Selamat datang

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

perkembangan terkini di PERMATApintar

Assalamualaikum wbt dan salam 1 malaysia.
Menjelang raya nanti, barulah saya post artikel ke blog ini. Ada dalam dua kali, insya-Allah. Saya ingin menceritakan perkembangan saya di sana PERMATApintar.

1. I/C saya hilang termasuk dompet yang mengandungi kad atm bsn semasa dalam perjalanan dari KL Sentral ke The Mines di Seri Kembangan atau semasa berjalan-jalan di dalam kompleks tersebut seminggu sebelum bulan ramadhan. Oleh sebab itu, saya bersama dengan ibu saudara saya  i/c di JPN Kajang dan ambil di JPN Putrajaya pada hari Sabtu minggu kedua bulan ramadhan serta 'block' kad bsn. Nanti di Ipoh, baru saya buat kad atm baru. Oleh kerana saya masih pelajar, maka tidak dikenakan kompaun RM 100. Hanya RM 10 sahaja untuk permohonan. Allhamduillah!!!!!

2. Tiket  KL Sentral ke Ipoh adalah pada 3 petang, hari Jumaat (dua hari sebelum raya). Dari KTM UKM, saya hanya naik 'train' ke sana.

3. Pelajar Form 5 yang saya dahulu lagi pemilihan mereka untuk ambil ujian SAT dan TOEFL itu berjumlah 15 orang yang akan berangkat ke US minggu depan di serata universiti di sana. Ada sesetengah terpaksa sambut raya di sana, ada sesetengah pula sambut raya di sini.

4. TOEFL markahnya mestilah 70 ke atas untuk membolehkan ambil ujian 'off level test' syllabus Form 4 dan 5. Kemudian, mereka di 'interview' oleh Prof kami. Sesiapa markah bagus, dapatlah ambil ujian TOEFL sebenar dengan SAT dan juga SAT Subject test. Saya tidak dipilih kerana toefl saya 60/120.  Tahun hadapan, saya buat betul-betul untuk TOEFL kerana saya ada peluang terakhir pada tahun hadapan semasa semester 1 akhir.

5. Sebenarnya kami dikehendaki membuat portfolio mengenai diri dari sekolah rendah sehingga sekarang dalam English termasuk pencapaian, sijil dan segalanya sebelum saya menamatkan pengajian di sini. Insya-Allah pada hujung tahun nanti saya akan membuat portfolio tersebut. Manakala folio kerjaya mana yang kami suka juga dikehendaki buat sebelum bulan Oktober. Sebenarnya, sesiapa yang masuk ke sini, kalian ada markah-markah dan kriteria yang berjumlah 100%. Kalau markah saya dapat 50 ke atas, saya akan mendapat sijil diploma sekaligus memotong dua tahun daripada pelajar di luar sana. Kiranya kami dapat tamatkan pengajian di universiti dengan lebih cepat daripada  pelajar-pelajar di luar sana. Sememangnya terlalu banyak keistimewaan yang kami akan dapat apabila berada pada penghujung form 5 nanti. Itupun, saya harus berusaha keras supaya semua keistimewaan itu dapat saya petik.

6. Tahun hadapan, kami dibenarkan ambil mana-mana subjek ASASIpintar yang ditawarkan oleh Fakulti MT dan sains untuk belajar sebagai kelengkapan untuk markah kriteria tersebut.

7. Allhamduillah!!!! Akhirnya PERMATApintar dapat cuti hari Jumaat (hari Jumaat tidak ada persekolahan) untuk membolehkan kami semua balik kampung lebih awal sebelum raya.

8. Allhamduillah!!!!! Saya terpilih untuk berbuka puasa bersama kawan-kawan lain di Seri Perdana, Putrajaya (apa lagi rumah PM) sekaligus diadakan majlis khatam al-quran pada 14 ogos (Ahad). Nanti saya akan post untuk yang ini, insya-Allah kerana malas ingin bercakap besar nanti.

9. 10 Ogos nanti, anak-anak yatim datang ke sini untuk berbuka puasa bersama kami semua. (majlis berbuka puasa & khatam al-quran).

Itu sahaja.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails