Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Harapan untuk pesakit kanser payu dara

PENYELIDIK kesihatan baru-baru ini telah menemui sejenis gen darah yang terdapat dalam lima kajian sel barah payu dara yang dikatakan mempunyai potensi menyembuhkan penyakit tersebut.

Maklumat yang diterbitkan dalam sebuah laman web itu mendapati ujian gen AGTR1 mampu untuk mengurangkan pertumbuhan tumor sel kanser sehingga 30 peratus dalam masa lapan minggu.

Menurut pengkajinya, Dr. Arul Chinnaiyan dari Pusat Kanser Komprehensif, Universiti Michigan, Amerika Syarikat, tekanan darah tidak akan memberi kesan kepada aktiviti gen tersebut. Beliau juga mendapati gen AGTR1 itu merupakan antara gen yang kedua terbanyak sering dijumpai selepas gen ERBB2 atau lebih dikenali sebagai HER2.

Malah, AGTR1 juga sebenarnya sering dijumpai dalam 10 hingga 20 peratus kajian tumor kanser.

Beliau juga dalam proses memperluaskan kajian mengenai rawatan yang dikenali sebagai AGTR1-positif dalam usaha memberi harapan kepada pesakit kanser.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket