Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Wanita muda mangsa terbaru H1N1

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Seorang wanita berumur 25 tahun tanpa faktor risiko dari Betong, Sarawak menjadi korban ke-73 virus selesema babi atau Influenza A (H1N1) di negara ini selepas tiada kematian dilaporkan tiga hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican dalam kenyataannya berkata, wanita itu telah dimasukkan ke Hospital Betong pada 30 Ogos lalu kerana demam, batuk dan sakit tekak selama lima hari.

Mohd. Ismail berkata, wanita itu bagaimanapun meninggal dunia kelmarin selepas mengalami jangkitan radang paru-paru teruk dengan jangkitan virus H1N1 dan kes itu disahkan positif H1N1.

Beliau memberitahu, sejumlah 266 pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan pada hari ini manakala sejumlah 293 kes telah dibenarkan keluar dari hospital.

"Ini menjadikan baki seramai 1,211 pesakit ILI sedang dirawat di 110 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 230 pesakit telah disahkan positif H1N1.

Tambahnya, pecahan kes mengikut faktor risiko adalah termasuk penyakit kronik (tujuh kes), obesiti (10 kes), kanak-kanak atau bayi (lapan kes), wanita baru bersalin atau hamil (dua kes), penyakit jantung (satu kes) dan asma (tiga kes).

Mohd. Ismail berkata, pihaknya mendapati ramai individu yang mempunyai simptom seperti demam, batuk dan sakit tekak masih berkunjung ke tempat tumpuan ramai.

"Mereka sepatutnya berehat di rumah dan jika terpaksa juga keluar, hendaklah memakai penutup mulut dan hidung," ujarnya.

Jelas Mohd. Ismail, Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai orang awam yang tidak faham tentang cara H1N1 merebak iaitu melalui titisan cecair yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin.

"Sekiranya kita memahami cara virus ini merebak, maka lebih mudah untuk kita mengambil langkah-langkah pencegahan. Justeru, apabila kita mengetahui seseorang individu itu mengalami simptom ILI, perlulah kita menjauhinya untuk mengelak dari mendapat jangkitan.

"Individu yang mempunyai simptom juga mesti mengamalkan pengasingan sosial iaitu menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya satu meter dengan individu lain. Ini termasuklah mereka yang menjalani pengasingan di rumah," ujarnya.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket