Selamat datang
Doakan saya
Assalamualaikum wbt.
Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:
1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.
2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.
3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.
4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.
5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.
6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.
7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.
8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.
9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.
Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.
Amin..........
Jangan lupa PKM musnahkan ekonomi negara
Perjanjian ini bukanlah satu dokumen bagi penyerahan diri tetapi bertujuan menamatkan keganasan.
Justeru, adalah penting bagi kita mengambil perhatian bahawa Parti Komunis Malaya (PKM) tidak pernah menyerah diri. Malah merasakan bahawa mereka mesti diberi layanan berbeza, berbanding musuh yang ditewaskan.
Ini membuktikan keangkuhan dan keazaman mereka untuk mencapai cita-cita demi penubuhan sebuah rejim komunis di negara ini.
Ada sebilangan rakyat Malaysia merasakan kononnya kerajaan tidak adil dan tidak berperikemanusiaan kerana tidak membenarkan Chin Peng yang sudah berusia 85 tahun untuk kembali, walaupun selepas Mahkamah Tinggi memutuskan dia tidak harus balik ke negara ini.
Mereka merasakan seolah-olah kerajaan tidak ikhlas berikutan layanan istimewa yang diberi kepada pelabur Jepun dan Jerman, walaupun pada satu ketika dulu negara tersebut pernah menjadi musuh kita. Mereka gagal menyedari atau sengaja enggan mengakui bahawa Jepun dan Jerman turut menderita kerana peperangan berkenaan.
Negara berkenaan musnah dan menjadi abu dan Jepun pula diserang bom atom. Mereka yang bertanggungjawab mengambil tindakan membunuh diri sendiri atau dihukum mati oleh beberapa tribunal peperangan yang ditubuhkan untuk menangani keganasan berkenaan. Akhirnya kedua-dua negara tersebut menyerah diri tanpa mengenakan sebarang syarat.
Berhubung kegiatan PKM, pembunuhan, keganasan dan kematian yang menimpa rakyat adalah sama seperti apa yang berlaku dalam peperangan. Selain rakyat Malaysia yang terbunuh, pasukan keselamatan anggota Komanwel yang berkhidmat ketika tempoh tersebut juga turut terkorban mempertahankan negara ini. Bukan sahaja orang ramai yang menjadi mangsa, PKM juga mengakibatkan kemusnahan dan kerosakan kepada ekonomi negara ini. Aspek ini, yang dilakukan PKM, seolah-olah dilupai.
Walaupun tempoh darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960, perjuangan PKM masih belum tamat. Mereka beralih pula kepada taktik lain dalam usaha untuk menubuhkan sebuah negara komunis, walaupun selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Selepas 1960-an, pihak komunis kembali bergerak melalui perang gerila di bandar, mensabotaj, membangkitkan perasaan takut di kalangan orang ramai dengan melakukan pembunuhan. Sebagai contoh, yang membabitkan Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri Perak pada awal 1970-an. Malah PKM turut melangkah ke Sarawak bagi mencapai matlamat mereka. Kesemua kegiatan ini menunjukkan hasrat PKM yang tidak inginkan keamanan.
Tetapi kerajaan berpendapat bahawa konflik tersebut perlu ditamatkan, walaupun tiada penyerahan diri. Namun sifat berjiwa besar kerajaan tidak pernah dihargai. Malah kerajaan turut membenarkan ‘musuh’ berkenaan untuk kembali mengikut undang-undang Malaysia.
Carian pintas artikel blog ini
Blog lain
Arkib Blog
-
▼
2009
(132)
-
▼
Disember
(31)
- Tingkatkan ciri keselamatan elak kemalangan di jal...
- Jangan beri muka rakyat Malaysia guna pasport asing
- Cabaran menghadapi tahun 2010
- Semarak azam tahun baru
- ‘Laluan terus’ yang berbahaya
- Kaji kelayakan pemandu
- Kaji semula bas dua tingkat
- Reka bentuk bas dua tingkat tidak sesuai?
- Lahirkan pemandu utamakan ciri-ciri keselamatan
- Azam alam sekitar, ekonomi 2010
- Kurangkan gula kerana kesedaran, bukan disebabkan ...
- Mengapa sekejam ini?
- Bumi terus berdepan ancaman
- Kemelut kecelaruan iklim dunia
- Komunis hanya tinggal sejarah
- PKM masih terus berjuang
- Apabila Facebook menjadi fenomena dunia
- Kecewa dengan bandar baru kita
- Pembalasan buat pembunuh Palestin
- Jaminan untuk galak orang awam bantu cegah jenayah
- Mangsa gempa di Padang bina semula semangat
- Memilih agensi pengelola umrah
- Peragut wajar dihukum mati
- Apa dalam fikiran penjenayah ragut?
- Dua pelajar maut, dua parah
- Dosa komunis tidak diampun
- Kopi tahi musang digilai
- SPM maksimum 12 subjek
- Cemerlang bukan hanya dapat A
- Awasi nahas jalan raya musim banjir
- Jangan lupa PKM musnahkan ekonomi negara
-
▼
Disember
(31)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan