Selamat datang

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Internet hilangkan minat membaca



MINAT membaca buku sememangnya sudah lama dipupuk sejak zaman persekolahan sehingga bekerja tetapi sejak menggunakan telefon pintar empat tahun lalu, kecenderungan itu pudar perlahan-lahan. Saya yakin anda juga merasainya.

Bukti nyata ialah semasa mengemas himpunan buku di sebelah katil baru-baru ini. Terperanjat ada, kesal pun ada. Bercampur-baur.

Rupa-rupanya ada tujuh buku tidak habis dibaca melepasi bab pertama. Ini tidak pernah terjadi. Apa lagi buku tersebut semuanya bertema mafia. Terlupa? Mungkin. Termalas. Pun ada juga.


Sekian lama, kelaziman saya ialah membaca minimum sejam sebelum tidur. Tidak kira jika saya memulakan bacaan pada pukul 2 pagi sekali pun, saya kena membaca. Ini tabiat yang saya warisi daripada bapa. Sampai satu tahap, saya boleh membaca tiga buku serentak dalam seminggu tanpa hilang ingatan kepada plot cerita. Malah, saya amat berbangga dengan koleksi buku bertema mafia yang melangkau angka 1,000 unit dalam rak buku yang dikumpul hampir 20 tahun.

Saat telefon pintar diperkenalkan di Malaysia, ia merubah fundamental amalan dan tabiat membaca saya, dan mungkin kebanyakan daripada anda juga. Dengan akses Internet, telefon pintar menawarkan berita terkini, siaran langsung dan reaksi sekilas menekan butang Refresh. Ini diburukkan lagi dengan kemunculan Facebook dan Twitter. Masa terluang sudah tiada lagi diperuntukkan kepada buku. Hendak pergi ke pesta jualan murah buku bulan ini pun tidak ada selera.

Tabiat membaca buku kini ditukar kepada membaca berita dalam talian, terutama laporan agensi berita antarabangsa. Apa yang sedang berlaku pada waktu siang di Amerika Syarikat misalnya, boleh dibaca dengan teliti oleh kita sebelum tidur di dunia sebelah sini. Ia begitu mendebarkan membaca detik-detik sesuatu kejadian sedang dirungkai oleh wartawan di tempat kejadian secara langsung. Ia juga boleh ditonton terus melalui pautan video sama ada menerusi telefon pintar atau komputer tablet. Mengapa perlu membaca buku? Mengapa perlu membaca akhbar keesokan hari jika anda boleh membacanya secara langsung sekarang?

Persoalan di atas begitu benar dan isu paling dekat pada saya, sebagai wartawan yang turut sama mengguna segala gajet pintar tersebut. Ia adalah realiti. Tatkala industri media dihambat oleh isu penurunan bilangan edaran akhbar kesan daripada impak dunia maya ini, fenomena ini berlaku pada diri saya sendiri - sebagai peminat buku dan pembaca artikel berita.

Selain faktor di atas, tidak dinafikan turut menjadi penyebab kepada penurunan akhbar di Malaysia ialah suasana politik kepartian yang menyiram api kebencian kepada organisasi media arus perdana. Secara teorinya, keadaan ini boleh disifatkan 'sudah dijangka'. Bila wujud desakan politik seperti membatalkan langganan akhbar Utusan di pejabat-pejabat kerajaan negeri yang tidak sealiran dengan Kerajaan Pusat, tentu sekali ia menurunkan bilangan jualan.

Ia 'sudah dijangka' kerana semasa ahli politik itu berada di dalam kerajaan dulu, akhbar arus perdanalah buah hatinya dan dipasang orang kepercayaannya untuk meneraju akhbar. Bila dia tidak lagi dengan kerajaan, 'sudah dijangka' jugalah dia akan bertindak menghalang wartawan Utusan menghadiri sidang akhbarnya.

Tetapi faktor di atas hanyalah sebahagian kepada punca penurunan jualan akhbar arus perdana. Bukan faktor utama. Sebaliknya faktor dominan ialah trend perubahan minat membaca di kalangan generasi muda. Trend ini bukan khusus di Malaysia semata-mata tetapi seluruh dunia.

Kaji selidik firma Pew Research Center yang berpangkalan di Washington D.C terhadap trend dalam penggunaan berita 1991-2012 yang diterbitkan pada September lalu, mendapati golongan berusia 25 tahun ke bawah di Amerika Syarikat adalah sebanyak 60 peratus mendapatkan berita secara digital berbanding sumber berita tradisional.

Media tradisional yang dimaksudkan ialah televisyen, radio dan akhbar bercetak manakala platform digital adalah berita dalam talian, Twitter, rangkaian sosial, e-mel dan Podcast.

Bagi generasi muda, berita menghadapi persaingan sengit daripada kegiatan lain, terutama rangkaian sosial. Di kalangan mereka yang berusia muda daripada 25 tahun, bilangan yang menggunakan Facebook atau rangkaian sosial lain adalah sama peratus dengan sumber berita lain yang digabungkan iaitu 76 peratus berbanding 71 peratus.

Permainan dalam talian atau gaming, adalah aktiviti harian yang sangat popular. Pada tahun 2006, sebanyak 17 peratus bermain permainan komputer atau konsol video. Dalam kaji selidik terbaru Pew itu, sebanyak 33 peratus mengatakan mereka bermain menggunakan format tersebut atau atas peralatan bergerak. Kalangan mereka yang berusia di bawah 30 tahun adalah paling ramai bermain permainan tersebut berbanding menonton berita televisyen.

Satu aspek menarik ialah kajian Pew mengenai fungsi Twitter, yang sememangnya semakin mendapat tempat di kalangan generasi muda kita hari ini. Sebagai perbandingan, di Amerika Syarikat, Twitter dianggap masih 'kecil' peranannya sebagai sumber berita kerana sifatnya yang terarah kepada audiens yang terhad mengikut akaun peribadi individu atau organisasi.

Pengikut Twitter kelihatan lebih selesa mengikuti tweet wartawan profesional dan organisasi berita bonafide berbanding rakan rangkaian sosial mereka yang lain.

Dalam konteks yang sama, Pew mengesahkan bahawa bilangan mereka yang mendapatkan berita secara kerap menerusi telefon pintar, komputer tablet atau alat-alat lain, kini semakin bertambah. Pertumbuhan ini dipacu terutamanya oleh kemudahan akses Internet seperti WiFi.

Mungkin ada orang berkata, melihat semua rumusan di atas yang sebegitu ilmiah dan panjang pula, memang patutlah orang malas hendak membaca. Hilang minat membaca di kalangan orang muda hari ini dikhuatiri akan mengakibatkan negara ini berdepan dengan risiko memiliki rakyat yang kurang analitikal. Bagaimana hendak menangani isu ini?

Banyak akhbar dan majalah di dunia, misalnya Newsweek terpaksa membuat keputusan genting untuk memastikan kesinambungan hidup mereka. Lalu format diubah menjadi sekadar berita dalam talian. Kes Newsweek ini akan dipantau dan diteliti oleh semua pihak yang terlibat dalam industri media dan penerbitan berita. Apakah ia akan terus hidup atau berkubur seperti majalah Asiaweek?

Setakat ini, saya tidak berhasrat menutup akses Internet pada telefon saya. Saya pasti anda juga bersetuju. Tidak sekarang, tidak di masa hadapan.


Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails