Selamat datang

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Rawatan sekali, perlindungan sepanjang tahun


ASID zoledronic 5mg akan dialirkan melalui penggunaan set infusi dan diberi secara intravena selama 15 minit kepada pesakit.

Osteoporosis atau kerapuhan tulang sering menjadi ketakutan kepada golongan Hawa selepas kanser payu dara. Ini kerana struktur tulang menjadi tidak padat dan semakin lemah sehingga mengurangkan kemampuan badan untuk menggantikan tulang lama dengan yang baru dan seterusnya cenderung kepada kepatahan atau keretakan tulang.

Apa yang membimbang wanita ialah kesan kepada kesusutan tulang ini yang menyebabkan seseorang itu menghadapi kesukaran untuk duduk, berdiri, batuk atau mendakap orang tersayang.

Ramai orang beranggapan bahawa mereka tidak akan mendapat osteoporosis jika mereka menjalani hidup yang sihat dan aktif. Malangnya, osteoporosis adalah penyakit yang senyap dan boleh memusnahkan diri tanpa sebarang tanda.

Ini adalah disebabkan seseorang itu tidak akan berasa sakit maka ramai yang tidak sedar yang mereka mempunyai penyakit itu sehinggalah mereka mengalami kepatahan atau keretakan tulang.

Pakar Perunding Kanan Endokrinologi Universiti Malaya yang juga Presiden Persatuan Osteoporosis Malaysia, Profesor Chan Siew Phen berkata, osteoporosis adalah satu penyakit tulang metabolik yang menjejaskan kesihatan lebih kurang 200 juta orang di seluruh dunia dan lebih daripada satu juta orang di Malaysia.

Ia adalah satu penyakit yang melemahkan kekuatan tulang yang menjadikannya lebih mudah retak selepas trauma yang minimum atau kecil.

"Selain itu, osteoporosis boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa. Ini lebih ketara pada keretakan pinggul yang boleh menjejaskan kualiti hidup dan hilang kebergantungan akibat kehilangan upaya dan pergerakan yang terhad.

"Penjagaan dan bantuan jangka masa panjang diperlukan oleh pesakit-pesakit disebabkan keadaan mereka yang mempunyai kebebasan terhad,

"Pada tahun 1997, kejadian pinggul retak di Malaysia di kalangan individu yang berusia lebih 50 tahun adalah 90 bagi setiap 100,000 orang. Keretakan pinggul berkait rapat dengan morbiditi dan kadar kematian tinggi dalam lingkungan 20 hingga 25 peratus pada tahun pertama selepas pesakit mengalami keretakan.

"Kebanyakan yang terselamat akhirnya hilang upaya dan hanya 25 peratus yang dapat meneruskan aktiviti normal. Kos langsung kemasukan hospital bagi keretakan pinggul pada tahun 1997 dianggarkan pada kadar konservatif sebanyak RM22 juta,'' katanya ketika menyampaikan ceramah Pandangan Umum Osteoporosis di Malaysia sempena majlis palancaran Aclasta di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Siew Pheng, kajian menunjukkan bahawa pesakit-pesakit yang mencapai keperluan rawatan sebanyak 50 peratus mempunyai risiko keretakan yang sama dengan mereka yang tidak mendapatkan sebarang rawatan perubatan.

Kajian terbaru oleh Yayasan Osteoporosis Antarabangsa menunjukkan bahawa 60 hingga 80 pesakit yang mengamalkan ubat makan berhenti dari mengambil ubat rawatan dalam tempoh setahun.

"Bahkan, kajian yang dilakukan oleh badan-badan kesihatan antarabangsa mendapati wanita Asia dan wanita berkulit putih mempunyai risiko lebih tinggi menjadi mangsa osteoporosis berbanding wanita kulit hitam. Dalam konteks negara kita, kaum Cina didapati dengan mudahnya mendapat penyakit ini kerana genetiknya berbanding bangsa lain.

"Begitu juga kerana di kalangan wanita Asia pengambilan kalsium agak rendah berbanding wanita Barat. Hal ini berlaku kerana gaya hidup orang Asia yang lebih cenderung menggelakkan pengambilan produk-produk tenusu.

Namun begitu, sepatutnya wanita Asia tidak menggunakan alasan itu mendapat osteoporosis. Ini kerana kalsium boleh diperoleh daripada sumber-sumber alam yang lain seperti badam, tauhu, tiram dan salmon bertulang dalam tin,'' katanya.
Tambahnya, selalunya osteoporosis ini didiagnosis melalui pengimbas Dua Energy X-Ray Absorptiometry (DEXA). Rawatan yang umum dilakukan kepada pesakit osteoporosis pula adalah dengan mengambil ubat-ubatan, pengambilan hormon dan terapi penggantian hormon.

"Walau bagaimanapun, semuanya memerlukan rawatan yang berulang. Kini dengan pengenalan infusi setahun sekali bagi osteoporosis bakal memberi pilihan tambahan dan bernilai kepada pesakit serta mempunyai potensi untuk memperbaiki keperluan rawatan yang mengurangkan risiko keretakan yang akhirnya memberikan mereka kualiti hidup yang lebih baik,'' ujarnya.

Rawatan osteoporosis sekali setahun yang dilancarkan baru-baru ini oleh Novartis bakal membolehkan pesakit-pesakit mendapat perlindungan sepanjang tahun. Dengan infusi
intravena (IV) asid zoledronic 5mg yang hanya perlu diambil setahun sekali selama 15 minit.

Dengan infusi ini, boleh mengurangkan keretakan pada tempat yang kerap berlaku keretakan termasuk pinggul tulang belakang dan tulang-tulang lain (seperti pergelangan tangan dan tulang rusuk).

Infusi ini juga boleh digunakan sebagai rawatan osteoporosis bagi kaum lelaki dan pesakit-pesakit yang berisiko tulang retak, termasuklah mereka yang mengalami trauma kecil keretakan tulang pinggul.

Profesor Madya Klinikal Jabatan Perubatan University Sydney dan Ketua Unit Tulang dan Saluran Mineral dalam Endokrinologi di Pusat Kesihatan Barat Daya Sydney, Profesor Michael Hooper berkata, kemudahan infusi ini dengan hanya satu dos setahun dapat memperbaiki keberkesanan rawatan dan perlindungan tulang di kalangan pesakit sementara mengurangkan kemasukan hospital bagi kes-kes yang berkait dengan keretakan tulang dan kos penjagaan kesihatan.

"Pesakit-pesakit kini mempunyai pilihan yang lebih baik, mudah dan sama berkesannya dengan rawatan ubat makan sedia ada.

"Dari kaji selidik HORIZON Recurrent Fracture Trial yang membabitkan lebih daripada 2,100 lelaki dan wanita yang menghidap osteoporosis serta mengalami keretakan pinggul membuktikan bahawa infusi ini meningkatkan kepadatan mineral tulang (BMD) dan mengurangkan risiko keretakan klinikal baru sebanyak 35 peratus. Risiko keretakan baru pada tulang belakang dikurangkan sebanyak 46 peratus manakala keretakan pada bahagian selain tulang belakang ialah 27 peratus.

"Profil keberkesanan dan keselamatan infusi ini amat ketara dalam HORIZON Pivotal Fracture Trial yang dibuat selama tiga tahun membabitkan 7,700 kaum wanita di mana 14 peratus terdiri daripada pesakit dari Asia.
"Dalam kajian ini, infusi ini menunjukkan peningkatan dalam kekuatan tulang dan mengurangkan risiko keretakan tulang belakang sebanyak 70 peratus manakala keretakan pinggul pula sebanyak 4 peratus.
"Penurunan kejadian keretakan tulang belakang berterusan selama tiga tahun dan BMD menampakkan peningkatan yang ketara dalam tulang belakang sebanyak 6.7 peratus dan pada pinggul sebanyak 6 peratus,'' jelasnya.

Infusi ini telah diluluskan di lebih 80 negara sebagai rawatan untuk osteoporosis selepas putus haid dan buat masa ini boleh diperoleh di lebih 70 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Canada, Brazil, negara-negara Kesatuan Eropah, Australia, Singapura, Thailand, Korea dan Filipina termasuk Malaysia.

Dengan adanya infusi ini, ia akan memberikan impak yang besar kepada pesakit-pesakit yang terpaksa hidup dengan osteoporosis kerana mereka boleh mendapatkan perlindungan keretakan sepanjang tahun dengan satu rawatan sahaja.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails