Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Hormati sensitiviti kaum

SENARIO politik negara kita sentiasa panas dengan isu-isu yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik sempit menjangkau hal yang menyentuh sensitiviti kaum di negara ini. Isu-isu yang diketengahkan oleh parti politik terlibat kadang kala dilihat mampu menggugat kestabilan dan keharmonian kaum yang sudah sekian lama dijalin di negara ini.
Tindakan parti politik berkenaan dilihat tidak bertanggungjawab kepada masa depan negara dan sudah pastilah akan menghancurkan pembangunan yang telah dibina sejak zaman merdeka lagi.
Terkini, parti DAP mempersoalkan kuota orang Melayu di dalam pembelian rumah di Selangor. Ia adalah satu tindakan yang boleh mencetuskan kemarahan orang Melayu, bukan saja di Selangor bahkan di seluruh negara. Ini merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab yang sekiranya dibiarkan dan tidak ditangani segera, dikhuatiri akan memangkin perasaan marah orang Melayu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti dilaporkan akhbar, meminta DAP supaya tidak terlalu menekankan soal hak istimewa orang Melayu dan bumiputera sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati kaum tersebut. Najib juga menegaskan, kerajaan cuba menentukan dasar-dasar yang adil dan saksama, tetapi orang Melayu dan bumiputera akan berasa marah jika parti itu (DAP) asyik menekankan tentang soal penghapusan dasar melibatkan kepentingan orang Melayu di negara ini.
Perkara yang sama diulas oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mengingatkan parti politik di negara ini tidak melampaui batas ketika berpolitik sehingga boleh menimbulkan kesan buruk kepada keharmonian kaum dan agama.
Tindakan terkini DAP itu menampakkan rentetan daripada beberapa siri isu yang cuba dimainkan oleh parti itu seolah-olah mempunyai agenda untuk mengikis hak keistimewaan dan ketuanan orang Melayu seperti mana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan.
Mungkin ada kebenarannya apabila Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Noh Omar sepertimana yang dilaporkan akhbar telah menggelar DAP sebagai cauvinis apabila parti itu didapati tidak jemu-jemu membangkitkan isu yang menyentuh ketuanan Melayu.
Selanjutnya, Noh berkata, lebih menyedihkan apabila orang Melayu sanggup bersekongkol untuk menjatuhkan kaum sendiri dan sokongan daripada Menteri Besar Selangor pula telah menambahkan keberanian DAP untuk terus mempersoalkan hak Melayu.
Titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada majlis sambutan Hari Pahlawan 2010 di Dataran Merdeka sepertimana yang dilaporkan akhbar hendaklah dilihat sebagai sesuatu yang serius. Baginda mengingatkan semua pihak supaya jangan menyentuh soal sensitiviti kaum di negara ini dan meminta semua pihak perlu menghormati nilai-nilai tersebut.
Pada masa yang sama mengekalkan sikap toleransi antara kaum yang wujud sejak sekian lama agar perpaduan yang dinikmati ini dapat diperkukuhkan.
Justeru, orang-orang Melayu dan bumiputera harus mengambil ikhtibar dan menyedari hakikat kemungkinan akan kehilangan hak keistimewaan yang dikecapi sebelum ini sekiranya masih memberi sokongan kepada pembangkang untuk menerajui kerajaan negeri pada pilihan raya akan datang.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket