Selamat datang

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Sokong BI wajib lulus SPM

Saya berpendapat, subjek Bahasa Inggeris patut menjadi antara subjek wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ini kerana Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu dan bahasa komunikasi paling berpengaruh di dunia. Namun persoalannya, apakah guru-guru Bahasa Inggeris kita mampu menjadikan pelajar kita mahir berbahasa Inggeris?

Kebanyakan alasan guru Bahasa Inggeris tentang ketidakmampuan pelajar kita berbahasa Inggeris ialah malas dan persekitaran bahasa yang tidak banyak membantu.
Kebanyakan pelajar kita lebih suka bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing. Ini perkara biasa. Mana-mana bangsa lain di dunia ini pun ada bahasa ibunda masing-masing. Mereka amat berbangga dengan bahasa ibunda.

Tetapi dalam konteks ilmu, Bahasa Inggeris adalah antara bahasa paling utama kerana ia berperanan besar kepada ilmu-ilmu seperti ilmu sains dan teknologi khususnya.
Tidak hairanlah sebab ramai ilmuwan dalam ilmu tersebut datang daripada bangsa yang menutur bahasa Inggeris itu sendiri.

Siapa tidak kenal dengan nama-nama besar seperti Albert Einstein misalnya. Beliau berketurunan Yahudi yang mahir bercakap Yahudi dan Inggeris.

Apabila kerajaan mewajibkan Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM, maka pelajar akan belajar dan berusaha dengan lebih mendalam lagi supaya mereka mahir.

Apa yang perlu kerajaan lakukan ialah sukatan kurikulum Bahasa Inggeris itu hendaklah sesuai dengan tahap dan budaya orang Malaysia. Jadikan Bahasa Inggeris itu lebih mudah dan senang difahami, mudah dituturkan dan mudah ditulis.

Kebanyakan pelajar sekarang, tahu membaca dan mereka faham dengan dibantu kamus Inggeris-Melayu tetapi kesukaran mereka ialah sewaktu untuk bertutur.
Mereka boleh bertutur tetapi tatabahasa dan vocabulary mereka menjadi halangan.
Oleh sebab itu, tugas utama Kementerian Pendidikan dengan kerjasama lain-lain kementerian dan pihak swasta, atasi masalah tatabahasa dan perkayakan pelajar dengan vocabulary Inggeris dan bagaimana bahasa Inggeris itu boleh berkembang.

KUALITI GURU WAJIB DIPERTINGKAT

Apa yang berlaku kini ialah guru bukan Bahasa Inggeris terpaksa mengajar Bahasa Inggeris dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Ini menyebabkan kualiti bahasa itu menjadi rendah.

Maka kepada guru yang tidak mahir berbahasa Inggeris bolehlah belajar bahasa tersebut di tempat tuisyen atau dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran sendiri.

Meskipun Bahasa Inggeris itu penting untuk menguasai dunia ini, sebagai umat Islam, ingatlah, kita belajar dan menguasai sesuatu ilmu bukan untuk kepentingan di dunia sahaja. Gunakanlah kemahiran bahasa kita itu untuk berdakwah ke jalan Allah semoga dirahmati dan diberkati setiap usaha kita di dunia ini.

TAHAP PELAJAR BERBEZA
Setiap pelajar mempunyai tahap IQ yang berbeza. Tidak semua bergred A dan B. Ada juga bergred C, D atau E. Kerajaan perlu memastikan, khususnya para guru dan pembuat kurikulum Bahasa Inggeris, merangka modul dan latihan yang bersesuaian dengan tahap mereka. Sekarang didapati penggunaan kamus terjemahan Inggeris ke Bahasa Melayu atau bahasa lain secara elektronik dan harganya pula agak mahal.
Saya berharap kerajaan dapat bantu menurunkan harga kamus elektronik supaya pelajar dapat menggunakannya dengan mudah berbanding buku kamus konvensional. Tebal dan sukar dibawa ke mana-mana. Wang yang banyak digunakan untuk PPSMI elok digunakan untuk bantu pelajar mendapatkan kamus elektronik yang berkualiti itu.

Saya tidak mahu pelajar yang bergred rendah tercicir pula untuk menguasai Bahasa Inggeris.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails