Selamat datang
Doakan saya
Assalamualaikum wbt.
Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:
1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.
2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.
3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.
4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.
5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.
6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.
7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.
8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.
9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.
Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.
Amin..........
Pengajaran Inggeris pasti ditingkatkan
Bagaimanapun kebimbangan masih lagi menghantui para ibu bapa dan masyarakat bahawa dengan pemansuhan PPSMI pembelajaran bahasa Inggeris akan merosot lebih teruk berbanding sebelum ini.
Dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia
HAFIZAHRIL HAMID dan MOHD KHUZAIRI ISMAIL
Ketua Pengarah Pelajaran, TAN SRI ALIMUDDIN MOHD. DOM menyatakan kebimbangan ini adalah sesuatu yang tidak berasas sama sekali. “Saya memberi jaminan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris akan menjadi lebih mantap apabila modul menggantikan PPSMI diperkenalkan dengan syarat semua pihak harus memainkan peranan masing-masing,” katanya dalam wawancara di pejabatnya di Putrajaya.
TAN SRI ALIMUDDIN MOHD. DOM
MINGGUAN: Bagaimana dengan reaksi orang ramai setakat ini sejak pemansuhan PPSMI diumumkan?
AZIMUDDIN: Saya dapat banyak reaksi dari masyarakat. Kebanyakan mereka bimbang dengan kehilangan pengajaran bahasa Inggeris. Mereka beranggapan bahawa dengan berakhirnya PPSMI nanti ia akan mengakibatkan anak mereka nanti tidak mahir dalam bahasa Inggeris.
Namun saya berani menjamin rancangan terbaru dalam sistem pendidikan ini akan berjaya insya-Allah dengan sokongan pelajar dengan belajar bersungguh-sungguh, para guru yang berdedikasi dan ibu bapa yang menggalakkan anak mereka mengikuti pelajaran bahasa Inggeris ini akan berjalan dengan lebih baik dari sebelum ini. Ini kerana kita ambil guru berpengalaman, dari negara luar, makmal bahasa dan buku-buku yang lengkap serta ditambah dengan kurikulum dan pelajar-pelajar akan lebih memahami pakej pendidikan yang akan kita ubah nanti.
Namun ramai yang tidak faham tentang perkara ini. Mereka menyangkakan dengan pemansuhan PPSMI akan melemahkan pengajaran bahasa Inggeris. Ini tidak benar sama sekali. Oleh itu saya meminta ibu-bapa agar jangan bimbang tentang perkara ini kerana program yang kita namakan MBM MBI (Memperkasa Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris) yang menggantikan PPSMI ini akan lebih jelas pakej pengajaran baru ini seimbang bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
Apa yang dilakukan ini ialah perkara menang-menang, (Win win situation). Bagi mereka yang menentang PPSMI sebelum ini kita telah bertindak kembali memperkasakan bahasa Malaysia dengan menukar bahasa pengantar dalam bahasa Inggeris dalam pelajaran Sains dan Matematik ke bahasa Malaysia. Dan pada masa yang sama kita memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui langkah-langkah yang telah diumumkan sebelum ini. Oleh itu tidak perlu timbul kebimbangan pengajaran bahasa Inggeris akan merosot setelah pemansuhan PPSMI.
Apa perancangan yang telah dilakukan oleh pihak kementerian untuk program MBM MBI ini?
AZIMUDDIN: Perancangan yang pertama sekali ialah penambahan waktu belajar. Misalnya pada tahap satu iaitu pelajar darjah satu, dua dan tiga jumlah masa pelajaran mereka ditambah dari 240 minit ke 330 minit iaitu sebanyak sekali ganda. Manakala tahap dua jumlahnya ditambah dari 210 ke 300 minit. Bagi sekolah menengah kita tambah sebanyak 80 minit lagi kepada 280 minit.
Semua ini adalah dalam tempoh seminggu. Bagi tingkatan enam kita tambah 80 minit kepada 400 minit sebelum ini. Bagi matrikulasi pula kita tambah tiga lagi. Ini menunjukkan para pelajar akan belajar lebih banyak dalam bahasa Inggeris untuk memperkukuhkan pengetahuan mereka. Keduanya kita juga menyusun kurikulum pendidikan yang menekankan language art. Ini membabitkan pergerakan pelajar yang menyeronokkan seperti menyanyi, kuiz, drama, dan lain-lain bagi menarik minat pelajar.
Maka selain dari penambahan masa kita juga akan menyusun kurikulum yang sesuai untuk memudahkan pemahaman pelajar. Yang ketiganya kementerian juga sedang dalam perancangan untuk memohon peruntukan untuk kita memperbanyakkan buku- buku yang mudah dipelajari dan difahami terutama di peringkat sekolah rendah.
Kita boleh membuat buku yang banyak gambar dan bahan penceritaan yang menarik. Maka guru boleh bercerita sambil mengajar bahasa Inggeris dalam kaedah yang lebih menyeronokkan. Selain itu buku bahan bacaan ringan akan turut diperbanyakkan.
Seterusnya pihak kementerian bercadang untuk mempertingkatkan makmal komputer di sekolah turut digunakan sebagai makmal bahasa. Segala kelengkapan yang perlu akan dipersiapkan. Para pelajar akan dibantu dalam penyebutan ayat bahasa Inggeris dengan betul.
Para guru akan dapat berinteraktif dengan para pelajar dengan lebih berkesan.
Selain itu kementerian akan meminta sekolah-sekolah untuk mengadakan aktiviti seperti English Day dengan lebih berkesan. Aktiviti seperti summer camp akan diperbanyakkan dan para pelajar akan didedahkan dengan pengajaran bahasa Inggeris ketika bergaul, melakukan aktiviti bersama.
Mungkin dari segi kelengkapan tidak ada masalah tapi bagaimana dengan guru-guru?
ALIMUDDIN: Kita akan pastikan guru-guru yang akan mengajar ini mencukupi dan terlatih. Kita akan dapatkan mereka yang telah berpencen. Ramai mereka ini yang telah berpencen boleh diberikan kontrak dua atau tiga tahun untuk menabur khidmat memandangkan keupayaan dan pengalaman mereka. Namun mereka ini akan diberikan peluang mengajar di kawasan yang berdekatan dengan rumah mereka bersesuaian dengan peringkat umur mereka.
Seterusnya guru dari luar negara. Mereka ini mungkin dibayar mahal sedikit namun lebih efisien. Mereka ini mungkin dari Australia, Kanada, England dan sebagainya. Jumlah mereka yang akan diambil mengikut keperluan di peringkat permulaan dan ditambah dari masa ke masa.
Malah semasa perbincangan Menteri- Menteri Komanwel (CCM), Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengemukakan cadangan dan bantuan mereka dan mereka bersedia membantu untuk kita mendapatkan guru.
Kemudian di Institut Pendidikan Guru (IPG), kita telah kenal pasti lima IPG khusus untuk bahasa Inggeris. Pertamanya ialah Institut Pendidikan Guru bahasa Antarabangsa di Kuala Lumpur. Kemudian English Language Training College (ELTAC) dan seterusnya IPG Datuk Razali Ismail di Terengganu dan masing-masing satu IPG di Kota Kinabalu dan Kuching. Semua pusat latihan ini akan dikhususkan kepada pengajar bahasa Inggeris sama ada yang dalam perkhidmatan atau yang berada dalam pra perkhidmatan.
Bagi IPG yang khusus untuk bahasa Malaysia lima kampus turut dipilih iaitu IPG Bahasa di Kuala Lumpur, IPG Tuanku Ampuan Afzan di Terengganu, IPG Tun Abdul Razak di Sarawak, IPG Kampus Ipoh dan IPG Kent di Sabah.
Apakah dengan penambahan waktu belajar dalam bahasa Inggeris bermakna masa pembelajaran akan ditambah?
ALIMUDDIN: Ini tidak akan berlaku. Bagaimanapun ada matapelajaran yang ada sekarang akan diubah suai. Maknanya di sini akan ada penggabungan atau pengubahsuaian antara matapelajaran nanti. Sebagai contoh para pelajar tahap satu akan pulang dari sekolah pada pukul 12.50 tengah hari.
Jadi dengan penambahan waktu dalam bahasa Inggeris ini tidak bermakna masa belajar mereka akan lebih panjang kerana ia akan membebankan pelajar. Ada yang bimbang nanti contohnya matapelajaran muzik akan dikurangkan pembelajarannya tapi sebenarnya muzik akan digunakan untuk secara menyeluruh seperti dalam mengenal huruf malah mungkin dalam pengajaran matematik bagi menarik minat pelajar.
Oleh itu ibu bapa tidak perlu bimbang kerana matapelajaran tertentu bukan dikurangkan tetapi dipelbagaikan penggunaannya sekali gus ia membolehkan pelajar cenderung untuk belajar. Kita tidak mahu dengan pengenalan kaedah baru ini nanti ia akan lebih membebankan para pelajar.
Satu lagi saya ingin tekankan ialah kenapa kita tidak boleh lakukan semua ini secepat mungkin. Semasa pelaksanaan PPSMI dahulu kita tidak mempunyai guru terlatih untuk bahasa Inggeris.
Sekarang bila kita kembali menggunakan bahasa kebangsaan masalah yang timbul tidaklah banyak cuma ada satu dua perkara yang perlu dikemaskini. Masalah sekarang kita tidak boleh melaksanakan pemansuhan ini secara spontan dan segera contohnya pada tahun depan kerana kita tidak boleh melakukannya secara mengejut. Ia perlu dilakukan secara soft landing. Kita tidak boleh menukar secara tergesa-gesa hari ini belajar bahasa Inggeris esok tukar bahasa Melayu.
Oleh itu kita akan longgarkan pendekatan secara dwibahasa. Kita ada guru yang cukup jadi kita akan utamakan bahasa Melayu. Namun itu tidak bermaksud pelajaran bahasa Inggeris diketepikan malah diperkasakan. Kerajaan telah memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.
Apa harapan yang disampaikan Tan Sri kepada masyarakat yang bimbang dengan pemansuhan PPSMI?
ALIMUDDIN: Harapan saya yang utama ialah pada para guru dan pihak kementerian mengharapkan peningkatan para pelajar dalam pelajaran Matematik dan Sains. Kita tidak mahu dengan pemansuhan PPSMI ini akan mengakibatkan pemahaman dan penguasaan pelajar dalam Matematik dan Sains merosot. Kita mahukan penguasaan pelajar meningkat dan mereka berjaya menguasai kedua-dua bahasa iaitu bahasa Malaysia dan Inggeris.
Carian pintas artikel blog ini
Blog lain
Arkib Blog
-
▼
2009
(132)
-
▼
Ogos
(31)
- Jika sakit jangan pergi ke masjid
- H1N1: Kanak-kanak korban terbaru
- Tiga lagi mangsa korban H1N1
- pengumuman
- Dua lagi kematian kerana H1N1
- 1Malaysia: Syor sekolah satu aliran
- Tiga lagi kematian baru
- Tiga lagi kematian
- 5 lagi kes kematian selesema babi
- H1N1: Bayi lahir tidak cukup bulan antara 5 korban...
- Pengumuman
- Pengumuman pandemik
- Enam lagi termasuk bayi mati
- Puasa: 20 Ogos lihat anak bulan
- Syor guna ISA hina Islam
- Hebah lokasi mangsa H1N1 mati
- Selesema babi di tahap darurat?
- Enam lagi kematian
- H1N1: 6 lagi kematian baru
- ujian bulanan 2
- Bersama memerangi H1N1
- Keperluan darah untuk Ramadan
- Penting memberus gigi dengan betul
- Hidup tanpa ubat
- Anwar pengkhianat Melayu?
- Pengajaran Inggeris pasti ditingkatkan
- Imej Malaysia tercemar di luar negara
- ISA penting demi keamanan
- Patuhi arahan kuarantin
- Rawatan sekali, perlindungan sepanjang tahun
- Rokok punca 40 penyakit
-
▼
Ogos
(31)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan