Selamat datang

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Perisian bantu pesakit disleksia


Dr. Vijayaletchumy Subramaniam menunjukkan pek pembelajaran Phonics Tutor Software untuk pelajar disleksia visual.

KANAK-KANAK disleksia biasanya sukar membezakan huruf yang mempunyai bentuk yang hampir sama misalnya b dan d, c dan e, u dan n serta m dan w.
Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus iaitu masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual melalui bunyi.
Selain itu, penghidap disleksia mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira.
Kekurangan itu menyebabkan prestasi kanak-kanak disleksia menurun tanpa perhatian yang sewajarnya.
Justeru bagi mengatasi masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak disleksia, tiga penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya menghasilkan perisian baharu berbentuk cakera padat.
Perisian yang dinamakan Phonics Tutor Software amat sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang menghidapi disleksia visual.
Ketua penyelidiknya yang juga pensyarah dan penyelidik di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM Prof. Madya Dr. Vijayaletchumy Subramaniam berkata, penemuan teknologi berkenaan diharap membantu kanak-kanak disleksia visual menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira (3M).
Beliau berkata perisian itu menggunakan enam kaedah mengeja berteraskan Orton-Gillingham Phonogram serta membantu mereka mencungkil kebolehan dalam aspek berbeza.
“Produk yang dianggarkan berharga RM250 di pasaran kelak menekankan aspek bacaan bahasa Melayu berteraskan Teori Levinson yang sesuai untuk murid disleksia berumur empat hingga sembilan tahun.
“Ini sesuai dengan suasana pembelajaran di Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar berbanding produk disleksia lain yang menggunakan bahasa Inggeris,” katanya.
Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar Putra Cipta UPM anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan Pejabat Pemasaran dan Komunikasi (MarComm) di Serdang baru-baru ini.
Beliau berkata, produk direka khusus untuk murid-murid pemulihan yang mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia dalam proses pembelajaran bahasa Melayu.
Sebelum ini hampir semua produk pembelajaran bagi disleksia adalah dalam Bahasa Inggeris selain harganya yang agak mahal.
“Kaedah ini boleh dimanfaatkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Khas, Pusat Perkembangan Kurikulum, guru dan ibu bapa untuk menangani masalah bacaan bahasa Melayu pada golongan terbabit,” katanya.
Hasil kajian yang dijalankan selama tiga tahun itu dibiayai oleh Geran Penyelidikan UPM dan telah difail paten.
Beliau dibantu oleh dua penyelidik lain iaitu pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Prof. Madya Dr. Noor Aina Dani dan pelajar tahun akhir Jabatan Bahasa Melayu, UPM Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad.
Kelebihan produk

l Direka untuk kepentingan murid-murid pemulihan yang mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu
l Sumber pembelajaran yang menyeronokkan murid-murid disleksia jika dibandingkan dengan bahan bacaan Bahasa Melayu berbentuk buku dengan jenis pilihan yang terbatas
l Pengajaran guru pendidikan khas akan bertambah mudah bagi menangani masalah pembelajaran serta keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia
Hasil program ini dapat dimanfaatkan oleh Kementerian Pelajaran, guru-guru dan ibu bapa bagi mengatasi masalah bacaan Bahasa Melayu justeru menggelakkan murid-murid daripada menghadapi masalah disleksia dengan lebih serius.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails