanpa disuruh oleh guru besar untuk melaksanakan tugas membimbing pelajar terutama di kalangan sekolah berprestasi tinggi (SBT). SBT ini tiada kelebihan banding dengan sekolah-sekolah lain tetapi kelebihannya adalah dari segi kepimpinan dan komitmen guru yang jauh lebih tinggi daripada sekolah-sekolah lain. Mereka sanggup datang ke sekolah dan mengadakan tuisyen tanpa diminta oleh ibu bapa.

Kita membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa. Hubungan antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang menyediakan program ijazah perguruan sentiasa berlangsung dengan baik kerana kita hendak pastikan latihan atau kursus perguruan yang ditawarkan di peringkat ijazah mempunyai kepakaran-kepakaran yang bersesuaian dengan keperluan masa depan. Di peringkat kita pula misalnya di Institut Pendidikan Guru, kurikulumnya sentiasa diperbaharui, lebih-lebih lagi sekarang kita dimasukkan komponen-komponen baru dalam erti kata interaksi dan pedagogi yang digunakan untuk mengajar anak-anak mesti sentiasa tepat. Bagaimanapun kita tidak berharap ia akan berubah selalu. Perubahan yang kerap akan mendatangkan masalah. Bagaimanapun perlu ada pembaharuan, transformasi dari sudut kurikulum sebagai contoh, guru-guru mesti dilatih supaya mereka faham sasaran atau matlamat berkhidmat dalam bidang perguruan tercapai.

Profesion guru amat mulia. Guru-guru mesti memberi sumbangan kepada anak watan dan menyifatkan tanggungjawab mereka itu sebagai sumbangan dan pengorbanan yang dilakukan secara sukarela. Penting di mana guru jalankan tugas dengan rasa senang hati. Saya ingin memberitahu bahawa kerajaan iktiraf peranan guru dan menghargai sumbangan mereka. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua cikgu. Kita tahu mereka telah menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang. Kita mahu supaya mereka berikan tenaga serta masa mereka untuk menjadikan profesion guru sesuatu yang dimuliakan.
Selamat Hari Guru

Jadikan 13 Mei hari muhasabah diri


KEPADA mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan berusia 50 tahun ke atas sahaja yang masih ingat akan peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Yang faham punca tercetusnya peristiwa tersebut adalah mereka yang berusia lebih dari 60 tahun pada hari ini.
Pada 2020 kelak, tidak seberapa ramai lagi yang tinggal masih benar-benar ingat peristiwa itu, itupun kalau ingatannya masih ditahap normal. Selepas itu yang tinggal adalah dokumen karya Allahyarham Tunku Abdul Rahman di Arkib Negara.
Peristiwa 13 Mei 1969 adalah sejarah hitam negara yang telah didokumenkan oleh kerajaan dan tidak boleh diputihkan.
Bak kata pendita bahawa sejarah hendaklah dijadikan contoh dan teladan supaya tidak berulang khususnya sejarah hitam dan berusahalah mengelaknya.
Saya percaya jika kita ingin mengelak dari mengulangi kejadian yang buruk maka seharusnya kejadian itu perlu sentiasa berada dalam ingatan untuk dijadikan benteng pertahanan yang mantap.
Kejadian 13 Mei adalah peristiwa perbalahan antara kaum yang telah mengorbankan banyak nyawa yang kesemuanya tidak berdosa akibat adanya puak yang terlalu teruja setelah mendapat sedikit kuasa selepas tiga hari berlangsungnya pilihan raya umum negara.
Akibatnya rakyat terpaksa melalui zaman sukar selama bertahun-tahun yang tiada siapa menginginkannya.
Pada hari ini khususnya suasana politik berada di tahap yang masih boleh dikawal tetapi pemain-pemainnya telah menunjukkan belang yang tidak menjurus kepada matlamat yang ada iaitu kesejahteraan rakyat dan negara.
Jika trend politik yang ada berterusan maka kepentingan rakyat dan negara akan terjejas. Yang ingin berkuasa nampaknya sanggup melakukan apa sahaja yang buruk tanpa menghitung padahnya asalkan hasrat tercapai.
Sehingga semua usaha murni ditohmah sebegitu rupa sehingga kebaikannya hilang untuk menimbulkan kecurigaan dan keraguan.
Negara telah membuktikan kemampuan untuk bersaing dalam dunia yang semakin sempit.
Kemampuan yang ada seharusnya dipupuk supaya dipertingkatkan untuk kepentingan rakyat dan negara.
Pemain-pemain politik khususnya yang kini berpengetahuan di bidang masing-masing seharusnya menggunakan kebijaksanaan untuk menempa sejarah baru membawa kebaikan dan kebajikan.
Kita menerima perbezaan pandangan dan pendapat adalah lumrah alam, namun kebaikan dan kesejahteraan adalah kenyataan yang wajib diterima.
Dengan ini saya ingin melontarkan pendapat supaya 13 Mei dijadikan hari muhasabah bagi rakyat merenung dan membincangkan masalah negara dalam semua bidang untuk mencari kebaikan dan kesejahteraan. Wallahualam.

Pedalaman bukan alasan



Sekumpulan guru terpaksa menolak bot penambang yang tersangkut di pasir ketika musim kemarau di Hulu Tembeling, Jerantut, baru-baru ini.



JERANTUT 14 Mei – Kesukaran hidup di pedalaman Hulu Tembeling dekat sini tidak mematahkan semangat guru untuk terus menabur bakti mendidik anak bangsa di kawasan tersebut.
Kebanyakan guru yang telah berkhidmat sejak 20 hingga 30 tahun lalu di lima sekolah rendah di Hulu Tembeling menyifatkan kesukaran yang dialami adalah bersifat ‘sementara’ sebelum mengenali suasana kehidupan penduduk pedalaman secara lebih dekat.
Hulu Tembeling merupakan kawasan pedalaman yang mempunyai lima sekolah rendah yang hanya boleh dihubungi dengan bot penambang dari jeti Taman Negara Kuala Tahan dekat sini dengan mengambil masa sehingga enam jam perjalanan sejauh 120 kilometer.
Tambang bagi bot penambang ke sekolah-sekolah terbabit ialah antara RM200 hingga RM600 bergantung kepada jarak dan masa perjalanan.
Tempoh perjalanan akan mengambil masa lebih lama jika pada musim kemarau apabila air sungai cetek.
Beberapa guru yang ditemui Utusan Malaysia merupakan lepasan universiti tempatan dan luar negara yang mula bertugas di Hulu Tembeling pada awal sesi persekolahan lalu.
Guru-guru terbabit ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pagi, SK Kuala Sat, SK Bantai, SK Mat Daling dan SK Gusai.
Seorang guru Bahasa Inggeris SK Bantai, Ahmad Zaki Kassim, 33, berkata, setelah 10 tahun bertugas di pedalaman dia mula seronok dan serasi dengan kehidupan masyarakat di pedalaman yang serba sederhana.
Lepasan Universiti Terbuka Malaysia itu memberitahu, tugas di kawasan pedalaman merupakan satu amanah, bukan bebanan.
‘‘Sebagai pendidik, cabaran ini perlu disambut dan menjadi tanggungjawab saya untuk mendidik murid-murid di pedalaman sehingga menjadi insan cemerlang,” katanya.
Guru Pendidikan Islam lepasan Universiti Al Azhar, Mesir, Hafizullah Abdul Jabar, 29, pula berkata, dia tidak terkejut dan kekok ditugaskan mengajar di Hulu Tembeling kerana sekolah berkenaan mempunyai kemudahan yang setanding di bandar.
‘‘Komitmen saya mendidik pelajar pedalaman untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang al-Quran, fardhu ain dan pembinaan akhlak,” katanya.
Hafizullah yang berasal dari Kampung Lebak, Temerloh berkata, bertugas di pedalaman memberi peluang baginya bergaul dengan masyarakat di kawasan itu dan menimba pengalaman yang cukup berharga.
Bagi Khairul Azuan Mohamad, 27, yang baru bertugas di SK Kampung Pagi, dia menyahut cabaran mengajar di kawasan pedalaman kerana telah ditakdirkan untuk bertugas di tempat yang jauh daripada keluarga.
‘‘Setelah menerima surat tawaran, saya bersedia dari segi mental dan tidak sabar-sabar lagi untuk mengajar di sini walaupun terpaksa menaiki bot dan mengharungi jeram yang bahaya,” katanya.
Dia yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan lepasan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) menasihati guru yang ditawarkan mengajar di Hulu Tembeling supaya menerima tugas berkenaan kerana banyak pengalaman boleh diperoleh menerusi pergaulan dengan penduduk pedalaman.
Seorang guru wanita, Norazizah Moktar, 26, berkata, dia berazam untuk mendidik anak-anak di pedalaman supaya menjadi insan berguna suatu hari nanti.
‘‘Bagi saya, jika seseorang itu menganggap bertugas di pedalaman adalah sukar dan perit, maka segala tugas yang dilaksanakan tidak akan sempurna kerana sering memikirkan kesukaran dan jauh daripada keluarga. Begitu juga sebaliknya,” katanya.
Lepasan Institut Perguruan Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor itu banyak mempelajari budaya masyarakat Melayu pedalaman sepanjang berkhidmat di kawasan itu.
Berlainan pula bagi Ahmad Hafizee Mohamad, 27, dia bersyukur kerana kembali mengajar di kampung sendiri di SK Kampung Pagi dan beriltizam untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk mendidik masyarakat kampung itu.
‘‘Saya berpeluang mencurahkan bakti untuk mendidik anak-anak kampung ini,” katanya.
Bekas penuntut bidang Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, selain mengajar murid prasekolah, dia juga terbabit dalam kegiatan kemasyarakatan sebagai pengerusi masjid, imam dan persatuan belia di kampung itu.
Sementara itu, pesara guru di Hulu Tembeling, Mat Nadir Imam Isa, 65, berkata, tidak ada sebab seseorang pendidik berasa sukar dan enggan bertugas di pedalaman kerana semua kemudahan asas telah disediakan.
‘‘Berbanding dengan saya ketika bertugas sekitar awal tahun 1960-an dan 70-an, suasananya jauh berbeza dengan sekarang.
‘‘Bayangkanlah waktu itu kami membuat persiapan mengajar dan menyemak buku latihan murid di bawah pelita minyak tanah dan jamung.
“Tidak ada televisyen dan mandi di sungai sebelum ke sekolah,” katanya.
Tambahnya, kemajuan dalam bidang pendidikan di Hulu Tembeling amat terserlah dan tidak sewajarnya guru yang baru bertugas memilih untuk bertugas di bandar sahaja.

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu untuk semua para ibu. Semoga kalian dimuliakan oleh Tuhan, di dunia dan di akhirat.
Cuplikan yang selalu membuat tenggorokan ini tercekat sakit.
Ingin kudekap dan menangis di pangkuanmu
Sampai aku tertidur bagai masa kecil dulu
Lalu do’a-do’a baluri sekujur tubuhku
Dengan apa ku membalas
Ibu

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket