Selamat datang

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Selsema babi

Perumah virus selesema dan penyebaran virus antara spesies haiwan.


SELESEMA babi atau swine influenza tiba-tiba mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia. Ada yang menganggapnya satu penyakit baru atau ciptaan Barat bagi melariskan jualan ubat.


Setakat ini ia mengorbankan lebih 159 nyawa dan beratus-ratus lagi ditahan di wad bagi mengelak penularan jangkitan.


Apapun anggapan dibuat, selesema babi bukan penyakit baru kerana ia dikesan sejak berpuluh tahun lalu. Kes selesema babi pada manusia mula direkod pada 1976 yang berlaku pada askar di Fort Dix, New Jersey, Amerika Syarikat. Virus itu menyebabkan jangkitan paru-paru atau pneumonia yang meragut satu nyawa dan empat lagi sakit teruk.


Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), selesema babi ialah penyakit saluran pernafasan pada babi yang disebabkan virus influenza jenis A.Virus ini kebanyakannya dikesan pada babi, menyebabkan haiwan itu sakit teruk tetapi kadar kematian rendah.


Virus influenza pada babi boleh berubah-ubah. Apabila virus influenza daripada jenis lain menjangkiti babi, ia boleh menukar gen dan menjadi virus baru.


Pada masa ini ada empat jenis virus influenza jenis A yang diasingkan dari babi iaitu H1N1, H1N2, H3N2 dan H3N1. Bagaimanapun, jenis paling banyak ditemui ialah H1N1 dan H3N2.


Ledakan virus selesema babi biasanya berlaku pada penghujung musim luruh dan dingin kadangkala disebabkan kemasukan babi baru ke dalam kumpulan ternakan sedia ada. Di Amerika Syarikat, kajian menunjukkan 30 hingga 51 peratus populasi babi mempunyai antibodi yang menjadi bukti jangkitan H1N1.


Antibodi ini boleh terhasil daripada suntikan vaksin bagi mencegah selesema babi atau daripada jangkitan. Tiada kaedah boleh membezakan sama ada antibodi itu disebabkan tindak balas terhadap vaksin atau jangkitan virus.


Virus selesema babi H1N1 tidak sama dengan virus H1N1 yang menyerang manusia. Ia mempunyai komposisi antigen yang sangat berbeza.


Bagaimana selesema babi merebak? Babi yang dijangkiti virus mengalami gejala hidung berair, nampak letih, batuk dan tiada selera makan. Virus ini boleh dipindahkan secara sentuhan melalui lelehan cecair badan.Apabila babi sangat sakit, cecair badannya mengandungi banyak virus dan sangat mudah menjangkiti. Biasanya virus selesema babi jarang menjangkiti manusia.


Bagaimanapun, jangkitan pada manusia mula direkod pada 1976 di Fort Dix, New Jersey.Malah, beberapa tahun kebelakangan ini CDC menerima secara purata satu kes selesema babi akibat pendedahan langsung kepada babi. Pada 1988, ledakan jangkitan selesema babi pada manusia berlaku di Wisconsin — di kalangan kakitangan kesihatan yang mendapat jangkitan daripada pesakit.


Orang yang bekerja di ladang ternak ayam, itik dan babi berisiko tinggi mendapat jangkitan jika haiwan ternakan itu membawa strain virus yang boleh menjangkiti manusia.Yang membimbangkan ialah virus selesema babi ada keupayaan untuk berubah (mutasi) dengan mudah, yang membolehkan ia disebarkan daripada manusia ke manusia.


Jenis ini bertanggungjawab terhadap ledakan kes selesema babi yang menjadi kebimbangan seluruh penduduk dunia kini.Meskipun perlu berjaga-jaga, kita tidak perlu panik kerana Kementerian Kesihatan mengambil langkah pencegahan membabitkan 200,000 petugas iaitu doktor, jururawat, pegawai imigresen dan polis di 125 pintu masuk di seluruh negara. Kerajaan juga menyediakan ubat anti virus untuk dua juta orang seandainya berlaku jangkitan di negara ini.


Selain virus yang sering ditemui pada babi, kajian menunjukkan haiwan itu boleh membawa virus selesema manusia. Virus ini boleh bergabung, berubah dan menghasilkan virus baru yang mudah merebak di kalangan manusia.Individu dijangkiti selesema babi mengalami gejala seperti jangkitan virus influenza lain iaitu demam, batuk, hidung berair, sakit kepala, sakit badan, menggigil, lemah dan hilang selera makan. Sesetengah pesakit turut mengalami muntah dan cirit-birit.Jangkitan daripada manusia ke manusia boleh berlaku apabila individu dijangkiti batuk dan bersin dengan tidak menutup mulut.


Partikel virus terapung di udara dan menjangkiti individu lain apabila orang itu menyedut udara mengandungi virus.Jangkitan juga boleh berlaku jika seseorang menyentuh permukaan tercemar (virus yang terapung di udara akhirnya melekat pada permukaan objek) dan kemudian menyentuh mata, hidung atau mulut.Virus selesema babi paling mudah berjangkit dalam tempoh lima hari pertama selepas seseorang itu sakit. Individu paling berisiko ialah kanak-kanak kecil dan orang tua.


Pada kanak-kanak, fasa paling mudah berjangkit lebih lama iaitu sehingga 10 hari. Pengesanan boleh dilakukan dengan menghantar contoh air liur yang diambil dalam masa lima hari pertama untuk dianalisis.Sehingga artikel ini ditulis, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan selesema babi ke tahap lima mengikut carta amarannya. Tahap lima bermakna letusan jangkitan penyakit daripada manusia ke manusia membabitkan dua negara. Ia petanda penting akan berlakunya wabak penyakit selesema burung.


Langkah berjaga-jaga:
1. Sentiasa dapatkan maklumat terkini melalui televisyen, akhbar atau Internet.
2. Tutup mulut dan hidung dengan tisu setiap kali anda batuk atau bersin. Buang tisu ke dalam tong sampah.
3. Basuh tangan sekerap mungkin dengan sabun dan air. Amalkan teknik mencuci tangan yang betul. Boleh juga gunakan cecair pencuci berasaskan alkohol; ia mampu membunuh kuman di tangan dan tidak perlu dibilas.
4. Elak menyentuh mata, hidung atau mulut. Virus mudah merebak melalui laluan ini.
5. Berehat di rumah jika anda tidak sihat dan elak berada di tempat sesak.



Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails