|
Memberus sekurang-kurangnya dua kali sehari, selepas bangun dari tidur dan sebelum tidur. |
PENJAGAAN gigi perlu bermula sebelum gigi pertama si manja mula tumbuh. Walaupun gigi bayi belum kelihatan semasa beberapa bulan pertama selepas kelahirannya, ia sebenarnya sudah terbentuk, hanya belum keluar daripada gusinya sahaja.
Penjagaan gigi yang tidak betul menyebabkan kerosakan gigi. Jika dibiarkan, kerosakan ini akan menusuk struktur tulang gigi dan menjejaskan perkembangan gigi kekalnya. Erti kata, gigi si manja mungkin akan tumbuh secara tidak teratur apabila membesar.
Pengambilan gula pada peringkat awal kehidupan (seperti menghisap puting dicelup madu), digandingkan pula dengan kebersihan oral yang tidak betul merupakan faktor dominan yang mengakibatkan kerosakan gigi.
Penjagaan gigi si manja lebih baik dimulakan dari awal kerana ia akan memanfaatkannya di kemudian hari.
Memberus gigi membantu mencegah kerosakan gigi tetapi anda perlu pastikan si manja tahu cara yang betul. Berikut adalah petua memberus gigi untuk memastikan kebersihan mulutnya.
Memberus sekurang-kurangnya dua kali sehari, selepas bangun dari tidur dan sebelum tidur. Pengumpulan plak berlaku lebih cepat semasa waktu tidur akibat penghasilan air liur yang berkurangan.
Ajar teknik memberus gigi yang betul. Beritahu si manja yang memberus gigi hadapan sahaja tidak akan menjamin kebersihan keseluruhan mulutnya. Memberus permukaan tepi dan belakang gigi adalah penting dalam mengekalkan kebersihan mulutnya.
Jangan tergesa-gesa apabila memberus gigi. Luangkan sekurang-kurangnya tiga minit setiap kali memberus gigi. Petua mudah untuk mencegah kerosakan gigi
Elakkan si manja tidur dengan menghisap botol yang mengandungi minuman manis seperti susu atau jus epal kerana ia menyebabkan giginya diselaputi cecair manis semasa tidur.
Amalkan tabiat minum air kosong kerana ia lebih baik untuk kesihatan. Apabila ingin memberi snek, berilah buah-buahan dan sayuran berbanding gula-gula dan aiskrim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan