Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

ucapan salam maal hijrah 1434

Assalamualaikum wbt dan salam 1malaysia
Saya nak ucapkan salam maal hijrah 1434 . Contohilah hijrah zaman Rasullulah yg niat mereka atas nama kegemilangan islam lebih cerah setelah hijrah di madinah. Hasilnya, Islam mencapai kegemilangan dan        kini penyebaran islam lebih luas. Oleh sebab itu, hijrahlah kita ke arah kebaikan agar niat & perbuatan kita lebih baik daripada tahun lepas.

selamat hari deepavali

Selamat sejahtera dan salam 1malaysia.
Di sini saya mengucapkan selamat hari deepavali kepada seluruh warga Malaysia dan dunia yang beragama Hindu. Sambutlah perayaan ini dengan penuh kesyukuran dan peliharalah keamanan negara kita.

cerita saya dan bencana dan LGBT

Allhamduillah!!!!! Akhirnya exam berakhir pada hari Jumaat. Tunggu sahajalah keputusan tahun hadapan. Itupun minggu hadapan ingin buat folio kerjaya dengan portfolio diri atas tujuan interview lebih senang apabila berhadapan dengan mana-mana universiti di US. Kepada sesiapa yang baru selesai ambil UPSR dan PMR, berseronoklah. Kepada yang ambil UPSR , dengar keputusan keluar pada 19 november. Hanya kita berserah diri kepada Tuhan kerana sudah tentu buat yang terbaik. Kepada yang ambil SPM, ulang kaji kerana exam minggu hadapan lebih berat. Saya doakan semoga semuanya dapat apa yang diinginkan.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera dan salam 1malaysia.

KEMUSNAHAN... beberapa pemimpin gereja di AS mengaitkan bencana taufan Sandy sebagai balasan tuhan terhadap gejala LGBT.


kEMUSNAHAN... beberapa pemimpin gereja di AS mengaitkan bencana taufan Sandy sebagai balasan tuhan terhadap gejala LGBT.
Kisah taufan Sandy yang mengejutkan rakyat Amerika Syarikat (AS), belum reda walaupun bencana itu sudah lama berlalu.

Paling menarik ialah kenyataan semakin ramai pemimpin gereja yang mengaitkan bencana itu sebagai balasan tuhan terhadap gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di AS.

Antara tokoh Kristian yang bersuara ialah Paderi Luke Robinson dan Paderi John Mc Ternan selain pendeta Yahudi, Noson Leiter. Mereka merujuk kepada undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis sebagai antara punca taufan Sandy.

Taufan tersebut meragut 102 nyawa dan menyaksikan kemusnahan harta benda yang dahsyat. Jumlah kerugian dianggarkan RM150 bilion. Sebagaimana Islam, agama Kristian secara hakikinya menentang dan tidak merestui amalan homoseksual dalam kalangan penganutnya.

Di Malaysia, gereja juga bersatu menolak perkahwinan sejenis melibatkan seorang paderi, Ngeo Boon Lin, rakyat Malaysia di AS, yang pernah mencetuskan kegemparan tahun lalu.

Kaitan bencana dengan gejala seks luar tabii sudah mewarnai zaman berzaman. Kemusnahan bandar Pompei ketika era kegemilangan Rome sudah tercatat dalam sejarah akibat gejala seks bebas dan luar tabii.

Dalam Islam, bala yang menimpa kaum Nabi Luth menjadi pengajaran bernilai bagaimana gejala tersebut mengundang kemurkaan Allah. Pun begitu, Awang sedih kerana ada dalam kalangan orang Islam termasuk berstatus pemimpin menyokong gerakan LGBT.

Bukan itu sahaja, ada asas untuk mempercayai penglibatan tokoh tertentu dalam gejala tersebut, yang secara tidak langsung memberi motivasi kepada gerakan LGBT di negara ini.

Awang tertanya-tanya apakah akan terjadi jika kita sudah tidak berdaya mengekang peningkatan gejala tersebut? Sebagaimana taufan Sandy di AS, apa pula bencana bakal menimpa kita.

ucapan minta maaf dan cerita saya di PERMATApintar

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Saya minta maaf kerana sudah lamq tidak post artikel. Hal ini kerana selepas balik dari Kem Lambaian Danau, kami ada 'final semester 2' (ujian akhir tahun) bermula 23 oktober sehingga cuti akhir tahun (9/11). Cumanya tiada exam semasa hari raya korban, itupun sibuk buat ulang kaji dengan tidak sempat melihat penyembelihan kerbau di kawasan saya. Oleh kerana saya sibuk, terlupa pula untuk ucapkan selamat hari korban kepada semua umat Islam di dunia walaupun ucapan saya jatuh pada 16 Zulhijjah. Saya berpesan supaya memperingati kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam penghayatan kita bahawa kita perlu berkorban dalam apa sahaja.

Sekarang ini saya sedang mengulangkaji agama Islam. Justeru doakan saya semoga dapat jawab exam dengan baik. Kepada pelajar yang mengambil SPM pada minggu hadapan, jawab dengan teliti dan cuba berikan keputusan terbaik kerana keputusan ini penentu kehidupanmu di masa depan.
Selasa lepas, (30/10) , kami pelajar tingkatan 4 ada 'Astronout public lecture' anjuran ANGKASA di Dectar UKM.  Dr Sheikh Muzafar dan Dr Daniel T Barry, angkasawan dari US. Pada sebelah petang, ada pertandingan program LED untuk helikopter gabungan PERMATApintar dengan Asasi Pintar. Itupun guru kami buat pemilihan, tetapi saya tidak dapat. Hanya 14 orang PERMATApintar sahaja terpilih. Sedih hati yang entahlah. Kepada yang tidak terlibat dengan helikopter itu, ulang kaji  sejarah untuk keesokannya. 2 daripada 12 group yang mengandungi 4 orang.group termasuk 2 orang kawan saya terpilih untuk persembahkan helikopter mereka di Parlimen di hadapan perdana menteri. Cemburu bertamu di hati saya berterusan. Hari ini mereka pergi. Dalam 2 group, terdapat 4 orang kawan saya. Oklah azan semakin hampir berkumandang dan baca post artikel hari raya korban tahun lepas.

Cuti ini mesti kosongkan bilik sebab asrama PERMATApintar baru siap dan akan berpindah tahun hadapan (bawa barang semula ke sana - berat dan letih).

kem jati diri PERMATApintar di kem lambaian danau, Jasin, Melaka


Di kala sibuk hadapi exam final semester 2, saya tulis sekejap diari sepanjang kem jati diri PERMATApintar di Kem lambaian danau, Jasin,Melaka. Sememangnya kem jati diri dibuat setiap tahun dengan tingkatan 4 di kem yang saya sebutkan tadi manakala tingkatan 5 pula di Gopeng.

19/10/2012
Kami bertolak pada pukul 10.30 pagi dan tiba di sana pukul 12.30 tengah hari. Hari ini sehinggalah petang hujan sahaja. Bosanlah macam ini. Selepas menunaikan solat zohor, kami ada taklimat daripada En Rosli, komander kem ini atau namanya panggilan 'pak let' mengenai aktiviti sepanjang tiga hari ini. Selain itu, kami juga diperkenalkan dengan abang dengan kakak fascillator di sana. Abang fasilator group kami (7) ialah Abg Firdaus. 5 petang dalam keadaan hujan renyai-renyai, kami membuat water confidence yang mana menguji keyakinan kita di tengah tasik. Saya sendiri pun tidak dapat ke tengah tasik kerana nak terapugn di atas tasik pun terkial-kial. Pada sebelah malam, kami buat ice-breaking yang mana berkenalan dahulu, barulah letakkan nama group yang bertemakan keceriaan. Oleh kerana itu, kami menamakan group kami 7 'weeee.......' dengan cheers kami sekali. Kemudian, kami terus bertanding cheers kami dan akhirnya dapat nombor tiga.

12 tengah malam, kami dilepaskan kedua-dua orang satu-persatu dari tokong lama hinggalah ke persimpangan mini canyon (dalam 800 m) yang dinamakan 'night walk'. Memanglah ngeri tetapi Allhamduillah!!!!!!! Kami akhirnya berjaya lepasinya dan berpasangan dengan Azam untuk berjalan. 2.30 pagi, kami terus tidur di dalam dewan. Nasib baiklah malam itu hujan berhenti.

20/10/2012
Sejurus habis sarapan, kami membuat rakit daripada buluh besar dengan pelampung sebagai tempat duduk yang dibekalkan. Sambil tu, kami belajar teknik mengikat tali untuk membentuk rakit. Setelah itu, kami membuat pertandingan dari bendera merah di hujung tasik sehinggalah daratan semula. Penat jugalah mendayung dan akhirnya dapat nombor tiga. Pada pukul 2 petang, kami membuat pertandingan berkayak. Wow!!!!!!!!!! bestnya berkayak.................... Pertandingan ini dibuat secara passing. Akhirnya, group kami mendapat naib johan. Setelah itu, kami ada pertandingan OTOS iaitu aktiviti pegang kawan dengan pelampung bersambungan secara mengundur di atas tasik. Itupun hanya 6 orang setiap group sahaja dibenarkan bertanding aktiviti ini. Oleh itu, saya malaslah ingin 'join'. Akhirnya, group kami dapat no 4. 5 petang, kami ada obstacles run mengelilingi kem. Sebenarnya kalau ikut internet, 15 check point semuanya itupun kalau masa sempat (ambil tiga jam lebih). Oleh kerana masa tidak sempat kami hanya buat 5 check point, itupun kawasan tasik satu lagi. Kami meniti tasik, barulah panjat tangga pokok. Kemudian, kami gelongsor dan bawahnya tasik yang kotor. Hihihihihi!!!!!!!! Kat situ, ada sedikit lintah itupun hampir kesemuanya tidak digigit satupun. Kami kena masuk jaring itu di satu sudut tasik yang keruh itu. Di situ kata tempat pemeliharaan lintah, tetapi sedikit sahaja. Allhamduillah!!!!!!!!! Kami kemudian ikut jambatan dan merangkak sebelum mengakhiri obstacles run. 

Pada sebelah malam pula, kami ada debat antara lelaki dengan perempuan dengan topik:
1. poligami itu digalakkan - pembangkang (kalah)
2. berambut itu lebih baik daripada botak - kerajaan (menang)
Semua ahli jantina itu berikan idea tetapi 4 orang sahaja boleh berdebat untuk satu topik sahaja. Saya tidak berdebat pun hanya lihat sahaja. 12 tengah malam, kami tidur.

21/10/2012
Kami berjoging di tempat kami buat 'night walk' sehingga mini canyon. Cantik gila mini canyon, tempat bekas lombong. Setelah sarapan, kami dipecahkan kepada 2 group, 1-4 dan 5-8 dalam aktiviti perang telur di kawasan lumpur selut di hutan gelam berdekatan dengan kem itu. Lumpur itu tiada pacat mahupun lintah tetapi muka nanti jadi macam tentera betul-betul. Satu badan selut. best gila aktiviti itu!!!!!!!!!!!! Kemudian, kami berendam di dalam tasik. Setelah bersiap-siap dengan kemaskan barang dengan khemah, kami ada majlis penutup dan solat zohor. Secara keseluruhannya kami dapat no tiga.........Sejurus selepas itu, kami balik ke ukm dengan ditemani oleh hujan lebat gila 'all the way'. Kami tiba di sana pukul 5 petang. Fotonya saya akan 'upload' nanti.

cerita terkini permata pintar

foto saya (album) di facebook.
http://www.facebook.com/arif.anwar.14/photos_albums

Assalamualaikum wbt & salam 1 malaysia.
Saya meminta maaf kepada semua pengunjung blog ini kerana tidak post hampir tiga minggu kerana kesibukan masa di permata pintar. Baiklah saya akan ceritakan pengalaman saya:

Saya dengan dua orang kawan saya lain pergi ke Sambutan kemerdekaan "janji ditepati" ke 55 di Stadium Nasional bukit jalil dengan percuma token LRT. Kami bertolak selepas solat Asar. Setibanya tiba di Terminal Bersepadu Selatan, kami terus ke stadium dengan menaiki LRT. Pada pukul 8 malam, bermulalah sambutan tersebut. Setibanya  perdana menteri kita dan menteri-menteri kabinet tiba, kami terus menyanyikan lagu patriotik. Ada juga lagu janji ditepati dengan lirik versi lagu anak kampung. Dato' Seri Rais Yatim dan Dato Seri Najib memberi ucapan dalam 1 jam setengah. Beliau ada menyebut perasmian dan pembukaan kedai buku 1 malaysia pertama di Pusat Transformasi Bandar di puduraya dan juga mengembangkan cawangan-cawangannya.    

Seterusnya, ada upacara penyampaian anugerah kepada ikon seni dan sukan, iaitu Dato' Lee chong wei, Pandalela dan juga Yuna. Selain itu, ada juga anugerah kampung sejahtera khas buat kampung/ perumahan tercantik hiasannya. Ada pelbagai persembahan yang gempak dihidangkan kepada kami semua. Banyak foto saya rakam dalam kamera tetapi terpadam. Disebabkan itu, foto sahajalah yang dapat dimuat turun dalam facebook yang memuatkan sebelum, semasa 'formation pasukan janji ditepati' termasuk 'formation persembahan' dan selepasnya. Pada pukul 10.30 malam, kami beredar, solat isyak dan balik ke UKM walaupun ada lagi persembahan dan cabutan bertuah (bukan menang pun). Kami tiba di UKM (Kolej pendeta zaaba pukul 12 tengah malam.

Pada 1 september, saya diajak oleh kawan saya yang balik rumah (selaku rakan sekelas) ajak ke rumahnya untuk beraya di Kapar, kalng. Kami sejumlah 8 orang naik ktm ke kl sentral dan tukar ke stesen klang.. Sampai di sana, kami solat zohor di di masjid sultan sulaiman. Dia rakan sekelas(Safwan) jemput kami naik bas ke Kapar(17 km). Setelah makan tengah hari yang begitu lambat di rumahnya, kami ke One Plaza, kuala selangor dalam hampir sejam ke sana dari kapar untuk bertemu dengan rakan lama semasa perkhemahan PPCS Permata pintar yang tidak dapat PERMATApintar. Kami terus main bowling dan berkaraoke dengan solat maghrib. Oleh kerana sudah pukul 8 malam, kami balik ke rumah Safwan dengan kawan lama (hidayat) dan tidur di sana kerana Klang jauh gila dari ukm. One plaza itu tempat hiburan sahaja, bukan 'shopping'. Sambil itu, kami ulang kaji linear algebra dan fizik kerana ujian pertengahan semester 2 berlangsung pada hari lusa (isnin).

Keesokannya, kami hantar Hidayat balik ke rumahnya di kuala selangor sambil beraya. kemudian, kami balik rumah Safwan semula dan bersantai-santai. Selepas solat Asar, ayah Safwan hantar kami semua balik ke ukm. 'Result' saya ialah 5A 2B 1C 1D. Subjek A ialah english, bm, mt, sejarah dan agama islam.


Saya balik pada hari malaysia. Balik ke ukm, terus ada latihan kawad berformasi. Hal ini kerana saya masuk wakil PERMATApintar lawan dengan kolej kediaman lain di ukm yang berlangsung pada 19/9 di stadium ukm, iaitu pertandingan perbarisan berformasi peringkat ukm sempena hari malaysia. Pada hari isnin dan selasa petang, kami ada training kawad berformasi dengan maskotnya saya. Nanti saya berkerusi roda (kaki kudung yang merupakan bekas perajurit merdeka) dengan pakaian tentera dan membawa bendera malaysia. Penolak kerusi roda ditolak oleh Amizul. Komandernya ialah Afieq Azwa dan pembawa bendera permata pintar dan sepanduk oleh Safwan zulfazli dengan Sayidah (queen). Kami membuat formasi tugu negara dan 1malaysia (idea saya) dengan lagu Bangkitlah. Malam selasa itu ada raptai dan Rabu petang ada raptai penuh.

Pada sebelah malamnya, berlangsunglah sambutan hari malaysia ukm di stadium ukm. Acara ini dimulakan dengan kawad oleh pasukan BSMM, PULAPEL dan markas lapang ukm. Sambil itu, naib canselor ukm tiba. Setelah ucapan, doa dan sebagainya, perbarisan termasuk kami semua bermula dengan kolej-kolej kediaman dan fakulti-fakulti ukm. Pukul 10 malam, pasukan SUKMA UKM membuat persembahan. Videonya ada saya rakam oleh kawan saya, cumanya upload ambil masa, sebab itulah malas. Fotonya sahaja dimuat turun.

Kemudian, ada penyampaian hadiah, iaitu pertandingan fotografi, hiasan tercantik kolej dan fakulti/ pusat (kami kalah). Yang menang itu ialah kolej aminuddin baki dan pejabat canselori masing-masing. perbarisan pula :

johan - kolej keris mas (sebab barisan tersusun dengan tarian gempak) 
naib johan - kolej tun hussein onn (sebab sketsanya)  
ketiga - kolej aminuddin baki.

Allhamduillah!!!!!!! kami menang hadiah khas juri dengan RM 200, trofi, sijil penyertaan dengan sijil pencapaian serta piala. Setelah itu, gangnam style dan balik ke zaba.

Kita buka cerita SUKEM (lawan antara kolej dengan kolej untuk menentukan wakil ukm ke peringkat kebangsaan. Kami wakil Zaba, itupun ada audition tetapi ada sesetengah acara daftar terus dapat tanpa audition sebab tidak cukup orang. Untuk acara badminton, tidak dapat, sedih gila!!!!!!!!!!! kalah single dengan budak U. 50 orang permata pintar wakil zaba itupun beberapa kerat sahaja yang menang. Cemburu!!!!!!!!! 

Ada pula sukan kolej permata pintar minggu ini wakil rumah sukan. (kalah mati) Sedih!!!!!!! Saya double badminton dengan khairul kalah sebab mulanya kami boleh menang tetapi walaupun khairul lincah gila sampai kuasai court tetapi entahlah tidak dapat tangkap, saya tolong dan dapat pula. Namun, kami selalu berlanggar. Sebab itulah seorang double dari rumah hijau (emerald) buat serangan bertubi-tubi. Walaupun dapat tangkap tetapi tinggal 20-11. 4 mata lagi ke 15 kami (saya sumbangkan-kejar) . Oleh kerana puncanya dapat tangkap tetapi langgar jaring. 21-15...........sedih gila!!!! saya ada bakat dalam chess tetapi di 'reject' oleh rakan sebilik (naib presiden) . Futsal pula tarik diri sebab ambil tiket train balik ipoh pada hari raya korban.

Exam final semester 2 pula diadakan 31 oktober sampai cuti akhir tahun. Lepas buka sekolah tahun hadapan, barulah dapat result. kebetulan saya sibuk sediakan debat sejarah dan agama islam antara kelas, ulbs pidato dan macam-macam lagilah.

bantahan terhadap INNOCENCE OF MUSLIMS


KETIKA bantahan dan tunjuk perasaan terhadap filem yang menghina Islam serta Nabi Muhammad, Innocence of Muslims, di negara lain begitu ganas sehingga mengorbankan nyawa, bantahan oleh penganut Islam di negara ini lebih tertib dan lebih terkawal.

Ini jelas dilihat daripada perhimpunan di dua buah lokasi di ibu negara semalam yang lebih merupakan perhimpunan aman. Namun ini bukan bermakna Malaysia dan umat Islam di negara ini bersikap lembut dalam menghadapi isu filem berkenaan, juga isu penyiaran karikatur menghina Nabi Muhammad dalam sebuah majalah Perancis.

Kehadiran 10,000 orang menyertai perhimpunan semalam membuktikan keutuhan dan perpaduan umat Islam negara ini dalam menyampaikan mesej jelas bahawa kita tidak bertolak ansur dengan perbuatan biadab menghina agama Islam dan Nabi Muhammad.

Apa yang membanggakan, kesepakatan terserlah dalam bantahan ini apabila umat Islam sekalipun berlainan fahaman politik, serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), bersama-sama turun padang meluahkan bantahan.

Pergerakan Pemuda UMNO serta beberapa NGO mengadakan perhimpunan di Masjid Kampung Baru, sementara Pemuda Pas mengadakan perhimpunan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.

Kesepakatan ini begitu signifikan kerana dalam mempertahankan kesucian Islam tidak harus ada benteng politik.

Diharapkan dalam apa juga isu lain yang menggugat Islam, UMNO dan Pas akan terus bersatu dan berjuang bersama dalam satu suara.

ribuan umat islam protes - berita



Sebahagian daripada kira-kira 300 peserta berarak membantah penerbitan filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad di Kuching, Sarawak, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR 21 Sept. - Ribuan umat Islam seluruh negara hari ini mengenepikan perbezaan fahaman politik untuk bergabung suara dengan berhimpun bagi mengutuk keras penerbitan filem anti-Islam, Innocence of Muslims di Amerika Syarikat (AS) dan penyiaran karikatur menghina Nabi Muhammad SAW di Perancis.

Dalam protes aman yang dianjurkan serentak iaitu selepas solat Jumaat di seluruh negara hari ini, para peserta perhimpunan aman itu antaranya melaungkan seruan Allahuakbar serta meminta masyarakat dunia menghormati agama lain termasuk Islam.

Di ibu negara, kira-kira 10,000 peserta perhimpunan bantahan itu diadakan di dua lokasi berasingan iaitu di hadapan Masjid Jamek Kampung Baru anjuran Pergerakan Pemuda UMNO serta di hadapan Kedutaan AS, anjuran Dewan Pemuda Pas.

Selamat Hari Malaysia - Antara Hari Kemerdekaan dengan Hari Malaysia


RAMAI di kalangan anak muda yang sedikit terkeliru di antara Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Ramai yang tidak sedarkan kewujudan Hari Malaysia kerana apabila dilontarkan tarikh keramat itu ramai yang akan memberikan jawapan 31 Ogos.

Tidak adil untuk kita sekadar membebankan kekeliruan itu di atas bahu mereka semata-mata tanpa kita memikirkan apakah kita telah mengambil pendekatan yang cukup untuk menyedarkan mereka tentang kewujudan tarikh Hari Malaysia.

Benar, kita menyediakan segala bentuk kemudahan dan kemodenan untuk dinikmati oleh mereka dan generasi akan datang tetapi khuatir yang disediakan itu akan menyebabkan mereka menjadi lalai kepada sejarah. Sama ada suka atau tidak, hakikat yang harus kita terima bahawa sejarah menjadikan Malaysia sesempurna ini hasil pengemblengan bersama rakyat Malaysia sama ada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.

Jika diimbas kembali kepada sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 pada 31 Ogos lalu, renung-renungkanlah sama ada kita mampu menarik anak-anak muda ini untuk merenung kembali setiap titisan peluh yang dititiskan oleh generasi terdahulu dalam usaha mencapai kemerdekaan atau kita sekadar mampu membuatkan mereka menjeritkan perkataan merdeka dan membulatkan mata mereka merenung setiap percikan bunga api di angkasa pada detik 12 tengah malam.

Kerisauan ini dirasakan apabila saban hari berbanding tahun sebelumnya, kemeriahan rakyat terutamanya anak muda dalam meraikan hari kemerdekaan semakin dingin. Lihatlah di sekeliling anda apakah masih ada lagi bendera-bendera yang digantungkan atau dikibarkan di kereta-kereta mahu pun premis-premis? Jika ada pun sekadar menghiasi yang kebanyakannya adalah kenderaan rasmi dan premis kerajaan.

Teringat pula kepada kata-kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan(KPKK), Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa menyambut apa jua acara sambutan yang berkisar kepada sejarah Malaysia tidak boleh hanya dinilai kepada bilangan yang hadir dan bilangan yang mengibarkan bendera semata-mata tetapi jauh daripada itu adalah melahirkan jiwa yang penuh kecintaan kepada negara.

Tentunya kata-kata yang lahir daripada seorang Menteri apatah lagi daripada orang berpengalaman luas haruslah difikirkan secara bersama pendekatan bagaimanakah yang harus diambil untuk memberikan rasa cinta itu kepada anak-anak muda.

Walaupun sehebat itu dan sebenderang angkasa yang kita warnakan pada detik 12 malam 31 Ogos pun kita masih tertanya-tanya apakah anak muda benar-benar menjiwai rasa cinta kepada negara inikan pula berhubung Hari Malaysia yang mungkin masih samar-samar pengertiannya di jiwa mereka.

Kita tidak mahu kekeliruan berhubung Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang semakin bersawang di minda anak muda diburukkan lagi oleh mereka yang berkepentingan dalam politik.

Pelbagai dakyah palsu dilontarkan mereka kepada anak-anak muda di Sabah khususnya semata-mata mahu menyemai rasa benci mereka kepada kerajaan. Minda anak muda di Sabah dan Sarawak terus disogokkan dengan dakwaan bahawa kerajaan sekarang meminggirkan dan tidak membela nasib rakyat Sabah dan Sarawak.

Hujah yang agak dangkal yang mereka gunakan itu dikhuatiri akan ditelan mentah-mentah oleh anak muda biarpun hakikatnya Sabah dan Sarawak tidak pernah dipinggirkan mahupun dianaktirikan.

Lihat sahaja barisan Jemaah Menteri dalam pentadbiran kerajaan. Sejak dari dahulu sehinggalah ke detik hari ini, anak-anak Sabah dan Sarawak tidak pernah dikecualikan daripada memegang jawatan Jemaah Menteri.

Kemudahan di Malaysia diselaraskan di seluruh negara termasuklah Sabah dan Sarawak. Hospital kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan pelbagai lagi kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak. Justeru, bagaimana boleh kita menerima bahawa Sabah dan Sarawak dianak tiri dan dipinggirkan?

Ramai anak-anak muda Sabah dan Sarawak yang berjaya mendapatkan pekerjaan yang baik di negeri kelahiran mereka sendiri dan tidak kurang juga ada di kalangan anak muda daripada tanah Semenanjung yang berhijrah ke Sabah dan Sarawak untuk mencari rezeki.

Begitu juga jawatan penting di peringkat Persekutuan, Sabah dan Sarawak yang diisikan oleh rakyat dari kedua-dua negeri itu. Semangat integrasi nasional segala-galanya berjalan dengan baik dan tidak ada sebarang rasa buruk sangka di antara anak Semenanjung dengan anak Sabah dan Sarawak.

Kebersamaan inilah yang sememangnya diidam-idamkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak apabila memperkenalkan Gagasan 1Malaysia ketika mengambil alih tampuk pemerintahan. Biarpun sebenarnya perjuangan menyatukan seluruh rakyat Malaysia bukanlah perkara baru tetapi Perdana Menteri tampaknya sentiasa berwaspada kepada sebarang tindakan yang sengaja mahu memecah-belahkan rakyat Malaysia.

Mengenai kecelaruan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, adalah diharapkan kerajaan mengambil pendekatan lebih proaktif untuk menerangkan fakta sebenar perihal peristiwa itu secara menyeluruh kepada rakyat Malaysia. Tanggungjawab ini dilaksanakan oleh Jabatan Penyiaran dan Jabatan Penerangan KPKK.

Hanya dengan fakta yang benar akan dapat melahirkan rasa kecintaan yang mendalam kepada negara dan dapat menjadi benteng kepada sebarang asakan daripada mereka yang ingin melihat kehancuran negara demi kuasa.

Semoga detik 16 September akan menjadi sepenting detik 31 Ogos di dalam kalendar tahunan Malaysia. Kita mahu kepentingan bersama rakyat Malaysia sama ada di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan menjadi seperti aur dengan tebing dan cubit peha kanan, peha kiri turut terasa sakitnya.

Di bawah kibaran Jalur Gemilang, ayuh kita mengorak langkah bersama untuk menuju ke arah yang cemerlang. Sesungguhnya tidak ada yang mustahil untuk kita gapai sekiranya kita bersatu dan dengan semangat Malaysia Boleh, Pandelela Rinong telah menzahirkan bahawa kita sebenarnya hidup dalam rumpun 1 Malaysia. Selamat Hari Malaysia. Semoga kita dapat hidup dengan aman dan bahagia dengan tidak mencetuskan perkauman yang boleh mengganggu keamanan negara.

'Islamophobia' masuki fasa lebih keras


ULANG tahun ke-11 tragedi runtuhnya Menara Berkembar WTC di New York membangkitkan kemarahan antarabangsa yang meluas apabila empat rakyat Amerika Syarikat (AS), termasuk dutanya terbunuh ditembak dan dibom oleh ribuan perusuh yang membantah promosi filem menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW di Benghazi, Libya.

Ekoran tragedi berdarah itu, Presiden AS, Barack Obama mengarahkan kawalan ketat di semua bangunan kedutaannya di seluruh dunia manakala beberapa pihak keselamatan mula mengaitkannya dengan balas dendam al-Qaeda di atas kematian salah seorang pemimpin kanan di Yemen awal minggu lalu.

Walau apa pun kecaman diberikan, AS sebenarnya perlu mengkaji semula konsep kebebasan bersuara yang diberikan kepada rakyatnya. Ekoran penerbitan filem Innocence of Muslims sepanjang dua jam dan mula dipromosikan menerusi YouTube dengan durasi kurang dua minit, membangkitkan kemarahan rakyat Libya dan Mesir.

Kemarahan itu dijangka akan cepat merebak ke beberapa buah negara Islam kerana penghinaan ke atas agama dan Nabi Muhammad SAW menjadi senjata provokasi Yahudi untuk membolehkan tindakan keras dilakukan termasuk mencetuskan suasana huru-hara dan membolehkan AS melakukan serangan balas yang lebih dahsyat.

Gambaran buruk Barat terhadap Islam, Nabi Muhammad SAW, al-Quran dan umat Islam memiliki sejarah panjang - sepanjang sejarah hubungan Islam dan Barat (Kristian).

Pada masa-masa tertentu gambaran negatif tersebut sengaja digerakkan sebagai usaha membela diri atau menutup kelemahan, meningkatkan citra agama Kristian dan Yahudi serta bangsa Barat di hadapan umat Islam. Dan yang amat menyakitkan hati, mereka secara agresif menyerang keyakinan agama umat Islam.

Promosi filem itu dilakukan oleh seorang pelampau Kristian keturunan Mesir, Morris Sadek dan dihasilkan oleh Sam Bacile, keturunan Yahudi Israel. Kedua-dua mereka merupakan rakyat AS dan tinggal di California. Filem tersebut dihasilkan menerusi dana yang dikeluarkan oleh 100 orang Yahudi AS berjumlah AS$5 juta (RM15 juta) dan dihasilkan dalam tempoh tiga bulan.

Filem tersebut diterbitkan dengan tujuan memprovokasi masyarakat antarabangsa mengenai peribadi Nabi Muhammad SAW sebagai kasanova dan Islam adalah 'barah'.

Jika AS melakukan serangan ke atas Libya bagi mencari siapakah pembunuh rakyatnya dalam insiden tersebut, bermakna lengkaplah andaian mengenai tabiat sebenar kuasa besar itu yang sengaja membiarkan rakyatnya mati terlebih dahulu. Kematian itu akan digunakan untuk menyerang dan memusnahkan sesebuah negara sebagaimana dilakukan oleh George Bush untuk menyerang Iraq pada tahun 2003.

Secara psikologinya, manusia sanggup melakukan apa sahaja atas nama agama. Manusia sanggup membunuh kerana agamanya dihina dan dikecam. Agama menjadi kepercayaan yang paling suci, maka kesucian itulah yang wajib dipertahankan.

Apabila AS bertindak memburu pembunuh dutanya atau mereka yang merusuh di kedutaannya sehingga menyebabkan kematian dan kerosakan menerusi Akta Patriot, ia tidak akan menyelesaikan masalah secara lebih berkesan.

Di sebalik kekacauan agama itu terdapat suatu manifestasi ideologi politik secara halus yang sengaja dilakukan oleh kelompok Yahudi. Ini termasuklah penerbitan filem yang mencetuskan kemarahan rakyat Libya dan Mesir.

Di sebalik kesemua serangan ganas tentera AS di seluruh dunia, terpahat peranan Yahudi mencorakkan dasar luar White House. Pembunuhan duta ke Libya dan tiga orang kakitangan keselamatan di Beghazi pada malam 11 September 2012 itu adalah kemuncak daripada provokasi baharu Amerika Syarikat untuk menjajah Libya setelah berjaya membantu para pemberontak hampir setahun bertarung menjatuhkan Muammar Gaddafi, yang sangat tidak disenangi oleh Israel dan pelampau Yahudi.

Israel sedar mereka tidak berjaya mempengaruhi kestabilan politik di Asia Barat dan atas kesukaran itulah pelampau Yahudi berusaha dengan cara membangkitkan kemarahan masyarakat Islam dengan terus membiayai dan menganjurkan apa sahaja tindakan memburuk-burukkan Islam.

Tujuannya jelas, bila kepentingan AS terbabit, maka mudahlah White House membuat keputusan menyerang ataupun menggunakan kekerasan dan ketenteraan bagi menghancurkan kerajaan yang sah.

Libya masih belum pulih sepenuhnya. AS sebenarnya menanggung aib yang besar kerana para perusuh itu sebenarnya menggunakan senjata yang pernah dibekalkan kepada mereka ketika menentang Muammar. Tetapi pada malam ulang tahun ke-11 Tragedi 911 digunakan untuk membakar, merusuh dan membunuh di bangunan kedutaannya di Libya.

Selagi AS tidak mampu memperbetulkan persepsi buruk terhadap Islam yang berlegar dalam pemikiran rakyatnya, maka selagi itulah perburuan untuk membunuh "pengganas dan pelampau" yang menyerang kepentingannya tidak akan berakhir.

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket