Selamat datang

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Enam lagi termasuk bayi mati

PUTRAJAYA 12 Ogos - Enam lagi kematian akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kematian terkumpul setakat ini meningkat kepada 44 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, empat daripada kes kematian itu didapati mempunyai risiko penyakit diabetes, hipertensi, penyakit jantung atau obesiti.

Bagaimanapun, katanya, enam kematian itu adalah kematian yang berlaku terdahulu iaitu antara 6 hingga 9 Ogos lalu membabitkan masing-masing dua bayi dan warga emas termasuk seorang wanita mengandung dan seorang lelaki berumur 24 tahun yang tidak berisiko.

Jelasnya, seorang bayi berumur 10 bulan yang tidak mempunyai sejarah penyakit kongenital, mendapat tanda-tanda demam dan batuk pada 1 Ogos lalu dan hanya dibawa ke hospital pada 6 Ogos sebelum dimasukkan ke wad akibat sesak nafas.

''Rawatan antiviral tidak diberikan dan sapuan tekak telah diambil pada hari tersebut dan disahkan meninggal dunia keesokannya.

''Dia hanya disahkan mendapat jangkitan H1N1 sehari selepas kematiannya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tiong Lai berkata, seorang lagi mangsa adalah bayi berumur 12 bulan yang mengalami penyakit jantung kongenital dan baru menjalani pembedahan jantung di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur sebelum dirujuk semula pada 7 Ogos kerana mengalami demam dan sawan.

''Rawatan antiviral tidak diberikan dan sampel sapuan tekak diambil pada 8 Ogos dan dia meninggal dunia keesokannya kerana mengalami komplikasi pembedahan jantung serta jangkitan pneumonia.

''Bayi berkenaan hanya disahkan mendapat jangkitan H1N1 pada 10 Ogos," katanya.
Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, kematian membabitkan seorang wanita mengandung berusia 18 tahun pula berlaku setelah mangsa yang mempunyai masalah obesiti mendapat tanda-tanda batuk, sakit tekak dan selesema pada 3 Ogos lalu sebelum mendapatkan rawatan di klinik kesihatan pada hari sama.
''Bagaimanapun, keadaannya bertambah teruk dan dimasukkan ke ICU akibat sesak nafas pada 7 Ogos dan diberikan rawatan antiviral pada hari tersebut serta sampel sapuan tekak pada 9 Ogos.
''Mangsa disahkan meninggal dunia akibat H1N1 pada 10 Ogos," katanya.

Tambah Tiong Lai, mangsa warga emas yang terbabit pula berumur 60 tahun dan didapati mempunyai sejarah penyakit diabetes, hipertensi dan jantung manakala seorang lagi berusia 62 tahun turut mempunyai diabetes dan mengalami dehidrasi.

''Satu lagi kes kematian pula membabitkan seorang lelaki berumur 24 tahun tetapi tidak mempunyai sejarah dan risiko penyakit," katanya.
Sementara itu, Tiong Lai berkata, jumlah kes baru tidak akan dilaporkan lagi berdasarkan garis panduan terbaru yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

''Ini kerana ia tidak memberi gambaran sebenar kes H1N1 dalam keadaan sesebuah negara, oleh itu WHO mengeluarkan arahan hanya melaporkan kes-kes membabitkan kemasukan ke hospital, ICU dan meninggal dunia sahaja," katanya.
Seramai 76 pesakit kini dirawat di hospital manakala 12 daripada 21 pesakit yang dirawat di
Unit Rawatan Rapi (ICU) mempunyai penyakit kronik, obesiti dan baru bersalin manakala 86 pesakit pula sudah dibenarkan keluar dari hospital semalam.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails