Selamat datang
Doakan saya
Assalamualaikum wbt.
Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:
1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.
2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.
3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.
4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.
5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.
6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.
7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.
8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.
9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.
Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.
Amin..........
artikel hari raya aidilfitri terakhir - ucapan raya & foto di facebook
Saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin.
1. Saya ingin meminta maaf kepada seluruh pengunjung blog ini jika artikel saya yang saya post menyinggung hati anda semua. Marilah kita bersama-sama menyambut raya dengan penuh gembira & kesyukuran.
2. Kepada pelajar Form 5 yang menduduki ujian percubaan SPM & UPSR lepas raya, buat ulang kaji juga dalam kegembiraan menyambut raya. Jangan makan terlalu banyak kononnya baru selesai sebulan berpuasa, nanti otak lemah.
3. Seminggu selepas raya, saya akan menduduki ujian pertengahan semester 2 (ujian bulanan 2). Oleh itu, saya harus buat ulang kaji juga.
4. Kepada pelajar lain, jangan buat latihan kerja sekolah yang cikgu berikan itu.
5. Kalau ada sesiapa yang main mercun, berhati-hatilah & jangan alpa kerana kalau tersilap, rayalah di hospital.
6. Sambutlah raya dengan cara Islam yang telah ditetapkan.
Akhir kata, saya ingin link web facebook saya di mana anda boleh melihat foto majlis berbuka puasa & khatam Al-Quran bersama anak-anak yatim darul Izzah & juga majlis berbuka puasa di seri perdana. (jangan cemburu). Allhamduillah!!!!!!!! Dato Seri Najib memberikan duit raya sejumlah RM 200 & beg yang mengandungi cawan, bekas kuih raya, buku yasin & sejadah kepada anak-anak yatim, semua pelajar PERMATA pintar, insan, seni & sebagainya yang datang masa itu. Kepada yang tidak datang kerana cikgu mereka tidak pilih akan mendapat duit raya RM 100. Gambar duit raya di seri perdana saya akan upload kemudian demi mengelakkan kontroversi.
Ringkasan majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim di permata pintar (Jumaat 10/8)
9 pagi - ceramah ramadhan oleh ustaz kami & khatam Al-Quran. Setiap kelas 1 orang dipilh untuk mewakili khatam al-quran. (Saya tidak terpilih untuk itu)
10.30 pagi - persembahan nasyid oleh beberapa oleh kawan saya (band - suaraharmoni) & (Kelab Kesenian Islam)
11 pagi - hadiah kepada pelajar yang menang semasa program ihya ramadhan. Saya mendapat saguhati buku cinta Allah & Rasul dalam pertandingan azan.
11.30 pagi - aktiviti bebas (masa itu saya membuat kerja Add Math)
Solat Aasr - kami berjemaah & membaca doa al-matsurat yang ustaz berikan secara percuma (tadarus al-quran) & yasin.
6 petang - anak-anak yatim darul izzah tiba. Kemudian, ditunjukkan video daripada kelab multimedia (ucapan hari raya) - saya ada masuk dalam video kerana dirakam oleh seorang kawan saya.
6.30 petang - sumbangan duit raya kepada anak yatim darul izzah & anak-anak yatIm PERMATApintar (duit raya yang saya dapat dirahsiakan)
7 malam - berbuka puasa, solat maghrib & makan malam
solat isyak - kami berjemaah dengan tarawih
10 malam - tamat. kami balik ke Kolej Zaba.
Ringkasan majlis berbuka puasa di seri perdana (Ahad - 12/8)
4 petang - bertolak ke putrajaya.
5 petang- solat asar. SUBHANALLAH!!!!! cantiknya seri perdana ini. Masa ini, saya berasa bersyukur tidak terkira kerana bukan plajar permata terpilih kerana sangat terhad. Fotonya anda tengoklah di link bawah.
6 petang- khatam al-quran oleh datin-datin termasuk Datin Seri Rosmah. Kemudian, seorang pelajar permata insan membaca al-quran. PERMATAinsan ditubuhkan adalah untuk melahirkan kanak-kanak yang genius pemikiran sains islam. Untuk mengikuti program itu, anak-anak yang berusia 8 tahun boleh menjawab UKM 1 sebelum terpilih mengikuti apa sahaja termasuk kem 2 minggu PERMATAinsan.
7 malam - berbuka puasa (7.30 malam). Ya-Allah sedap gila makanan mewah (syukur & jangan jealous)
8 malam - makan malam & pemberian duit raya.
8.30 malam- tamat majlis & balik ukm semula.
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.513403172007480.136162.100000134042778&type=3
(pertandingan robotik negeri selangor di high school Klang)
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.513415342006263.136165.100000134042778&type=3
(majlis berbuka puasa dan program pagi bersama anak yatim darul izzah di permata pintar)
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.513813845299746.136282.100000134042778&type=3
(jamuan kelas kami di restoran sekincahn ikan bakar, kajang)
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.513464025334728.136182.100000134042778&type=3
(majlis berbuka puasa di seri perdana -kediaman rasmi Perdana Menteri)
kalau ingin melihat lagi foto-foto lain, jadilah friend facebook saya:
http://www.facebook.com/arif.anwar.14/ (benda ini sudah ada kat facebook badge di blog saya)
fotonya:
http://www.facebook.com/arif.anwar.14/photos
'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!!!!!!!!! YEYE!!!!!!!!!!!! YAHOOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!
artikel hari raya aidilfitri 2- tips sebelum & semasa balik kampung serta kepulangan raya penulis
Pastikan sebelum korang nak balik kampung tu berpesan-pesanlah dekat jiran untuk tengok-tengokkan rumah kita. Sebab tu lah pentingnya semangat berjiran ni kan. Kalau jiran pun pakat-pakat balik kampung jugak, bolehlah maklumkan dekat balai polis yang berhampiran berapa hari korang takda dekat rumah. Dapatlah polis buat rondaan kalau ada yang maklumkan dekat dorangkan.
Sebelum korang berangkat untuk pulang, sila pastikan sekali lagi bahawa semua pintu dan tingkap telah dikunci terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah. Pastikan korang menggunakan kunci yang baik dan tidak uzur. Cara ini merupakan langkah yang terpenting sekali dan berkesan untuk mengelakkan rumah dipecah masuk.
Perkara yang selalu dipandang remeh oleh kebanyakan orang adalah dengan meletakkan kunci di bawah alas kaki ataupun di dalam pasu bungan. Sebenarnya cara sebegini memudahkan lagi tugas pencuri untuk masuk ke rumah korang. Jadi, jangan sesekali meninggalkan kunci rumah di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga dan sebagainya.
Ini bagi mengelakkan pencuri dapat mengesan ketiadaan korang dekat rumah. Kalau dah surat khabar takda orang ambil dekat luar tu, mestilah pencuri akan tahu rumah berpenghuni atau tidakkan. Disamping tu juga dapatlah berjimat sebab tak payah langgan dalam tempoh kita bercuti tu.
Bagi menjaga keselamatan harta benda korang, silahlah periksa peralatan dekat rumah tu bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. Kepala gas tu boleh la ditanggalkan supaya tidak berlaku sebarang kebocoran pada gas tersebut.
Sebelum keluar rumah, elakkan daripada memasang lampu luar. Ini kerana lampu luar yang menyala di siang hari menandakan penghuni tiada di rumah.
Sebagai umat islam wajiblah kita berdoa kepada-Nya supaya mudah dipermudahkan segala urusan kita. Jadi, sebelum keluar rumah tu, berdoalah untuk memperoleh keberkatan.

artikel hari raya aidilfitri 1 - persiapan menyambut hari raya
Maklum sahaja tinggal tiga hari menyambut hari raya aidilfitri. Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.
Persediaan untuk perayaan ini kebiasaannya dibuat di dalam bulan Ramadhan. Pelbagai jenis dan bentuk persediaan yang dilakukan. Antaranya ;
1. Dari segi perhiasan:
• Kebersihan dan keceriaan rumah.
• Perhiasan diri seperti ’Baju Raya’.
• Memasang pelita dan sebagainya.
2. Dari segi makanan:
• Membuat biskut raya.
• Makanan utama seperti:
Ketupat
Lemang
Rendang
Dodol
Dan sebagainya
3. Dari segi permainan:
• Bunga api
• Mercun
• Meriam buluh(telah diharamkan)
4. Dari segi kekeluargaan:
Kebiasaannya, semua perantau akan pulang ke kampung, perayaan ini selalunya disambut bersama keluarga.
5. Dari segi diri:
Inilah sebenarnya yang disuruh oleh Islam iaitu persediaan dalaman(rohani) bagi setiap umat Islam. Perlaksanaan sebenar perayaan ini adalah bagi mengugurkan dosa-dosa yang telah dilakukan(bertaubat), saling bermaafan, dan bersedia menghadapi cabaran yang menguji tahap keimanan seseorang. Ini kerana syaitan dan iblis dirantai di bulan Ramadhan, maka ini adalah peluang seseorang itu melatih nafsunya dan meningkatkan tahap keimanan tanpa gangguan, seterusnya bersedia bagi menghadapi hari dimana syaitan dan iblis dilepaskan semula(pada Syawal).
6. Lain-lain persediaan:
• Kewangan (terutamanya duit raya)
Amalan Lazim
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
ke mana hala tuju lepas ramadhan
MEMASUKI fasa terakhir dalam bulan Ramadan, bererti semakin hampir umat Islam akan menamatkan kem latihan Ramadan. Namun, apakah pesta ibadah dan kemeriahan yang dirasakan dalam bulan ini akan berakhir di kala 1 Syawal menjelma?
Biarpun, Ramadan masih belum melabuhkan tirainya, wajarlah bagi kita untuk memeriksa kembali perjalanan Ramadan yang dilalui pada tahun ini agar masa yang masih berbaki ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Inilah saatnya kita memecutkan momentum ibadah yang dilaksanakan, agar matlamat sebenar daripada tarbiyah Ramadan ini dapat dicapai dengan sempurna.
Ayuh, kita muhasabah diri bersama. Ketakwaan sebagai manifestasi akhir latihan dalam bulan Ramadan. Apakah Ramadan ini berhasil untuk meningkatkan ketakwaan dan keimanan kita selepas ini? Apakah mampu, momentum ibadah dalam bulan mulia ini diteruskan untuk bulan-bulan akan datang? Atau ia akan berakhir begitu sahaja setelah bergemanya takbir Hari Raya sebagai tanda kemenangan?
Lailatulqadar anugerah tahunan teristimewa
Namun begitu masyarakat Islam diseru tidak terlalu ghairah menanti ketibaan hari raya kerana masih ada ganjaran besar dan tidak ternilai disediakan buat Muslimin di penghujung Ramadan. Malah inilah masanya untuk semua berjuang habis-habisan bagi memperoleh ganjaran beribadah yang lebih baik daripada 1,000 bulan dan hanya terdapat pada malam kemuliaan Lailatulqadar. Peluang yang datang setahun sekali ini perlu direbut dengan bersungguh-sungguh kerana kalaupun seseorang ditakdirkan hidup sehingga usia menjangkau 83 tahun, belum tentu sepanjang tempoh tersebut berjaya dipenuhi semuanya dengan beribadah.
Justeru, Baginda Nabi Muhammad SAW diriwayatkan banyak berjaga malam dan mengikat kainnya pada 10 malam yang akhir Ramadan bagi menjejaki Lailatulqadar. Baginda turut mengejutkan ahli keluarganya supaya bersama-sama beribadah pada malam tersebut. Aisyah ra. berkata; Rasulullah SAW apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, baginda menghidupkan malam, mengejutkan keluarganya, bersungguh-sungguh dan uzlah daripada isteri-isterinya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sungguhpun begitu ia tidak semudah yang disangka malah hanya segelintir yang ikhlas, benar akidahnya dan berada pada landasan syariat yang benar berpeluang menemui Lailatulqadar. Lebih daripada itu Lailatulqadar kekal menjadi rahsia mutlak Allah SWT supaya umat Islam berusaha mengabdikan diri kepadanya sepanjang masa.
Malah pengorbanan kurang tidur, banyak beriktikaf di masjid, qiamullail dan melakukan amal-amal kebajikan lain pasti akan dibalas dengan kurniaan yang setimpal.
Selain itu, pada malam Lailatulqadar Allah SWT akan mengampunkan dosa sesiapa yang bertaubat dan memohon keampunannya. Allah SWT juga berkenan menerima segala doa yang dihadapkan kepadanya. Para malaikat Allah SWT yang diketuai oleh Malaikat Jibril AS juga turun ke bumi mencurahkan rahmat Allah SWT sambil mendoakan kesejahteraan dan keampunan buat pencari Lailatulqadar. Kesemua daripada nikmat yang begitu hebat ini pasti tidak akan datang bergolek begitu sahaja. Ia perlu disertai dengan usaha bersungguh-sungguh sambil memohon supaya terpilih menikmatinya.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: Barang siapa menghidupkan malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan rahmat Allah Taala nescaya akan diampunkan dosanya yang terdahulu. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pada malam itu juga terdapat tanda kebesaran Allah Taala seperti terbuka hijab pandangan mata lalu seseorang berpeluang melihat keajaiban langit. Ia sekali gus menunjukkan kekuasaan dan keagungan-Nya sebagai Tuhan Pencipta sekalian alam. Pada malam itu juga para malaikat turun memenuhi bumi ini. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam itu. Menurut al-Imam al-Hafis Ibn Kathir pada malam Lailatulqadar juga akan ditetapkan rezeki dan ajal manusia tanpa sebarang pindaan lagi.
Firman Allah SWT yang bermaksud (Kami menurunkan al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).(Surah al-Dukhan: 4) Tidak keterlaluan jika dikatakan malam tersebut adalah malam penentu kebahagiaan hidup di dunia mahupun di hari akhirat.
Bagi memudahkan pencarian malam tersebut ada beberapa panduan yang boleh diikuti. Imam al-Syafie misalnya menyatakan ia berlaku pada malam yang ke-21 ataupun malam ke-23 Ramadan. Manakala Imam al-Ghazali menentukannya berdasarkan tarikh awal Ramadan yang mana pada tahun ini jatuhnya pada hari Sabtu maka dijangka lailatulqadar berlaku pada malam ke-23 Ramadan. Baginda Nabi Muhammad SAW pula menyarankan supaya ia dicari pada malam 10 yang akhir dan dikuatkan lagi dengan malam-malam yang ganjil.
Ada pula dalam kalangan para ulama' mengatakan bahawa malam tersebut berlaku pada 27 Ramadan. Menurut Abu Ka'ab katanya, Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatulqadar terjadi pada bulan Ramadan manakala Lailatulqadar pula berlaku pada malam ke-27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbang kamu tidak lagi berusaha mencarinya. Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatulqadar.
Lalu apakah amalan yang perlu dilakukan pada malam itu. Secara umumnya tiada ibadah khusus yang ditetapkan. Amalan masyarakat setempat yang menghidupkan malam dengan mengerjakan solat sunat tahajud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat dilihat molek untuk dipraktikkan. Malam tersebut juga boleh diisi dengan bertadarus al-Quran dan berdoa sambil memohon keampunan daripada segala dosa silam.
Diriwayatkan bahawa Saidatina Aishah RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW akan doa yang perlu dibaca jika bertemu Lailatulqadar. Baginda Nabi SAW bersabda Berdoalah dengan doa yang bermaksud "Wahai Tuhan ku sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan maka ampunkanlah kami wahai tuhan yang Maha Pemurah. (Riwayat Ahmad)
Adapun tanda-tandanya sebagaimana yang turut disebutkan dalam Tafsir Ibn Kathir adalah; suasana pada malam itu cerah seperti disinari cahaya bulan, suhunya pula sederhana tidak terlalu panas mahupun sejuk. Pada keesokan harinya matahari terbit umpama bulan, kemerah-merahan tanpa sinaran cahaya yang memeritkan.
Apa pun yang lebih penting adalah bagaimana para Mukminin sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT sepanjang Ramadan. Ini kerana tanda-tanda tersebut boleh jadi tidak nyata ataupun hanya dilihat oleh kalangan Nabi dan Rasul ataupun golongan wali Allah yang terpilih. Malah di situlah letaknya hikmah di sebalik kerahsiaan malam Lailatulqadar yang merupakan anugerah agung buat Mukmin sejati.
Kuasa Gadis Pandelela
perkembangan terkini di PERMATApintar
Menjelang raya nanti, barulah saya post artikel ke blog ini. Ada dalam dua kali, insya-Allah. Saya ingin menceritakan perkembangan saya di sana PERMATApintar.
1. I/C saya hilang termasuk dompet yang mengandungi kad atm bsn semasa dalam perjalanan dari KL Sentral ke The Mines di Seri Kembangan atau semasa berjalan-jalan di dalam kompleks tersebut seminggu sebelum bulan ramadhan. Oleh sebab itu, saya bersama dengan ibu saudara saya i/c di JPN Kajang dan ambil di JPN Putrajaya pada hari Sabtu minggu kedua bulan ramadhan serta 'block' kad bsn. Nanti di Ipoh, baru saya buat kad atm baru. Oleh kerana saya masih pelajar, maka tidak dikenakan kompaun RM 100. Hanya RM 10 sahaja untuk permohonan. Allhamduillah!!!!!
2. Tiket KL Sentral ke Ipoh adalah pada 3 petang, hari Jumaat (dua hari sebelum raya). Dari KTM UKM, saya hanya naik 'train' ke sana.
3. Pelajar Form 5 yang saya dahulu lagi pemilihan mereka untuk ambil ujian SAT dan TOEFL itu berjumlah 15 orang yang akan berangkat ke US minggu depan di serata universiti di sana. Ada sesetengah terpaksa sambut raya di sana, ada sesetengah pula sambut raya di sini.
4. TOEFL markahnya mestilah 70 ke atas untuk membolehkan ambil ujian 'off level test' syllabus Form 4 dan 5. Kemudian, mereka di 'interview' oleh Prof kami. Sesiapa markah bagus, dapatlah ambil ujian TOEFL sebenar dengan SAT dan juga SAT Subject test. Saya tidak dipilih kerana toefl saya 60/120. Tahun hadapan, saya buat betul-betul untuk TOEFL kerana saya ada peluang terakhir pada tahun hadapan semasa semester 1 akhir.
5. Sebenarnya kami dikehendaki membuat portfolio mengenai diri dari sekolah rendah sehingga sekarang dalam English termasuk pencapaian, sijil dan segalanya sebelum saya menamatkan pengajian di sini. Insya-Allah pada hujung tahun nanti saya akan membuat portfolio tersebut. Manakala folio kerjaya mana yang kami suka juga dikehendaki buat sebelum bulan Oktober. Sebenarnya, sesiapa yang masuk ke sini, kalian ada markah-markah dan kriteria yang berjumlah 100%. Kalau markah saya dapat 50 ke atas, saya akan mendapat sijil diploma sekaligus memotong dua tahun daripada pelajar di luar sana. Kiranya kami dapat tamatkan pengajian di universiti dengan lebih cepat daripada pelajar-pelajar di luar sana. Sememangnya terlalu banyak keistimewaan yang kami akan dapat apabila berada pada penghujung form 5 nanti. Itupun, saya harus berusaha keras supaya semua keistimewaan itu dapat saya petik.
6. Tahun hadapan, kami dibenarkan ambil mana-mana subjek ASASIpintar yang ditawarkan oleh Fakulti MT dan sains untuk belajar sebagai kelengkapan untuk markah kriteria tersebut.
7. Allhamduillah!!!! Akhirnya PERMATApintar dapat cuti hari Jumaat (hari Jumaat tidak ada persekolahan) untuk membolehkan kami semua balik kampung lebih awal sebelum raya.
8. Allhamduillah!!!!! Saya terpilih untuk berbuka puasa bersama kawan-kawan lain di Seri Perdana, Putrajaya (apa lagi rumah PM) sekaligus diadakan majlis khatam al-quran pada 14 ogos (Ahad). Nanti saya akan post untuk yang ini, insya-Allah kerana malas ingin bercakap besar nanti.
9. 10 Ogos nanti, anak-anak yatim datang ke sini untuk berbuka puasa bersama kami semua. (majlis berbuka puasa & khatam al-quran).
Itu sahaja.
Perkembangan terkini & ucapan Selamat
Kelas linear algebra pada hari khamis dan kelas perancis pada hari rabu telah bermula sebulan lepas. Sebenarnya 30 orang pelajar PERMATApintar yang dipilih secara rawak telah dibuat untuk pergi ke Sri Pentas tv3 untuk persediaan ke program singgah sahur pada hari Jumaat ini. Hari Sabtu (hari pertama bulan ramadhan) mereka pergi ke rumah orang lain untuk bersahur dalam program yang kalian semua menonton di televisyen dan masuk tv. Saya sedih kerana tidak terpilih untuk itu tetapi masih bersyukur sebab dapat juga nikmat itu semasa Dato' Seri Najib datang ke sini. Saya sekarang ini sibuk untuk menghadapi mid semester 2 selepas Hari Raya Aidilfitri. Linear Algebra dan perancis masuk dalam pointer. Sememangnya sangat beban yang kami harus pikul. Di sini kalau sesiapa masuk, otak anda akan perah perah perah sahaja. Sebab itulah ujian saringan untuk ke sini memang susah termasuk soalan universiti.
Sempena bulan Ramadhan yang akan kita jalani pada hari lusa, insya-Allah, saya ingin ucapkan selamat menyambut dan menjalani ibadah bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkanlah amal ibadat berlipat ganda dan jalani ibadah puasa mengikut cara yang telah Rasullulah SAW ajarkan. Insya-Allah, saya akan menulis tazkirah ramadhan tetapi artikel ini hanya post pada setiap tiga hari seminggu (Jumaat, Sabtu & Ahad) setiap minggu dan tidak lupa juga post perkembangan saya terkini di PERMATApintar. Saya rasa ada dalam 10 kali saya akan post tazkirah ramadhan. Beberapa hari menjelang hari raya, saya akan post 2 kali mengenai ucapan saya dan artikel hari raya aidilfitri. Jangan lupa untuk mengikuti tazkirah saya walaupun 5 minit sahaja.Kunjungilah blog saya untuk membaca tazkirah ramadhan (http://agamapenyelamatku.blogspot.com) - blog saya yang bertemakan agama Islam & tazkirah.
perjalanan ke arah pertandingsn robotik negeri selangor
Saya ingin menceritakan mengenai perjalanan pertandingan robotik negeri Selangor di High School Klang pada 6 Julai lepas (Jumaat). Di bawah merupakan kronologi perjalanan sepanjang dalam robotik ini.
Sebulan lepas (bulan Mei)
Kami mendapat set robotik dengan map robot kami sebagai testing.
Tiga minggu lepas (11-16 Jun 2012)
Tema tahun ini untuk kategori open ialah robot connecting people di mana robot itu dapat bersosial dan membuat keputusan terbaik. Sememangnya perlukan kos yang puluhan ribu kerana dikehendaki bukan sahaja mereka & program tetapi juga membuat video 2 minit dan membuat booth sendiri 2 mm x 2 mm. Manakala kat kategori regular yang kami ambil bahagian pula termasuk 4 team lain Permata Pintar ialah bertemakan robot kutip hollow cube untuk dimasukkan ke cube yang sama warnanya. Iskandar telah design robot kami. Seterusnya, saya sendiri & Puteri Adilah training part robot yang kami dapat. Iskandar dapat tangan & gear, saya pula mendapat motor & tayar serta Adilah pula mendapat part body.
Dua minggu lepas (17-30 Jun 2012)
Kami mengubah sedikit design robot itu dan membuat programming robot kami. Itupun sedikit baru kerana lama lagi pertandingannya.
Seminggu lepas (1-4 Julai 2012)
Kami menggandakan usaha untuk programming robot. Untuk design kalau stress pun tidaklah ketara sangat tetapi untuk programming, memang tension gila kerana robot kadangkala lari sebab robot bukan perfect pun pergerakannya. Saya berasa ingin menangis kerana kesusahan yang dihadapi. Adilah tarik diri dari team robotik kami.
Di ambang competition (5 Julai 2012)
Seperti biasa tetapi tidur pukul 2 pagi dan bangun 5.20 pagi pada hari keesokannya. Oleh sebab itu, Mugelan gantikannya dalam team kami. Baru beberapa minit saya & Iskandar ajarkannya sudah terus masuk otaknya sampai boleh programkan robot. Hebat gila otaknya. Akmal Yusniza juga bantu kami dalam programming kerana dia pernah dapat nombor 6 negeri Pulau Pinag.
Hari competition (6 Julai 2012)
Pada pukul 6 pagi, kami bertolak dari UKM ke high school klang. 7.10 pagi baru kami tiba. First time pergi ke Klang dengan Shah Alam. Setelah mendaftar, sijil penyertaan ada dalam genggaman tangan. Langsung kami mencabut part robot kepada kategori tertentu kerana kami kena pasang balik dengan adjust program termasuk testing robot kami dalam round 1 selama 2 jam. Allhamudillah!!!!!! 100 mata per 200 mata dalam genggaman tangan team kami. Sebelah petang, round 2 yang hanya adjust robot sahaja dalam 30 minit sahaja. 90 /200 mata dalam genggaman tangan kami. Akhirnya dapat jugalah nombor 18/100 team negeri Selangor. Namun kami kalah sebenarnya. Hanya top 10 sahaja dikira menang dan 4-10 boleh dapat excellence award sementara ketiga, naib johan & johan dapat medal termasuk sijil kemenangan, piala serta lupa pula. Hahahahahahahaha. 5 team teratas akan bertanding peringkat kebangsaan bulan September ini di Johor Bahru dan seterusnya 10 team teratas pula dalam kebangsaan akan bertanding di peringkat antarabangsa di Hotel Sunway kerana negara kita, Malaysia menjadi tuan rumah World Robot Olimpiad pada bulan November ini. 5 petang, kami balik ke UKM dan singgah di McDonalds Hentian Serdang. 6.40 petang, kami tiba di UKM. Hari esok (Sabtu), 2 team Permata ke MRSM Terendak, Melaka peringkat kebangsaan bertemakan robot soccer. Saya terdengar mereka dapat johan & naib johan serta layak terus ke World Robot Olimpiad. Tahniah!!!!!!!!
pemberitahuan status pasukan kami dalam pertandingan robotik negeri selangor
Walaupun saya sedih pasukan robotik kami kalah tetapi kami mengambil itu sebagai pentngalaman untuk masa hadapan. Nanti saya akan post diari sepanjang pertandingan robotik pada hari semalam di high school Klang, Selangor. Mungkin insya-Allah malam ini.
