Selamat datang

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Enam lagi kematian

PUTRAJAYA 11 Ogos - Jumlah kematian akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) terus meningkat apabila enam lagi mangsa dicatatkan hari ini menjadikan 38 kes setakat ini.
Sebanyak 270 kes baru dilaporkan yang kesemuanya jangkitan tempatan menyebabkan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,252 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, empat daripada enam kematian melibatkan golongan berisiko seperti menghidap kencing manis, hipertensi dan asma.

''Pada masa ini terdapat 56 pesakit sedang dirawat di hospital manakala empat daripada 19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berisiko antaranya mempunyai penyakit kronik, obesiti dan baru bersalin.

''Bagaimanapun, 11 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital semalam,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Garis Panduan Amalan Klinikal: Pengurusan Penyakit Diabetes Mellitus Jenis Kedua edisi keempat di sini hari ini.

Merujuk kepada situasi global, sejumlah 208,990 kes dengan 1,716 kematian dilaporkan di 174 negara iaitu peningkatan sebanyak 835 kes dengan 28 kematian sehingga kini.

Mohd. Ismail berkata, ujian pengesahan H1N1 dijangka boleh dijalankan di hospital-hospital negeri dalam masa dua minggu lagi.

''Ujian rapid yang dijalankan di semua hospital dan klinik sekarang ini tidak dapat mengesan seseorang mempunyai demam biasa atau dijangkiti H1N1 kerana ia mempunyai had tertentu. Rawatan antiviral akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal.

''Kita hanya menjalankan ujian pengesahan virus itu jika pesakit dimasukkan ke hospital sahaja,'' katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Ismail berkata, sekolah dan pusat pengajian tinggi tidak akan ditutup sewenang-wenangnya jika hanya terdapat satu kes yang dilaporkan.

''Kita sudah berbincang dengan Kementerian Pelajaran, tidak akan tutup sekolah kerana kita akan menghantar pasukan perubatan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu jika situasi merbahaya atau sebaliknya,'' katanya.

Tambah Mohd. Ismail, semua klinik dan hospital kerajaan termasuk swasta telah diarah memberikan rawatan dan menjalankan ujian ke atas pesakit yang datang untuk membuat pemeriksaan.

''Pesakit yang pergi ke hospital dinasihatkan memakai penutup mulut kerana kita tidak mahu orang lain pula dijangkiti.

''Bagaimanapun 98 peratus daripada pesakit yang dijangkiti virus H1N1 boleh sembuh sekali pun tanpa mendapatkan rawatan.

''Tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka boleh diancam maut akibat virus itu. Oleh itu, jika mereka mempunyai tanda-tanda dijangkiti adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan,'' katanya.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails