Selamat datang
Doakan saya
Assalamualaikum wbt.
Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:
1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.
2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.
3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.
4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.
5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.
6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.
7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.
8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.
9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.
Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.
Amin..........
SPM maksimum 12 subjek
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, keputusan keseluruhan SPM tetap berdasarkan kepada 10 mata pelajaran utama dan tidak mengambil kira dua subjek tambahan.
‘‘Kabinet memutuskan 10 subjek utama kekal tapi kita beri kelonggaran kepada pelajar membuat pilihan sendiri sama ada untuk ambil subjek bahasa atau kesusasteraan Cina dan Tamil.
‘‘Pelajar SPM boleh ambil 11 atau 12 subjek tapi ia tidak akan diambil kira dalam keputusan 10 subjek teras,’’ katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat ke-65 Majlis Tanah Negara di sini hari ini.
Jun lalu, kerajaan mengumumkan bahawa pelajar SPM hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 mata pelajaran bermula tahun depan.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran menambah, keputusan membenarkan dua mata pelajaran tambahan itu juga tidak akan diambil kira untuk tujuan lain seperti memohon biasiswa.
‘‘Tapi kalau dia (calon SPM) mahu memohon menjadi guru bahasa Tamil sebagai contoh, dia boleh pakai keputusan subjek tambahan itu,’’ ujarnya.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, maklumat menyeluruh mengenai perkara itu akan diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dalam masa terdekat.
Beliau memberitahu, keputusan Kabinet itu dibuat selepas mengambil kira rayuan pelbagai pihak termasuk Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam baru-baru ini, agar pelajar India dibenarkan mengambil maksimum 12 mata pelajaran dalam SPM.
Carian pintas artikel blog ini
Blog lain
Arkib Blog
-
▼
2009
(132)
-
▼
Disember
(31)
- Tingkatkan ciri keselamatan elak kemalangan di jal...
- Jangan beri muka rakyat Malaysia guna pasport asing
- Cabaran menghadapi tahun 2010
- Semarak azam tahun baru
- ‘Laluan terus’ yang berbahaya
- Kaji kelayakan pemandu
- Kaji semula bas dua tingkat
- Reka bentuk bas dua tingkat tidak sesuai?
- Lahirkan pemandu utamakan ciri-ciri keselamatan
- Azam alam sekitar, ekonomi 2010
- Kurangkan gula kerana kesedaran, bukan disebabkan ...
- Mengapa sekejam ini?
- Bumi terus berdepan ancaman
- Kemelut kecelaruan iklim dunia
- Komunis hanya tinggal sejarah
- PKM masih terus berjuang
- Apabila Facebook menjadi fenomena dunia
- Kecewa dengan bandar baru kita
- Pembalasan buat pembunuh Palestin
- Jaminan untuk galak orang awam bantu cegah jenayah
- Mangsa gempa di Padang bina semula semangat
- Memilih agensi pengelola umrah
- Peragut wajar dihukum mati
- Apa dalam fikiran penjenayah ragut?
- Dua pelajar maut, dua parah
- Dosa komunis tidak diampun
- Kopi tahi musang digilai
- SPM maksimum 12 subjek
- Cemerlang bukan hanya dapat A
- Awasi nahas jalan raya musim banjir
- Jangan lupa PKM musnahkan ekonomi negara
-
▼
Disember
(31)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan