Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Perkembangan terkini & ucapan Selamat

Assalamualaikum wbt dan salam 1malaysia.
Kelas linear algebra pada hari khamis dan kelas perancis pada hari rabu telah bermula sebulan lepas. Sebenarnya 30 orang pelajar PERMATApintar yang dipilih secara rawak telah dibuat untuk pergi ke Sri Pentas tv3 untuk persediaan ke program singgah sahur pada hari Jumaat ini. Hari Sabtu (hari pertama bulan ramadhan) mereka pergi ke rumah orang lain untuk bersahur dalam program yang kalian semua menonton di televisyen dan masuk tv. Saya sedih kerana tidak terpilih untuk itu tetapi masih bersyukur sebab dapat juga nikmat itu semasa Dato' Seri Najib datang ke sini. Saya sekarang ini sibuk untuk menghadapi mid semester 2 selepas Hari Raya Aidilfitri. Linear Algebra dan perancis masuk dalam pointer. Sememangnya sangat beban yang kami harus pikul. Di sini kalau sesiapa masuk, otak anda akan perah perah perah sahaja. Sebab itulah ujian saringan untuk ke sini memang susah termasuk soalan universiti.

Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 10 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 2 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja.Kunjungilah blog saya untuk membaca tazkirah ramadhan (http://agamapenyelamatku.blogspot.com) - blog saya yang bertemakan agama Islam & tazkirah.

perjalanan ke arah pertandingsn robotik negeri selangor

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.
Saya ingin menceritakan mengenai perjalanan pertandingan robotik negeri Selangor di High School Klang pada 6 Julai lepas (Jumaat). Di bawah merupakan kronologi perjalanan sepanjang dalam robotik ini.

Sebulan lepas (bulan Mei)
Kami mendapat set robotik dengan map robot kami sebagai testing.

Tiga minggu lepas (11-16 Jun 2012)
Tema tahun ini untuk kategori open ialah robot connecting people di mana robot itu dapat bersosial dan membuat keputusan terbaik. Sememangnya perlukan kos yang puluhan ribu kerana dikehendaki bukan sahaja mereka & program tetapi juga membuat video 2 minit dan membuat booth sendiri 2 mm x 2 mm. Manakala kat kategori regular yang kami ambil bahagian pula termasuk 4 team lain Permata Pintar ialah bertemakan robot kutip hollow cube untuk dimasukkan ke cube yang sama warnanya. Iskandar telah design robot kami. Seterusnya, saya sendiri & Puteri Adilah training part robot yang kami dapat. Iskandar dapat tangan & gear, saya pula mendapat motor & tayar serta Adilah pula mendapat part body.

Dua minggu lepas (17-30 Jun 2012)
Kami mengubah sedikit design robot itu dan membuat programming robot kami. Itupun sedikit baru kerana lama lagi pertandingannya.

Seminggu lepas (1-4 Julai 2012)
Kami menggandakan usaha untuk programming robot. Untuk design kalau stress pun tidaklah ketara sangat tetapi untuk programming, memang tension gila kerana robot kadangkala lari sebab robot bukan perfect pun pergerakannya. Saya berasa ingin menangis kerana kesusahan yang dihadapi. Adilah tarik diri dari team robotik kami.

Di ambang competition (5 Julai 2012)
Seperti biasa tetapi tidur pukul 2 pagi dan bangun 5.20 pagi pada hari keesokannya. Oleh sebab itu, Mugelan gantikannya dalam team kami. Baru beberapa minit saya & Iskandar ajarkannya sudah terus masuk otaknya sampai boleh programkan robot. Hebat gila otaknya. Akmal Yusniza juga bantu kami dalam programming kerana dia pernah dapat nombor 6 negeri Pulau Pinag.

Hari competition (6 Julai 2012)
Pada pukul 6 pagi, kami bertolak dari UKM ke high school klang. 7.10 pagi baru kami tiba. First time pergi ke Klang dengan Shah Alam. Setelah mendaftar, sijil penyertaan ada dalam genggaman tangan. Langsung kami mencabut part robot kepada kategori tertentu kerana kami kena pasang balik dengan adjust program termasuk testing robot kami dalam round 1 selama 2 jam. Allhamudillah!!!!!! 100 mata per 200 mata dalam genggaman tangan team kami. Sebelah petang, round 2 yang hanya adjust robot sahaja dalam 30 minit sahaja. 90 /200 mata dalam genggaman tangan kami. Akhirnya dapat jugalah nombor 18/100 team negeri Selangor. Namun kami kalah sebenarnya. Hanya top 10 sahaja dikira menang dan 4-10 boleh dapat excellence award sementara ketiga, naib johan & johan dapat medal termasuk sijil kemenangan, piala serta lupa pula. Hahahahahahahaha. 5 team teratas akan bertanding peringkat kebangsaan bulan September ini di Johor Bahru dan seterusnya 10 team teratas pula dalam kebangsaan akan bertanding di peringkat antarabangsa di Hotel Sunway kerana negara kita, Malaysia menjadi tuan rumah World Robot Olimpiad pada bulan November ini. 5 petang, kami balik ke UKM dan singgah di McDonalds Hentian Serdang. 6.40 petang, kami tiba di UKM. Hari esok (Sabtu), 2 team Permata ke MRSM Terendak, Melaka peringkat kebangsaan bertemakan robot soccer. Saya terdengar mereka dapat johan & naib johan serta layak terus ke World Robot Olimpiad. Tahniah!!!!!!!!

pemberitahuan status pasukan kami dalam pertandingan robotik negeri selangor

Assalamuarlaikum wbt dan salam sejahtera.
Walaupun saya sedih pasukan robotik kami kalah tetapi kami mengambil itu sebagai pentngalaman untuk masa hadapan. Nanti saya akan post diari sepanjang pertandingan robotik pada hari semalam di high school Klang, Selangor. Mungkin insya-Allah malam ini.

Makanan pengaruhi kesihatan diri, mental



Tanggungjawab pemilik dan pengusaha restoran untuk mendapatkan sijil halal dan mempamerkan logo halal di premis masing-masing. - UTUSAN/IRWAN MAJID
SETIAP kali menjelang Ramadan persoalan makanan halal dan haram menjadi isu yang menggamatkan umat Islam. Beberapa hari lalu timbul perdebatan sajian makanan di hotel-hotel untuk 'buffet Ramadan' kerana tidak semua hotel yang menyediakannya memperoleh sijil halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).
Pihak hotel pula mendakwa, di samping memerlukan perbelanjaan besar untuk melakukan pemisahan dapur dan peralatan memasak bagi memenuhi piawaian halal, proses mendapatkan sijil juga memeritkan. Ia memerlukan masa yang panjang setelah kebenaran yang diberikan kepada pihak swasta sebelumnya ditarik balik.
Persoalan mendapatkan makanan halal sebenarnya sudah lama dikesali pengguna kerana ada pengusaha tidak peka dengan keperluan khusus umat Islam. Setelah mendapat pengiktirafan halal, ada pengusaha mula mencampuradukkan bekas penyimpanan bahan mentah atas masalah menjimatkan kos.
Persoalan ini sebenarnya tidak boleh diselesaikan sepenuhnya kerana masing-masing mempunyai alasan. Pihak Jakim akan mendakwa, untuk memenuhi piawaian halal mereka memerlukan semakan yang teliti dan ia dilakukan dalam keadaan 'kain yang singkat'. Tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi manakala pengusaha pula tidak sanggup menunggu kerana makin lama menunggu mengakibatkan kecairan tunai tersekat disebabkan pelaburan besar tidak mendatangkan pulangan modal yang cepat.
Apa yang lebih penting adalah menanamkan kesedaran kepada pengguna. Dalam falsafah kepenggunaan, kuasa yang ada padanya hendaklah digunakan dengan baik, yakni memboikot premis yang tidak mematuhi piawaian halal. Bagaimanapun, disebabkan corak penggunaan di Malaysia sudah banyak berubah, daripada menyediakan sendiri bahan mentah kepada membelinya di pasar raya disebabkan kesuntukan masa dengan kerjaya, maka boikot boleh menjejaskan penyediaan makanan untuk keluarga.
Sebagai pengguna Islam, kita hendaklah memahami bahawa memperoleh makanan halal adalah kewajipan yang tidak boleh dipandang ringan. Sebelum membeli, kita diwajibkan memeriksa kandungan bahan yang dijual itu mengandungi bahan halal ataupun tidak. Tetapi, pihak pengeluar lebih bijak menjenamakan produk mereka, dengan nama baru yang kadangkala mengelirukan. Perincian kandungan bahan sengaja disembunyikan. Mereka lebih gemar menggunakan istilah saintifik, yang tidak semua orang memahaminya.
Memilih makanan halal merupakan ketetapan yang mutlak dan muktamad daripada Allah. Ketetapan itu tidak boleh dipinda oleh sesiapa pun. Ia termasuk bahan-bahan asas yang dihasilkan daripada punca yang haram misalnya khinzir dan arak. Manakala pihak pembekal pula merasakan inilah peluang untuk mereka melonjakkan jualan kerana bahan-bahan itu dikatakan mempunyai perisa yang lazat, lebih tahan lama dan lembut.
Masyarakat Islam mestilah memahami, bahan-bahan makanan yang dihasilkan daripada khinzir misalnya diharamkan kerana kandungan virus di dalamnya boleh mendatangkan kemudaratan besar. Suatu ketika dulu, sebelum teknologi mengangkut sampah dipermodenkan, khinzir digunakan untuk membersihkan sampah sarap di kawasan-kawasan yang tidak sanggup dilakukan oleh manusia.
Khinzir akan dilepaskan pada waktu malam terutamanya di lorong-lorong yang sempit. Oleh kerana kaedah pemakanan khinzir yang kotor, bahan buangan seperti najis, ulat dan cacing menjadi bahan makanannya. Khinzir kemudiannya menghadamkan sisa-sisa sampah manakala virus dan cacing yang dimakannya tidak mati, ia terus membiak dalam tubuh badannya. Virus dan cacing itu kemudian berpindah kepada manusia apabila menjadikan daging khinzir sebagai bahan makanan.
Pengharaman arak berdasarkan proses pemeraman sekian lama. Proses pemeraman itu memerlukan bahan pengawet tertentu bagi mengekalkan kesegaran. Apabila sebatian bahan kimia itu bergabung dalam proses pemeraman itu, ia akan menghadirkan sebatian baru yang boleh memudaratkan manusia. Boleh mengakibatkan organ dalaman menjadi kacau dan seterusnya membahayakan kehidupan.
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda: Daripada Salman al-Farisi semasa Rasulullah SAW ditanya tentang hukum lemak, keju dan keldai hutan, Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa apa yang dihalalkan di dalam kitab Allah adalah halal dan apa yang diharamkan-Nya adalah haram, manakala apa yang didiamkan, ada kemaafan bagi kamu. Allah SWT memerintahkan agar manusia memakan makanan yang sifatnya halal dan thayyib iaitu lazat, baik dan menyihatkan. Malah al-Quran menyenaraikan pelbagai jenis makanan yang zat seperti ikan, madu, buah-buahan, lemak dan minyak untuk dimakan.
Firman Allah dalam surah al-Mu'minun ayat 19 yang bermaksud: Kemudian, kami tumbuhkan kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (pelbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
Al-Quran sesungguhnya mengecam mereka yang mengharamkan rezeki halal yang disediakan oleh Allah kepada manusia. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman dalam surah Yunus ayat 59 yang bermaksud: Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu hingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan sebahagiannya lagi halal? Katakanlah (kepada mereka): Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah? Dia (Allah) menciptakan untuk kamu apa yang ada di bumi seluruhnya. (Surah al-Baqarah ayat 29).
Makanan memberikan tenaga dan meninggalkan pengaruh kepada kehidupan. Selain menjamin kelangsungan hidup, membantu proses pertumbuhan, mengekalkan kesihatan, makanan membantu memperkembangkan kecerdasan emosi dan psikologi. Jika mengambil makanan daripada sumber tidak halal, ia turut menggugat kesihatan mental misalnya dengan meminum arak, kandungan alkohol akan menyebabkan pemikiran tidak stabil.
Dalam dunia perisikan, banyak rahsia negara ikut terdedah. Seseorang yang mabuk, khayal dan tidak stabil akan menghasilkan tindakan yang negatif. Tindakan itu bukan sahaja merosakkan diri sendiri, bahkan melibatkan orang lain. Seseorang yang mabuk, sanggup melakukan apa sahaja termasuk membocorkan rahsia negara.
Seorang ulama besar, al-Harali berpendapat jenis makanan dan minuman yang diambil boleh mempengaruhi jiwa dan sifat-sifat mental pemakannya. Justeru alasan al-Quran cukup kuat apabila ia mengharamkan arak, bangkai, darah dan daging khinzir kerana ia akan memberi kesan atau mudarat ke atas jiwa manusia.
Sesuatu makanan yang dihalalkan oleh Islam sudah pasti akan memberi kebaikan kepada manusia dan tidak akan membawa kemudaratan. Begitulah sebaliknya sesuatu yang diharam itu sudah tentu akan memudaratkan manusia.
Islam juga menetapkan sesuatu makanan yang dianggap halal tetapi cara mendapatkannya tidak halal adalah haram untuk dimakan. Sebagai contoh barang curi atau harta yang dirampas, makan harta anak yatim dan memakan harta benda yang diperoleh secara riba. Rasulullah SAW juga mengaitkan antara termakbulnya doa dengan makanan halal.
Beliau bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud:Wahai seluruh manusia. Sesungguhnya Allah Maha Baik. Dia tidak menerima (sesuatu) kecuali yang baik. Dia memerintahkan kaum mukmin sebagaimana memerintahkan para Rasul dengan firman-Nya, 'Wahai Rasul, makanlah rezeki yang baik yang telah kami anugerahkan kepadamu' (kata perawi). Rasul kemudian menjelaskan seorang pejalan kaki, comot dan kotor, menadahkan kedua tangannya ke langit berdoa, 'Wahai Tuhan, wahai Tuhan', (tetapi) makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, makan daripada barang haram, maka bagaimana mungkin ia dimakbulkan.

doakan kami untuk pertandingan robotik 6/7 ini

Assalamualaikum wbt dan salam 1 malaysia.
Saya minta maaf kerana saya terlalu sibuk menyiapkan programming robot, designing sudah siap tetapi untuk program, ya-Allah, susah gila dan memakan masa lama. Sudahlah pertandingan robotik zon selangor pada hari Jumaat ini, 6/7/2012. Oleh sebab itu, saya mohon kepada semua pengunjung blog supaya doakan semoga pasukan kami menang pertandingan ini. Amin...............

Pada hari Isnin lepas, kami menyambut hari guru atau instruktor. Memang dibuat pada hari itu kerana tidak ingin menganggu peperiksaan akhir sem 1 (pertengahan tahun). Insya-Allah, saya akan memasukkan foto hari guru pada hari Ahad ini termasuk pertandingan robotik. Jumaat ini, kami juga ada perjumpaan ibu bapa dengan anugerah prof (anugerah cemerlang), iaitu anugerah subjek terbaik dan juga anugerah prof (pointer 3.65 ke atas)- A-. Saya memang tidak dapat pun atas alasan rahsia. Itu sahaja. Akhir kata, doakan semoga Allah swt permudahkan programming kami semoga siap sebelum hari esok untuk membolehkan kami berlatih cabut dan pasang bahagian robot. Saya mendapat bahagian motor & tayar sahaja.

Itu sahaja.

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket