Selamat datang
Doakan saya
Assalamualaikum wbt.
Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:
1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.
2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.
3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.
4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.
5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.
6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.
7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.
8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.
9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.
Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.
Amin..........
2012 tahun duka Harimau Malaya
Sukan bola sepak negara menutup tahun 2012 dengan cerita duka apabila trofi Piala Suzuki AFF yang dimenangi pada dua tahun lalu terlepas kepada Singapura selepas kita tersungkur pada separuh akhir kepada Thailand dengan agregat 1-3.
Kegagalan itu sukar diterima kerana mutu persembahan skuad Datuk K. Rajagobal di sepanjang kejohanan masih pada takuk lama.
Kita tewas 0-3 kepada Singapura sebelum bangkit dengan menang 4-1 ke atas Laos, dan mengalahkan Indonesia 2-0 pada perlawanan terakhir Kumpulan B bagi menempah tempat ke separuh akhir bertemu Thailand.
Harimau Malaya gagal menjinakkan Gajah Perang pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil apabila seri 1-1.
Seperti diramal, Malaysia kalah 0-2 kepada Thailand pada separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok dengan isu kontroversi pengadil dari Korea Selatan, Lee Minhu yang melayangkan kad merah kepada Mohd. Fadhli Shas pada minit ke-43.
Kemerosotan prestasi beberapa pemain yang membantu Malaysia muncul juara kali pertama pada 2010 menimbulkan tanda tanya adakah khidmat mereka masih kekal relevan bagi menghadapi kelayakan Piala Asia 2015 Februari depan.
Safiq Rahim, Safee Sali dan S. Kunanlan dan Amar Rohidan mempamerkan aksi di bawah tahap sebenar dan hebat dikritik.
Eksperimen oleh Rajagobal tidak langsung menjadi.
Ketumpulan taring Harimau Malaya dapat dilihat pada beberapa perlawanan persahabatan apabila tidak bermaya menundukkan Hong Kong (14 November) dan Bangladesh (20 November) semasa beraksi di tempat sendiri apabila sekadar seri 1-1.
Malahan sebelum itu ditundukkan oleh Vietnam dalam kedua-dua perlawanan di Stadium Shah Alam apabila kalah 2-0 pada 11 September dan 1-0 di Hanoi (3 November) selain kalah 0-2 kepada Thailand di Stadium Rajamangala pada 7 November.
Ranking Malaysia yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memperlihatkan tiada sebarang peningkatan membanggakan dengan kedudukan terbaru pada 19 Disember lalu ialah sekadar berada di tempat ke 158 dunia.
Sebagai perbandingan ranking Malaysia sepanjang tahun 2012 bermula pada bulan Januari ialah 148, 150 (Februari), 152 (Mac), 156 (April), 153 (Mei), 154 (Jun), 157 (Julai dan Ogos), 156 (September), 162 (Oktober) dan 163 (November).
Hanya tiga kemenangan dapat dicapai Harimau Malaya pada siri perlawanan persahabatan iaitu ketika membelasah Sri Lanka 6-0 pada 28 April, menewaskan Singapura 2-0 (12 Jun) dan mengutip satu-satunya kejayaan di tempat lawan ketika menumpaskan Hong Kong 3-0 pada 16 Oktober.
Menambah kepahitan skuad bola sepak ialah kegagalan pasukan Olimpik yang meraih sekurang-kurangnya satu mata dalam pusingan akhir kelayakan Kumpulan C apabila tewas dalam keenam-enam perlawanan.
Telah gagal dalam tiga perlawanan yang dijalankan pada tahun lalu, mereka terus menjadi sasaran mudah lawan untuk dijinakkan apabila kalah kepada Bahrain 1-2 (5 Februari), dibelasah Jepun 0-4 (22 Februari) dan Syria (14 Mac).
Laluan sukar ke final di Doha
KUALA LUMPUR - Skuad hoki kebangsaan memilih laluan sukar untuk merealisasikan impian ke final selepas tewas 1-2 kepada China pada Kejuaraan Hoki Trofi Asia 2012 di Doha, Qatar, kelmarin.
Kegagalan tersebut menyebabkan kedudukan skuad negara tidak berganjak daripada tangga ketiga selepas empat perlawanan dengan tujuh mata.
Ini bermakna skuad Paul Revington perlu memenangi perlawanan terakhir menentang penyandang juara tahun lalu dan pendahulu kedudukan ketika ini iaitu India jika ingin ke final.
Dua pasukan teratas akan beraksi pada perlawanan akhir, esok.
Dalam masa yang sama juga Revington perlu berharap Jepun mampu menundukkan pasukan terbaik Asia, Pakistan yang kini berada pada kedudukan kedua kumpulan.
Pada perlawanan kelmarin, pasukan kebangsaan yang kini berada pada ranking ke-13 dunia, gagal memanfaatkan peluang ke atas China yang menduduki ranking ke-18 apabila membiarkan pasukan lawan meraih dua gol melalui pukulan sudut penalti.
China terlebih dahulu mendapatkan jaringan pada minit ke-31 menerusi Huang Yue dan Yong Li pada minit ke-34.
Jaringan tunggal skuad kebangsaan hanya diperolehi menerusi penyerang Faizal Saari pada minit ke-63.
Keputusan lain menyaksikan India mengekalkan rekod tanpa kalah pada kejohanan kali ini selepas membenam Pakistan 2-1.
Sementara itu, Jepun pula berpesta gol menewaskan Oman untuk meraih kemenangan pertama dengan keputusan 7-1.
Pencapaian skuad kebangsaan pada penyertaan kejohanan sama tahun lalu ialah meraih tempat ketiga keseluruhan ketika di bawah bimbingan bekas jurulatih Tai Beng Hai.
Internet hilangkan minat membaca
MINAT membaca buku sememangnya sudah lama dipupuk sejak zaman persekolahan sehingga bekerja tetapi sejak menggunakan telefon pintar empat tahun lalu, kecenderungan itu pudar perlahan-lahan. Saya yakin anda juga merasainya.
Bukti nyata ialah semasa mengemas himpunan buku di sebelah katil baru-baru ini. Terperanjat ada, kesal pun ada. Bercampur-baur.
Rupa-rupanya ada tujuh buku tidak habis dibaca melepasi bab pertama. Ini tidak pernah terjadi. Apa lagi buku tersebut semuanya bertema mafia. Terlupa? Mungkin. Termalas. Pun ada juga.
Sekian lama, kelaziman saya ialah membaca minimum sejam sebelum tidur. Tidak kira jika saya memulakan bacaan pada pukul 2 pagi sekali pun, saya kena membaca. Ini tabiat yang saya warisi daripada bapa. Sampai satu tahap, saya boleh membaca tiga buku serentak dalam seminggu tanpa hilang ingatan kepada plot cerita. Malah, saya amat berbangga dengan koleksi buku bertema mafia yang melangkau angka 1,000 unit dalam rak buku yang dikumpul hampir 20 tahun.
Saat telefon pintar diperkenalkan di Malaysia, ia merubah fundamental amalan dan tabiat membaca saya, dan mungkin kebanyakan daripada anda juga. Dengan akses Internet, telefon pintar menawarkan berita terkini, siaran langsung dan reaksi sekilas menekan butang Refresh. Ini diburukkan lagi dengan kemunculan Facebook dan Twitter. Masa terluang sudah tiada lagi diperuntukkan kepada buku. Hendak pergi ke pesta jualan murah buku bulan ini pun tidak ada selera.
Tabiat membaca buku kini ditukar kepada membaca berita dalam talian, terutama laporan agensi berita antarabangsa. Apa yang sedang berlaku pada waktu siang di Amerika Syarikat misalnya, boleh dibaca dengan teliti oleh kita sebelum tidur di dunia sebelah sini. Ia begitu mendebarkan membaca detik-detik sesuatu kejadian sedang dirungkai oleh wartawan di tempat kejadian secara langsung. Ia juga boleh ditonton terus melalui pautan video sama ada menerusi telefon pintar atau komputer tablet. Mengapa perlu membaca buku? Mengapa perlu membaca akhbar keesokan hari jika anda boleh membacanya secara langsung sekarang?
Persoalan di atas begitu benar dan isu paling dekat pada saya, sebagai wartawan yang turut sama mengguna segala gajet pintar tersebut. Ia adalah realiti. Tatkala industri media dihambat oleh isu penurunan bilangan edaran akhbar kesan daripada impak dunia maya ini, fenomena ini berlaku pada diri saya sendiri - sebagai peminat buku dan pembaca artikel berita.
Selain faktor di atas, tidak dinafikan turut menjadi penyebab kepada penurunan akhbar di Malaysia ialah suasana politik kepartian yang menyiram api kebencian kepada organisasi media arus perdana. Secara teorinya, keadaan ini boleh disifatkan 'sudah dijangka'. Bila wujud desakan politik seperti membatalkan langganan akhbar Utusan di pejabat-pejabat kerajaan negeri yang tidak sealiran dengan Kerajaan Pusat, tentu sekali ia menurunkan bilangan jualan.
Ia 'sudah dijangka' kerana semasa ahli politik itu berada di dalam kerajaan dulu, akhbar arus perdanalah buah hatinya dan dipasang orang kepercayaannya untuk meneraju akhbar. Bila dia tidak lagi dengan kerajaan, 'sudah dijangka' jugalah dia akan bertindak menghalang wartawan Utusan menghadiri sidang akhbarnya.
Tetapi faktor di atas hanyalah sebahagian kepada punca penurunan jualan akhbar arus perdana. Bukan faktor utama. Sebaliknya faktor dominan ialah trend perubahan minat membaca di kalangan generasi muda. Trend ini bukan khusus di Malaysia semata-mata tetapi seluruh dunia.
Kaji selidik firma Pew Research Center yang berpangkalan di Washington D.C terhadap trend dalam penggunaan berita 1991-2012 yang diterbitkan pada September lalu, mendapati golongan berusia 25 tahun ke bawah di Amerika Syarikat adalah sebanyak 60 peratus mendapatkan berita secara digital berbanding sumber berita tradisional.
Media tradisional yang dimaksudkan ialah televisyen, radio dan akhbar bercetak manakala platform digital adalah berita dalam talian, Twitter, rangkaian sosial, e-mel dan Podcast.
Bagi generasi muda, berita menghadapi persaingan sengit daripada kegiatan lain, terutama rangkaian sosial. Di kalangan mereka yang berusia muda daripada 25 tahun, bilangan yang menggunakan Facebook atau rangkaian sosial lain adalah sama peratus dengan sumber berita lain yang digabungkan iaitu 76 peratus berbanding 71 peratus.
Permainan dalam talian atau gaming, adalah aktiviti harian yang sangat popular. Pada tahun 2006, sebanyak 17 peratus bermain permainan komputer atau konsol video. Dalam kaji selidik terbaru Pew itu, sebanyak 33 peratus mengatakan mereka bermain menggunakan format tersebut atau atas peralatan bergerak. Kalangan mereka yang berusia di bawah 30 tahun adalah paling ramai bermain permainan tersebut berbanding menonton berita televisyen.
Satu aspek menarik ialah kajian Pew mengenai fungsi Twitter, yang sememangnya semakin mendapat tempat di kalangan generasi muda kita hari ini. Sebagai perbandingan, di Amerika Syarikat, Twitter dianggap masih 'kecil' peranannya sebagai sumber berita kerana sifatnya yang terarah kepada audiens yang terhad mengikut akaun peribadi individu atau organisasi.
Pengikut Twitter kelihatan lebih selesa mengikuti tweet wartawan profesional dan organisasi berita bonafide berbanding rakan rangkaian sosial mereka yang lain.
Dalam konteks yang sama, Pew mengesahkan bahawa bilangan mereka yang mendapatkan berita secara kerap menerusi telefon pintar, komputer tablet atau alat-alat lain, kini semakin bertambah. Pertumbuhan ini dipacu terutamanya oleh kemudahan akses Internet seperti WiFi.
Mungkin ada orang berkata, melihat semua rumusan di atas yang sebegitu ilmiah dan panjang pula, memang patutlah orang malas hendak membaca. Hilang minat membaca di kalangan orang muda hari ini dikhuatiri akan mengakibatkan negara ini berdepan dengan risiko memiliki rakyat yang kurang analitikal. Bagaimana hendak menangani isu ini?
Banyak akhbar dan majalah di dunia, misalnya Newsweek terpaksa membuat keputusan genting untuk memastikan kesinambungan hidup mereka. Lalu format diubah menjadi sekadar berita dalam talian. Kes Newsweek ini akan dipantau dan diteliti oleh semua pihak yang terlibat dalam industri media dan penerbitan berita. Apakah ia akan terus hidup atau berkubur seperti majalah Asiaweek?
Setakat ini, saya tidak berhasrat menutup akses Internet pada telefon saya. Saya pasti anda juga bersetuju. Tidak sekarang, tidak di masa hadapan.
berita terkini dunia bola sepak negara
Sisih Rajagobal tidak akan bantu selesai masalah Harimau Malaya
sukan@utusan.com.my
Jumlah kecil Red Warriors dipersoal
Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my
KOTA BHARU - Kekurangan pemain berkaliber daripada pasukan Kelantan dalam skuad Harimau Malaya terus dipersoalkan beberapa pihak yang mengikuti rapat kancah bola sepak tanah air.
Antara persoalan yang terus hangat dibualkan adalah kenapa pasukan Harimau Malaya yang dibimbing jurulatih Datuk K. Rajagobal tidak dibarisi ramai pemain skuad Kelantan.
Sedangkan pasukan The Red Warriors merupakan juara treble musim lalu.
Kebanyakan pengkritik sukan berpendapat, sistem pemilihan pemain negara tidak sistematik, malah mereka percaya pemain-pemain dari pasukan yang menjuarai kejohanan besar domestik sepatutnya mendapat tempat.
Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan, Mohd. Khairi Yazid berkata, beberapa nama dalam pasukan Kelantan boleh membantu skuad kebangsaan dalam perlawanan pusingan kelayakkan Piala Asia selepas Malaysia gagal mempertahankan Piala Suzuki AFF.
"Sudah tiba masanya Rajagobal melakukan perubahan dengan menyenaraikan pemain dari pasukan yang menjuarai kejuaraan tertinggi dalam saingan bola sepak tempatan.
"Jadi pasukan yang merangkul kejuaraan paling banyak musim ini ialah Kelantan sepatutnya pemain dari pasukan inilah yang sepatutnya diberi peluang untuk memperkuatkan pasukan Harimau Malaya.
"Lagipun pemain Kelantan mempunyai pengalaman beraksi di pentas antarabangsa iaitu dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.
Tambahnya, pendekatan tersebut turut dipraktikkan pasukan Singapura dan Thailand yang membariskan pemain dari pasukan yang menjuarai liga di negara masing-masing.
"Saya yakin dan percaya kehadiran pemain Kelantan seperti kapten paling berpengaruh Mohd.Badhri Radzi, Nor Farhan Mohamad, Indra Putra Mahyuddin dan beberapa pemain lain yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa boleh membantu pasukan," katanya.
Turut senada dengan pendapat yang diutarakan itu ialah bekas pemain kebangsaan era-60, Mahadi Yusoff.
Mahadi berkata, sudah tiba masanya pengendali skuad kebangsaan itu menyenaraikan beberapa tonggak Kelantan bagi memperkuatkan pasukan menjelang saingan kelayakan Piala Asia nanti.
"Pendapat saya, amat wajar pasukan kebangsaan diperkuatkan dengan pemain dari skuad yang menjuarai liga sebagaimana dibuat ketika saya menyarung jersi negara pada akhir tahun 60-an dulu.
"Langkah ini cukup berkesan kerana mereka sudah serasi dan memahami cara permainan masing-masing. Sebagai contoh Mohd. Badhri dilihat cukup memahami kehendak dan corak permainan Norshahrul, buktinya dua jaringan yang dihasilkannya ketika aksi akhir Piala Malaysia adalah hantaran Badhri," tegasnya.
Singapura julang kejuaraan keempat
nasihat saya dalam peristiwa AFF Suzuki yang lalu
14. Saya berharap semoga kita dapat mengulangi dan sekali lagi menjulang piala AFF Suzuki 2014 seperti kita kalahkan Indonesia dua tahun lepas dalam final dan perlawanan bola sepak selepas ini khususnya piala Asia 2013.
berita malang lagi menyedihkan buat rakyat Malaysia
Malaysia gagal ke akhir Piala Suzuki AFF 2012
KUALA LUMPUR 13 Dis. - Malaysia gagal mengulangi pencapaian 2010 apabila tewas
dalam perlawanan separuh akhir Piala Suzuki 2012 kepada Thailand dengan agregat 3-1
di Stadium Supachalasai, Bangkok.
Pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil kedua-dua
pasukan terikat 1-1.
Thailand akan bertemu Singapura pada perlawanan akhir yang berlangsung Rabu
(Stadium Jalan Besar) dan Ahad ini (Stadium Supachalasai).

Harimau Malaya seri dengan gajah putih 1-1

SKUAD KEBANGSAAN gagal memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri apabila
sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Thailand dalam perlawanan separuh akhir
pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Kemenangan ditempat lawan agak sukar jika cara permainan hentam kromo dipraktikkan.
Nampak sangat bahagian midfield tidak menyerlah, banyak hantaran jauh yang tidak tepat. Rajagopal perlu memberikan teknik yang lebih baik untuk menghidupkan semula bahagian
midfield.
Kawalan bola pemain Malaysia juga kurang menyerlah berbanding pemain Thailand.
Gol Malaysia dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-48 manakala
Thailand menerusi Teerasil pada minit ke-79.
Keputusan ini meletakkan Malaysia di laluan tertekan untuk memburu tiket ke final.
Harimau Malaya akan bertandang ke Thailand Khamis ini untuk perlawanan timbal balik.
Pada perlawanan malam ini, sebaik permainan bermula Malaysia lebih agresif dengan
beberapa percubaan berbahaya dan seawal minit kelima, kubu skuad Gajah Putih diuji,
namun sepakan percuma yang dilaksanakan oleh Safiq Rahim gagal menembusi gawang
lawan.
Pada minit ke-12, benteng pertahanan skuad negara pula diuji oleh dua percubaan dari
jarak jauh, daripada Adul tetapi tindakan pantas penjaga gol Malaysia, Mohd Farizal
Marlias berjaya menafikan percubaan itu.
Hasil serangan balas, skuad Harimau Malaya hampir berada di depan pada minit ke-18,
tetapi percubaan Norshahrul Idlan Talaha, yang turut dikenali Mat Yo, gagal mengatasi
barisan pertahanan Thailand.
Peluang pertama Thailand hanya hadir pada minit ke-27 menerusi hantaran bahaya
Datsakorn, begitu pun berjaya dikeluarkan oleh Mohammad Aidil Zafuan.
Thailand sekali lagi mempunyai peluang membolosi gawang lawan apabila cubaan Anucha
memberi bola kepada Datsakorn dari sayap kiri dan Teerasil membuat hantaran pada minit
ke-29, tetapi Farizal berjaya menyelamatkan hantaran.
Selepas itu, cubaan Datsakorn mencipta peluang untuk Thailand terus tidak berjaya pada
minit ke-44 apabila Aidil menghalang pemain lawan dari mengambil kesempatan.
Selang beberapa minit memasuki babak kedua perlawanan, belum sempat Thailand
melakukan asakan, tandukan Mat Yo pada minit ke-49 hasil hantaran Mahali di sayap
kiri telah menggegarkan stadium apabila meledak gol pertama buat Malaysia.
Thailand menggandakan asakan. Hantaran Piyapol Bantao dari sayap kanan pada minit
ke-55 gagal dikawal rakan sepasukan dan Aidil menyepak bola keluar dari keadaan
bahaya.
Mendapat sorokan gemuruh daripada penyokong sendiri, Malaysia sekali lagi berpeluang menambah jaringan gol menerusi percubaan baik oleh Mat Yo, bagaimanapun pasukan
tuan rumah gagal ambil kesempatan setelah dipesong keluar oleh Kawin.
Thailand nyata tidak berputus asa apabila terus melakukan serangan, namun Farizal
berjaya menepis keluar percubaan Thailand dan tendangan sudut pasukan pelawat itu
gagal mendatangkan hasil.
Kelekaan pertahanan Malaysia akhirnya mengundang padah apabila penyerang sensasi
Thailand, Teerasil menyamakan kedudukan dengan tandukan baik pada minit ke-79.
Mohd Safee cuba menguji benteng pertahanan Thailand pada minit ke-88, namun
kuisannya gagal disambar rakan sepasukan untuk kedudukan tersebut kekal sehingga
wisel penamat.
Senarai pemain Malaysia:
Mohf Farizal Marlias, Mahali Jasuli, Mohd Bunyamin Umar, Mohammad Aidil Zafuan,
Safiq Rahim (kapten), Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Gary Steven Robbat,
Azammudin Akil, Baddrol Bakthiar, Mohd Fadhli Mohd Shas
Senarai pemain Thailand:
Kawin Thamsatchanan (kapten), Panupong Wongsa, Theerapyhon Bunmathan,
Chonlatit Jantakam, Datsakorn Thonglao, Teerasil Dangda, Anucha Kitpongsri,
Adul Lahsoh, Jakkapan Pornsai, Phichitphong Choeichiu, Piyaphon Buntao
Pengadil perlawanan: Torki Mohsen Ramezanali (Iran)
Komen: Betul apa yang dikatakan itu. Saya berdoa semoga HM menang atau seri 2 mata
ke atas Thailand. Do your best......
'Gaza! kami datang lagi'
ANAK-KANAK Palestin duduk berselimutkan kain berwarna-warni sambil melukis dan
dikelilingi persekitaran bukit-bukit timbunan runtuhan rumah mereka.
Mereka melukis kereta kebal Israel, mayat yang bergelimpangan di jalanan serta pejuang
Palestin yang sedang menembak. Ini bagi menggambarkan suasana kejadian yang
mereka lihat semasa serangan oleh tentera Israel.
Itu yang diperhatikan Ketua Unit Perubatan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia,
Datuk Dr. Alwi Abdul Rahman semasa beliau tiba di Gaza pada Ogos 2010.
Menyertai misi diketuai pengerusi kelab, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ketika itu,
Alwi memandang sayu sejumlah kanak-kanak Palestin di wilayah Gaza yang berkeliaran
di jalanan. Mereka bermain perang-perang di luar rumah meskipun langit Gaza sedang
dikepung oleh jet tempur F-16 dan pesawat tanpa pemandu milik Israel.
Esok, Jumaat 7 Disember, Alwi akan menyertai Abdul Azeez sekali lagi berlepas ke Gaza. Ia misi kedua Kelab Putera 1Malaysia ke Gaza dan ke-29 misi kemanusiaan kelab itu ke seluruh
dunia termasuk domestik.
Abdul Azeez ketika ditemui saya bersama Alwi semalam memberitahu, misi kali ini sangat berbahaya. Ini kerana bukan sahaja Gaza yang sedang bergolak, malah Mesir sebagai
pintu laluan untuk ke sana turut ditimpa masalah dengan beberapa siri demonstrasi yang
melanda negara itu.
Demikian juga dengan cuaca di Palestin yang memasuki musim sejuk sekitar 10 darjah
celsius.
"Jika pada misi pertama kami masuk ke Kaherah dahulu dan bermalam sehari di sana
tetapi kali ini kami akan terus ke Rafa. Saya hendak ingatkan kepada
sukarelawan-sukarelawan yang mengikuti misi ini, kita bukan pergi berkelah, melancong
atau berjalan-jalan. Segala akibat yang mungkin boleh berlaku adalah atas inisiatif
sendiri dan tanggungjawab sendiri.
"Jangan nanti jika berlaku sesuatu, ada isteri, ibu atau bapa yang cuba menyalahkan
mana-mana pihak terutama pihak kerajaan atas kehilangan ahli keluarga mereka.
Pemergian kita berpaksikan jihad atau fisabilillah," katanya.
Abdul Azeez berkata, misi kali ini yang melibatkan 61 sukarelawan termasuk 20 doktor
pakar memfokuskan kepada bantuan perubatan selain menyediakan bekalan makanan.
"Kita akan membawa bekalan ubat-ubatan bernilai RM460,000, bekalan selimut 20,000
helai dari sini manakala bekalan makanan seberat 4 tan kita akan beli di sana," katanya.
Mengenai soal keselamatan, kata beliau, pihaknya menyediakan kelengkapan keselamatan
kepada sukarelawan dan pengamal media yang mengikuti misi bantuan kemanusiaan itu.
"Sebanyak 11 jaket kalis peluru disediakan kepada sukarelawan yang mengikuti misi
bantuan kemanusiaan ini pada 7 hingga 16 Disember ini.
"Misi kali ini akan bertumpu di tempat- tempat yang dihujani peluru Israel. Dalam misi
kali ini, Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia menghantar 20 wakil anak muda ke sana.
"Penglibatan mereka adalah tanda keprihatinan generasi muda negara ini terhadap
kesengsaraan rakyat Palestin," kata beliau.
Menyerahkan penjelasan selanjutnya misi itu kepada Alwi, Ketua Jabatan Kecemasan
Hospital Selayang itu memberitahu, banyak kanak-kanak Palestin mengalami trauma.
Selain itu, mereka turut mengalami gangguan tidur, mimpi buruk dan terkadang mereka
terbangun dalam keadaan mengigau.
"Palestin diibaratkan penjara yang terbesar di planet ini. Rakyatnya tidak boleh
sewenang-wenang ke luar negara. Tahap trauma kanak-kanak mereka cukup kritikal.
Mereka ketawa tetapi cuma terlihat pada jasad sahaja," katanya.
Seorang ahli psikologi berkata, serangan oleh tentera Israel baru-baru ini mengakibatkan
lebih banyak kesan trauma berbanding konflik sebelum ini di Gaza kerana mereka tidak
mempunyai tempat untuk lari menyelamatkan diri.
Malah, kaunselor dan pekerja bantuan khuatir kanak-kanak Gaza yang merupakan 56
peratus daripada 1.7 juta penduduk akan dibesarkan dengan perasaan benci terhadap
Israel dan mudah menjadi mangsa kumpulan pelampau. Karektor mereka cukup keras
kerana dibesarkan di lingkungan perang.
"Kami kehilangan generasi seterusnya," kata pegawai tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu, John Ging di Gaza.
Begitupun Alwi mampu juga menarik nafas lega. Ini berikutan Perhimpunan Agung PBB
pada 29 November lalu mengambil ketetapan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah
negara, apabila memberikannya status sebagai "Negara Pemerhati" dalam persidangan-persidangannya. Ini merupakan satu lonjakan ke depan dalam perjuangan umat Palestin
dan umat Islam sendiri sejak masa yang panjang bermula dengan penjajahan British
tahun 1917 dan semenjak pengisytiharan negara haram "I.s.r.a.e.l" tahun 1948.
Pengiktirafan itu menyebabkan status Palestin di PBB kini dinaik taraf daripada entiti
pemerhati kepada negara pemerhati bukan anggota iaitu sama seperti status yang dimiliki
oleh Vatican City.
Walaupun Palestin masih tidak layak untuk mengundi dalam UNGA, tetapi negara itu
boleh menyertai agensi-agensi PBB lain terutamanya Mahkamah Jenayah Antarabangsa
(ICC) - membolehkan siasatan dilakukan ke atas kekejaman Israel.
Pada 17 Disember nanti, Abdul Azeez akan kembali ke tanah air dari misi Gaza. Beliau
kemudian akan mengemukakan laporan kejayaan misi kepada Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Garuda rebah

*Berdasarkan penilaian saya, memang benarlah apa yang dikatakan oleh Utusan memang benar kerana saya setia
bola sepak dan akhirnya kita layak ke separuh akhir (saya selalu menonton perlawanan di televisyen). Tahniah
kepada pasukan kita. Kita terpaksa berlawan dengan Thailand walaupun kita ada sudah ada harapan berlawan
dengan Filipina. Hal ini kerana Singapura kalahkan Laos 4-3 yang menjadikan Singapura memungut 7 mata
sekaligus Malaysia jatuh ke naib juara kumpulan B di belakang Singapura. Oleh kerana kita berjaya belasahkan
pasukan Garuda itu, Indonesia jatuh ke nombor 3 dan kita no 2 dengan 6 mata keseluruhan. Saya melihat taktikal
yang dibuat oleh K.Rajagopal dan perubahan ke lebih terbaik pasukan kita telah berjaya golkan dalam masa
5 minit sahaja. Saya berharap semoga 9 Disember nanti (perlawanan dengan Thailand) nanti menempah kejayaan.
Insya-Allah.
Carian pintas artikel blog ini
Blog lain
Arkib Blog
-
▼
2012
(62)
-
▼
Disember
(9)
- 2012 tahun duka Harimau Malaya
- Laluan sukar ke final di Doha
- Internet hilangkan minat membaca
- berita terkini dunia bola sepak negara
- nasihat saya dalam peristiwa AFF Suzuki yang lalu
- berita malang lagi menyedihkan buat rakyat Malaysia
- Harimau Malaya seri dengan gajah putih 1-1
- 'Gaza! kami datang lagi'
- Garuda rebah
-
▼
Disember
(9)
Fakta mengenai rokok
