Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Pedalaman bukan alasan



Sekumpulan guru terpaksa menolak bot penambang yang tersangkut di pasir ketika musim kemarau di Hulu Tembeling, Jerantut, baru-baru ini.



JERANTUT 14 Mei – Kesukaran hidup di pedalaman Hulu Tembeling dekat sini tidak mematahkan semangat guru untuk terus menabur bakti mendidik anak bangsa di kawasan tersebut.
Kebanyakan guru yang telah berkhidmat sejak 20 hingga 30 tahun lalu di lima sekolah rendah di Hulu Tembeling menyifatkan kesukaran yang dialami adalah bersifat ‘sementara’ sebelum mengenali suasana kehidupan penduduk pedalaman secara lebih dekat.
Hulu Tembeling merupakan kawasan pedalaman yang mempunyai lima sekolah rendah yang hanya boleh dihubungi dengan bot penambang dari jeti Taman Negara Kuala Tahan dekat sini dengan mengambil masa sehingga enam jam perjalanan sejauh 120 kilometer.
Tambang bagi bot penambang ke sekolah-sekolah terbabit ialah antara RM200 hingga RM600 bergantung kepada jarak dan masa perjalanan.
Tempoh perjalanan akan mengambil masa lebih lama jika pada musim kemarau apabila air sungai cetek.
Beberapa guru yang ditemui Utusan Malaysia merupakan lepasan universiti tempatan dan luar negara yang mula bertugas di Hulu Tembeling pada awal sesi persekolahan lalu.
Guru-guru terbabit ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pagi, SK Kuala Sat, SK Bantai, SK Mat Daling dan SK Gusai.
Seorang guru Bahasa Inggeris SK Bantai, Ahmad Zaki Kassim, 33, berkata, setelah 10 tahun bertugas di pedalaman dia mula seronok dan serasi dengan kehidupan masyarakat di pedalaman yang serba sederhana.
Lepasan Universiti Terbuka Malaysia itu memberitahu, tugas di kawasan pedalaman merupakan satu amanah, bukan bebanan.
‘‘Sebagai pendidik, cabaran ini perlu disambut dan menjadi tanggungjawab saya untuk mendidik murid-murid di pedalaman sehingga menjadi insan cemerlang,” katanya.
Guru Pendidikan Islam lepasan Universiti Al Azhar, Mesir, Hafizullah Abdul Jabar, 29, pula berkata, dia tidak terkejut dan kekok ditugaskan mengajar di Hulu Tembeling kerana sekolah berkenaan mempunyai kemudahan yang setanding di bandar.
‘‘Komitmen saya mendidik pelajar pedalaman untuk meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang al-Quran, fardhu ain dan pembinaan akhlak,” katanya.
Hafizullah yang berasal dari Kampung Lebak, Temerloh berkata, bertugas di pedalaman memberi peluang baginya bergaul dengan masyarakat di kawasan itu dan menimba pengalaman yang cukup berharga.
Bagi Khairul Azuan Mohamad, 27, yang baru bertugas di SK Kampung Pagi, dia menyahut cabaran mengajar di kawasan pedalaman kerana telah ditakdirkan untuk bertugas di tempat yang jauh daripada keluarga.
‘‘Setelah menerima surat tawaran, saya bersedia dari segi mental dan tidak sabar-sabar lagi untuk mengajar di sini walaupun terpaksa menaiki bot dan mengharungi jeram yang bahaya,” katanya.
Dia yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan lepasan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) menasihati guru yang ditawarkan mengajar di Hulu Tembeling supaya menerima tugas berkenaan kerana banyak pengalaman boleh diperoleh menerusi pergaulan dengan penduduk pedalaman.
Seorang guru wanita, Norazizah Moktar, 26, berkata, dia berazam untuk mendidik anak-anak di pedalaman supaya menjadi insan berguna suatu hari nanti.
‘‘Bagi saya, jika seseorang itu menganggap bertugas di pedalaman adalah sukar dan perit, maka segala tugas yang dilaksanakan tidak akan sempurna kerana sering memikirkan kesukaran dan jauh daripada keluarga. Begitu juga sebaliknya,” katanya.
Lepasan Institut Perguruan Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor itu banyak mempelajari budaya masyarakat Melayu pedalaman sepanjang berkhidmat di kawasan itu.
Berlainan pula bagi Ahmad Hafizee Mohamad, 27, dia bersyukur kerana kembali mengajar di kampung sendiri di SK Kampung Pagi dan beriltizam untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk mendidik masyarakat kampung itu.
‘‘Saya berpeluang mencurahkan bakti untuk mendidik anak-anak kampung ini,” katanya.
Bekas penuntut bidang Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, selain mengajar murid prasekolah, dia juga terbabit dalam kegiatan kemasyarakatan sebagai pengerusi masjid, imam dan persatuan belia di kampung itu.
Sementara itu, pesara guru di Hulu Tembeling, Mat Nadir Imam Isa, 65, berkata, tidak ada sebab seseorang pendidik berasa sukar dan enggan bertugas di pedalaman kerana semua kemudahan asas telah disediakan.
‘‘Berbanding dengan saya ketika bertugas sekitar awal tahun 1960-an dan 70-an, suasananya jauh berbeza dengan sekarang.
‘‘Bayangkanlah waktu itu kami membuat persiapan mengajar dan menyemak buku latihan murid di bawah pelita minyak tanah dan jamung.
“Tidak ada televisyen dan mandi di sungai sebelum ke sekolah,” katanya.
Tambahnya, kemajuan dalam bidang pendidikan di Hulu Tembeling amat terserlah dan tidak sewajarnya guru yang baru bertugas memilih untuk bertugas di bandar sahaja.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket