Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Apa dalam fikiran penjenayah ragut?

TERSENTUH hati sesiapa sahaja yang menatap berita jenayah ragut yang menimpa pasangan suami isteri, Allahyarham Abdul Rahman Mohd. Kaladin dan isterinya, Noriha Abdul Rahman di ibu negara, kelmarin.
Kejamnya peragut bermotosikal itu kerana sanggup melakukan jenayah tanpa memikirkan kesan kepada mangsa.
Ketika Malaysia sudah merdeka selama 52 tahun dan menuju ke arah negara maju, kes ragut sehingga mendatangkan kecelakaan masih berlaku.
Penjenayah ragut itu sudah pasti tiada naluri kemanusiaan - sanggup membunuh semata-mata untuk mendapat keuntungan cepat. Mereka tidak memikirkan anak-anak mangsa yang kehilangan bapa. Mereka juga tidak memikirkan trauma yang dihadapi keluarga insan malang berikutan kejadian itu.
Apa yang mereka fikir ialah barangan ragut dapat dijual untuk membeli dadah (sekiranya peragut itu penagih dadah). Atau berbangga kerana mangsa jatuh tergolek sehingga mati (selepas membaca akhbar).
Sebenarnya pemikiran inilah yang berada dalam otak penjenayah ragut. Mereka langsung tidak memikirkan musibah yang menimpa mangsa. Bagi mereka, 'kerja' mesti diteruskan. Selamat atau mati mangsa, itu bukan soal yang perlu ditanggung oleh mereka.
Kenapa peragut berfikiran begitu? Ada dua kemungkinan. Pertama, penjenayah ini berfikiran singkat, tidak berpelajaran apatah lagi didikan akhlak. Tetapi mereka memerlukan wang untuk terus hidup menyebabkan sanggup melakukan semua itu.
Kemungkinan kedua, pengaruh budaya luar khususnya Barat yang diimport daripada filem dan aksi ganas di televisyen menunjukkan bahawa jenayah ragut itu boleh berlaku di mana-mana. Bagi mereka, sesiapa sahaja boleh melakukan jenayah seperti itu, asalkan mereka berani.
Selagi ada dua faktor kemungkinan ini, selagi itulah jenayah ragut sukar untuk ditangani, waima polis membuat pemantauan dan mengisytiharkan lokasi-lokasi panas di mana ceruk rantau sekalipun.
Bagi penulis, didikan adalah jalan yang terbaik untuk menangani masalah ini. Sudah pasti penjenayah mempunyai ibu dan bapa. Kenapa mereka sanggup melakukan jenayah ini?
Kenapa ibu bapa mereka tidak mengajar anak supaya jangan meragut dan membunuh orang.
Sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena, sehingga didikan itu tidak sampai ke minda anak-anak mereka. Mungkin keluarga itu berantakan sehingga anak terbiar dan melakukan jenayah. Atau si anak itu ingin membuktikan kepada ibu bapa bahawa dia juga boleh hidup di kota (walaupun ibu bapanya tidak tahu kerjanya ialah penjenayah).
Penulis pasti, jika didikan ibu bapa cukup terhadap anak-anaknya, tidak perlu polis meletakkan anggota yang ramai untuk berkawal, dan pada masa yang sama mengisytiharkan lokasi panas di mana-mana tempat kejadian jenayah itu.
Pada masa yang sama, tahniah dikalungkan kepada seorang warga kota, Md. Sazuan Mahyudin, 28, yang cuba mengejar peragut yang men

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket