Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Batik bukan sekadar seni

Kebolehan Lazim Ismail mencanting batik membolehkan beliau menghasilkan karya seni yang tersendiri.


SEJARAH kewujudan kesenian batik tidak dapat dipastikan tetapi artifak batik tertua yang telah ditemui berusia lebih 2,000 tahun lamanya.
Secara tidak langsung, hasil seni batik itu kini dijadikan sebagai warisan peradaban dunia, lebih-lebih lagi pemakaian batik dalam busana tradisi mempunyai sejarah yang lama sejak dari zaman awal tamadun Melayu.
Batik dipakai oleh semua golongan, daripada kerabat diraja, bangsawan sehinggalah kepada rakyat jelata.
Malah seni batik itu acap kali diselitkan dalam penulisan dahulu kala contohnya seperti kain cindai yang banyak ditulis dalam hikayat-hikayat silam.
Dalam hikayat tersebut, batik dijadikan sebagai hadiah perpisahan dan lambang percintaan dalam Hikayat Malim Deman dan persalinan batik turut dijadikan sebagai tanda penganugerahan darjat dalam Hikayat Hang Tuah.
Dalam pada itu, S3 minggu ini mengurai hasil seni batik yang dihasilkan oleh pelukis dan pemilik Batik Selembut Sutera, Lazim Ismail yang terletak di Kompleks Kraf, Seksyen 63, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.
Kebolehan Lazim mencanting batik secara tidak langsung membolehkan beliau menghasilkan sebuah karya seni yang lain daripada lain.
Malah beliau juga bijak meneroka kesenian batik sehingga berjaya menghasilkan lukisan bercorak batik yang kebiasaannya hanya boleh dilihat pada kain batik atau baju batik.
Karya-karya beliau itu banyak menyentuh kepada penggunaan corak tradisional yang kreatif.
Berpengalaman selama 30 tahun dalam penghasilan seni canting batik, Lazim kini merupakan antara orang lama yang masih lagi memperjuangkan kesenian tersebut.
Lazim berkata, minat menghasilkan batik itu diperoleh sejak beliau bekerja di kilang Alfa Batik di Johor Bahru.
Daripada pengalaman yang dipelajari ketika bertugas di kilang tersebut, Lazim memberanikan diri membuka kedai batik sendiri.
Pada mulanya, beliau menghasilkan baju batik, kemeja T bercorak batik, kad dan perhiasan dinding daripada corak bunga hingga kepada corak dasar laut.
Tetapi lama-kelamaan, beliau mendapat ilham untuk menjadikan corak batik sebagai lukisan dan hasilnya amat menarik.
“Kalau dahulu, seni batik ini lebih kepada penghasilan pakaian sahaja tetapi hari ini seni batik lebih meluas sehingga ia boleh dijadikan sebagai perhiasan.
“Orang ramai juga telah mengiktiraf seni batik sebagai salah satu hasil seni yang lain daripada lain, lagipun kita sudah biasa lihat lukisan yang dilukis di atas kanvas.
“Bagi pelancong asing yang datang ke negara kita pula, ada antara mereka tidak pernah melihat corak tersebut dan bagi mereka, corak batik amat unik dan ia merupakan suatu kelainan,” katanya.
Beliau berkata, idea untuk mengembangkan hasil seni batik itu kepada perhiasan dinding timbul apabila beliau melihat sambutan yang diberi di kalangan pelancong yang singgah ke kedainya.
“Batik juga macam lukisan, bezanya warna batik lebih menarik dan ia lebih sukar dihasilkan.
“Bagaimanapun, corak batik juga boleh dijadikan lukisan bertema seperti tema kampung. Kalau tema kampung, pelukis boleh hasilkan lukisan bercorak suasana kampung dari luar rumah hinggakan kepada aktiviti di kampung,” jelasnya.
Menurutnya, corak batik Malaysia kini semakin berkembang dan ia semakin diminati di kalangan pelancong.
Antaranya, corak bunga raya, bunga sepit udang, manggis, pokok, lasam, tangga mas, sinar mas, terang bulan, belah ketupat, jalur Malaysia, serong dan retak seribu.
“Corak batik Malaysia kini semakin berkembang setelah melalui proses evolusi dari corak terap asal kepada asimilasi pengaruh seni batik Indonesia dan kesenian moden seperti corak abstrak.
“Dengan perkembangan tersebut, populariti batik semakin meningkat dan digemari ramai lebih-lebih lagi setelah kemunculan pewarna baru yang sesuai digunakan pada kain sutera pada pertengahan 1990,” ujarnya.
Bagi mereka yang berminat untuk menempah hasil seni batik, boleh menghubungi terus di talian 012-6160897.

1 ulasan:

bro@stokisonline berkata...

batik mmg ader seni dia yg tersendiri...unique...

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket