Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Pantau maksiat remaja di tempat rekreasi

MERUJUK kepada statistik kes pembuangan bayi, sebanyak 407 kes pembuangan bayi dilaporkan sehingga 22 Mac lalu dan kian bertambah dari hari ke sehari. Apa yang berlaku ini cukup menyedihkan tambahan pula yang membuang bayi ini adalah kebanyakannya bangsa Melayu yang beragama Islam. Ini membuktikan perzinaan sedang berleluasa.
Akibat perbuatan terkutuk itulah kebanyakannya menyumbang kepada pertambahan kes pembuangan bayi. Di antara masalah yang ingin saya ketengahkan ialah tempat-tempat rekreasi di negara kita, terutama di Pulau Pinang yang dipenuhi oleh remaja-remaja yang berkelakuan sumbang tidak kira di tempat yang terbuka sehinggalah di tempat yang tersembunyi.
Perkara seperti ini tidak langsung diendahkan oleh pasangan-pasangan remaja Melayu yang kebanyakannya bertudung sedang asyik memadu kasih dan tidak mempedulikan kehadiran orang ramai di sekeliling mereka.
Saya agak berang dengan kelakuan sumbang tersebut sehinggakan ada suatu hari, saya bersama keluarga ingin memancing di Pantai Bersih, Bagan Ajam terserempak dengan remaja bertudung yang tengah asyik bercumbu di atas batu di situ.
Saya terkedu melihat perbuatan tersebut sedangkan masih ramai orang lain yang lalu-lalang di situ.
Penyebab utama remaja menjadi liar seperti ini disebabkan oleh ketiadaan ibu bapa di sisi. Maksudnya, remaja-remaja yang berkeliaran sehingga pukul empat atau lima pagi adalah remaja yang menuntut di IPTA/IPTS yang menyewa rumah dan kebanyakannya berasal dari negeri-negeri lain.
Berada berjauhan daripada ibu bapa adalah satu 'kata kunci' untuk hidup bebas dan berfoya-foya bersama kekasih hati sehinggakan tidak mempedulikan orang lain.
Saya amat kesal dengan perbuatan-perbuatan terkutuk ini sehinggakan malu untuk membawa keluarga pergi bersiar-siar di taman-taman rekreasi kerana tempat seperti inilah yang menjadi sarang pasangan-pasangan bermadu kasih.
Saya menyeru Jabatan Agama Islam Negeri supaya sentiasa membuat rondaan untuk menghindarkan kes-kes ini berlaku dan bukan sekadar seminggu sekali menyerbu tempat-tempat hitam. Ingatlah kita perlu menghindarkan bala Allah SWT daripada menimpa negara kita. Sudah terlalu banyak malapetaka yang menimpa negara-negara jiran, adakah kita yang seterusnya?

Tingkatkan keselamatan pelajar

Semua pihak perlu hormati sensitiviti kaum-kaum lain

MALAYSIA berada dalam situasi bahaya jika isu-isu melibatkan sensitiviti sesuatu kaum terus dipersoalkan.

Malah untuk sekian kalinya Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan lagi kepada semua pihak supaya jangan menyentuh soal sensitiviti kaum di negara ini.
Nampaknya segelintir pemimpin politik tidak mahu mendengar titah baginda. Apakah titah perintah Yang di-Pertuan Agong supaya rakyat mesti sentiasa menjaga sensitiviti kaum itu sukar dilakukan?
Rasanya cukup mudah. Sebelum mengeluarkan pandangan, fikir baik dan buruknya kepada kaum-kaum lain. Jangan ikut sedap mulut sahaja.
Selama lebih 50 tahun merdeka, perkara sensitif ini yang dijaga dan tidak dipersoalkan secara terang-terangan.
Malah, isu-isu sensitif yang termaktub dalam Perlembagaan dijadikan sempadan oleh semua kaum agar perpaduan antara mereka dapat dipertahankan.
Tetapi kini seorang demi seorang pemimpin bukan Melayu yang mempersoal hak istimewa orang Melayu dan bumiputera sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati di kalangan kaum ini.
Terbaru cadangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kepada kerajaan Selangor agar memansuhkan dasar pemberian diskaun kepada bumiputera bagi pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di negeri itu.
Cadangan pemansuhan diskaun bumiputera jika dilihat secara tersirat adalah usaha berterusan pihak cauvinis kaum itu untuk melemahkan keyakinan rakyat kepada prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan dan keharmonian kaum yang telah dibina sejak sekian lama.
Bukan pihak berkenaan tidak tahu bahawa perkara berkaitan hak istimewa Melayu telah tercatat dengan jelas dalam Perlembagaan dan tidak perlu dikupas. Dan ini adalah antara formula kepada perpaduan dan keharmonian agama dan kaum selama ini.
Jadi masyarakat di negara ini perlu menghormati prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah kaum bukan bumiputera pun tidak pernah rugi selama ini sejak dasar-dasar membantu bumiputera dilaksanakan.
Malah Perdana Menteri pun akui dasar itu tidak mungkin akan kekal selama-lamanya tetapi pada masa ini, penghapusan diskaun itu belum sesuai dilaksanakan.
Jadi, elok parti-parti politik diingatkan selalu agar jangan cuba bertindak melampaui batas. Kita tidak mahu kerana ghairah berpolitik sehingga ia boleh menimbulkan kesan buruk kepada keharmonian kaum dan agama di negara ini.
Apa yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong ada benarnya. Kita juga bimbang jika cara politik melampaui batas itu diteruskan parti-parti terbabit, ia akan menghancurkan keharmonian dan pembangunan yang dicipta sejak berpuluh tahun lalu.
Oleh itu, Kementerian Dalam Negeri perlu melakukan sesuatu dalam memelihara keharmonian kaum. Tanpa kita sedari perbuatan mempersoal hak bumiputera hanya akan mendedahkan Malaysia kepada risiko keselamatan yang mungkin berakhir dengan tragedi yang tidak diingini.
Ingatlah, dalam politik pun ada had dan batasan dan bukan semuanya boleh dipolitikkan.

Beri kerjasama kepada pembanci, jangan jadi pembenci!

BANCIAN Penduduk dan Perumahan Malaysia (BPPM) kelima atau Banci 2010 bermula 6 Julai lalu dan dijangka berakhir pada 22 Ogos ini. Adakah anda sudah didatangi pembanci? Jika belum, nantikanlah kedatangan mereka dengan 'tangan dan hati terbuka'. Jangan tutup pintu rumah anda!

Tidak perlu risau dan kacau dengan kehadiran mereka. Usahlah menjadikan diri anda pembenci kepada pembanci. Pembanci tidak akan mengambil masa yang terlalu lama untuk menyelesaikan soalan-soalan mudah yang boleh dijawab oleh setiap ketua rumah.
Malahan sambil keluar membuang sampah, mencuci kereta atau menjemur kain baju pun, anda boleh menjawabnya.
Kecuali anda mempunyai ahli keluarga yang terlalu ramai sehingga sukar untuk mengingati tarikh kelahiran setiap seorang anak.
Setakat diri sendiri, isteri atau isteri kedua serta seorang dua anak, mungkin tidak sukar tetapi kalau dah ramai mungkin terlupa juga, terpaksa masuk ke rumah merujuk sijil kelahiran atau kad pengenalan.
Banci antara lain bertujuan mengumpul data mengenai penduduk yang digunakan untuk merangka dan melaksanakan dasar-dasar bagi memperkasa serta meningkatkan status ekonomi dan kualiti hidup rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah.
Khabarnya banci kali ini melibatkan kos RM200 juta dan tenaga kerja pula seramai 29,000 orang.
Tidak dinafikan tugas pembanci nampak mudah. Apa susahnya hendak bertanya nama, pekerjaan, pendapatan, ada Astro ke tidak, berapa buah kereta serta soalan-soalan mudah lain.
Tetapi untuk mendapat jawapan itu bukan juga satu kerja senang. Tugas membanci dilakukan setiap 10 tahun sekali. Seperti disebut sebelum ini, tujuannya bagi mengetahui jumlah penduduk di negara ini serta memudahkan perancangan kerajaan dalam merangka program pembangunan untuk rakyat.
Penulis sendiri pernah mengalami pengalaman melakukan kerja-kerja membanci ini. Kawasan yang ditugaskan ialah di beberapa taman perumahan di Seberang Perai, Pulau Pinang yang majoriti penduduknya adalah bukan Melayu.
Dikejar anjing, pintu rumah ditutup rapat, panggilan tidak dijawab, dihalau tuan rumah dan macam-macam lagi sudah dirasai sebagai pembanci.
Kesukaran yang dihadapi tentulah apabila tuan rumah enggan memberi kerjasama menjawab soalan yang dikemukakan. Tidak tahu bercakap bahasa Melayu atau bahasa Inggeris juga menjadi satu masalah.
Maka sebagai pembanci terpaksalah penulis menghafal satu dua perkataan dalam bahasa Cina yang boleh membantu seperti banci, kad pengenalan, surat beranak, nombor dan beberapa perkataan lain.
Macam-macam ragam dan kerenah manusia ditemui ketika membanci dilakukan. Dapat dilihat juga bagaimana pemilik rumah melakukan kerja-kerja sampingan terutama suri rumah. Mereka melakukan pelbagai kerja yang boleh dianggap sebagai industri kecil. Di situ dapat dilihat kegigihan mereka bekerja bagi menambah pendapatan keluarga.
Tidak kurang juga peluang melihat aktiviti masa lapang penghuni rumah. Jika bernasib baik, penghuni akan menjemput masuk ke rumah sambil menghulurkan minuman. Mungkin di kawasan luar bandar, 'layanan' lebih mesra lagi.
Keramahan penduduk luar bandar memungkinkan pembanci akan membawa pulang buah tangan atau 'kenyang' dijamu, misalnya pada musim buah-buahan.
Setelah 30 tahun berlalu, masalah yang dihadapi penulis dan mungkin sebahagian besar pembanci pada tahun 1980 masih berlaku. Ada lagi warganegara Malaysia yang tidak tahu bercakap bahasa Melayu.
Lebih teruk lagi apabila mereka juga tidak tahu berbahasa Inggeris. Mereka pula bukan duduk di pedalaman tetapi tinggal di sekitar kawasan bandar.
Menurut seorang pembanci baru-baru ini, beliau mengalami kesukaran untuk menemu bual penduduk yang tidak tahu berbahasa Melayu. Terkejut juga penulis kerana masih ada yang tidak tahu bercakap bahasa Melayu selepas hampir 53 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.
Jika tahun 1980, iaitu 23 tahun selepas merdeka mungkin boleh dimaafkan tetapi kini sudah memasuki tahun 2010.
Menyelak kembali pengalaman penulis pada tahun 1980, mungkin ketika itu penghuni yang ditemui dilahirkan sebelum merdeka, pada zaman penjajah. Mungkin ketika itu, dia hanya tahu bertutur bahasanya sahaja.
Tetapi kenapa generasi yang mungkin lahir pada tahun 1960an atau 1970an masih tidak mampu bercakap dalam bahasa Melayu? Di mana silapnya? Adakah sistem pendidikan negara yang silap? Atau adakah mereka berpura-pura tidak tahu bercakap dalam bahasa Melayu?
Bukankah pelik jika warganegara Malaysia tidak faham bahasa Melayu? Warga Pakistan, India, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, dan macam-macam lagi yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari rezeki mampu bercakap dalam bahasa Melayu.
Mereka di sini baru beberapa tahun tetapi warganegara Malaysia yang sudah berada di sini sejak dilahirkan tidak mampu bercakap bahasa Melayu sama ada tidak tahu sama sekali atau bahasa Melayu yang tidak lancar. Malulah kepada pendatang asing ini.
Menurut pembanci itu lagi, dikejar anjing dan disalak anjing dan tuan rumah yang dalam keadaan tidak bersedia dibanci adalah satu pengalaman biasa. Namun apa yang tidak dapat diterimanya apabila ada pemilik rumah yang 'benci banci'.
Katanya, amat mendukacitakan apabila pemilik rumah itu memaki hamun pemimpin negara. Beliau hampir bergaduh kerana mahu mempertahankan seorang pemimpin negara.
Lebih teruk ada pembanci yang dikatakan diculik. Begitulah antara masalah yang dihadapi pembanci.
Maka, berilah kerjasama kepada pembanci. Jika yang terlalu taksub kepada politik, jangan pula program kerajaan yang diadakan setiap 10 tahun sekali ini dianggap mudah dan remeh.
Selain temu ramah secara bersemuka, banci juga dijalankan melalui e-Census melalui lamanwww.statistics.gov.my dan mengisi sendiri borang soal selidik.
Harus diingat, banci ini bukan satu keperluan mana-mana parti politik. Siapa sahaja yang memerintah sama ada BN atau pakatan pembangkang memerlukan maklumat banci untuk merancang pembangunan pada masa depan. Berilah kerjasama kepada pembanci, jangan jadi pembenci!

Minoriti dalam majoriti

Umat Islam tanpa mengira bangsa di Malaysia berjumlah lebih kurang 60 peratus. Manakala selebihnya 40 peratus adalah orang bukan Islam yang menganuti pelbagai agama dan ajaran seperti Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Toaism, Konfucianisme dan sebagainya. Secara nisbahnya adalah 1:6 atau lebih.
Sama juga parti Melayu, UMNO adalah satu-satunya, berhadapan dengan 12 parti komponen bukan Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dengan nisbah 1:12 atau lebih.
Sementelahan parti yang dikatakan 'memperjuangkan Islam' juga hanya ada satu iaitu PAS, berhadapan dengan sekutu sekularnya parti ultra kiasu dan PKR dengan nisbah 1:2 atau lebih. Begitu juga dengan persatuan-persatuan (NGO) berasaskan kaum yang lain. NGO Cina (huatuan) sahaja mempunyai hampir 9,000 buah. Ini belum termasuk NGO bangsa lain.
Pendek kata, dalam kedudukan apa sekalipun agama Islam, parti Melayu dan parti Islam, tetap menjadi minoriti dalam majoriti, apabila mereka berada dalam gabungan atau pakatan, kerana mereka hanya ada satu. Jika undian dijalankan dalam barisan atau pakatan, sudah tentu kumpulan ini tidak akan mendapat majoriti. Bukan kerana umat Islam tidak boleh menubuhkan pertubuhan, tetapi disebabkan oleh konsep 'kesatuan' yang menyebabkan kemunculan tidak sebanyak yang lain.
Begitu jugalah penubuhan persatuan agama-agama bukan Islam di sekolah-sekolah yang hangat diperkatakan baru-baru ini terutama dalam media cetak dan elektronik ultra kiasu seperti Malaysia Insider dan sekutunya. Mereka begitu beriya-iya benar menuntut persatuan-persatuan bukan Islam di sekolah-sekolah dikekalkan dan dihidupkan. Bahan berita ini disensasikan, walaupun terpaksa meredah onak duri dan lautan api. Cuba kita fikir sejenak kenapa mereka bersikap sedemikian?
Alangkah baiknya jika kita mempunyai semangat yang kuat seperti mereka. Malangnya, kita hanya hangat-hangat tahi ayam, bila isu telah sejuk, mudah dilupakan. Sedangkan mereka begitu kuat ingatan dan agresif. Malang sungguh jika ada orang Islam yang bersubahat dengan mereka.
Sudah menjadi budaya politik kita, apa yang kurang mahu ditambah. Yang sudah bertambah disenyapkan dan kalau boleh ditambah lebih banyak lagi. Lebih kiasu lagi, mereka mahukan pekeliling tahun 2000 Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Kementerian Pelajaran dimansuhkan. Pada mereka, penubuhan persatuan agama-agama tidak perlu melalui Kementerian Pelajaran, cukup sekadar pihak sekolah yang meluluskan. Ultra kiasu sungguh mereka, bersatu hati dalam mempertahankan hak dengan mengambil Rukun Negara sebagai sandaran hujah. Apakah umat Islam tidak dapat melihat muslihat ini?
Selaku Yang DiPertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), penubuhan PIBG pun perlu mengikut prosedur dan kelulusan daripada Kementerian Pelajaran. Sekolah tidak mempunyai kuasa untuk memberikan kelulusan. Apa jua aktiviti perlu dimaklumkan dan dilaporkan kepada PPD. PIBG tidak boleh bertindak sesuka hati. Apatah lagi pertubuhan seperti yang dibangkitkan ini. Apakah penubuhan persatuan agama-agama perlu dibiarkan begitu sahaja? Apakah justifikasi penubuhan persatuan ini jika bukan ada udang sebalik batu?
Perangkap
Dalam konteks yang lebih besar, keputusan umat Islam untuk tidak menyertai Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme serta membatalkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) adalah satu langkah bijak bagi mengelakkan perangkap. Itupun mereka masih tidak berputus asa, terus-menerus mendesak.
Kita amat bertuah kerana kedudukan agama Islam dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan kedudukan agama Islam dan umat Islam di tempat yang istimewa. Jika tidak, apakah nasib agama dan bangsa majoriti ini jika hanya bergantung kepada undian.
Cuba senaraikan apa yang bukan Islam belum dapat lagi atau belum puas lagi dari aspek kebebasan keagamaan dan berpersatuan di negara ini? Bilangan rumah ibadat? Hak untuk beribadat? Saiz rumah ibadat? Persatuan bangsa dan agama? Ekonomi serta apa lagi? Boleh dikatakan tidak wujudkan lagi nisbah 1 > 1. Yang saya pasti, hak Islam dan Melayu semakin sedikit dan semakin terhakis, sebab agama Islam hanya ada satu. Begitu umatnya tanpa mengira bangsa, hanya ada satu. Inilah ajaran tauhid, menyembah hanya pada yang satu, Allah Yang Maha Esa. Maka tidak hairan umat Islam tidak banyak kelihatan dalam soal berpersatuan dan berorganisasi sebab matlamatnya sama yakni mencari keredaan Ilahi.
Setiap kali kumpulan ultra kiasu akan membuat perbandingan dengan segala ruang dan peluang dengan mengambil Perlembagaan dan Rukun Negara sebagai hujah. Kenapa tidak banding dengan minoriti di negara lain seperti China, India, Singapura, Thailand, Filipina hatta negara maju seperti Amerika Syarikat dan lain-lain? Saya yakin jika dibuat perbandingan, kita akan pasti bertemu dengan jawapannya. Hak dan kebebasan melindungi kaum minoriti di negara ini jauh lebih baik daripada negara lain.
Keunikan
Bila kita tanya terhadap segelintir daripada mereka, setelah perbandingan dibuat, ternyata mereka lebih bernasib baik, kenapa perlu meminta lebih lagi? Maka mereka akan menjawab atau mematahkan hujah kita dengan berkata "Inilah keunikan Malaysia yang perlu ditunjukkan kepada dunia yang tidak terdapat pada negara lain". Jawapan ultra kiasu sebegini yang selalu saya dengar bila berhadapan dengan persatuan dan individu ultra kiasu. Mereka mahukan Malaysia menjadi unik, lain dari yang lain negara yang ada dalam dunia ini. Namun, bila ada sedikit hak mereka yang terhakis, maka mereka akan berhujah ia bertentangan dengan deklarasi hak-hak asasi manusia sedunia.
Amat nyata sekali, kita berhujah macam mana sekalipun, mereka akan carilah apa jua alasan untuk menghalalkan cara. Islam tidak bersifat sedemikian, matlamat tidak menghalalkan. Islam boleh memberi dan menjamin keadilan kepada menoriti, tetapi bukan sama rata dan sama rasa serta perlulah berpada-pada.
Justeru, membanding dengan Islam, untuk mendapat sama rata dan sama rasa adalah tidak wajar sama sekali sebab Islam adalah agama Tauhid. Jika perkiraan seorang sebiji itulah formula keadilan, maka Islam akan terus menjadi minoriti, kalah dan tidak akan mendapat hak yang sepatutnya.
Formula sepatutnya adalah nilai 1 > 6. Satu untuk orang Islam enam lagi dikongsikan di kalangan bukan Islam mengikut pembahagian agama dan bangsa mana yang lebih ramai, seperti susuan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Taoisme dan Konfucianime. Inilah yang dinamakan meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Perlu diingat, pelajar-pelajar hanya berada di sekolah 6 hingga 7 jam sehari. Selebihnya 18 jam mereka berada di rumah. Maknanya, hak beribadat lebih lama di rumah daripada di sekolah. Kenapa begitu bersungguh-sungguh hendak diadakan di sekolah? Fikirkanlah. Tak payahlah nak tunjukkan kononnya sayang kepada agama. Buktikan sahaja dengan mengamalkan nilai-nilai moral agama untuk dipraktikkan seperti jangan berzina dan seks bebas.
Kadang-kadang saya terasa pelik, ultra kiasu ini beriaya-iya mahukan hak bertuhan diberikan, sedangkan ajaran tuhan tidak dipatuhi, segelintir pemimpin mereka mempunyai moral yang amat rendah. Saya tidak nafikan orang yang tidak beramal dengan Islam ada juga terlibat.
Kedua, umat Islam adalah indigenous canopy yang menjadi majoriti penduduk di negara ini. Kita sepatutnya lebih memahami mereka, dengan tidak menafikan bahawa umat Islam juga perlu memahami bangsa lain? Tetapi adakah semua ini berlaku? Kita lebih memahami barat dan bangsa sendiri daripada indigenous canopy?
Ketiga, dalam Islam kita ada konsep sembahyang lima kali sehari dan konsep solat jemaah, sedangkan agama mungkin tidak. Bagi bangsa lain, agama mungkin bersifat individu, tetapi Islam lebih dari individu. Kita ada fardu ain dan fardu kifayah.
Saya fikir toleransi kita sudah sampai ke tahap sukar untuk digambarkan sehingga mereka memijak kepala. Sepatutnya mereka menghargai toleransi itu, bukan dengan mengambil kesempatan.


IRINGI KENAIKAN HARGA DENGAN PENGUATKUASAAN


KENAIKAN 5 sen seliter bagi minyak mungkin boleh diterima rakyat walaupun kerajaan tetap membandingkan harga minyak negara ini yang masih rendah berbanding di negara lain. Cuma kita berharap bolehkah kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memastikan tiada kenaikan harga yang melampau serta seterusnya melakukan pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih kerap terhadap peniaga-peniaga yang menaikkan harga sesuka hati.

Keadaan ini pasti akan berlaku lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan dan perayaan yang akan tiba tidak lama lagi. Sebagai contoh, jika dahulu harga kuih dijual tiga ketul RM1.20, selepas ini tidak mustahil jika tiga ketul naik sehingga RM1.40 atau lebih. Kerana itulah rakyat mengharapkan pemantauan lebih ketat daripada pihak berkuasa agar kenaikan ini tidak memberi beban berganda kepada rakyat terutamanya pengguna.

SUBSIDI DIKONGSI JUTAAN PENDATANG ASING

BEBAN kerajaan dalam menanggung subsidi yang meningkat setiap tahun adalah kerana keistimewaan itu telah dikongsi bersama dengan pendatang asing. Dengan andaian terdapat dua juta rakyat asing di negara kita dengan purata setiap orang menggunakan satu kilogram (kg) gula dalam tempoh sebulan, maka kerajaan telah menanggung lebihan subsidi gula sebanyak RM1,900,000 dalam tempoh sebulan manakala nilai lebihan subsidi gula dalam tempoh satu tahun pula sebanyak RM22,800,000.

Oleh itu sekiranya dijumlahkan kesemua barangan subsidi yang dinikmati dengan bebasnya oleh rakyat asing, sudah semestinya nilainya cukup besar. Sampai bilakah rakyat Malaysia perlu bermurah hati untuk terus menampung subsidi kepada pendatang asing tersebut.

Langkah-langkah yang lebih efisien dan tegas perlu dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan subsidi hanya dinikmati oleh rakyat Malaysia sahaja. Sekiranya subsidi kerajaan tidak dikongsi bersama pendatang asing, kadar kenaikan harga gula mungkin lebih rendah dari RM0.25 bagi setiap kilogram.

Implikasi dasar pemansuhan UPSR & PMR


an Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa minggu yang lalu telah mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.
Secara amnya dapat dikatakan bahawa tidak ada pihak yang menolak sepenuhnya perubahan yang perlu dilakukan terhadap UPSR & PMR itu.
Tetapi terdapat pelbagai pandangan sama ada perubahan itu perlu dilakukan secara struktural (dengan memansuhkannya secara total dan menggantikannya dengan satu kaedah yang lain) atau memadai dengan melakukan pengubahsuaian dengan memperbaiki secara dalaman cacat cela dan kelemahan-kelemahan yang dikesan setakat ini.
Sebelum satu keputusan muktamad diambil, Kementerian Pelajaran akan mengadakan satu sidang meja bulat untuk mendapatkan pandangan dan pendapat daripada pemimpin-pemimpin masyarakat. Sementara itu individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang berminat terus berwacana melalui halaman-halaman akhbar dan perbincangan-perbincangan kecil.
Salah satu daripada perbincangan itu berlangsung di Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya pagi ini, Jumaat 16 Julai dengan tajuk Pemansuhan UPSR dan PMR: Yang Tersurat dan Tersirat.
Pembicara pemangkin dalam perbincangan itu ialah seorang tokoh pendidikan yang terkenal, Profesor Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron. Sementara itu, Gabungan Persatuan Penulis-Penulis Nasional (Gapena) dalam mesyuarat agung tahunannya minggu lalu mahu supaya kaedah yang sekarang diteruskan. Tetapi masih banyak soalan yang belum ditanyakan.
Saya sendiri, bila membaca berita tentang kemungkinan UPSR dan PMR itu dimansuhkan, beberapa persoalan dasar berlegar-legar dalam kepala saya. Pertama, saya tertanya-tanya adakah pengumuman Muhyidin mengenai perkara itu sesuatu yang telah lama terbuku di kalbunya sebelum beliau menjadi Menteri Pelajaran dahulu, atau adakah pendapatnya itu berdasarkan input-input yang diberikan oleh pegawai-pegawai kanan pentadbiran dan profesional di kementerian berkenaan.
Kedua, saya teringat dan tertanya-tanya apakah yang sudah terjadi terhadap Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan dengan riuh-rendah gendang dan kompang semasa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengetuai Kementerian Pelajaran itu kira-kira empat tahun yang lalu.
Sejauh manakah kemajuan PIPP yang telah dicapai setakat ini dan sejauh manakah pegawai-pegawai kanan pentadbiran dan profesional di kementerian itu telah memberi taklimat yang “telus dan jujur” kepada Muhyiddin. Persoalan yang sama dapat juga dihubung kaitkan dengan pelaksanaan (kemajuan dan persiapan) dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Sehubungan dengan soalan kedua itu, kita juga ingin tahu, adakah ura-ura pemansuhan UPSR dan PMR itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan PIPP yang mempunyai enam teras utama itu.
Dan apakah kesan pemansuhan itu nanti terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di kalangan murid dalam sistem persekolahan awam di negara ini?
Dan satu soalan lain yang tidak kurang pentingnya ialah, sejauh manakah satu kajian yang “objektif dan ilmiah” telah dilakukan untuk menilai UPSR dan PMR dari segi “roh dan semangat” Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Mungkin ramai di antara kita sudah lupa (Tun Dr Mahathir pernah menyindir bahawa Melayu cepat lupa) bahawa antara matlamat akhir dasar pendidikan kita ialah mewujudkan satu “negara bangsa” yang bersatu padu dengan warga negara yang berpengetahuan dan sekali gus bersemangat patriotik.
Dan peperiksaan atau penilaian adalah satu bahagian yang integral dalam sistem pendidikan atau dalam sebarang proses pengajaran dan pembelajaran.
Saya terdorong untuk menghubung kaitkan ura-ura pemansuhan UPSR & PMR itu dengan PIPP, kerana saya melihat ada beberapa persamaan asas antara kedua perkara itu. Memang benar bahawa PIPP mempunyai skop atau ruang lingkup yang lebih luas.
Tetapi, pelaksanaan PIPP dan proses pemansuhan UPSR & PMR, kedua-duanya melibatkan sumber tenaga manusia, masa dan kewangan di sebuah kementerian yang sama.
Kerana itu timbul kemusykilan sekiranya perhatian (dan pelbagai sumber yang diberikan) terhadap ura-ura pemansuhan UPSR&PMR itu tidak akan menjejaskan usaha-usaha pelaksanaan PIPP.
Kita menimbulkan soalan sedemikian, kerana ura-ura memansuhkan kedua-dua ujian tersebut telah menimbulkan perdebatan awam yang berjela-jela hingga Kementerian Pelajaran merasa perlu untuk mengadakan sidang meja bulat.
Sedangkan selain daripada pelaksanaan PIPP, Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab berat (yang juga memerlukan pelbagai sumber) untuk memastikan kejayaan dasar MBMMBI.
Tersirat dalam pelbagai persoalan yang ditimbulkan di atas ialah Kementerian Pelajaran mempunyai beban dan tanggungjawab yang sangat banyak dan berat, oleh kerana itu perlulah lebih bijaksana menentukan keutamaannya.
Sehubungan itu, yang diperlukan sekarang bukanlah perubahan radikal dalam sistem penilaian (peperiksaan) UPSR & PMR yang sudah pasti akan menimbulkan kontroversi di samping menelan sumber dan tenaga.
Barang kali lebih bijaksana mengambil langkah-langkah penambahbaikan secara dalaman. Untuk itu tauladan dapat dilihat daripada amalan-amalan di negara-negara lain, terutama negara-negara jiran. Di Indonesia umpamanya, ujian akhir Sekolah Menengah Pertama atau SMP (lebih kurang setara dengan PMR) dilaksanakan pada dua peringkat.
Pertama pada peringkat kebangsaan dan panggil Ujian Akhir Nasional atau ringkasnya UAN dan pada peringkat sekolah yang dinamakan Ujian Akhir Sekolah atau ringkasnya UAS. UAN melibatkan hanya empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Indonesia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Ilmu Pengatahuan Alam (Sains Rampaian). Manakala untuk mata-mata pelajaran yang lain diuji hanya pada peringkat sekolah (UAS).

Kejamnya ....

Kekalahan pasukan paling popular, Brazil yang terkenal dengan tradisi bola sepak kepada Belanda kelmarin, merupakan antara kejutan pada Piala Dunia. Malam tadi pula, Argentina yang diramal ke final, dibelasah 0-4 oleh Jerman. Kekalahan memalukan bagi skuad bimbingan Diego Maradona. Air mata kekecewaan Maradona menitis di bumi Afrika Selatan.

Wajah ceria bertukar muram. Dengar cerita, ramai yang bertaruh memilih Brazil dan Argentina, hilang wang pertaruhan mereka.
Seperti biasa, Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan turut diwarnai kejutan, drama dan kontroversi. Pasukan ternama seperti Itali, Perancis, England tersungkur lebih awal. Ramai bintang dunia merudum prestasi mereka terutama tonggak Manchester United.
Gol England yang dinafikan pengadil ketika perlawanan dengan Jerman walaupun melepasi garisan gol, membuka banyak perdebatan tentang perlunya penggunaan teknologi bagi memuktamadkan pengadil.
Tidak kurang menarik perhatian tentang nasib pasukan Nigeria yang digantung dua tahun oleh Presiden negara itu, Goodluck Jonathan kerana prestasi buruk. Tindakan tersebut menerima bantahan banyak pihak termasuk FIFA. Begitu juga dengan skuad Korea Utara yang berdepan dengan kemungkinan bekerja keras di kuari.
Yang lebih menarik simpati Awang ialah nasib pemain Jepun, Yuichi Komano yang gagal menjaringkan gol dalam penentuan menerusi tendangan penalti dalam perlawanan dengan Paraguay. Ia menyebabkan Jepun tewas dan berakhirnya misi Piala Dunia. Kekalahan itu dibebankan kepada beliau. Awang masih ingat peristiwa lebih kurang sama apabila bintang Itali, Roberto Baggio gagal dalam tendangan penentuan penalti menentang Brazil pada final Piala Dunia 1994. Sehingga saat ini memori itu terus menghantui Baggio. Hanya satu kegagalan tendangan penalti, rekod cemerlang dalam karier bola sepak mereka seakan-akan terpadam. Selepas wisel penamat, Komano menangis teresak-esak. Di luar padang, sumpah seranah dan kekesalan para penyokong terhadap beliau meledak. Begitulah kejamnya sisi gelap temasya berprestij seperti Piala Dunia. Kepada Komano, janganlah turut menghukum diri dek kerana tersasar sepakan penalti. Masih ada kehidupan indah selepas ini.

Faktor remaja terlibat dadah


a terlibat dadah


penyalahgunaan dadah terbukti memudaratkan manusia dan ditegah oleh Islam. - gambar hiasan


PENELITIAN kepada masyarakat dulu dan sekarang menunjukkan faktor-faktor yang menyebabkan penagihan dadah menjadi masalah utama.
Walau bagaimanapun, peredaran masa telah membawa perubahan ciri-ciri pengguna dadah dulu berbanding dengan ciri-ciri penagih dadah kini.
Penagih dadah dahulu berasal daripada golongan sosio-ekonomi yang rendah, golongan berpendidikan rendah dan kebanyakan dadah yang digunakan adalah kategori bawah.
Ia seperti ganja, heroin, candu yang memberikan kesan penenang. Ramai di kalangan mereka menggunakan dadah sebagai jalan pelarian daripada masalah.
Namun begitu, mulai tahun 2000, perubahan corak penyalahgunaan dadah semakin khusus kepada golongan muda dan tua, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) lelaki dan perempuan, berpendidikan tinggi serta mempunyai pekerjaan tetap.
Pekerja sektor swasta juga tidak terkecuali. Bentuk dadah yang diambil termasuklah pil ekstasi, syabu, ganja, heroin dan lain-lain. Tumpuan kawasan penagihan pula adalah di pantai, perladangan, perkilangan, pembinaan, institusi-institusi pendidikan dalam dan luar bandar kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM 2008).
Pengguna dadah pada zaman kini adalah amat membimbangkan kerana ia melibatkan kalangan para pelajar dan remaja yang menggunakan dadah untuk lebih berfokus kepada alasan pelajaran.
Juga kerana tekanan untuk bersaing sesama mereka, tempat menggunakan dadah di apartmen mewah, disko dan pusat-pusat hiburan, penagih dadah berpenampilan kemas dan menyakinkan.
Mereka menggunakan dadah untuk mendapat keberanian melakukan jenayah seperti meragut dan juga terlibat dalam samseng jalanan, atau menggunakan dadah sebagai alat bersosial seperti di majlis (sex-party).
Di sekolah, pelajar bermasalah dan selalu ponteng kadang-kadang mengubah trend dengan menghadirkan diri ke sekolah semata-mata untuk mencari pelanggan dengan mengedar kepada rakan-rakan di sekolah yang membawa wang saku untuk belanja di kantin dan mudah mendapat wang tunai.

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket