Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Jadikan 13 Mei hari muhasabah diri


KEPADA mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan berusia 50 tahun ke atas sahaja yang masih ingat akan peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Yang faham punca tercetusnya peristiwa tersebut adalah mereka yang berusia lebih dari 60 tahun pada hari ini.
Pada 2020 kelak, tidak seberapa ramai lagi yang tinggal masih benar-benar ingat peristiwa itu, itupun kalau ingatannya masih ditahap normal. Selepas itu yang tinggal adalah dokumen karya Allahyarham Tunku Abdul Rahman di Arkib Negara.
Peristiwa 13 Mei 1969 adalah sejarah hitam negara yang telah didokumenkan oleh kerajaan dan tidak boleh diputihkan.
Bak kata pendita bahawa sejarah hendaklah dijadikan contoh dan teladan supaya tidak berulang khususnya sejarah hitam dan berusahalah mengelaknya.
Saya percaya jika kita ingin mengelak dari mengulangi kejadian yang buruk maka seharusnya kejadian itu perlu sentiasa berada dalam ingatan untuk dijadikan benteng pertahanan yang mantap.
Kejadian 13 Mei adalah peristiwa perbalahan antara kaum yang telah mengorbankan banyak nyawa yang kesemuanya tidak berdosa akibat adanya puak yang terlalu teruja setelah mendapat sedikit kuasa selepas tiga hari berlangsungnya pilihan raya umum negara.
Akibatnya rakyat terpaksa melalui zaman sukar selama bertahun-tahun yang tiada siapa menginginkannya.
Pada hari ini khususnya suasana politik berada di tahap yang masih boleh dikawal tetapi pemain-pemainnya telah menunjukkan belang yang tidak menjurus kepada matlamat yang ada iaitu kesejahteraan rakyat dan negara.
Jika trend politik yang ada berterusan maka kepentingan rakyat dan negara akan terjejas. Yang ingin berkuasa nampaknya sanggup melakukan apa sahaja yang buruk tanpa menghitung padahnya asalkan hasrat tercapai.
Sehingga semua usaha murni ditohmah sebegitu rupa sehingga kebaikannya hilang untuk menimbulkan kecurigaan dan keraguan.
Negara telah membuktikan kemampuan untuk bersaing dalam dunia yang semakin sempit.
Kemampuan yang ada seharusnya dipupuk supaya dipertingkatkan untuk kepentingan rakyat dan negara.
Pemain-pemain politik khususnya yang kini berpengetahuan di bidang masing-masing seharusnya menggunakan kebijaksanaan untuk menempa sejarah baru membawa kebaikan dan kebajikan.
Kita menerima perbezaan pandangan dan pendapat adalah lumrah alam, namun kebaikan dan kesejahteraan adalah kenyataan yang wajib diterima.
Dengan ini saya ingin melontarkan pendapat supaya 13 Mei dijadikan hari muhasabah bagi rakyat merenung dan membincangkan masalah negara dalam semua bidang untuk mencari kebaikan dan kesejahteraan. Wallahualam.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket