Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

artikel hari raya aidilfitri 1 - persiapan menyambut hari raya


Maklum sahaja tinggal tiga hari menyambut hari raya aidilfitri. Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Di jalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.


Persediaan untuk perayaan ini kebiasaannya dibuat di dalam bulan Ramadhan. Pelbagai jenis dan bentuk persediaan yang dilakukan. Antaranya ;
1. Dari segi perhiasan:
• Kebersihan dan keceriaan rumah.
• Perhiasan diri seperti ’Baju Raya’.
• Memasang pelita dan sebagainya.

2. Dari segi makanan:
• Membuat biskut raya.
• Makanan utama seperti:
 Ketupat
 Lemang
 Rendang
 Dodol
 Dan sebagainya

3. Dari segi permainan:
• Bunga api
• Mercun
• Meriam buluh(telah diharamkan)

4. Dari segi kekeluargaan:
Kebiasaannya, semua perantau akan pulang ke kampung, perayaan ini selalunya disambut bersama keluarga.



5. Dari segi diri:
Inilah sebenarnya yang disuruh oleh Islam iaitu persediaan dalaman(rohani) bagi setiap umat Islam. Perlaksanaan sebenar perayaan ini adalah bagi mengugurkan dosa-dosa yang telah dilakukan(bertaubat), saling bermaafan, dan bersedia menghadapi cabaran yang menguji tahap keimanan seseorang. Ini kerana syaitan dan iblis dirantai di bulan Ramadhan, maka ini adalah peluang seseorang itu melatih nafsunya dan meningkatkan tahap keimanan tanpa gangguan, seterusnya bersedia bagi menghadapi hari dimana syaitan dan iblis dilepaskan semula(pada Syawal).

6. Lain-lain persediaan:
• Kewangan (terutamanya duit raya)

Amalan Lazim

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah 
kepada Allah.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket