Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

11 jenis kanser/perawatan/pencegahan

TANDA-TANDA AWAL KANSER:

(1) KANSER PANGKAL RAHIM:
-Sebarang lelehan atau pendarahan yg luar biasa
-Sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) KANSER PAYUDARA:
-bengkak atau gumpalan di buah dada
-keluar cairan berdarah dari puting
-pembesaran kelenjar di ketiak
-kedutan pada kulit di buah dada.

(3) KANSER USUS BESAR:
-perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan
-sakit dalam perut dan usus
-berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) KANSER PARU-PARU:
-batuk kuat berterusan
-batuk berdarah
-nafas termengah-mengah
-sakit dada dan hilang berat badan.

(5) KANSER PERUT:
-hilang berat badan
-muntah berdarah
-sistem pencernaan yg tidak teratur
-cepat kenyang walaupun makan sedikit

(6) KANSER LIMPA:
-sakit di bahagian abdomen
-hilang selera makan
-turun berat badan
-kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) KANSER OVARI:
-haid tidak teratur
tumbuhan keras di bahagian abdomen
-sakit semasa bersenggama
-ketumbuhan bulu rambut yg melampau
-suara menjadi lebih mendalam.

(8) KANSER OTAK:
-sakit kepala
-muntah-muntah
-gangguan penglihatan
-lemah atau lumpuh
-pening/pitam
-pelupa
-perubahan personality.

(9) KANSER PROSTAT-
sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) KANSER DARAH (LEUKIMIA)
- letih
-pucat
-mudah lebam -mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) KANSER TEKAK:
-suara garau/serak
-ada ketumbuhan di tekak
-sukar menelan
-kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER:
1) Makanan
2) Tembakau
3) Alkohol
4) Radiasi
5) Sinaran cahaya matahari
6) Pekerjaan
7) Pengambilan ubat
8) Pencemaran air dan udara
9) Perokok yang tidak aktif
10)Keturunan

Info Kemoterapi :


Kemoterapi @ Radioterapi adalah sejenis rawatan yang ada pada masa sekarang. Ianya sering menjadi pilihan kepada pesakit kanser kerana faktor pemikiran yang wujud pada masyarakat hari ni. Masalah yang timbul apabila menggunakan kaedah kemoterapi ini adalah kos rawatan yang mencecah ribuan ringgit sedangkan pesakit tidak mampu untuk membayar sejumlah besar kos tersebut. Pesakit didedahkan dengan sinar radioaktif untuk mematikan sel kanser tetapi malangnya, sinar tersebut bukan sahaja merosakkan sel yang lain tetapi memberi kesan yang negatif kepada kesihatan badan dan merosakan sistem imun yang dinamakan "Sel NK (pembunuh semulajadi)",yang bertanggungjawab untuk memerangi sel kanser. Setiap saat dalam hidup kita, sel NK bekerja keras untuk membunuh sel kanser. Apabila sel NK gagal melaksana tugasnya, kita mendapat penyakit kanser.Keguguran rambut, penurunan metabolisma badan adalah diantara kesan sampingan yang dialami oleh pesakit yang menggunakan kaedah penyembuhan kemoterapi ini. Fikir-fikirkanlah!


PENYEMBUHAN:

Sejenis tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai 'keladi tikus' atau nama saintifik "Typhonium Flagelliforme" yang ditemui oleh seorang botanis hampir lima tahun lalu dipercayai boleh membantu pesakit kanser. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Christopher Teo Kheng Hoe berkata, 'keladi tikus' dijumpai secara kebetulan ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiakkan tumbuhan itu yang dipercayai boleh menyembuhkan penyakit. "Ketika itu saya terlibat dalam kajian membiakkan tumbuh-tumbuhan dan berjanji untuk membantu mereka membiakkan keladi tikus," katanya ketika dihubungi di Pulau Pinang baru-baru ini.


Sejak itu, beliau mengesyorkan keladi tikus kepada kenalannya yang menghidapi penyakit barah dan sehingga kini ia berjaya menolong 800 orang pesakit tempatan dan luar negara termasuk dari New Zealand, Amerika Syarikat, India, Indonesia dan Australia. Menurut Prof. Teo, Keladi Tikus berkesan untuk menolong pesakit kanser kerana selama ini pesakit yang mengambil tumbuh-tumbuhan ini menunjukkan kesan yang positif. " Sebenarnya, tidak ada ubat di dunia yang ditemui boleh menyembuhkan penyakit kanser. Apa yang ditemui ini hanya dapat membantu pesakit yang menghadapi pelbagai jenis kanser," ujarnya.


Bagaimanapun beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak masuk ke hutan mencari pokok keladi tikus ini untuk dimakan kecuali mereka benar-benar pasti ia benar-benar keladi tikus. "Apa yang saya khuatir mereka mengambil pokok keladi yang salah berdasarkan sesetengah buku rujukan memberi nama yang salah dan jika diambil boleh membawa maut," katanya. Prof. Teo memberitahu, keladi tikus semakin pupus tetapi boleh ditemui di kawasan paya dan terbiar serta didapati dijual di sesetengah pasar. Katanya, lebih empat tahun lalu beliau telah menemui satu cara mencampur keladi tikus dengan tumbuh-tumbuhan lain lalu memproses menjadikan kapsul untuk dimakan enam kapsul sehari. Antaranya ialah kapsul SUPER TYPHONIUM FLAGELLIFORME. "Selain dari mengambil kapsul ini, mereka juga boleh menggunakan cara yang lebih baik dengan memakan daun, atau akar umbi keladi tikus itu.


Bagaimanapun, masalah tumbuhan ini ialah cepat layu dan rosak, jadi yang telah diproses itu tahan lebih lama," tambah beliau. Prof. Teo berkata, pesakit yang tidak mengambil kapsul hanya perlu mencuci dan merendam 50 gram atau empat atau lima pohon keladi tikus di dalam air selama setengah jam. Selepas itu, katanya, pesakit harus memerah jus keladi tikus dan mencampurkannya dengan madu untuk mengelakkan rasa gatal. Pesakit hanya perlu minum jus segar keladi tikus itu sekali sehari tetapi bagi mereka yang mengalami barah yang serius perlu mengamalnya tiga kali sehari," jelas beliau. Selain itu, menurut Prof. Teo, pesakit kanser juga harus mengubah cara hidup, pemakanan dan perlu menukar metabolisme badan serta mengamalkan penyembuhan kendiri (self healing). Untuk maklumat lanjut tentang kapsul tersebut, sila hubungi HISHAM(017-3424455/019-9265455/013-2151359).


Maklumat Mengenai Penyakit Kanser:


Penyakit kanser merupakan pembunuh nombor dua di Amerika Syarikat (selepas sakit jantung). Jumlah kematian disebabkan kanser pada tahun 2006 adalah 564,830 orang atau 1,500 orang sehari. Walaupun sebanyak US$25 billion telah dibelanjakan untuk penyelidikan kanser di antara tahun 1982 - 2002, kematian yang disebabkan oleh kanser telah meningkatkan dalam tempoh yang sama. Anda mungkin bertanya apakah tiada kemajuan dicapai di dalam penyelidikan tersebut? Ada, tetapi kebanyakannya di dalam bidang pengesanan kanser seperti mamografi untuk kanser payudara dan ujian PSA untuk kanser prostat.


Bagaimana dengan Malaysia? Pada tahun 2003, angka kematian bagi kes yang dirujuk kepada hospital kerajaan adalah 2,800 orang. Seperti juga di Amerika, kanser merupakan pembunuh nombor dua selepas sakit jantung (8,700 orang). Adakah pengesanan awal sahaja harapan kita? Pencegahan adalah lebih baik dari pengubatan.


Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing- masing. Sel kanser ini tidak dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ianya membiak ke jumlah beberapa ribu juta. Sel kanser hanya akan dikesan apabila ia telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan.


Disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah bagi mencegah penyakit kanser:

1. Seseorang akan mendapat sel kanser sebanyak 6 hingga 10 kali di dalam hayatnya.

2. Sistem imun yang sihat akan memusnah dan menghalang sel kanser dari membiak dan membentuk tumor.

3. Kanser mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan, alam sekitar, gaya hidup, makanan dan genetik.

4. Perubahan diet dan pengambilan makanan tambahan yang sesuai bolehmengekalkan kesihatan sistem imun.

5. Rawatan kemoterapi memusnahkan sel kanser, tetapi dalam masa yangsama ia turut memusnahkan sel tubuh yang sihat. Begitu juga denganrawatan radiasi.

6. Untuk membiak, sel kanser memerlukan makanan yang diperolehi melalui:

- Pengambilan gula;

dengan mengurangkan pengambilan gula, ianya dapat memutuskan bekalan makanan kepada sel kanser. Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli.o Garam halus; bahan kimia digunakan untuk membuat ia kelihatan putih, baik untuk sel kanser. Bertukar kepada garam laut atau garam bukit.

-Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula

Sel kanser subur dalam persekitaran berasid. Makanan berasaskan daging adalah berasid. Lebih baik untuk memakan ikan atau sedikitayam. Daging juga mengandungi antibiotik, hormon pembiakan dan parasit yang membahayakan terutamanya kepada pesakit kanser.


Sejak bertahun dipercayai bahawa keturunan (genetik) merupakan faktor utama yang menyumbang kepada risiko seseorang akan mengidap kanser. Kajian terbaru mendapati bahawa kira-kira 90% dari pengidap kanser tidak mempunyai sejarah kanser dalam keluarga mereka. Kajian tersebut juga mendapati bahawa penyumbang terbesar kepada risiko kanser adalah faktor persekitaran seperti merokok, permakanan, infeksi, arak, dadah, bahan kimia, tekanan dan radiasi.

Berikut disenaraikan maklumat tambahan yang anda perlu tahu mengenai kemoterapi dan radiasi:

1. Rawatan awal kemoterapi dan radiasi biasanya dapat mengecilkan saiz tumor. Namun begitu penggunaan kemoterapi dan radiasi yang berpanjangan tidak menjamin lebih kemusnahan tumor.

2. Kemoterapi dan radiasi meninggalkan banyak toksid yang boleh menjejaskan atau memusnahkan sistem imun, jesteru pesakit akan terdedah kepada pelbagai jangkitan dan masalah kesihatan.

3. Kemoterapi dan radiasi juga boleh menyebabkan sel kanser membina sistem pertahanan sendiri yang membuat ia lebih susah dimusnahkan.


Kita teruskan dengan langkah yang boleh diambil untuk mencegah dan mengatasi masalah kanser:

Sistem imun yang sihat merupakan pelindung utama dari penyakit kanser. Sistem imun mempunyai sel dinamakan "Sel NK (pembunuh semulajadi)" yang bertanggungjawab untuk memerangi sel kanser. Setiap saat dalam hidup kita, sel NK bekerja keras untuk membunuh sel kanser. Apabila sel NK gagal melaksana tugasnya, kita mendapat penyakit kanser. Kesihatan sel NK terjejas oleh faktor persekitaran yang dinyatakan di atas.


Perubahan diet boleh membantu anda memelihara kesihatan sistem imun danseterusnya mencegah kanser. Diet yang terdiri dari 80% sayuran, buah-buahan dan jus segar, bijirin dan kacang dapat membantu tubuh berada dalam persekitaran alkali, atau persekitaran yang tidak baik untuk pertumbuhan sel kanser. Untuk memperolehi enzim bagi membina sel yang sihat, anda boleh meminum jus sayuran segar 2 atau 3 kali sehari. Enzim dari sayuran segar akan rosak pada suhu 104 darjah F (40 darjah S). Buah atau jus hendaklah diambil sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mengambil makanan ruji.


Ingin bersama kami memerangi kanser?

Jika ya, mula makan sihat danhidup sihat sekarang!!!

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati!


Makanan adalah bahan asas untuk kehidupan dan kesihatan, namun begitu makanan juga punca kita mendapat penyakit. Kalau kita mempunyai tabiat makan yang buruk, kita sengaja mengundang penyakit.


Di zaman moden ini kita menghadapi cabaran kesihatan yang agak berat, susah untuk kita menjauhkan diri dari memakan makanan segera yang boleh membahayakan kesihatan kita. Makanan tersebut mengandungi bahan pengawet yang boleh menyebabkan penyakit seperti kanser. Kita juga selalumakan di restoran makanan segera. Minyak yang digunakan untuk mengoreng diguna berulang-ulang kali, amalan ini sangat tidak baik untuk kesihatan.


Kita juga memakan daging dan ayam yang disuntik dengan hormon dan antibiotik. Hormon dan antibiotik ini akan berpindah ke badan kita. Bagaimana dengan sayur-sayuran dan buah-buahan? Buah-buahan dipetik sebelum masak dan dirawat menggunakan gas dan radiasi. Sayuran-sayuran disembur dengan racun serangga. Bahan-bahan kimia ini tidak akan hilang walau pun kita membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan. Ini semua membahayakan kesihatan. Tidak hairanlah kalau di zaman ini ramai orang yang mengidap kanser dan lain-lain penyakit kronik.


Bagaimana pula dengan air yang kita minum? Adakah ia benar-benar bersih? Kalau anda mengambil air dari paip air di dapur anda dan mengujinya, anda mungkin tidak sanggup meminumnya.


Untuk menjaga kesihatan, kita seharusnya menjauhkan diri dari perkara yang dinyatakan di atas. Kurangkan memakan makanan segera, makan daging atau ayam kampung, makan sayur-sayuran hidrofonik dan buah-buah tempatan seperti manggis, rambutan dsb (yang bebas dari gas & radiasi).


Menurut pakar pemakanan bertauliah, untuk perlindungan dari penyakit, kita perlu mengambil makanan kesihatan atau suplemen seperti vitamin, mineral, serat dan asid amino. Vitamin A, C dan E kaya dengan antioksidan yang mampu menghapuskan "radikal bebas", ia-itu molekul tidak stabil yang terhasil dari proses dalam badan kita. Dalam tubuh kita terdapat beribu billion molekul yang membentuk sel, sel membentuk tisu, tisu membentuk organ. "Radikal bebas" merosakkan molekul, dan seterusnya sel akan rosak (termasuk sel sitem imun), selepas itu tisu dan lama kelamaan akan merosakkan organ kita.


Cegahlah penyakit sebelum terlambat.


Penyakit Kanser - Punca dan Rawatan Alternatif:

Kita juga mempercayai bahawa baka merupakan faktor utama yang meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser. Namun begitu kajian mendapati bahawa 80 hingga 90 % pesakit kanser datang dari keluarga yang tidak mempunyai sejarah kanser.Apa lagi yang kita tidak tahu? Ramai penyelidik memberikan berbagai teori mengenai punca sebenar kanser.


Namun begitu tiada satu pun teori yang dapat menjelaskan kepelbagaian aspek kanser dan perkembangan penyakit tersebut dalam tubuh manusia.Dr. Peter Kovacic menulis satu ulasan yang menyeluruh mengenai teka-teki perubatan ini di dalam Current Medicinal Chemistry 2001. Beliau mengatakan dari banyak-banyak teori yang telah dimajukan, hanya teori stres oksidatif yang terbukti kebenarannya. Ia boleh menjelaskan secara rasional dan mengaitkan secara sistematik kebanyakan aspek mengenai karsinogenesis (perkembangan kanser).Apa itu stres oksidatif? Secara mudah stres oksidatif adalah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Stres oksidatif yang berlaku di dalam badan adalah punca asas sebahagian besar penyakit digeneratif kronik.


Nampaknya apa saja yang kita buat atau makan dewasa ini dikatakan menjadi punca kanser. Pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari dikatakan akan meningkatkan risiko kanser kulit. Asbestos dan asap rokok menyebabkan kanser paru-paru, yang merupakan penyumbang tertinggi kepada statistik kematian yang disebabkan kanser. Apa lagi ya? Radiasi, daging/sate hangus, lemak, sakarin (gula tiruan) dan karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser seperti racun serangga dan racun rumpai.


Keluarga yang mengandungi berbagai generasi. Perhatikan kulit mereka, anda akan nampak perbezaan yang besar di antara kulit ahli keluarga yang muda dengan yang tua. Kesan yang ada nampak itu disebabkan oleh stres oksidatif pada kulit. Keadaan yang sama juga berlaku di dalam tubuh kita. Jadi kalau inginkan kulit yang cantik, bukan losyen pelembab jawapannya.


Anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan mengambil makanan atau suplemen yang kaya dengan antioksidan, satu bahan yang boleh menghapuskan radikal bebas dan memulihkan kerosakan yang disebabkan olehnya.Kajian Dr. Kovacic menyokong bukti perubatan yang semakin banyak iaitu apabila terdapat banyak radikal bebas berhampiran dengan nukleus sel, akan berlaku kerosakan teruk kepada DNA sel tersebut.


Apabila karsinogen menyerang, sistem tubuh akan memperbaiki DNA yang rosak. Namun apabila terlalu banyak stres aksidatif, sistem badan tidak lagi mampu memperbaiki kerosakan yang akan membawa kepada terjadinya mutasi (perubahan) DNA. Apabila sel berkenaan membiak (berpecah dua), DNA yang mengalami mutasi akan turut dibawa ke sel yang baru dibentuk. Bila DNA yang dimutasi ini terus terdedah kepada stres oksidatif, lebih banyak kerosakan akan terjadi. Sel berkenaan akan mula tumbuh di luar kawalan dan mempunyai kehidupan sendiri. Ia membina kemampuan untuk merebak dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain (metastasis), lalu menjadi kanser.


Di dalam tubuh orang dewasa, kanser mungkin mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk berkembang dari mutasi awal DNA. Di dalam tubuh kanak-kanak ia berkembang dengan lebih cepat kerana pembiakan sel yang lebih cepat.Para doktor biasanya mendiagnosis kanser apabila ia sudah mencapai peringkat akhir perkembangannya.


Malangnya ketika kanser sudah berkembang ke satu tahap yang boleh menyebabkan gejala atau dapat dikesan melalui sinar-x, ia selalunya sudah berkembang selama lebih dari 10 hingga 20 tahun. Pada masa itu tidak banyak yang doktor dapat lakukan untuk membantu pesakitnya. Ada seorang pesakit kanser paru-paru disyorkan menjalani rawatan kemoterapi oleh onkologisnya, satu prosedur yang dikatakan dapat membawa kanser tersebut kepada "remission" dengan 40% kejayaan. Pesakit bertanya apa maksud remission? Onkologis menjawab, "Jika kanser awak dapat di bawa kepada remission, hidup awak akan dapat dipanjangkan selama 3 bulan lagi." Ini cerita tragis bagi kebanyakan orang yang menghidap kanser.


Apakah itu kanser servik?

• Kanser pangkal rahim.

o Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.• Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luar biasa.

• Ia boleh terbahagi kepada :

o Peringkat awal

 Berlaku di sekitar serviko

- Peringkat lewat

 Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'

 seperti paru-paru melalui sistem aliran darah

• Merupakan kanser kedua terbanyak di kalangan wanita selepas kanser payudara.

• Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.

• Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini. • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.

• 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Apakah penyebab kanser pangkal rahim?


Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:

• Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.

• Mempunyai pasangan seks berbilang

• Mengandung lebih dari 5 x

• Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)

• Kurang jagaan kebersihan anggota sulit

• Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).

• Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu. Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.


Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?

Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:

• Perdarahan yang luar biasa dari vagina (bukan haid)

• Perdarahan yang banyak

• Perdarahan yang berpanjangan

• Perdarahan di antara haid

• Sakit

• Kehadiran darah

-Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual:

o Sakit semasa hubungan seksual

o Perdarahan dari vagina selepas putus haid

o Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina

• Berbau

• Bercampur darah Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?

Ya, boleh.


Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.

• Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.

o Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.

• Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')

• Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear


Apakah ujian yang mengesahkannya?

Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy.


Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :

• Full blood count

• Liver function test

• Renal profile

Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.Apakah rawatan yang disediakan?


Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :

• Pembedahan

• Radioterapi

• Kemoterapi


Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.


Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?

• Mencegah lebih baik dari merawat.

• Amalkan cara hidup yang sihat.

• Setia pada pasangan anda.

• Lakukan pap smear setiap 3 tahun.

• Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.Apakah itu ujian Pap Smear?

• merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.

• Ia boleh menyelamatkan nyawa anda

• Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.

• Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.

• Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.

• Tidak perlu ubat atau bius.

• Mengambil masa beberapa minit sahaja.


Soalan Lazim:

Adakah ujian itu menyakitkan?

• Tidak menyakitkan.

• Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.


Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?

Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.


Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut? Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.


Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?

• Tanggalkan seluar dalam.

• Berbaring di atas katil.

• Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.

• Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.

Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.

• Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.


Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

• Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.

• Pastikan dapat tarikh temu janji sebelum atau selepas haid.

• Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?

-Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.

• Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.


Bilakah saya mendapat keputusannya?

• Apabila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..

• Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.


Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?

• Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.

• Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.

Di manakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?

• Di semua klinik dan hospital kerajaan

• Di klinik/hospital swasta • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)

• Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)Apakah makna keputusan tersebut?

• Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.

• Keputusan yang luar biasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.

• Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut:

o Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear. o Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)

o Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).


• Apa yang patut dilakukan seterusnya :

o Rawatan susulan

o Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan

o Jalani pemeriksaan kolposkopi


Apakah itu kolposkopi?

• Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luar biasa.

• Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.

• Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan. • Kurang menyakitkan. • Sesetengah orang merasa tidak selesa.

• Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.

• Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.


Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

• Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.

• Pastikan mendapat tarikh temu janji sebelum atau selepas haid.
*Setiap produk SUPER TYPHONIUM FLAGELLIFORME dijual dengan harga Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Sembilan Ringgit Sahaja(RM 79.00 Sahaja) sebotol bagi Semenanjung Malaysia dan Ringgit Malaysia Sembilan Puluh Sembilan Ringgit Sahaja(RM 99.00 Sahaja) sebotol bagi Sabah/Sarawak. Setiap botol mengandungi 60 kapsul x 375mg. Disarankan pembelian sebanyak 3 botol untuk penggunaan selama 1 bulan untuk mendapat/melihat keberkesanan yang sepatutnya tetapi terpulang kepada anda jika mahu mencuba 1 botol untuk permulaaan.Harga Adalah Termasuk Kos Penghantaran....

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket