Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Ubati penyakit perpecahan

Sejajar dengan usaha mendukung aspirasi kerajaan untuk memperkasakan gagasan 1Malaysia, juga mengambil sempena menyambut Ramadan al-Mubarak serta sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-53, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan menganjurkan Program Jelajah Sahabat Yadim 1Malaysia 2010. Program ini akan diadakan dari 15 hingga 30 Ogos 2010 bersamaan 5 hingga 20 Ramadan 1431 Hijrah.
Sesuai dengan bulan suci dan mulia ini, antara objektif utama program jelagah tersebut adalah untuk membantu masyarakat yang memerlukan, terutamanya masyarakat akar umbi seperti ibu tunggal, fakir miskin, anak yatim dan golongan yang tidak bernasib baik, di samping mengajak ke arah kesatuan ukhwah di kalangan masyarakat terutama ahli politik dan ahli agama.
Kita wujudkan persaudaraan yang berdasarkan iman atau dengan lebih tepat ukhwah imaniah. Ini kerana di dalam al-Quran disebutkan bahawa persaudaraan ini dikaitkan langsung dengan iman. Faktor penunjang lahirnya persaudaraan dalam erti luas ataupun sempit adalah persamaan.
Semakin banyak persamaan, maka semakin kukuh pula persaudaraan. Persamaan dalam rasa dan cita merupakan faktor yang sangat dominan yang mendahului lahirnya persaudaraan hakiki dan yang pada akhirnya menjadikan seorang saudara dapat merasakan derita yang ditanggung saudaranya.
Sebagai contoh, menghulurkan bantuan kepada saudaranya sebelum diminta serta memperlakukannya bukan atas dasar take and give tetapi justeru "mengutamakan orang lain walau dirinya sendiri kekurangan." (maksud surah al-Hasyr, ayat 9)
Seorang Muslim hadir ke tengah-tengah masyarakat untuk melangsungkan tugas para Nabi, memperbaiki masyarakatnya, sesudah ia memperbaiki dirinya. Ia harus menjadi orang soleh dan mushlih, hadin dan muhtadin (yang mendapatkan petunjuk dan yang memberikan petunjuk), bukan fasid dan mufsid (yang rosak dan merosak).
Dalam Islam, tugas-tugas kemasyarakatan (muamalah) ini mempunyai kedudukan sedemikian penting sehingga dihargai lebih tinggi daripada ibadah-ibadah ritual (mahdhah).
Pernyataan-pernyataan di atas bukan bermakna menafikan kepentingan dan keutamaan ibadah madhah seperti solat, puasa, dan zakat tetapi mengingatkan kita akan kepentingan aspek-aspek lain yang menyangkut hubungan manusia dengan sesama manusia, juga hubungan manusia dengan Allah SWT, Tuhan Pentadbir sekalian alam.
Pada realitinya, sesetengah masyarakat Islam hari ini keliru dalam memahami makna ibadah sebenar dari perspektif Islam. Mereka sekadar memahami ibadah itu hanya yang bersifat ritual (seperti sembahyang, puasa, dan zakat).
Umat Islam lebih sibuk dengan amalan dan urusan ibadah semata-mata tetapi mengabaikan persoalan muamalah yang berkaitan dengan penyakit perpecahan dalam masyarakat akibat perbezaan fahaman politik atau penyakit kemiskinan dan kejahilan.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Mahukah kamu aku beritahukan darjat apa yang lebih utama daripada solat, shiyam dan sedekah (sahabat menjawabTentu! Iaitu mendamaikan dua pihak yang bertengkar." (Riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi, Ibnu Hibban)
Sesungguhnya kedatangan agama Islam bukan sekadar untuk mengajar zikir dan doa tetapi juga membebaskan manusia daripada segala penderitaan dan ancaman penyakit yang berupaya memusnahkan kehidupan manusia itu sendiri.
Ancaman penyakit AIDS, dadah, keruntuhan akhlak dan seumpamanya merupakan penyakit sosial yang menjadi kewajipan umat Islam membanterasnya.
Inilah tugas-tugas kemasyarakatan yang harus dipikul oleh sesiapa sahaja yang menggelarkan diri mereka Muslim sejati. Islam memandang tugas-tugas ini lebih tinggi dan mulia daripada ibadah-ibadah ritual.
Islam ternyata merupakan agama yang menekankan urusan muamalah lebih besar dan lebih penting daripada menekankan persoalan ibadah mahdhah semata-mata.
Islam meletakkan kehidupan bersosial dan bermasyarakat lebih utama daripada ibadah mahdhah. Justeru, kerana terlampau menekankan kepada ibadah ritual ini kadang-kadang berlaku perbalahan kerana perbezaan kecil seperti mana yang lebih baik tudung labuh atau tudung pendek atau tidak menggerak-gerakkan telunjuk ketika waktu tasyahud.
Begitu juga dalam urusan muamalah yang berkaitan dengan persoalan penganiayaan dan kezaliman sesama manusia tidak boleh dihapuskan dosanya dengan solat tahajud atau membaca zikir seribu kali. Sehingga dikatakan bahawa tidak diterima ibadah kita jika melanggar norma-norma muamalah.
Hadis riwayat Al-Hakim daripada Abu Hurairah, dikatakan kepada Rasulullah SAW bahawa seorang wanita berpuasa siang hari dan solat pada waktu malam tetapi ia menyakiti jiran tetangganya. Rasulullah SAW menjawab: "Perempuan itu di neraka."
Jelas, betapa solat dan puasa tidak berguna lagi kerana si pelakunya telah merosakkan hubungan baik dengan jirannya. Justeru, sifat memutuskan silaturahim dengan Muslim dianggap beberapa hadis sebagai mereka yang termasuk dalam golongan orang yang tidak beriman.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim."
Justeru, demi merealisasikan misi jelajah ini, Program Jelajah Sahabat Yadim 1Malaysia akan diisi dengan pelbagai aktiviti, antaranya program khidmat bakti, penghayatan semangat kemerdekaan, program bersama pemimpin, masyarakat tempatan, para ulama, masyarakat Felda, Orang Asli, masyarakat Siam, anak yatim, ibu tunggal, pesakit angin ahmar, pelajar sekolah dan politeknik, program motivasi / penghayatan Ramadan, kunjungan ke IPD dan kem tentera, memasak bubur lambuk, pengagihan al-Quran, telekung dan sejadah, pendaftaran Sahabat Yadim dan aktiviti dengan masyarakat setempat.
Sesungguhnya, program jelajah ini, sepanjang dua minggu di bulan Ramadan 1431 H adalah sebahagian daripada usaha menjalin silaturahim dan menghubungkan rasa persaudaraan di antara sesama anggota masyarakat di semua peringkat.
Yang retak, kita cantumkan. Yang sedia bertaut, semakin kita perkukuhkan. Penyakit perpecahan perlu kita ubati agar tidak merebak dan membahayakan kehidupan kita.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket