IKOT
SEBAGAI pengguna, seluruh rakyat negara ini yang mukalaf dan waras kena bersetuju dengan permintaan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPIM) supaya kerajaan tidak tunduk dengan desakan peruncit yang merancang memboikot barangan kawalan seperti gula, tepung, minyak masak dan gandum, bermula 16 Jun ini.Bagi saya desakan boikot peruncit bukan sekadar boikot, sebaliknya bersifat mengugut dan mencabar peruntukan kuasa, kewibawaan, hemah, pretasi dan reputasi kerajaan terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Justeru, kerajaan bukan sahaja tidak boleh tunduk kepada desakan, ugutan, cabaran dan hasrat/niat peruncit mahu bergaduh dengan kerajaan dalam kes barangan kawalan, sebaliknya, kerajaan khususnya KPDNKK dan agensi di bawahnya kena menundukkan peruncit pemboikot tanpa perlu kompromi.
Sudah sampai masanya kerajaan mengendalikan secara langsung pengimportan gula, tepung gandum, minyak masak dan pelbagai barangan keperluan lain dan melantik koperasi tentera (PERNAMA) sebagai pusat transit induk untuk disalurkan kepada koperasi RISDA, koperasi FELCRA, dan koperasi-koperasi lain.
Kenapa PERNAMA? Ini kerana PERNAMA adalah koperasi tentera yang pastinya mempunyai disiplin ketenteraan, di samping ada kemudahan yang boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, koperasi desa boleh ditubuhkan bagi dijadikan pusat transit penjualan barangan keperluan di peringkat kampung.
Jika cara itu dipraktikkan, kewujudan peruncit itu sendiri menjadi tidak perlu dan tidak memberi sebarang guna serta fungsi kepada rakyat dan negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan