Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Suara Palestin

Perumpamaan menyebut, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Meskipun hanya melihat serta mendengar ceritanya di layar televisyen dan corong radio, hati mana yang tidak tersentak apabila melihat anak kecil terbujur kaku manakala seorang wanita tua meratapi kehilangan anak-anaknya.

Belum lagi mengira segala harta benda yang musnah dek bedilan peluru angkara kekejaman rejim zionis, namun semuanya itu sudah tidak bermakna kerana nyawa adalah lebih berharga.
Walaupun sekadar melihat dan mendengar apa yang berlaku nun jauh di Tebing Gaza, rakyat Malaysia yang sentiasa prihatin telah menggunakan apa sahaja saluran yang ada bagi melahirkan rasa simpati di samping mengutuk segala tindakan tidak berperikemanusiaan seumpama itu.

Tidak ketinggalan juga bagi warga bandar raya Kuching, dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Sarawak serta kerabat karyawan dan seniman khususnya dari Angkatan Pengkarya Indie, maka terungkaplah 'Pengucapan Puisi Kemanusiaan Palestin' pada petang semalam di Amfiteater Tebingan Kuching.

Peristiwa ini secara tidak langsung memberi kesedaran, keprihatinan, maruah dan tanggungjawab sebagai umat Islam. Menurutnya, ia bukan bersifat mengutuk atau bernada marah, namun sekadar melontarkan persoalan yang juga teguran bahawa sejauh mana yang dilakukan seseorang yang bergelar umat Islam ketika saudara sesama agama diperlakukan dengan kejam.

''Saya timbulkan persoalan daripada puisi ini bahawa sebagai seorang umat Islam, apakah yang telah kita lakukan ketika saudara-saudara kita di Palestin bertarung nyawa menentang kekejaman oleh Israel.

Zakaria Abdul Manaf, 37, pula menampilkan puisi yang berbeza dengan judulnya Beautiful People of Palestine dengan intipatinya mengambil petikan ayat al-Quran.
Katanya, puisi itu menekankan bahawa setiap kekalutan pasti ada jalan keluarnya dengan berharap rakyat Palestin terus teguh bertahan dan mengharapkan keredaan Allah SWT.
Tambahnya, kejadian di Palestin diibaratkannya sebagai telah, sedang dan terus berlaku malah rakyatnya itu pula adalah mangsa di dunia Arab.

''Jika sebelum ini, rakyat Palestin boleh dikatakan mempunyai seorang pelindung iaitu Presiden Iraq, Saddam Hussein dan kejadian kekejaman tidak berlaku dengan sewenang-wenangnya seperti hari ini.

''Setelah ketiadaan Saddam, Palestin seolah-oleh kehilangan lapisan benteng yang mampu mengekang kekejaman tentera Israel daripada terus bermaharajalela di Tebing Gaza," katanya.
Beliau menambah, deklamasi puisi adalah lontaran kata serta luahan perasaan dan tidak dinafikan ia tidak mampu membantu penderitaan rakyat di Palestin, namun puisi ini akan memberi kesedaran kepada diri sendiri dan orang lain mengenai kekejaman rejim Israel itu.

Puisi:
Suara Palestin bergema
meratap hiba
dengan penuh tangisan
kekejaman Zionis
yang memusnahkan
bangunan,
harta benda
dan nyawa
yang tidak berdosa

Berapa banyak nyawa
yang diambil?
Berapa banyak yang
kehilangan tempat tinggal?
Itulah ungkapan oleh
seorang yang mengasihnya.

Bom meletup
menggegar kota Palestin
Masjid Al-Aqso
diberkati oleh
Allah
turut dimusnahkan
Semua lari
ke sana sini
bayangkan betapa deritanya
kesengsaraan
rakyat Palestin.

Sampai bila kemusnahan ini berakhir?
Sampai bila Zionis insaf?
Sampai bila penderitaan Palestin berakhir?
Adakah ini kita mahu?
Tidak?

Mari kita bersama-sama memerangi Israel!
Mari kita bersama-sama mengutuk perbuatan Israel!
Sesungguhnya azab-Nya amat dekat!

Mari kita berdoa semoga Allah
membantu Palestin
daripada penderitaan
kepada kegembiraan.

BISMILLAHIRAHMANNIRRAHIM
Ya Allah,
selamatkanlah umat-umat islam di Palestin
engkau peliharalah kehormatan mereka
engkau teguhkanlah iman merekaberikanlah mereka kekuatan untuk menentang kaum yahudi
Sesungguhnya Kau Maha Mendengar
Dan hanya Kau yang mampu melaksanakannya

AMIN,AMIN,AMIN..

Sasaran malaria sifar

MALARIA mungkin semakin pudar dari ingatan kebanyakan penduduk negara ini berbanding denggi, mahupun chikungunya. Namun, jangan diambil remeh kerana seperti mana-mana penyakit berjangkit, malaria cuma memerlukan satu sumber, satu pesakit (patient zero) untuk menjadi satu wabak besar.

Malaria boleh dikatakan penyakit yang seangkatan dengan denggi, chikungunya, demam kuning, filariasis (untut), encephalitis dan juga virus west nile dari segi penyebarannya. Kesemua penyakit tersebut disebarkan atau boleh disebarkan melalui vektor tertentu, terutamanya nyamuk.

Walaupun spesies nyamuk dan cara pembiakan parasit malaria berbeza dengan virus denggi, akibatnya tetap sama iaitu demam dan simptom jangkitan lain yang boleh membawa maut kepada pesakit. Mengambil kira situasi semasa, perkara utama untuk dikongsi bersama orang ramai bukan lagi kaedah rawatan ataupun parasit Plasmodium yang menjadi punca malaria.
Apa yang penting, kerjasama. Kerjasama dalam mengesan patient zero dengan secepat mungkin serta mencegah penyebaran parasit tersebut dengan menyekat aktiviti vektornya, nyamuk betina spesies Anopheles (tiruk), daripada menggigit dan menyebarkan malaria kepada manusia.

- Terus menular
Perkataan malaria sendiri datang dari bahasa Itali kuno yang bermaksud ‘udara buruk’ kerana penyakit ini dikaitkan dengan kawasan paya dan berair (tempat pembiakan nyamuk).
Malaria bukannya penyakit baru dan dipercayai mula menjangkiti manusia sejak lebih 50,000 tahun dengan beberapa spesies rapat parasit tersebut masih boleh ditemui dalam cimpanzi.
Rekod sejak 2,700 Sebelum Masihi di China juga menunjukkan demam berperingkat yang menjadi ciri khusus malaria telah dikenalpasti.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Margaret Chan sendiri memperakui malaria telah menewaskan masyarakat dunia bertahun-tahun dahulu lagi. “Kita tidak boleh membenarkan ini berulang sekali lagi. Satu rancangan bertindak global untuk kawalan malaria yang menerima sokongan meluas semua pihak adalah satu faktor penting untuk kita berjaya (mengawal malaria),” katanya.

Setiap tahun malaria menyerang lebih 500 juta dan membunuh sehingga 3 juta penduduk dunia di 109 negara benua Afrika, Asia dan Amerika Latin. Eropah dan Amerika Syarikat juga tidak terkecuali dengan kes malaria mula muncul sejak 60 tahun lalu dan dijangka boleh meningkat jika pemanasan global menambah sebaran habitat nyamuk Anopheles.
Di Malaysia, malaria yang secara umumnya sudah terkawal dan hampir berjaya dihapuskan dilihat kembali meningkat dalam tempoh dan di kawasan tertentu. Ini dikaitkan dengan kebanjiran warga asing, terutamanya pendatang tanpa izin yang masuk tanpa melalui pemeriksaan kesihatan dan juga kuarantin (pengasingan) jika mereka membawa penyakit berjangkit.

Ini terbukti dari kenyataan mantan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang menyatakan hampir empat peratus atau lebih 45,000 dari 1.3 juta pekerja asing yang ‘diperiksa’ pada 2007 mempunyai penyakit berjangkit. Jumlah itu juga merupakan satu peningkatan melebihi 7,000 kes berbanding catatan sepanjang 2005 dan melibatkan penyakit seperti HIV/AIDS, hepatitis B, siflis, tibi, kusta dan malaria.

Berasaskan konsep patient zero, terdapat kemungkinan yang tinggi penularan kes malaria secara tiba-tiba di kawasan tertentu di Malaysia lebih melibatkan warga asing. Ini kerana beberapa laporan penularan malaria turut membabitkan pekerja asing (sah atau tanpa izin) dalam kelompok sam dengan warga tempatan. Ini meningkatkan kebarangkalian mereka menjadi punca bermulanya sebaran parasit Plasmodium (patient zero).

- Menghapus
Pengerusi Bersama Yayasan Bill & Melinda Gates, Bill Gates menyatakan beliau percaya bahawa jika orang ramai ditunjukkan satu masalah dan juga cara penyelesaiannya, mereka akan mula bertindak.

“Rancangan Bertindak Malaria Global (GMAP) menunjukkan rangka tindakan untuk menentang malaria dan sekarang adalah masanya untuk dunia mengambil tindakan,” tegasnya.
Pada tahun 2005, yayasan tersebut telah menderma berjuta-juta dolar kepada Fakulti Perubatan Tropika Liverpool untuk menjalankan kajian ke atas penyakit malaria. Pada 2007, Gates sekali lagi menyumbangkan AS$23 juta (RM82.96 juta) kepada Fakulti sama untuk kajian penyakit bawaan nyamuk dan serangga lain yang menjadi punca penularan penyakit berjangkit kepada lebih 150 juta penduduk miskin di kawasan tropika.
Pengarah Eksekutif Perkongsian Roll Back Malaria (RBM), Awa Marie Coll-Seck pula berpendapat amat penting untuk langkah pencegahan dan rawatan berjuta-juta mangsa malaria dunia berjaya dicapai.

“GMAP akan menjadi panduan dan menyatukan masyarakat dunia dalam usaha menyediakan bantuan segera dan berkesan bagi negara yang terlibat menentang malaria.

“Dengan pembiayaan dan sokongan politik yang cukup, rancangan ini dapat membantu kita mencapai kejayaan besar menentang malaria bagi tahun-tahun mendatang,” tegasnya.
Memandangkan malaria mempunyai beberapa peringkat jangkitan, terdapat pilihan pencegahan sama ada untuk mensasarkan parasit Plasmodium itu sendiri atau vektornya, nyamuk betina Anopheles. Oleh kerana parasit tersebut mampu menyorok di dalam sel darah merah dan sel hati, agak sukar untuk mengesan mahupun membunuhnya.

Dengan itu, langkah paling mudah dan rendah kos adalah kawalan vektor, sama seperti kawalan denggi, dengan mengawal habitat pembiakan mahupun menyekat nyamuk daripada menggigit dan menyebarkan malaria kepada manusia.

Nyamuk Anopheles lebih suka bertelur dalam air yang bersih tetapi tetap boleh membiak dalam air masin, mahupun air kotor. Larva nyamuk ini telah dikesan di dalam air paya, paya bakau, sawah padi, tebing sungai dan juga lopak air selepas hujan atau banjir, juga pada pokok atau mana-mana struktur yang boleh menakung air. Kawalan habitat bukan sahaja perlu bertumpu kepada tompok air bersih, malahan mana-mana takungan air, terutamanya selepas banjir atau di musim hujan.

Penggunaan racun serangga atau kelambu pula dilihat dapat mencegah nyamuk (Anopheles mahupun Aedes) daripada menggigit mangsa. Ini penting untuk mengelakkan penyebaran parasit, mahupun virus, dari mangsa yang sudah dijangkiti kepada individu sihat.
Kementerian Kesihatan mensasarkan malaria dapat dihapuskan sepenuhnya antara 2015 hingga 2018. Menterinya, Datuk Liow Tiong Lai pada penghujung 2008 memaklumkan ramalan tersebut mungkin dicapai dengan usaha pencegahan yang giat dilakukan.
Pemantauan berterusan populasi nyamuk Anopheles dan juga demam malaria di negara ini juga dilihat membantu sehinggakan negara kini dikelaskan sebagai hampir berjaya membasmi sepenuhnya malaria.

- Tempoh kritikal
Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Malaria, Ray Chambers menegaskan GMAP memberi asas kukuh untuk kita melabur dalam usaha menentang malaria.
“Saya menggesa penyokong-penyokong usaha ini di peringkat negara mahupun global untuk menggunakan rancangan ini bagi menggerakkan sumber sedia ada untuk kawalan malaria dan menyokong panggilan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon untuk menyediakan kemudahan pencegahan dan rawatan malaria,” ujarnya.

Tahun 2009 dan 2010 menjadi pertaruhan besar dalam usaha membasmi malaria menjelang 2015. Ini kerana semua usaha menyediakan kemudahan pencegahan dan rawatan perlu dimulakan dalam dua tahun ini bagi membolehkan sasaran tersebut dicapai. Buat masa ini, dianggarkan seorang kanak-kanak meninggal dunia akibat malaria setiap 30 saat dan setiap kematian ini sebenarnya boleh dicegah. Usaha kini giat dijalankan untuk menyalur kemudahan asas seperti kelambu dan racun serangga ke kawasan-kawasan utama yang dilanda malaria.
Walaupun kelambu dilihat sebagai satu kaedah lama, keberkesanannya telah lama diperakui, terutamanya di kawasan luar bandar.

Selain itu, ubat dan kaedah rawatan yang jauh lebih murah dan berkesan turut diperkenalkan bagi membolehkan individu kurang berkemampuan mendapatkan rawatan untuk malaria.
Kerajaan Brazil dan Agensi Inisiatif Penggunaan Dadah Bagi Penyakit yang Diabaikan tahun lalu turut mengumumkan ubat terbaru untuk malaria dengan menggabungkan ubat sedia ada iaitu artesunate dan mefloquine dalam satu tablet. Dengan pengambilan satu atau dua biji pil berkenaan setiap hari untuk tiga hari, pesakit didakwa dapat pulih daripada jangkitan parasit malaria.

Kerajaan Brazil sendiri dikatakan akan mengedarkan ubat yang dikenali sebagai ASMQ itu secara percuma kepada mereka yang memerlukan serta akan memindahkan teknologi menghasilkannya ke India bagi pengedaran ke Asia Tenggara dengan anggaran kos rawatan hanya sekitar AS$2.50 (RM9.02).

Jika kerajaan sebuah negara sanggup melepaskan peluang keuntungan besar atas dasar perikemanusiaan untuk merawat pesakit miskin, tiada lagi alasan untuk kita tidak bekerjasama menghapuskan malaria. Tidak kira banyak atau sikit sumbangan dan bantuan yang dapat diberikan, ianya jauh lebih bermakna daripada hanya memerhatikan usaha orang lain dari jauh.
Bersama kita mulakan usaha mencapai malaria sifar menjelang 2015, bekerjasama menghapuskan penyakit berjangkit yang meragut paling banyak nyawa di dunia ini.
Rancangan Bertindak Malaria Global (GMAP) dihasilkan oleh Perkongsian Roll Back Malaria (RBM) di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sila layari laman web www.rbm.who.int/worldmalariaday/
resources.html untuk maklumat lanjut mengenai malaria, GMAP, RBM atau laporan penuh malaria 2008.

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket