Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Rokok punca 40 penyakit


Merokok merupakan tabiat buruk yang menyebabkan ketagihan. Asap rokok pula disahkan mempunyai kaitan atau penyebab utama merangsang seseorang individu itu menghidap 40 jenis penyakit serius.
Jumlah 40 bukan kecil. Antara jenis penyakit serius itu termasuk serangan jantung, kanser, darah tinggi, angin ahmar, penyakit gigi dan gusi, penyakit mata, ulser perut, penyempitan saluran darah dan mati pucuk.
Ini kerana setiap batang rokok yang dihisap sebenarnya mengandungi pelbagai racun berbahaya.
Setiap rokok mengandungi pelbagai bahan kimia berbahaya walaupun merokok memberi kepuasan kepada sesetengah individu.
Jelasnya, asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 daripada bahan kimia berkenaan boleh mengakibatkan penyakit kanser.
Antara bahan kimia yang ada dalam setiap batang rokok adalah arsenik iaitu sejenis racun tikus.
Selain itu, sebatang rokok turut mengandungi aseton (penanggal cat), ammonia (pencuci lantai) metanol (bahan api), naftalena (ubat gegat), kadmium (bahan utama dalam bateri kereta), karbon monoksida (gas beracun dari ekzos kereta) dan nikotin (bahan membuat PVC).
Selain itu jelasnya, rokok juga mempunyai hidrogen sianida (racun yang digunakan dalam kebuk gas), DDT (racun makhluk perosak), raksa (logam dalam jangka suhu) dan stearik (bahan utama dalam lilin).
Bahaya kandungan rokok bukan hanya kepada perokok, tetapi turut memberi kesan negatif kepada perokok pasif.
"Perokok pasif ialah mereka yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok sekurang-kurangnya 15 minit dalam masa dua hari untuk tempoh seminggu.
"Perokok pasif mempunyai risiko 30 peratus lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru dan 25 peratus lebih tinggi diserang penyakit jantung." Sehubungan itu, saya ingin mengajak masyarakat terutama perokok untuk sama-sama mengutamakan kesihatan diri dan masyarakat dengan menghentikan tabiat itu.
Ada memberikan lapan petua untuk berhenti merokok:
1.Pelajari tentang bahaya merokok.
2.Umumkan keputusan anda untuk berhenti merokok kepada semua orang.
3. Buang semua barangan yang ada kaitan dengan rokok seperti tempat abu rokok dan pemetik api sama ada di rumah mahupun di tempat kerja.
4. Minum banyak air. Langkah itu untuk membantu membuang toksik dalam badan.
5. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan ketagihan kepada nikotin.
6.Elakkan diri daripada berada di tempat-tempat yang kebiasaannya menjadi tempat orang merokok seperti kelab malam dan pusat karaoke.
7.Belajar menolak tawaran merokok. Cuba untuk tidak merokok langsung kerana jika tidak, ini akan menggugat usaha anda untuk berhenti merokok dan anda mungkin terdorong untuk merokok semula.
8.Kementerian Kesihatan turut menyediakan infoline berhenti merokok melalui talian
03-88834400. Waktu operasi talian itu mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari bekerja Isnin hingga Jumaat.
Maklumat juga boleh diperoleh melalui laman web www.infosihat.gov.my dan www.myhealth.gov.my.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket