BAHAGIAN I laporan khas bertajuk ‘Kempen Berhenti Merokok Gagal’ yang disiarkan semalam mendapat banyak reaksi umum malah turut dijadikan isu untuk dikupas oleh orang ramai menerusi stesen televisyen dan radio sepanjang hari.Keprihatinan pelbagai pihak dan khalayak itu adalah bukti bahawa rakyat memandang serius isu tersebut dan masih tertunggu-tunggu langkah paling berkesan dalam membasmi tabiat merokok di negara ini.
Sebenarnya, Kementerian Kesihatan bukan kehabisan idea dalam mendepani perokok-perokok tegar yang sangat sukar untuk meninggalkan tabiat tersebut.
Sebaliknya kerajaan telah melakukan pelbagai cara namun semuanya serba tidak menjadi gara-gara perokok sendiri tiada kesedaran tinggi untuk berhenti. Ini ditambah pula dengan jumlah perokok baru di kalangan remaja dan kanak-kanak yang semakin meningkat.
Bahagian II hari ini meliputi aspek lain termasuk satu lagi kegagalan, iaitu cetakan gambar-gambar penyakit kronik akibat merokok pada setiap kotak rokok yang tidak memberi apa-apa kesan kepada perokok.
Saya mengupas mengenai penggunaan gambar-gambar ngeri yang tidak menakutkan perokok itu dan juga reaksi tokok agama serta pakar psikologi berkaitan isu ini.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan