Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Makanan pengaruhi kesihatan diri, mental



Tanggungjawab pemilik dan pengusaha restoran untuk mendapatkan sijil halal dan mempamerkan logo halal di premis masing-masing. - UTUSAN/IRWAN MAJID
SETIAP kali menjelang Ramadan persoalan makanan halal dan haram menjadi isu yang menggamatkan umat Islam. Beberapa hari lalu timbul perdebatan sajian makanan di hotel-hotel untuk 'buffet Ramadan' kerana tidak semua hotel yang menyediakannya memperoleh sijil halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN).
Pihak hotel pula mendakwa, di samping memerlukan perbelanjaan besar untuk melakukan pemisahan dapur dan peralatan memasak bagi memenuhi piawaian halal, proses mendapatkan sijil juga memeritkan. Ia memerlukan masa yang panjang setelah kebenaran yang diberikan kepada pihak swasta sebelumnya ditarik balik.
Persoalan mendapatkan makanan halal sebenarnya sudah lama dikesali pengguna kerana ada pengusaha tidak peka dengan keperluan khusus umat Islam. Setelah mendapat pengiktirafan halal, ada pengusaha mula mencampuradukkan bekas penyimpanan bahan mentah atas masalah menjimatkan kos.
Persoalan ini sebenarnya tidak boleh diselesaikan sepenuhnya kerana masing-masing mempunyai alasan. Pihak Jakim akan mendakwa, untuk memenuhi piawaian halal mereka memerlukan semakan yang teliti dan ia dilakukan dalam keadaan 'kain yang singkat'. Tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi manakala pengusaha pula tidak sanggup menunggu kerana makin lama menunggu mengakibatkan kecairan tunai tersekat disebabkan pelaburan besar tidak mendatangkan pulangan modal yang cepat.
Apa yang lebih penting adalah menanamkan kesedaran kepada pengguna. Dalam falsafah kepenggunaan, kuasa yang ada padanya hendaklah digunakan dengan baik, yakni memboikot premis yang tidak mematuhi piawaian halal. Bagaimanapun, disebabkan corak penggunaan di Malaysia sudah banyak berubah, daripada menyediakan sendiri bahan mentah kepada membelinya di pasar raya disebabkan kesuntukan masa dengan kerjaya, maka boikot boleh menjejaskan penyediaan makanan untuk keluarga.
Sebagai pengguna Islam, kita hendaklah memahami bahawa memperoleh makanan halal adalah kewajipan yang tidak boleh dipandang ringan. Sebelum membeli, kita diwajibkan memeriksa kandungan bahan yang dijual itu mengandungi bahan halal ataupun tidak. Tetapi, pihak pengeluar lebih bijak menjenamakan produk mereka, dengan nama baru yang kadangkala mengelirukan. Perincian kandungan bahan sengaja disembunyikan. Mereka lebih gemar menggunakan istilah saintifik, yang tidak semua orang memahaminya.
Memilih makanan halal merupakan ketetapan yang mutlak dan muktamad daripada Allah. Ketetapan itu tidak boleh dipinda oleh sesiapa pun. Ia termasuk bahan-bahan asas yang dihasilkan daripada punca yang haram misalnya khinzir dan arak. Manakala pihak pembekal pula merasakan inilah peluang untuk mereka melonjakkan jualan kerana bahan-bahan itu dikatakan mempunyai perisa yang lazat, lebih tahan lama dan lembut.
Masyarakat Islam mestilah memahami, bahan-bahan makanan yang dihasilkan daripada khinzir misalnya diharamkan kerana kandungan virus di dalamnya boleh mendatangkan kemudaratan besar. Suatu ketika dulu, sebelum teknologi mengangkut sampah dipermodenkan, khinzir digunakan untuk membersihkan sampah sarap di kawasan-kawasan yang tidak sanggup dilakukan oleh manusia.
Khinzir akan dilepaskan pada waktu malam terutamanya di lorong-lorong yang sempit. Oleh kerana kaedah pemakanan khinzir yang kotor, bahan buangan seperti najis, ulat dan cacing menjadi bahan makanannya. Khinzir kemudiannya menghadamkan sisa-sisa sampah manakala virus dan cacing yang dimakannya tidak mati, ia terus membiak dalam tubuh badannya. Virus dan cacing itu kemudian berpindah kepada manusia apabila menjadikan daging khinzir sebagai bahan makanan.
Pengharaman arak berdasarkan proses pemeraman sekian lama. Proses pemeraman itu memerlukan bahan pengawet tertentu bagi mengekalkan kesegaran. Apabila sebatian bahan kimia itu bergabung dalam proses pemeraman itu, ia akan menghadirkan sebatian baru yang boleh memudaratkan manusia. Boleh mengakibatkan organ dalaman menjadi kacau dan seterusnya membahayakan kehidupan.
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda: Daripada Salman al-Farisi semasa Rasulullah SAW ditanya tentang hukum lemak, keju dan keldai hutan, Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa apa yang dihalalkan di dalam kitab Allah adalah halal dan apa yang diharamkan-Nya adalah haram, manakala apa yang didiamkan, ada kemaafan bagi kamu. Allah SWT memerintahkan agar manusia memakan makanan yang sifatnya halal dan thayyib iaitu lazat, baik dan menyihatkan. Malah al-Quran menyenaraikan pelbagai jenis makanan yang zat seperti ikan, madu, buah-buahan, lemak dan minyak untuk dimakan.
Firman Allah dalam surah al-Mu'minun ayat 19 yang bermaksud: Kemudian, kami tumbuhkan kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (pelbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak, dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
Al-Quran sesungguhnya mengecam mereka yang mengharamkan rezeki halal yang disediakan oleh Allah kepada manusia. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman dalam surah Yunus ayat 59 yang bermaksud: Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu hingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan sebahagiannya lagi halal? Katakanlah (kepada mereka): Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah? Dia (Allah) menciptakan untuk kamu apa yang ada di bumi seluruhnya. (Surah al-Baqarah ayat 29).
Makanan memberikan tenaga dan meninggalkan pengaruh kepada kehidupan. Selain menjamin kelangsungan hidup, membantu proses pertumbuhan, mengekalkan kesihatan, makanan membantu memperkembangkan kecerdasan emosi dan psikologi. Jika mengambil makanan daripada sumber tidak halal, ia turut menggugat kesihatan mental misalnya dengan meminum arak, kandungan alkohol akan menyebabkan pemikiran tidak stabil.
Dalam dunia perisikan, banyak rahsia negara ikut terdedah. Seseorang yang mabuk, khayal dan tidak stabil akan menghasilkan tindakan yang negatif. Tindakan itu bukan sahaja merosakkan diri sendiri, bahkan melibatkan orang lain. Seseorang yang mabuk, sanggup melakukan apa sahaja termasuk membocorkan rahsia negara.
Seorang ulama besar, al-Harali berpendapat jenis makanan dan minuman yang diambil boleh mempengaruhi jiwa dan sifat-sifat mental pemakannya. Justeru alasan al-Quran cukup kuat apabila ia mengharamkan arak, bangkai, darah dan daging khinzir kerana ia akan memberi kesan atau mudarat ke atas jiwa manusia.
Sesuatu makanan yang dihalalkan oleh Islam sudah pasti akan memberi kebaikan kepada manusia dan tidak akan membawa kemudaratan. Begitulah sebaliknya sesuatu yang diharam itu sudah tentu akan memudaratkan manusia.
Islam juga menetapkan sesuatu makanan yang dianggap halal tetapi cara mendapatkannya tidak halal adalah haram untuk dimakan. Sebagai contoh barang curi atau harta yang dirampas, makan harta anak yatim dan memakan harta benda yang diperoleh secara riba. Rasulullah SAW juga mengaitkan antara termakbulnya doa dengan makanan halal.
Beliau bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud:Wahai seluruh manusia. Sesungguhnya Allah Maha Baik. Dia tidak menerima (sesuatu) kecuali yang baik. Dia memerintahkan kaum mukmin sebagaimana memerintahkan para Rasul dengan firman-Nya, 'Wahai Rasul, makanlah rezeki yang baik yang telah kami anugerahkan kepadamu' (kata perawi). Rasul kemudian menjelaskan seorang pejalan kaki, comot dan kotor, menadahkan kedua tangannya ke langit berdoa, 'Wahai Tuhan, wahai Tuhan', (tetapi) makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, makan daripada barang haram, maka bagaimana mungkin ia dimakbulkan.

doakan kami untuk pertandingan robotik 6/7 ini

Assalamualaikum wbt dan salam 1 malaysia.
Saya minta maaf kerana saya terlalu sibuk menyiapkan programming robot, designing sudah siap tetapi untuk program, ya-Allah, susah gila dan memakan masa lama. Sudahlah pertandingan robotik zon selangor pada hari Jumaat ini, 6/7/2012. Oleh sebab itu, saya mohon kepada semua pengunjung blog supaya doakan semoga pasukan kami menang pertandingan ini. Amin...............

Pada hari Isnin lepas, kami menyambut hari guru atau instruktor. Memang dibuat pada hari itu kerana tidak ingin menganggu peperiksaan akhir sem 1 (pertengahan tahun). Insya-Allah, saya akan memasukkan foto hari guru pada hari Ahad ini termasuk pertandingan robotik. Jumaat ini, kami juga ada perjumpaan ibu bapa dengan anugerah prof (anugerah cemerlang), iaitu anugerah subjek terbaik dan juga anugerah prof (pointer 3.65 ke atas)- A-. Saya memang tidak dapat pun atas alasan rahsia. Itu sahaja. Akhir kata, doakan semoga Allah swt permudahkan programming kami semoga siap sebelum hari esok untuk membolehkan kami berlatih cabut dan pasang bahagian robot. Saya mendapat bahagian motor & tayar sahaja.

Itu sahaja.

Perkembangan di permata pintar

Assalamualaikum wbt.
Saya ingin menceritakan mengenai perkembangan diri saya di sini.
1. Saya terpilih  menduduki ujian MT Olimpiad kebangsaan di permata pintar, ASASIpintar dengan 8 buah sekolah SBP dan menghantar 8 orang wakil setiap sekolah. Namun begitu, saya tidak menang sebarang pingat atau sijil pencapaian terbaik tetapi hanya sijil penyertaan sahaja. Sedih rasanya. Ada juga bengkel mengenai falsafah MT Olimpiad dan macam-macam lagi. Malam itu, ada majlis makan malam dengan persembahan sekali. Hari esok Ahad ada majlis penyampaian sijil dengan pingat. Ia berlangsung pada 16 & 17 Jun 2012.

2. Summer camp US tiga minggu saya katakan itu dibuat 2 orang dengan satu dari asasi dan lagi seorang daripada permata pintar. Namanya Norul Ilham. Dia berangkat malam jumaat 22/6. Dia akan berada di sana sehingga tiga minggu akan datang. Di sini pula juga ada summer camp, iaitu 30 orang Form 4 permata pintar perempuan (ceh......sedih saya rasanya) dengan 30 orang Arab serta negara-negara lain di kolej burhanuddin helmi, UKM dan belajar di permata pintar.

3. Guru Add math, biologi dan mt turut serta sebagai teacher assistant (TA). Saat ini homework dan assignment statistics dalam microsoft excel untuk add math terlalu banyak. MT pula cigu kami suruh belajar 4 tajuk lagi sendiri. Setelah balik, ada ujian untuk menguji sejauh mana boleh belajar sendiri. Pehh...... sepanjang tiga minggu ini.  Sebab itulah saya sangat sibuk.

4. Saya juga teramat sibuk training robot untuk pertandingan negeri selangor di SMK Tinggi , Klang pada 6 julai nanti, insya-Allah. Doakan saya, boleh? Malam ini insya-Allah saya akan post artikel lain.

Guru berinovasi wajar diberi keutamaan



Oleh kerana sudah lama tidak menulis artikel, saya ingin ucapkan selamat hari guru 16 mei & selamat hari ibu 9 mei.


BIASANYA tokoh guru adalah mereka yang telah bersara. Selain sejarah perkhidmatan di sekolah sebagai guru, maka sebahagian besar biodatanya memaparkan pelbagai jawatan yang disandang sebagai pentadbir di sekolah, pejabat, jabatan atau Kementerian Pelajaran serta sumbangannya dalam pendidikan dan khidmat masyarakat.
Elok juga jika kriteria pemilihan tokoh guru menekankan nilai-nilai inovasi yang diamalkan semasa mereka menjadi guru dahulu. Namun anugerah khas kepada guru yang keunggulan mereka begitu terserlah sebagai guru berinovasi amat wajar diberi keutamaan, khususnya dalam majlis sambutan Hari Guru peringkat daerah.
Pengiktirafan ini bukan sahaja sebagai lambang penghargaan kepada kegigihan ribuan guru yang sedang mengajar di sekolah tetapi memberi penekanan bahawa tugas utama guru ialah mengajar di bilik darjah.
Dalam ucapan di majlis sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan pada 16 Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperincikan ciri-ciri guru berinovasi.
Guru berinovasi tidak semestinya dapat menghasilkan pelajar yang meraih 10A dalam peperiksaan. Yang penting keberhasilan pengajaran mereka mendorong murid seronok dan minat belajar kerana mereka mudah memahami pelajaran. Pengurusan bilik darjah terkawal, murid menumpukan perhatian di kelas dan pencapaian murid semakin meningkat.
Guru sentiasa berusaha agar objektif pengajaran tercapai. Mereka berjaya menghasilkan murid yang berakhlak mulia, menguasai kemahiran berfikir dan memiliki daya saing yang tinggi.
Kita sering mendengar guru muda yang baru tamat latihan perguruan berinovasi tinggi dan begitu bersemangat mengajar. Perkara penting ialah bagaimana untuk mengekalkan semangat inovasi guru? Bagaimana jika tahap disiplin pelajar di sesebuah sekolah tidak terkawal, ibu bapa tidak memberi perhatian kepada pelajaran anak, pelajar bebas keluar rumah dan terlibat dengan pelbagai gejala negatif?
Keadaan ini bukan sahaja boleh menjejaskan hasil pengajaran bahkan mungkin tahap inovasi guru. Pentadbir sekolah juga perlu bijaksana mengurus sumber manusia agar wujud gaya kepimpinan yang mesra guru.
Kita boleh berkata guru berinovasi sepatutnya gigih menghadapi kerenah pelajar dalam melaksanakan tugas profesional dan tugas tambahan. Persoalannya adakah kita yakin guru yang sibuk dengan kerja pentadbiran dan perkeranian serta kerap bertugas di luar sekolah maka keberkesanan pengajarannya di bilik darjah tidak terjejas?
Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan sewajarnya agar wujud persekitaran sekolah yang dapat menyuburkan tahap inovasi guru.

Bolehkah Muslim jadi Presiden Amerika?


Kalam Maulana  Arrif

BOLEHKAH seorang bukan Islam jadi Perdana Menteri Malaysia? Ini adalah soalan yang lebih tepat ditanya setelah riuh rendah orang Melayu marah apabila dijolok Karpal Singh dengan ikrarnya untuk berjuang supaya orang bukan Melayu akhirnya menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Atas rasa ingin tahu, lalu hamba taip soalan, “ Can a Muslim be the US President?" (Bolehkah seorang Muslim jadi Presiden Amerika Syarikat? ) ke petak carian dalam Internet. Lalu muncullah satu senarai jawapan.
Dari segi perlembagaan negara Uncle Sam itu, tiada peruntukan yang menghalang seseorang Muslim daripada bertanding merebut jawatan tersebut.
Perlembagaan AS tidak menyebut langsung tentang agama sebagai kriteria untuk menjadi ketua eksekutif negara demokrasi itu.
Di Malaysia juga tidak menyebut tentang agama dan keturunan seseorang sebagai syarat untuk menjadi ketua eksekutif yang bergelar Perdana Menteri.
Logiknya, tiada halangan bagi bukan Melayu untuk menjadi ketua eksekutif negara Malaysia sebagaimana mimpi Karpal.
Namun realitinya tidak begitu. Dalam negara demokrasi, keputusan majoriti pemilih menjadi penentu. Amerika yang kini menjadi penaung, penjaja dan penguatkuasa demokrasi (ada kala dengan cara tidak demokratik), amat tidak terkecuali daripada realiti ini.
Ambil contoh kepada apa yang dilalui Barack Obama. Semua orang tahu beliau adalah presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat setelah 43 orang penjawat sebelumnya berkulit putih dan beragama Kristian.
Ketika kempen pilihan raya Presiden berlangsung, tiada siapa membangkitkan soal keturunannya. Apatah lagi ibunya adalah orang kulit putih.
Namun peluangnya tercalar seketika semasa berkempen apabila ada pihak mempersoalkan tentang agamanya. Dia disyaki beragama Islam kerana bapanya seorang Muslim Kenya.
Setelah ibunya bercerai dengan bapanya, Obama dibesarkan seketika di Jakarta apabila ibunya berkahwin pula dengan lelaki Indonesia.
Sentimen
Di samping masih menjalin hubungan akrab dengan keluarga dan saudara mara di sebelah bapanya, latar belakang keturunan dan sentimen nostalgianya terhadap Indonesia telah menjadi premis syak wasangka terhadap pegangan agama Obama.
Tuduhan dan syak wasangka itu memaksa penyokong-penyokong Obama mengeluarkan kenyataan keras bahawa beliau orang Kristian.
Apa kata jika Obama gagal menafikan dirinya seorang Muslim. Pastilah Presiden ke-44 AS masih orang kulit putih beragama Kristian.
Namun kontroversi itu sedikit sebanyak telah melukai hati lebih dua juta rakyat AS yang beragama Islam.
Tentulah ia mempunyai kesan politik sekalipun orang Islam masih kumpulan minoriti. Para penganut agama lain di negara itu pasti turut terguris hati.
Sensitiviti agama itu mendorong Colin Powell, bekas jeneral kulit hitam yang pernah menjadi Setiausaha Negara di bawah Presiden George W. Bush mengeluarkan kenyataan yang lebih berhati-hati apabila ditanya tentang pegangan agama Obama.
“Dia bukan Islam. Dia orang Kristian. Tapi jawapan sebenar, ya, kalaulah benar dia orang Islam? Salahkah menjadi orang Islam di negara ini?
“Apa salahnya jika seorang budak Muslim Amerika berumur 7 tahun menyuarakan cita-cita untuk menjadi presiden? “ kata Powell dilaporkan semasa menyokong pencalonan Obama.
Seorang penulis Islam, Imraan Siddiqi, dalam laman sesawang Suhaib Webb.com antara lain memberikan jawapan begini kepada soalan - bolehkah Muslim jadi Presiden Amerika?
Imran mencatatkan, lihatlah salah seorang calon presiden, Hermain Cain, bekas CEO Godfather's Pizza. Dia ditanya dalam interviu radio, sama ada dia bersedia untuk melantik seorang Muslim ke dalam Kabinetnya atau ke jawatan Hakim Mahkamah Tertinggi.
Jawabnya: “Saya tidak bersedia. Sebabnya, ada usaha tidak ketara untuk menyerapkan undang-undang syariah dan kepercayaan orang Islam ke dalam kerajaan.
“Kerajaan kita tidak mempunyai tempat untuk hal macam ini. Inilah apa yang berlaku di Eropah. Sedikit demi sedikit, mereka mencuba dan mereka berjaya membuat perubahan kecil,".
Senario di Amerika ini adalah jawapan mudah kepada sesiapa sahaja yang mengimpikan seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Yang dibimbangi oleh orang Melayu ialah agama orang bukan Melayu itu. Hakikatnya, soal keturunan itu hanyalah kebetulan kerana Perlembagaan menakrifkan orang Melayu agamanya Islam.
Realitinya, agama adalah isu pokok bagi sesiapa sahaja yang mahu jadi ketua eksekutif Malaysia, sama seperti di Amerika walaupun Perlembagaan tidak menyebut langsung kriteria agama.
Sokongan
Lagipun Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan Malaysia menjadi anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang sidang kemuncaknya dihadiri oleh ketua-ketua kerajaan.
Tidak pernah Malaysia tidak diwakili Perdana Menteri dalam sidang kemuncak OIC. Betapa jika Perdana Menteri bukan orang Islam?
Jika faktor sokongan pemilih masih tidak menjamin kukuh Perdana Menteri Malaysia kekal orang Islam, demokrasi berperlembagaan Malaysia masih mempunyai satu elemen istimewa yang tiada di Amerika Syarikat.
Elemen itu ialah kedudukan Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara yang berhak memperkenan pelantikan Perdana Menteri.
Mengenai hal ini, Mingguan Malaysia pada 27 Mei lalu menyiarkan interviu dengan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah yang jawapannya sangat menarik dan relevan kepada isu Perdana Menteri bukan Melayu ini.
Antara lain Mingguan Malaysia bertanya: “Boleh terangkan lebih lanjut mengenai peranan Agong dalam hal menolak Perdana Menteri bukan Melayu?"
Mohd. Noor menjawab: “Kenapa Agong boleh menolak orang bukan Islam (beliau tidak menyebut orang bukan Melayu) daripada menjadi Perdana Menteri. Mereka ini tidak berupaya menasihatkan Agong mengenai urusan agama.
“Bagaimana mereka boleh menasihatkan Agong jika mereka tidak tahu dan faham tentang Islam. Perkara ini sudah tentu bertentangan atau tidak selari dengan peranan Agong sebagai Ketua Agama Islam."
Daripada jawapan Mohd Noor, cukup jelas bahawa isunya bukan orang bukan Melayu. Isunya ialah orang bukan Islam.
Obama diterima oleh majoriti pengundi Amerika kerana beliau orang Kristian, walaupun keturunannya bukan Caucasian atau kulit putih sejati.
Di Malaysia, barangkali, suatu hari nanti orang bukan Melayu juga boleh menjadi Perdana Menteri. Syaratnya, dia mestilah beragama Islam dan mengamalkan cara hidup Islam.

Bumiputera Pulau Pinang perlu dibela

BELUM pun habis sepenggal kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui DAP mentadbir Pulau Pinang, kesannya sudah dirasai penduduk Melayu Islam di negeri itu. Kajian terbaru mendapati orang Melayu Islam semakin terpinggir dan jumlahnya semakin berkurangan. Lebih 18,000 orang Melayu Pulau Pinang terpaksa angkat kaki keluar dari negeri berkenaan kerana tidak mampu menampung kos sara hidup yang semakin meningkat dan membeli rumah di negeri kelahiran mereka. Sebelum ini di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN), kehidupan orang Melayu tidaklah begitu tenat. Sepanjang tempoh BN memegang teraju kepemimpinan negeri, ada banyak projek perumahan kos rendah dan sederhana dibangunkan. Antaranya di Tanjung Tokong, Balik Pulau, Tanjung Bungah, Batu Uban, Jelutong dan Bayan Lepas. Projek itu dibangunkan oleh beberapa agensi kerajaan negeri dan Persekutuan seperti Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan JKP Sdn Bhd di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan. Pendedahan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mohammad Fairus Khairuddin kelmarin, mengenai perkara itu pastinya membimbangkan, apatah lagi usaha secara halus itu benar-benar menghakis kedudukan orang Melayu-Islam di Pulau Pinang, sekali gus menghakis kuasa politik Melayu. Jelaslah ada agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir orang Melayu dari kawasan strategik. Akibatnya, penduduk Cina kini menjadi kaum majoriti, iaitu seramai 670,000 atau 42.9 peratus pada 2010, manakala Melayu hanya 40.7 peratus berbanding 42.4 peratus pada 2009, manakala kaum Cina ketika itu hanya 40.9 peratus. 

PDC yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang sepatutnya memberi keutamaan kepada usaha memenuhi keperluan perumahan rakyat bawahan sebaik saja diberi mandat memerintah, bukannya menunggu satu jangka masa lama untuk membangunkannya. Mungkin dalam perancangan kerajaan negeri ada projek perumahan tertentu yang akan dibangunkan tetapi sehingga kini masih belum nampak hasilnya, sehinggakan ramai penduduk Pulau Pinang, terutama Melayu terpaksa berhijrah ke negeri jiran demi meneruskan kehidupan masing-masing. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga sering mengajukan pertanyaan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengenai projek perumahan rakyat miskin dan golongan sederhana selepas empat tahun DAP memerintah Pulau Pinang. Namun, tiada tindakan, ibarat masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Jika adapun di Balik Pulau yang mana ada majoriti penduduk Melayu dengan harga rumahnya RM500,000 ke atas. Secara purata, harga rumah yang terlalu tinggi itulah antara sebab ramai orang Melayu berhijrah ke negeri jiran sejak 2010. Agenda licik ini harus dihentikan segera demi kepentingan rakyat berbilang kaum. Kerajaan Pusat harus campur tangan bagi menyelamatkan orang Melayu-Islam daripada terus terpinggir dan lenyap di bumi Pulau Pinang.

Pembangunan bakat belia penting jayakan agenda transformasi


PADA 23 hingga 27 Mei ini akan diadakan Program Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya. Program itu adalah sempena sambutan Hari Belia Negara yang telah disambut pada 15 Mei lalu.
Pada tahun lalu, Program Himpunan Sejuta Belia telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dan sambutan perhimpunan kali ini dijangka akan lebih hebat kerana pelbagai acara dan aktiviti menarik sudah diatur untuk mereka. Lebih daripada 500 aktiviti akan diadakan pada program kali ini berbanding 200 aktiviti pada tahun lepas.
Statistik terkini menunjukkan golongan belia membentuk 40 peratus (11.9 juta) daripada lebih 29 juta penduduk negara ini. Sejak dulu lagi, belia adalah golongan yang menjadi fokus dalam setiap kerangka pembangunan nasional. Ini disebabkan golongan belia adalah pewaris dan penentu kelangsungan masa depan negara. Mereka adalah aset penting yang menjadi penggerak dan pemacu kepada kemajuan dan pembangunan negara.
Justeru, segala potensi dan bakat yang ada pada belia perlu digilap dan dibangunkan secara holistik supaya negara dapat menyediakan modal insan yang berketerampilan, kreatif dan inovatif. Ini penting agar negara berupaya bersaing dengan penuh keyakinan di pentas antarabangsa.
Mengapa pembangunan bakat belia begitu penting kepada negara? Ada banyak hujah yang boleh diberikan tetapi penulis ingin menggemukkan empat sebab utama.
Pertama, belia memainkan peranan penting bagi mencapai hasrat Wawasan 2020 iaitu menjadi sebuah negara maju setanding dengan negara-negara maju yang lain. Hasrat Malaysia untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi (2020) hanya tinggal lapan tahun lagi. Ia banyak bergantung kepada keupayaan rakyat, khususnya generasi muda (belia) untuk merealisasikan hasrat itu.
Untuk menjayakannya maka negara memerlukan modal insan yang mahir, berpengetahuan tinggi, berbakat, kreatif dan berinovasi. Sudah tentu sebahagian besar modal insan ini harus datangnya dari tenaga belia yang berpotensi dan berbakat.
Isunya ialah setakat ini negara hanya memiliki 25 peratus sahaja tenaga kerja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Ia tidak selari dengan keperluan ekonomi abad ke-21 yang menekankan penguasaan kemahiran yang tinggi, penguasaan teknologi maklumat, kreativiti dan inovasi. Ia boleh dianggap sebagai cabaran kritikal dalam menjayakan hasrat negara menjadi negara maju berpendapatan tinggi.
Kedua, belia penting untuk menjayakan agenda transformasi nasional, khususnya Program Transformasi Ekonomi (ETP). Transformasi ekonomi yang memberi fokus kepada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) memerlukan bakat-bakat muda yang dinamik untuk memenuhi pasaran kerja dalam membangunkan NKEA terbabit. Modal insan yang diperlukan bukan sahaja berteraskan ilmu pengetahuan tetapi mesti juga mempunyai bakat dalam aspek inovatif dan kreativiti yang tinggi.
Ketiga, golongan belia penting untuk melonjak daya saing negara di peringkat global. Ketika berlakunya krisis kewangan Asia tahun 1997-1998, negara telah kehilangan daya saing. Ini menyebabkan kedudukan kita sebagai peneraju ekonomi di rantau ini terhakis. Selain itu, negara juga masih kurang dari segi kreativiti dan inovasi, terutama inovasi dalam sektor perindustrian. Ramai tenaga kerja mahir, berbakat dan berpengetahuan tinggi berhijrah keluar sehingga meletakkan situasi modal insan negara berada ke tahap yang kritikal.
Perlu diingat bahawa daya saing di pentas global bukan sahaja mengenai soal ekonomi tetapi juga merangkumi sektor-sektor lain seperti saingan dalam bidang sukan, industri muzik dan sebagainya. Bidang-bidang terbabit memerlukan penyerlahan bakat golongan belia yang dinamik.
Keempat, pembangunan bakat belia penting untuk melahirkan kepimpinan bertaraf dunia. Kelangsungan dan kekuatan negara di persada antarabangsa amat bergantung pada kemampuan kepemimpinan untuk berpartisipasi secara aktif di peringkat global.
Generasi yang lemah, sama ada lemah dari segi pemikiran, lemah fizikal, lemah tindakan, lemah akal budi, buruk moral dan tidak berbakat akan menyebabkan kepemimpinan negara menjadi lemah dan boleh menghancurkan negara.
Nyata sekali bahawa usaha membangun potensi dan bakat belia di negara ini menjadi begitu penting bagi menjayakan hasrat, visi dan misi negara. Menyedari hakikat inilah maka Datuk Seri Najib Tun Razak melihat pembangunan bakat belia menjadi elemen penting bagi menjayakan agenda transformasi yang diperkenalkannya.
Najib melihat belia bukan sahaja perlu menguasai ilmu pengetahuan tetapi perlu juga membangunkan bakat yang ada pada mereka secara sistematik dan terarah. Penguasaan ilmu yang disertai dengan keterampilan bakat akan dapat menyerlahkan potensi diri belia sama ada dari segi kepemimpinan, menyumbang idea dan penghasilan reka cipta yang bersifat kreatif dan inovatif.
Pelbagai usaha dilaksanakan kerajaan untuk memajukan belia di negara ini. Selain pemerkasaan pendidikan, pelbagai usaha inovatif diperkenalkan Najib untuk membantu mempertingkatkan kemahiran dan bakat belia. Di bawah Bajet 2012 kerajaan memperuntukkan RM200 juta untuk program Strategic Action for Youth (SAY 1Malaysia) bertujuan memberikan latihan dan kemahiran kepada belia yang tidak lagi meneruskan pengajian mereka.
Untuk menggalakkan golongan muda terlibat dalam industri kreatif, kerajaan telah menubuhkan MyCreative Venture Capital dengan peruntukan RM200 juta.
Pada Jun 2011 kerajaan telah melancarkan Skim Latihan 1Malaysia (SLIM) yang bertujuan memberi latihan dan bimbingan kepada para siswazah menganggur bagi menyediakan diri mereka menghadapi dunia pekerjaan.
Berdasarkan program itu, siswazah yang dipilih akan diberi latihan dan bimbingan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selama setahun untuk mempersiapkan mereka mencari pekerjaan. SLIM yang dikendalikan oleh Kementerian Sumber Manusia diharap dapat membangun bakat kerjaya serta meminimumkan peratusan siswazah menganggur di negara ini.
Penubuhan Talent Corporation (TalentCorp) seperti yang dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) juga dapat membantu membangun bakat yang ada pada pekerja muda di negara ini. TalentCorp akan memberi fokus khusus kepada modal insan berkemahiran tinggi. Ia akan bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan sektor industri bagi memastikan negara mempunyai tenaga pekerja yang berkemahiran dan memenuhi keperluan pasaran.
Kesimpulan, pembangunan bakat belia adalah sesuatu yang sangat penting buat negara terutama dalam menjayakan agenda transformasi nasional. Justeru, segala potensi dan bakat yang ada pada golongan ini perlu dibangunkan, diasuh, dibimbing dan diberi latihan secukupnya supaya mereka menjadi modal insan berkualiti, dinamik dan mampu menghadapi cabaran.

Perkembangan di PERMATApintar

Assalamualaikum wbt.
Saya minta maaf kerana hampir 2 bulan tidak post artikel mahupun cerita. Baiklah kita pergi cerita mengenai perkembangan saya di sini sebelum saya meneruskan post artikel ini.

1. Saya sebenarnya baru tamat exam final semester 1 (pertengahan tahun), iaitu exam biologi. Boleh saya katakan kalau kalau percaya bahawa kertas 2 fizik, kimia dan biologi lebih senang daripada kertas 3 dan 1.

2. Doakan saya semoga mendapt target yang saya inginkan.

3. Pada minggu lepas, saya jatuh di tepi longkang(atas simen) semasa mengangkat kain dengan berselipar jepun. Seperti anda belajar konsep 'impulsive force' , tangan saya terhantuk kuat jadi siku saya berdarah dan calar teruk. Semasa itu sakit yang amat sangat. Musibah telah menimpa. Keesokannya, saya dibawa ke klinik luar UKM oleh seorang abang di situ (budak universiti). Selepas makan ubat tahan sakit, dengan izin Allah swt, akhirnya malam itu luka pada siku saya terus sembuh. Allahamdulillah!!!!!! Oleh sebab itu, saya dapat membuat kerja tanpa berasa sakit lagi.

4. 30 April lepas ada hari sukan di stadium universiti. Kawad formation menang nombor 3, lepas itu, rumah kami (topaz-kuning) nombor 3 juga. Sebelum hari sukan, ada latihan kawad bahkan larian. Kawad formation ini apabila berada di satu tempat, buat formation. Rumah kami bertemakan kesultanan melayu. Saya memegang sepanduk dengan berpakaian sultan. Larian saya dapat......................(rahsia) tetapi menang. Acara.............(rahsia). Foto saya ada di facebook saya:

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.453207168027081.125379.100000134042778&type=3

5. 23-25 mei ini, BSMM ada buat perkhemahan di hutan pendidikan ukm. Nanti saya cerita kemudian. Saya ingatkan di Hulu Langat, Selangor namun malangnya tiada bas.

6. Doakan untuk team saya untuk larian ekiden di putrajaya international. Ini adalah larian berganti-ganti 15 km dan setiap pelari berlari 3 km. Ia berlangsung pada 2 7 MEI 2012 (Ahad). Hari Isnin baru balik rumah. Sekarang ini sedang busy buat assignment dokumentari sejarah. Artikel saya post selepas Maghrib kerana sekarang saya berlatih larian dulu..........

Maklumat kemasukan ke PERMATApintar

Sumber daripada:http://www.permatapintar.edu.my/

* Cerita mengenai Sekolah Permata Pintar telah diceritakan menerusi pengalaman saya dalam artikel lepas.....
Ujian UKM1
Ujian UKM1 adalah ujian IQ berbentuk ujian dalam talian yang boleh dicapai melalui lawan web ukm1.permatapintar.edu.my. Ujian ini mengukur kebolehan verbal melalui pembendaharaan kata dan penaakulan (reasoning) secara logikal. Ia dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ujian saringan pertama PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.

1. Perkhemahan Cuti Sekolah UKM-JHU pada Nov-Dis 2012 (3 minggu) di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun sahaja)
2. Program PERMATA Insan 2012 yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar beragama Islam berusia 8 tahun sahaja)
3. Program Pendidikan PERMATApintar (PPPP) iaitu sekolah khas pintar (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2012 yang akan memasuki tingkatan 4 dalam PPPP pada tahun 2013)
Ujian UKM1 dibangunkan dan dilaksanakan secara dalam talian berasaskan web agar proses pencarian pelajar pintar berbakat dapat dilakukan secara menyeluruh dalam masa yang terhad dan tidak melibatkan kos yang tinggi jika dibandingkan dengan ujian bertulis. Dengan itu, ujian ini tidak dijalankan secara bertulis (kertas dan pensil). Selain itu, ujian dalam talian ini dilaksanakan untuk membudayakan ICT dalam kalangan pelajar sekolah.

Untuk tahun 2012, ujian ini boleh diambil dalam tempoh 3 bulan bermula 1 Feb 2012 dan berakhir 30 April 2012. Pelajar tidak dikenakan bayaran untuk mengambil ujian ini. Tiada sekatan atau birokrasi untuk pelajar mengambil ujian sama ada di rumah, di sekolah atau di mana sahaja asalkan boleh mencapai laman web ini.

Ujian ini digunakan untuk mengesan pelajar pintar berbakat di Malaysia seramai yang mungkin dan meliputi seluruh negara supaya prinsip “no child is left behind” dalam pencarian ini dapat didokong dengan sempurna. Oleh sebab itu, pihak sekolah, ibu bapa dan kaum kerabat serta masyarakat Malaysia perlu menggalakkan pelajar-pelajar mengambil ujian dalam talian ini. Jika tiada kemudahan kemudahan Internet, pihak-pihak yang prihatin perlu membantu membawa pelajar ke pusat-pusat komuniti di desa yang ada kemudahan Internet atau ke kafe siber dalam daerah masing-masing. Bagi pelajar yang telah mengambil ujian ini pada tahun 2009, 2010 dan 2011, mereka perlu mengambil ujian ini untuk mengikuti program-program pada tahun 2012. Pelajar akan dipilih berdasarkan skor kelayakan mengikut peringkat umur dan tiada sistem kuota dari segi jantina, bangsa, daerah, negeri dan jenis sekolah digunakan dalam pemilihan pelajar.

Untuk menggunakan ujian saringan peringkat pertama ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti: menggunakan tetikus dan papan kekunci. Oleh kerana ujian ini adalah terbuka dan tanpa pengawasan, perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain atau membuat rujukan semasa mengambil ujian saringan ini. Ibu bapa atau orang dewasa yang lain perlu menanamkan nilai murni KEJUJURAN kepada pelajar-pelajar ini. Setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka secara jujur sebelum memulakan ujian saringan ini. Maklumat ini akan digunakan untuk menghubungi pelajar, sekolah dan ibubapa jika sekiranya terpilih mengikuti saringan ujian UKM2 dan USIM-1 dan program-program yang ditawarkan.

Ujian saringan pertama ini sepatutnya diambil oleh pelajar tanpa persediaan dari segi latihan tentang ujian tersebut sebagaimana dengan peperiksaan di sekolah kerana pihak PERMATApintar dan PERMATA Insan ingin mengesan pelajar pintar berbakat semula jadi (nature) dan dikembangkan (nurture) bakat mereka melalui program PERMATApintar dan PERMATA Insan. Dengan itu, ibu bapa, guru dan kaum kerabat tidak perlu membantu pelajar untuk menjawab soalan dalam ujian ini semata-mata untuk terpilih dalam program-program yang disediakan. Orang dewasa yang terlalu mengharapkan pelajar-pelajar ini memasuki program dengan membantu pelajar perlu sedar bahawa pelajar akan mengalami tekanan emosi dan mental semasa mengikut program kerana tahap kemampuan mereka bukan yang sebenar tetapi dilakukan dengan bantuan orang dewasa. Dengan itu, ia bukan sahaja menyulitkan pelajar, malah pihak pengurusan dan tenaga pengajar juga turut mendapat kesusahan kerana terpaksa berhadapan dengan pelajar yang tidak berkemampuan untuk mengikuti modul-modul yang kami sediakan yang mencabar minda pelajar.

UJIAN UKM 2

Ujian PERMATApintar UKM2 adalah ujian saringan kedua. Ia mempunyai 15 bahagian yang menguji pelbagai aspek kepintaran kognisi termasuk aspek perbendaharaan kata, pencarian simbol, pengulangan nombor, pemadanan pola atau bentuk, pemahaman dan koding. Untuk menjalani ujian saringan ini, pelajar harus melepasi ujian saringan yang pertama iaitu: Ujian PERMATApintar UKM1.

Untuk tahun 2011 ujian ini akan bermula pada 1 Julai - 25 Ogos 2011 di pusat-pusat ujian yang akan dimaklumkan kemudian. Pelajar boleh menyemak sama ada layak atau tidak menduduki ujian ini akan dimaklumkan melalui laman web mulai 7 Jun 2011. Pelajar juga akan dimaklumkan tentang tempat-tempat ujian yang akan diambil. Ibu bapa dan penjaga bertanggungjawab untuk membawa pelajar-pelajar ini ke pusat-pusat ujian yang akan diberitahu kelak.

Ujian dalam talian ini dilakukan secara terkawal di pusat-pusat ujian, sama seperti peperiksaan utama negara seperti UPSR, PMR dan SPM yang melibatkan Ketua Pengawas, Pengawas dan Pemantau UKM dan KPM. Pengalaman kami di masa lepas, didapati terdapat pelajar yang mengambil ujian ini bermasalah kerana semasa ujian saringan pertama telah diambil oleh orang lain. Justeru, pihak PERMATApintar berharap, agar orang dewasa (ibu bapa, guru atau kaum kerabat pelajar) tidak melakukan penipuan. Ia hanya membazir masa, tenaga dan wang kerana pihak kami terpaksa mengatur pelajar yang sebenarnya tidak layak menduduki ujian UKM2 ini.

Berdasarkan pemerhatian kami sebagai pemantau semasa ujian UKM2 dijalankan, pelajar pintar cerdas tidak akan bertanya sebarang soalan kepada ketua pengawas, pengawas atau pemantau. Mereka boleh memahami arahan ujian dan terus menjawab soalan.

Ujian UKM2 ini dijalankan selama 2 jam 30 minit. Sekiranya terdapat gangguan Internet, maka masa tambahan akan diberi. Ketua pengawas, pengawas dan pemantau akan membantu memindahkan pelajar ke komputer yang lain sekiranya terdapat kerosakan atau gangguan teknikal dan masa tambahan akan diberi kepada pelajar jika perlu.                                                     (Sumber 2011)  


Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara   
Program Perkhemahan masa Cuti Sekolah (PPCS) adalah satu program yang dirangka bagi menampung keperluan pembelajaran pelajar pintar cerdas di Malaysia. Ia merupakan program pengayaan dan pecutan yang diadaptasi dari Program Musim Panas (Summer Camp) di Center for Talented Youth (CTY) – John Hopkins University. Asas kepada pembinaan Program Perkhemahan Cuti Sekolah ini ialah Falsafah Pendidikan Negara yang menekan kepada perkembangan holistik pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial pelajar. Perkhemahan menyediakan pelajar pintar cerdas peluang untuk mengembangkan kebolehan mereka untuk melakukan pembelajaran sepanjang hayat. Objektif perkhemahan ini adalah untuk:
1. Mengembangkan bakat dan kebolehan sedia ada pelajar
2. Mengasah potensi pelajar secara holistik
3. Mengembangkan kemahiran pelajar
4. Memupuk pembelajaran sepanjang hayat
Perkhemahan ini dijalankan pada masa cuti persekolahan akhir tahun iaitu dalam bulan November dan Disember. Program yang dijalankan selama 3 minggu di UKM ini dikendalikan oleh pengajar, pembantu pengajar dan pembantu pelajar yang dilatih khusus oleh pengajar UKM yang telah mendapat latihan di Johns Hopkins University – Center for Talented Youth. Sepanjang perkhemahan, pelajar didedahkan dengan aktiviti akademik, aktiviti kokurikulum berbentuk kesenian dan sukan, program-program kerohanian mengikut agama masing-masing dan lawatan sambil belajar.
Pelajar yang terpilih berumur antara 9 hingga 15 tahun dari pelbagai bangsa dan latar sosio-budaya. Ini menjadikan program ini satu program yang benar-benar melambangkan konsep satu Malaysia (1 Malaysia) yang diketengahkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak. Pelajar yang ditawarkan untuk mengikuti perkhemahan ini telah melalui Ujian Saringan UKM1 dan UKM2 dan akan mengikuti salah satu daripada 13 kursus yang ditawarkan. Penetapan kursus adalah berdasarkan kepada :

1. Keputusan UKM2 pelajar
Nota: Keputusan pelajar dilihat dari aspek kemahiran bahasa (Verbal Comprehension Index), Kemahiran penaakulan persepsi (Perceptual Reasoning Index : Math & Science), dan kebolehan mengingat dan memproses maklumat (Working & Processing Memory Index)                   
2. Umur (Sekolah Rendah /Menengah)
Nota: Kursus yang ditawarkan juga dilihat dari aspek kesesuaian dengan umur pelajar.                   
3. Bilangan pelajar per kursus.
Nota: Bilangan maksimum pelajar bagi setiap kelas adalah seramai 15 orang dan bilangan kelas adalah terhad kerana hanya 13 kursus yang ditawarkan.
Oleh itu pelajar TIDAK DIBENARKAN menukar kursus. Walaubagaimanapun pelajar berpeluang untuk mengikuti kursus yang berbeza setiap tahun.
Jadual Harian

MASA AKTIVITI
7.30 am - 8.00 am Sarapan Pagi
8.00 am - 8.30 am Pelajar ke Kelas
8.30 am - 10.00 am Belajar
10.00 am - 10.30 am Rehat
10.30 am - 12.30 pm Belajar
12.30 pm – 2.00 pm Makan Tengah Hari dan Solat Zohor
2.00 pm – 3.00 pm Belajar
3.00 pm – 4.00 pm Program kepimpinan dan Pengucapan awam
4.00 pm - 5.00 pm Minum Petang, Solat Asar dan Persiapan untuk Riadah
5.00 pm – 6.30 pm Aktiviti Riadah atau Kesenian
6.30 pm - 7.30 pm Makan Malam
7.30 pm - 9.00 pm Balik ke Asrama, Solat Maghrib dan Solat Isyak
SEKOLAH RENDAH
9.00 pm - 9.30 pm Minum Malam
9.30 pm Tidur
SEKOLAH MENENGAH
9.00 pm-10.00 pm Kelas Persediaan
10.00 pm-10.30 pm Minum Malam
10.30 pm Tidur
* Pelajar beragama Islam akan dibawa ke Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia setiap hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat.

Maklumat Am
1. TARIKH PENDAFTARAN
Tarikh dan Masa Pendaftaran : 20 November 2011(Ahad), 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Pusat PERMATApintar™ Negara UKM, Bangi
Tempoh masa program : 21 November 2011(Isnin) – 13 Disember 2011(Selasa)

2. PENGHANTARAN DAN PENGAMBILAN PELAJAR
Pelajar dihantar oleh ibu bapa / penjaga mereka ke UKM. Bagi ibu bapa / penjaga yang tidak dapat berbuat demikian, perkhidmatan pengangkutan akan disediakan oleh pihak PERMATApintar dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Ibu bapa perlu menghantar anak-anak ke Jabatan Pendidikan Negeri yang akan dimaklumkan kemudian. Sila maklumkan kepada pihak PERMATApintar tentang penghantaran pelajar dengan mengisi borang Keperluan Pengangkutan (Lampiran F) bagi urusan pengangkutan.

3. BAYARAN
Tiada bayaran yang dikenakan. Walaubagaimanapun peserta PPCS adalah secara automatic menjadi ahli Alumni PERMATApintaar Negara. Oleh itu bayaran sebanyak RM 50.00 dikenakan sebagai yuran keahlian seumur hidup sebagai Alumni PERMATApintar Negara. Bayaran ini akan dikutip semasa pendaftaran.

4. PAKAIAN DAN PERALATAN YANG DIBAWA OLEH PELAJAR
PAKAIAN KELAS:
a. Berpakaian kemas , sopan dan berkasut (T-Shirt berkolar dan berseluar panjang dibenarkan)
Nota: Pelajar perempuan boleh berbaju kurung
NOTA: Oleh kerana kaedah pembelajaran pelajar banyak melibatkan aktiviti, pelajar diminta membawa sekurang-kurangnya:
a. Dua pasang pakaian sukan
b. Seluar panjang (seluar track atau slack; seluar jeans hanya dibenarkan pada hujung minggu)
c. T-shirt atau blaus bagi perempuan
d. Selipar untuk ke tandas
e. Kasut/sandal untuk ke kelas

PAKAIAN SUKAN:
a. T-Shirt Lengan Pendek Lengan Panjang
b. Track Bottom/ Seluar Sukan
c. Sarung kaki
d. Kasut Sukan
PERALATAN TIDUR:
a. Selimut
Nota: Pelajar dibenarkan membawa peralatan tidur lain seperti bantal atau teddy bear.
PERALATAN SAJIAN:
a. Sudu dan garpu
b. Botol air ( pelajar boleh mengambil air dari water cooler)
ALAT TULIS:
a. Pen , pensel dan pemadam
b. Buku Tulis
PERALATAN MANDIAN:
a. Tuala
b. Sabun mandi/ ubat gigi
ALATAN MEMBASUH PAKAIAN:
Perkhidmatan dobi akan disediakan. Bayaran dobi akan diminta dari wang saku yang dibawa oleh pelajar. Sekiranya pelajar ingin membasuh pakaian sendiri, sila bawa sabun basuh dan berus pakaian.
Nota : Mesin Basuh dan mesin pengering juga disediakan di tempat penginapan tetapi pelajar perlu dibekalkan wang. Kadar Bayaran cucian bagi setiap 5 kg seperti berikut:
- RM2.00 – cucian
- RM2.00 – pengeringan
PERALATAN IBADAT PELAJAR MUSLIM:
a. Lelaki - pakaian untuk bersembahyang yang sesuai
b. Perempuan - Telekung

5. TELEFON
Pelajar TIDAK DIBENARKAN membawa telefon bimbit semasa sesi akademik (waktu pembelajaran/ bilik darjah). Sekiranya pelajar didapati membawa telefon bimbit semasa sesi akademik, pihak pengurusan PERMATApintar akan merampas telefon tersebut dan hanya akan memulangkannya kepada pelajar diakhir program perkhemahan. Oleh kerana jadual harian pelajar agak padat dan pelajar memerlukan rehat yang mencukupi, waktu yang dibenarkan pelajar membuat panggilan talipon hanya pada pukul 9.30 – 10 mlm (bagi pelajar sekolah rendah) dan pada pukul 10.30 – 11.00mlm (bagi pelajar sekolah menengah). Panggilan talipon hendaklah dilakukan di luar bilik tidur pelajar. Pihak PERMATApintar tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan ataupun kehilangan telefon bimbit.
Pelajar dan Ibu bapa tidak digalakkan untuk menghubungi satu sama lain kecuali hal-hal kecemasan. Sekiranya berlaku kecemasan, ibu bapa digalakkan menelefon pusat PERMATApintar seperti nombor di bawah dan meminta petugas memanggil peserta untuk bercakap dengan ibu bapa. Sila nyatakan nama peserta dan umur peserta bagi memudahkan petugas mengenal pasti peserta.

6. PERALATAN LAIN
Pelajar tidak dibenarkan membawa peralatan berharga lain seperti PSP/Gamebox/Kamera/barang kemas (pelajar perempuan). Pelajar digalakkan membawa buku cerita untuk mengisi masa lapang.

7. WAKTU MELAWAT
Waktu lawatan HANYA pada hari Ahad. Ibu bapa dibenarkan membawa anak-anak keluar (dalam UKM/ sekitar Bangi/ Kajang) pada hari tersebut dan mesti membawa anak-anak pulang ke asrama sebelum jam 7 malam. Pengambilan dan penghantaran anak-anak mestilah dibuat di lobi asrama penginapan pelajar.

8. WANG SAKU
Pelajar dibenarkan membawa wang tidak lebih dari RM30.00 (untuk bayaran dobi serta wang saku). Wang tersebut hendaklah dimasukkan dalam sampul surat yang ditulis Nama dan Sekolah Pelajar. Pembantu Pelajar (RA) akan menyimpan rekod penerimaan dan penggunaan wang tersebut.

9. PERKARA-PERKARA LAIN
Sebelum peserta melapor ke tempat perkhemahan, ibu bapa/ penjaga hendaklah memastikan peserta berada dalam keadaan sihat. Saringan kesihatan akan dilakukan di tempat pengambilan peelajar (JPN) atau semasa pendaftaran di asrama oleh pusat kesihatan UKM. Perakuan kesihatan mestilah telah ditandatangani oleh ibu bapa. Ibu bapa hendaklah memaklumkan kepada Pengarah atau Pengurus Akademik secara bertulis sekiranya pelajar mempunyai sebarang masalah kesihatan walaupun dibenarkan hadir untuk Perkhemahan PERMATApintar.
Sekiranya pelajar mempunyai rekod kesihatan atau ada ubatan yang perlu diambil secara berjadual, ibubapa diminta memaklumkan kepada ursusetia serta memberikan salinan ubatan yang perlu diambil.

Kursus-kursus dan bilangan kelas adalah seperti berikut:              

# Kursus Sek. Rendah Bil. Kelas Umur
01. Menjadi Saintis (Be a Scientist) 2 kelas 9 tahun
03. Penaakulan Mantik (Mathematical Reasoning) 3 kelas 10 tahun
04. Reka Cipta (Invention) 2 kelas 11 tahun
02. Penulisan dan Imaginasi (Writing and Imagination) 1 kelas
1 kelas
11 tahun
12 tahun
05. Pengenalan kepada Robotik (Introduction to Robotic) 2 kelas 12 tahun
# Kursus Sek. Menengah Bil. Kelas Umur
06. Mengarang Penulisan (Crafting the Essay) 1 kelas 13 tahun
07. Siasatan Bukti Kejadian Jenayah (Crime Scene Investigation) 2 kelas 13 tahun
08. Sains Penerbangan (Flight Science) 2 kelas 14 tahun
09. Kebarangkalian & Teori Permainan (Probability & Game Theory) 1 kelas 14 tahun
10. Kriptologi (Cryptology) 1 kelas 14 tahun
11. Biologi Pecutan (Fast-Paced Biology) 2 kelas 15 tahun
12. Bioteknologi (Biotechnology) 2 kelas 15 tahun
13. TekTeknologi Hijau (Green Technology) 2 kelas 15 tahun
14. Kristal dan Polimer (Crystal and Polimer) 2 kelas 15 tahun
15. Rekacipta Lanjutan (Advanced Invention) 2 kelas 15 tahun
16. Multimedia Kreatif (Creative Multimedia) 2 kelas 15 tahun       

berita terkini diriku & pengeboman di hatyai

Assalamualaikum wbt.
Allahmduillah!!!!! Exam telah berakhir. Tambahan pula, result sejarah tertinggi 88 A. Doakan semoga exam saya banyak A. Selepas ini, training pertandingan robot bermula. Saya berharap semoga semua pengunjung blog doakan saya semoga layak ke peringkat negeri bulan Julai.

Sekarang, kita pergi ke tajuk artikel baru.

KUALA LUMPUR 4 April – Insiden pengeboman di Hatyai, Thailand, Sabtu lalu tidak menghalang perjalanan bas ekspres membawa penumpang dari negara ini ke wilayah bergolak itu.
Tinjauan Utusan Online di Pudu Sentral di ibu negara mendapati empat syarikat bas ekspres menyediakan perkhidmatan ke Hatyai seperti biasa.
Penjaga kaunter tiket Alisan Golden Coach Sdn. Bhd., Krisniwati Mohd. Nor berkata, syarikat tersebut menyediakan empat jadual perjalanan setiap hari iaitu pada 9 pagi dan 10 pagi serta 10 malam dan 11 malam.
"Syarikat memang tidak menghentikan perkhidmatan kerana tahu ada pelanggan yang mahu ke wilayah itu. Sejak insiden pengeboman itu memang bilangan penumpang menurun, tetapi masih ada pelanggan yang ingin ke sana."
Penjaga kaunter tiket Shira Transline Sdn. Bhd., Jamilah Jantan berkata, syarikat berkenaan menyediakan dua jadual perjalanan ke Hatyai setiap hari iaitu pada 10 pagi dan 11 malam.

Insiden Bom: Mengapa rakyat Malaysia tetap ke Hatyai

"Memang bilangan penumpang berkurangan, pelanggan yang naik bas untuk ke Hatyai kebanyakannya rakyat Thailand," jelas beliau.
Sementara itu, seorang penumpang rakyat tempatan, Chong Lin Kit, 28, berkata, beliau pergi ke Hatyai untuk melancong.
"Saya pergi bersama kawan, memang saya selalu ke sana. Saya ada mendengar berita pengeboman itu, tapi saya tidak takut. Saya telah memberitahu keluarga aktiviti melancong ini," kata Lin Kit.
Dalam pada itu, warga Thailand, Maria Prong Lit, 47, menegaskan media memperbesar-besarkan peristiwa pengeboman tersebut.
"Insiden itu kecil sahaja, tidak seperti yang digambarkan oleh surat khabar ataupun televisyen," katanya sambil menegaskan keluarga beliau tidak terbabit dalam peristiwa yang meragut lebih 14 nyawa dan mencederakan lebih 500 orang itu.
Maria, pekerja restoran makanan di ibu negara berkata, beliau pulang ke Hatyai untuk menyambut festival tahun baru masyarakat Thai, Songkran yang akan berlangsung pada 14 April nanti.
Sementara itu, Norhanizan Abdul Hamid yang bertugas sebagai pemandu bas ekspres ke Hatyai berkata, perasaan takut sememangnya wujud apabila mendengar peristiwa pengeboman itu.
"Takut, memanglah takut. Keluarga pun bimbang. Tetapi nak buat macam mana dah kerja kita. Ini peristiwa pengeboman ke-3 sepanjang saya bekerja sebagai pemandu bas ekspress ke Hatyai sejak 1995."

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket