Selamat datang

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Bersama elakkan krisis air berlaku

MENURUT laporan akhbar baru-baru ini, krisis air bakal berlaku pada tahun ini ekoran daripada tanda kemarau di seluruh negara. Sejarah krisis air yang berlaku di Melaka pada tahun 1990 dan kemudiannya krisis yang sama menimpa penduduk Selangor lapan tahun berikutnya sudah cukup menbebankan penduduk.
Bagi mereka yang telah mengharungi pahit-getir hidup tanpa bekalan air, igauan buruk ini sudah tentunya diharapkan tidak akan berulang. Sewajarnya pihak kerajaan mempunyai jalan penyelesaian dan cadangan dalam menangani kemelut yang bakal melanda penduduk di Malaysia.
Sudah diketahui umum air merupakan satu keperluan asas yang paling utama di dalam kehidupan seharian manusia dan semua benda hidup di muka bumi ini. 'Air adalah kehidupan dan tidak ada kehidupan yang boleh wujud tanpa air'. Ungkapan tersebut menunjukkan betapa pentingnya air dalam kehidupan sehari-hari.
Air yang diturunkan oleh Allah SWT dari langit dan yang keluar dari bumi memberi manfaat kepada manusia, menyuburkan tumbuh-tumbuhan serta menghidup dan membiakkan berbagai-bagai haiwan. Air yang bersih dan tidak tercemar membolehkan kita hidup dengan sihat.
Manusia hanya boleh hidup tanpa air untuk lima hingga tujuh hari sahaja. Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 50 liter air sehari untuk keperluan minuman, mencuci, memasak dan lain-lain aktiviti dalam kehidupan sehari-hari.
Dapatkah dibayangkan sekiranya kita mengalami krisis air? Pastilah kehidupan manusia menjadi rumit. Tentu sukar untuk kita menjalani aktiviti harian seperti mandi, berwuduk, memasak dan terpaksa menangguhkan aktiviti yang lain seperti mencuci pakaian. Kita perlu mencari alternatif lain untuk mendapatkan bekalan air supaya mencukupi.
Air merupakan sumber yang paling mudah dilanda kekurangan di muka bumi ini. Di era pembangunan pesat kini, keperluan untuk mempunyai air yang bersih dan selamat semakin mendesak berbanding sebelumnya.
Bekalan air bersih dan terjamin perlu dinikmati oleh semua pengguna. Oleh yang demikian pihak SYABAS, syarikat yang menguruskan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya perlu meneruskan kerja-kerja mengganti paip lama yang telah usang kepada yang baru dengan kadar segera, terutama di kawasan-kawasan kritikal supaya tidak timbul lagi masalah yang membelenggu pengguna setelah sekian lama.
Pihak kerajaan juga perlu bekerjasama untuk menyalurkan peruntukan kepada SYABAS dengan kadar segera demi keselesaan dan kesejahteraan penduduk.
Kemudahan untuk mendapat bekalan air di negara kita merupakan sesuatu yang harus dihargai oleh setiap anggota masyarakat. Namun ramai yang masih alpa mengenai kepentingan air yang menjadi isu global dan aset bernilai sepanjang zaman.
Air merupakan komoditi yang mudah terancam dan aset yang bakal menentukan masa depan dunia.
Ia juga merupakan sumber kelestarian pembangunan dunia. Keprihatinan masyarakat terhadap kepentingan sumber air yang merupakan anugerah Tuhan perlu dipertingkatkan dengan memelihara dan memulihara sumber tersebut agar sentiasa bersih dan kita menghargai setiap titisan air yang digunakan.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

Arkib Blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails