Selamat datang
Doakan saya
Assalamualaikum wbt.
Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:
1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.
2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.
3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.
4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.
5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.
6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.
7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.
8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.
9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.
Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.
Amin..........
Jika sakit jangan pergi ke masjid
Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan pelbagai nasihat kesihatan kepada orang ramai bagi mencegah penularan wabak ini dan dibantu pihak media yang tidak jemu melaporkan kes-kes yang melibatkan jangkitan virus ini setiap hari.
Sesiapa yang mempunyai gejala seperti demam, batuk dan sakit tekak dinasihatkan supaya berehat di rumah dan tidak digalakkan berada di tempat awam bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain.
Tempat-tempat awam seperti bazar Ramadan, masjid dan pasar raya tidak patut dikunjungi oleh sesiapa yang mempunyai gejala H1N1. Tetapi, masih ada lagi individu yang tidak mengendahkannya.
Malah, sewaktu saya bersolat tarawih di sebuah masjid baru-baru ini, terdapat ramai jemaah yang mengalami batuk tetapi tetap hadir walaupun dinasihatkan pulang ke rumah. Solat tarawih hanya merupakan solat sunat dan tidak wajib dilaksanakan secara berjemaah, tambah-tambah lagi dalam situasi pandemik seperti sekarang.
Jika anda mengalami demam, batuk atau sakit tekak, jangan hadir ke masjid bagi mengurangkan risiko jangkitan. Solat tarawih masih boleh dilaksanakan di rumah dan anda boleh hadir ke masjid untuk berjemaah selepas bebas sepenuhnya daripada tanda-tanda jangkitan.
H1N1: Kanak-kanak korban terbaru
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, pada 12 Ogos lalu, kanak-kanak itu menerima rawatan di sebuah hospital kerana mengalami demam sawan dan batuk selama dua hari.
''Bagaimanapun, keesokannya kanak-kanak ini semakin teruk sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan hasil ujian makmal pada 17 Ogos lalu mengesahkannya positif H1N1.
''Kanak-kanak ini meninggal dunia pada 18 Ogos lalu kerana masalah dalaman badan termasuk kegagalan beberapa organnya untuk berfungsi,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Ismail berkata, hari ini 52 pesakit baru dengan gejala seperti H1N1 (ILI) dimasukkan ke hospital untuk rawatan manakala 162 penghidap ILI dibenarkan keluar.
''Jumlah pesakit ILI sedang dirawat di 82 hospital seluruh negara kini berjumlah 1,345 orang.
''Daripada baki pesakit ILI, hanya 202 orang atau 15 peratus disahkan positif H1N1 dengan 42 orang daripadanya dirawat di ICU," katanya.
Tambahnya, daripada 42 kes yang dirawat di ICU, 38 daripadanya mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik sejumlah 15 kes, obesiti (sembilan), diabetes (enam), kanak-kanak serta bayi (tiga), hamil dan selepas bersalin (tiga) serta sindrom down (dua).
Sementara itu, Mohd. Ismail berkata, mengenai H1N1 di seluruh dunia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sebanyak 239,397 orang dijangkiti wabak itu dengan 2,578 kematian di 182 negara.
''Jumlah yang dikeluarkan WHO ini menunjukkan penularan H1N1 masih meluas dan sehubungan itu, kementerian meminta semua pihak di negara ini terutama ibu bapa mengawasi pergerakan anak-anak bagi membendung penularan wabak ini memandangkan kini musim cuti sekolah.
''Semua pihak juga perlu mengikut setiap langkah untuk membendung jangkitan H1N1 yang disarankan kerajaan," tambahnya.
Tiga lagi mangsa korban H1N1
Beliau berkata ketiga-tiga kematian itu melibatkan mereka yang berisiko tinggi termasuk wanita berumur 33 tahun yang disahkan meninggal dunia disebabkan ’severe bronchopneumonia’ dan H1N1 pada 12 Ogos selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi pada 7 Ogos.
Mangsa kedua merupakan seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun yang dimasukkan ke hospital pada 17 Julai lepas dan disahkan meninggal dunia kerana “systematic lupus erythematous with severe pneumonia with renal impairment" pada 13 Ogos lepas, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mangsa ketiga adalah seorang warga emas berumur 71 tahun yang dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam, batuk dan susah bernafas selama dua hari dan meninggal dunia pada 14 Ogos lepas. - Bernama
pengumuman
Esk sy ada prtndingan sjk bahasa mlayu smpna kmrdkaan ke-52.
&
pertandingan koir lagu patriotik.
Sy juga layak mmsuki ujian permata pintar saringan 2!
Jika sy mng,Insya-Allah sya akn post sjk & lagu srta pmbritahuan yg sy smpikn pd hari jumaat ini.
Oleh itu, berdoalah kpd sy smga sy mmngi prtndngan sjk trsbt.
Itu sja.
Dua lagi kematian kerana H1N1
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, sehingga 9 pagi ini sejumlah 284 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad manakala 33 pesakit yang disahkan menghidap H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara.
Daripada 33 kes ini, 17 kes didapati mempunyai faktor risiko.
Dr. Mohd. Ismail berkata, bayi tersebut yang menghidap asma dimasukkan ke ICU pada 7 Ogos lepas kerana demam, batuk dan sesak nafas selama dua hari.
“Bagaimanapun bayi tersebut meninggal dunia pada 15 Ogos lepas disebabkan ’severe pneumonia with acute respiratory failure’,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, wanita warga emas itu pula yang menghidap diabetes dan kegagalan jantung dimasukkan ke hospital pada 10 Ogos setelah pengsan di rumahnya dan meninggal dunia pada 12 Ogos disebabkan ’severe pneumonia’.
1Malaysia: Syor sekolah satu aliran
1Malaysia tidak terhenti setakat laungan atau jeritan sahaja, malah ia dibawa kepada hati rakyat Malaysia menerusi lagu tema, iklan, logo, dan diwujudkan satu saham amanah yang diberi nama Amanah Saham 1Malaysia. Semua ini merupakan antara langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menjayakan misi ini.
Namun saya merasakan bahawa semua itu tidak cukup untuk merealisasikan agenda ini. Memang benar, terdapat pelbagai cara untuk menjayakan 1Malaysia. Tetapi saya merasakan bahawa 1Malaysia akan lebih berjaya jika hanya diwujudkan sekolah satu aliran sahaja, iaitu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan.
Saya bukanlah yang pertama mencadangkan hal ini. Namun surat ini ditulis supaya mereka dapat mendengar suara pelajar itu sendiri memberikan pandangan terhadap isu ini kerana merekalah yang akan menerima kesannya.
Saya merupakan pelajar sekolah menengah di sebuah sekolah yang majoriti pelajarnya orang Melayu. Orang Cina tidak bersekolah di sini kerana terdapat sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) tidak jauh dari sekolah saya. Begitu juga dengan kaum India.
Saya tidak berpeluang mengenali kaum lain dengan lebih dekat, melainkan pada waktu mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Belajar mengenai bangsa lain dalam masa 80 minit seminggu memang tidak mencukupi. Oleh itu, sudah jelaslah bahawa sekolah satu aliran tidak mampu mewujudkan perpaduan.
Sekolah satu aliran pada saya tidak mendatangkan apa-apa keburukan. Mungkin saya tidak nampak apa masalah yang akan timbul kerana saya tidaklah sehebat mana berfikir. Namun, apa yang saya nampak ialah:
*Sekolah satu aliran mampu mewujudkan perasaan saling menghormati sesama bangsa.
*Sekolah satu aliran mampu menimbulkan perasaan ingin tahu dalam hati pelajar terhadap bangsa lain.
*Sekolah satu aliran membolehkan para pelajar untuk saling mengenali, mendalami, mengetahui dan bergaul dengan bangsa lain.
Berbeza dengan sistem sekolah yang ada pada masa kini, ia lebih bersikap mementingkan diri dan tidak menghiraukan kaum lain. Malah para pelajar tidak berpeluang untuk mengenali bangsa lain.
Saya sendiri tidak berpeluang untuk mendekati kaum lain kerana saya bersekolah di sekolah yang majoriti pelajarnya orang Melayu, menetap di kawasan yang komunitinya kaum Melayu, menonton saluran televisyen yang banyak memaparkan orang Melayu, bermain bersama rakan dari kaum Melayu dan banyak aktiviti yang dilakukan bersama orang Melayu.
Saya percaya perkara ini juga berlaku kepada para pelajar kaum lain. Oleh itu, hanya di sekolah satu aliran sahaja saya boleh mengenali bangsa lain. Itu pun jika cadangan ini dilaksanakan.
Pelaksanaan cadangan ini mungkin membolehkan para pelajar untuk mengenali kaum lain, sekali gus mewujudkan perpaduan di sekolah.
Perpaduan di sekolah merupakan asas kepada perpaduan negara. Mungkin apabila kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan idea ini, saya sudah pun menamatkan persekolahan saya, namun keputusan itu penting untuk jutaan adik-adik saya yang masih bersekolah.
Saya berharap agar kerajaan memikirkan cadangan ini kerana ia mampu menjayakan apa yang diharap kerajaan. Saya hanyalah seorang pelajar yang inginkan perpaduan dalam negara ini.
Tiga lagi kematian baru
Tiga lagi kematian
Sebanyak 209 kes baru dilaporkan kerana pandemik tersebut.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, kesemua mangsa yang terbabit didapati mempunyai risiko penyakit obes, sakit jantung dan asma.
''Tiga kematian itu membabitkan dua lelaki berusia 22 tahun dan 29 tahun serta wanita berusia 44 tahun," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata, daripada 29 kes yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), sebanyak 16 kes mempunyai faktor risiko berpenyakit iaitu penyakit kronik (7), asma (3), obesiti (2), kecacatan otak (2), wanita hamil (1) dan selepas bersalin (1).
Dalam pada itu katanya, kementerian mendapati orang ramai yang mempunyai simptom H1N1 ringan masih mengunjungi tempat-tempat awam seperti pusat beli-belah, melancong dan pergi ke kerja tanpa memakai penutup mulut.
Amalan itu katanya, boleh meningkatkan penularan jangkitan virus H1N1 terutama melalui batuk dan bersin.
Sebaliknya, tambah beliau, orang yang sering memakai penutup mulut dan hidung terdiri daripada orang yang sihat.
Justeru Mohd. Ismail berkata, kementerian memohon kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai simptom wabak itu untuk berada di rumah sehingga tiada simptom dan sihat sepenuhnya.
''Mereka juga dinasihatkan tidak mengunjungi tempat awam, tidak menggunakan pengangkutan awam, menangguhkan rancangan untuk melancong mahu pun ke tempat kerja atau sekolah,'' jelasnya.
Beliau berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya terhadap pertanyaan orang ramai melalui talian hotline dan e-mel, didapati persoalan masih mengenai rawatan antiviral dan vaksin H1N1.
Jelasnya, ubat antiviral itu hanya bagi tujuan rawatan dan bukan pencegahan.
''Ubat antiviral tersebut boleh didapati di hospital atau klinik kerajaan secara percuma,'' katanya.
Mohd. Ismail menegaskan, vaksin khas untuk rawatan influenza A belum dihasilkan lagi dan vaksin yang ada di pasaran ketika ini adalah vaksin selesema bermusim.
5 lagi kes kematian selesema babi
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Mohd. Ismail Merican berkata, empat daripada kes kematian tersebut didapati mempunyai risiko penyakit seperti obes, diabetes dan tibi.
''Kematian terbaru turut membabitkan dua bayi yang berumur dua bulan, wanita berumur 49 tahun, lelaki berumur 57 tahun dan remaja lelaki berumur 18 tahun,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
Mohd. Ismail menambah, seramai 72 pesakit H1N1 masih menerima rawatan di seluruh negara dengan 27 orang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
''Daripada 27 pesakit di ICU, seramai 18 orang merupakan individu yang mempunyai risiko penyakit termasuk penyakit kronik, obesiti (empat), kanak-kanak (dua), wanita hamil (satu),'' katanya.
Menurutnya lagi, mereka yang meninggal dunia itu mempunyai faktor-faktor penyumbang kematian seperti faktor risiko kesihatan iaitu 70 peratus, faktor kelewatan mendapat rawatan awal (40 peratus) dan faktor kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan (13 peratus).
''Oleh yang demikian, saya berpendapat, ada di antara kematian ini dapat dielakkan jika pesakit dan pengamal perubatan lebih peka dan mengambil tindakan sewajarnya dengan segera,'' jelasnya.
Katanya lagi, kadar H1N1 di dalam komuniti adalah tinggi dan senario itu dapat dilihat daripada pesakit yang datang ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan.
''Saya meminta orang awam terutama mereka yang ada simptom jangkitan influenza supaya berehat di dalam rumah selepas menerima rawatan.
''Jika mereka pergi ke tempat awam atau tempat kerja, ia akan menambahkan kes penularan ke dalam komuniti,'' jelasnya.
Beliau juga menasihatkan semua ibu bapa atau penjaga memastikan anak mereka yang mempunyai gejala influenza supaya tidak hadir ke sekolah.
Katanya, langkah itu wajar bagi mengurangkan penularan jangkitan itu dan tidak mengganggu aktiviti pembelajaran di sekolah.
H1N1: Bayi lahir tidak cukup bulan antara 5 korban terbaru/56 kematian
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan hari ini berkata empat daripada kes kematian mempunyai faktor risiko iaitu obes, diabetes dan TB paru-paru (1 kes), diabetes (1 kes) dan bayi (2 kes).
Katanya, kematian tersebut berlaku pada 8 Ogos (1 kes), 11 Ogos (2 kes) dan 12 Ogos (2 kes).
Menurut beliau, kematian pada 12 Ogos melibatkan bayi tidak cukup bulan berusia 27 minggu yang dimasukkan ke hospital pada 3 Ogos kerana demam, batuk, selesema dan susah bernafas selama tiga hari.
Keadaan bayi berkenaan semakin teruk dan telah diventilasi sebelum ujian swab dan rawatan antiviral diberikan.
Seorang lagi bayi yang meninggal dunia berumur dua bulan yang dimasukkan ke hospital pada 7 Ogos setelah berada dalam keadaan tidak memberikan tindak balas serta pucat.
Katanya, sebelum kejadian itu, bayi berkenaan mula meragam dan kurang minum susu sejak 5 Ogos tetapi tidak demam, batuk atau sesak nafas.
Bagaimanapun, bayi itu telah dimasukkan ke ICU apabila didapati keadaannya semakin kritikal dan meninggal dunia pada 8 Ogos.
Menurut Dr Mohd Ismail, dua lagi kematian melibatkan seorang wanita berumur 49 tahun dan seorang lelaki berumur 57 tahun yang merupakan penghidap diabetes.
Wanita berkenaan, selain obes dan mempunyai diabetes, juga dikesan mempunyai tuberkulosis dan dimasukkan ke hospital pada 29 Julai setelah tidak pulih daripada demam, batuk, sakit tekak dan sesak nafas sejak pertengahan bulan yang sama.
Wanita itu yang dirawat untuk pneumonia dibenarkan pulang pada 3 Ogos dan kemudian dimasukkan semula ke wad empat hari selepas itu untuk rawatan tuberkulosis.
Pada 8 Ogos, beliau telah diberikan antiviral kerana disyaki positif H1N1 sebelum meninggal dunia pada 11 Ogos kerana keadaan kesihatan yang semakin teruk.
Kematian seorang lagi penghidap diabetes adalah pada 12 Ogos akibat sepsis disebabkan pneumonia.
Lelaki berkenaan sebelum itu, mendapat simptom batuk dan selsema pada 2 Ogos tetapi tidak sembuh selepas mendapatkan rawatan.
Lelaki itu kemudian mendapatkan rawatan susulan pada keesokan harinya apabila mengalami demam, muntah dan cirit-birit dan pada hari yang sama dimasukkan ke hospital serta diberikan antiviral.
Seorang remaja lelaki berumur 19 tahun turut menjadi mangsa H1N1 apabila dimasukkan ke wad pada 7 Ogos setelah mengalami demam dan batuk selama dua hari dan diberikan rawatan antiviral.
Remaja itu meninggal dunia empat hari kemudian kerana sesak nafas yang teruk selepas disahkan positif H1N1 pada 8 Ogos.
Sementara itu, Dr Mohd Ismail berkata sebanyak 70 peratus faktor kematian adalah disebabkan faktor risiko kesihatan, 40 peratus didapati lewat mendapat rawatan awal manakala 13 peratus lagi gagal dikesan oleh pengamal perubatan terlebih awal.
“Oleh yang demikian, saya berpendapat ada antara kematian ini dapat dielak sekiranya pesakit dan pengamal perubatan lebih peka dan mengambil tindakan sewajarnya dengan segera,” katanya.
Mengenai situasi terkini H1N1, Dr Mohd Ismail memaklumkan terdapat seramai 72 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 27 lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Katanya, daripada 27 kes yang berada di ICU, 18 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (10), obesiti (4), kanak-kanak (2), hamil (1) dan selepas bersalin (1).
Dalam pada itu beliau berkata kadar penularan Influenza A(H1N1) di dalam komuniti adalah tinggi dan ini dapat dilihat daripada ramainya pesakit yang datang ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan.
Beliau meminta orang awam khususnya mereka yang mempunyai simptom influenza supaya mengambil langkah pencegahan seperti berehat di rumah selepas mendapatkan rawatan jika tidak dimasukkan ke hospital.
Selain itu, guru dan ketua tempat kerja diminta menjalankan saringan harian untuk memastikan mereka yang mengalami simptom tidak meneruskan kerja atau menghadiri kelas.
Sementara ibu bapa atau penjaga diminta memastikan anak mereka yang mempunyai gejala influenza tidak hadir ke sekolah bagi mengurangkan penularan jangkitan dan tidak mengganggu aktiviti pembelajaran di sekolah.

