Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

'Gaza! kami datang lagi'


ANAK-KANAK Palestin duduk berselimutkan kain berwarna-warni sambil melukis dan
dikelilingi persekitaran bukit-bukit timbunan runtuhan rumah mereka.

Mereka melukis kereta kebal Israel, mayat yang bergelimpangan di jalanan serta pejuang
Palestin yang sedang menembak. Ini bagi menggambarkan suasana kejadian yang
mereka lihat semasa serangan oleh tentera Israel.

Itu yang diperhatikan Ketua Unit Perubatan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia,
Datuk Dr. Alwi Abdul Rahman semasa beliau tiba di Gaza pada Ogos 2010.

Menyertai misi diketuai pengerusi kelab, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ketika itu,
Alwi memandang sayu sejumlah kanak-kanak Palestin di wilayah Gaza yang berkeliaran
di jalanan. Mereka bermain perang-perang di luar rumah meskipun langit Gaza sedang
dikepung oleh jet tempur F-16 dan pesawat tanpa pemandu milik Israel.

Esok, Jumaat 7 Disember, Alwi akan menyertai Abdul Azeez sekali lagi berlepas ke Gaza. Ia misi kedua Kelab Putera 1Malaysia ke Gaza dan ke-29 misi kemanusiaan kelab itu ke seluruh
dunia termasuk domestik.

Abdul Azeez ketika ditemui saya bersama Alwi semalam memberitahu, misi kali ini sangat berbahaya. Ini kerana bukan sahaja Gaza yang sedang bergolak, malah Mesir sebagai
pintu laluan untuk ke sana turut ditimpa masalah dengan beberapa siri demonstrasi yang
melanda negara itu.

Demikian juga dengan cuaca di Palestin yang memasuki musim sejuk sekitar 10 darjah
celsius.

"Jika pada misi pertama kami masuk ke Kaherah dahulu dan bermalam sehari di sana
tetapi kali ini kami akan terus ke Rafa. Saya hendak ingatkan kepada
sukarelawan-sukarelawan yang mengikuti misi ini, kita bukan pergi berkelah, melancong
atau berjalan-jalan. Segala akibat yang mungkin boleh berlaku adalah atas inisiatif
sendiri dan tanggungjawab sendiri.

"Jangan nanti jika berlaku sesuatu, ada isteri, ibu atau bapa yang cuba menyalahkan
mana-mana pihak terutama pihak kerajaan atas kehilangan ahli keluarga mereka.
Pemergian kita berpaksikan jihad atau fisabilillah," katanya.

Abdul Azeez berkata, misi kali ini yang melibatkan 61 sukarelawan termasuk 20 doktor
pakar memfokuskan kepada bantuan perubatan selain menyediakan bekalan makanan.

"Kita akan membawa bekalan ubat-ubatan bernilai RM460,000, bekalan selimut 20,000
helai dari sini manakala bekalan makanan seberat 4 tan kita akan beli di sana," katanya.

Mengenai soal keselamatan, kata beliau, pihaknya menyediakan kelengkapan keselamatan
kepada sukarelawan dan pengamal media yang mengikuti misi bantuan kemanusiaan itu.

"Sebanyak 11 jaket kalis peluru disediakan kepada sukarelawan yang mengikuti misi
bantuan kemanusiaan ini pada 7 hingga 16 Disember ini.

"Misi kali ini akan bertumpu di tempat- tempat yang dihujani peluru Israel. Dalam misi
kali ini, Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia menghantar 20 wakil anak muda ke sana.

"Penglibatan mereka adalah tanda keprihatinan generasi muda negara ini terhadap
kesengsaraan rakyat Palestin," kata beliau.

Menyerahkan penjelasan selanjutnya misi itu kepada Alwi, Ketua Jabatan Kecemasan
Hospital Selayang itu memberitahu, banyak kanak-kanak Palestin mengalami trauma.
Selain itu, mereka turut mengalami gangguan tidur, mimpi buruk dan terkadang mereka
terbangun dalam keadaan mengigau.

"Palestin diibaratkan penjara yang terbesar di planet ini. Rakyatnya tidak boleh
sewenang-wenang ke luar negara. Tahap trauma kanak-kanak mereka cukup kritikal.
Mereka ketawa tetapi cuma terlihat pada jasad sahaja," katanya.

Seorang ahli psikologi berkata, serangan oleh tentera Israel baru-baru ini mengakibatkan
lebih banyak kesan trauma berbanding konflik sebelum ini di Gaza kerana mereka tidak
mempunyai tempat untuk lari menyelamatkan diri.

Malah, kaunselor dan pekerja bantuan khuatir kanak-kanak Gaza yang merupakan 56
peratus daripada 1.7 juta penduduk akan dibesarkan dengan perasaan benci terhadap
Israel dan mudah menjadi mangsa kumpulan pelampau. Karektor mereka cukup keras
kerana dibesarkan di lingkungan perang.

"Kami kehilangan generasi seterusnya," kata pegawai tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu, John Ging di Gaza.

Begitupun Alwi mampu juga menarik nafas lega. Ini berikutan Perhimpunan Agung PBB
pada 29 November lalu mengambil ketetapan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah
negara, apabila memberikannya status sebagai "Negara Pemerhati" dalam persidangan-persidangannya. Ini merupakan satu lonjakan ke depan dalam perjuangan umat Palestin
dan umat Islam sendiri sejak masa yang panjang bermula dengan penjajahan British
tahun 1917 dan semenjak pengisytiharan negara haram "I.s.r.a.e.l" tahun 1948.

Pengiktirafan itu menyebabkan status Palestin di PBB kini dinaik taraf daripada entiti
pemerhati kepada negara pemerhati bukan anggota iaitu sama seperti status yang dimiliki
oleh Vatican City.

Walaupun Palestin masih tidak layak untuk mengundi dalam UNGA, tetapi negara itu
boleh menyertai agensi-agensi PBB lain terutamanya Mahkamah Jenayah Antarabangsa
(ICC) - membolehkan siasatan dilakukan ke atas kekejaman Israel.

Pada 17 Disember nanti, Abdul Azeez akan kembali ke tanah air dari misi Gaza. Beliau
kemudian akan mengemukakan laporan kejayaan misi kepada Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket