Selamat datang
Doakan saya
Assalamualaikum wbt.
Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:
1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.
2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.
3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.
4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.
5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.
6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.
7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.
8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.
9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.
Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.
Amin..........
Pengumuman
Sy baru habis mnduduki ujian bulanan 2. Sy brhrp sma berdoa smga result sy cmerlang(8A).
Pengumuman pandemik
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, semua kes kematian itu didapati mempunyai risiko penyakit seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan imuniti rendah.
“Kematian terbaru turut membabitkan bayi yang berumur empat bulan dan seorang warga emas berusia 92 tahun,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Saintifik Persatuan Kajian Kegemukan Malaysia (MASO) di sini hari ini.
Tiong Lai memberitahu, seramai 80 pesakit H1N1 masih menerima rawatan di seluruh negara dengan 51 orang dirawat di wad biasa, manakala 29 lagi di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Daripada 29 pesakit di ICU, seramai 16 orang merupakan individu yang mempunyai risiko penyakit termasuk penyakit kronik dan selebihnya mengalami masalah obesiti, wanita hamil dan baru bersalin,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menasihati rakyat agar tidak panik dengan penularan wabak H1N1 dalam negara kerana 98 peratus daripada jumlah pesakit yang dijangkiti virus itu setakat ini sembuh selepas menerima rawatan.
“Saya akui situasi wabak H1N1 di negara ini adalah serius. Bagaimanapun, ia hanya membahayakan apabila menjangkiti golongan berisiko tinggi sehingga mampu membawa kepada kematian,” katanya.
Tiong Lai berkata, orang ramai perlu lebih bertanggungjawab dalam membantu kerajaan menangani penularan wabak H1N1 dengan segera mendapatkan rawatan apabila mengalami simptom penyakit serupa influenza (ILI) sebelum ia menjangkiti orang lain.
“Mereka juga perlu memakai penutup mulut dan hidung serta melaksanakan pengasingan sosial dengan tidak menghadiri majlis-majlis terbuka. Kalau semua rakyat mengikut arahan pencegahan H1N1, kita yakin dapat membendung penularan wabak ini,” katanya.
Mengulas situasi di Johor, Melaka dan Selangor yang mencatatkan kes kematian H1N1 yang tinggi, beliau menjelaskan, ia perlu dilihat dalam skop yang lebih luas kerana wabak itu merebak di seluruh negara.
Beliau seterusnya menegaskan, Malaysia belum sampai ke tahap untuk mengisytiharkan darurat kesihatan.
“Darurat bermakna kita perlu menyekat pergerakan orang ramai dan melaksanakan tindakan kuarantin terhadap keseluruhan komuniti. Saya rasa kita tidak perlu berbuat demikian pada masa ini,” ujar beliau.
Tambahnya, Kementerian Kesihatan tidak akan mengarahkan sekolah-sekolah di seluruh negara ditutup sewenang-wenangnya hanya kerana segelintir murid atau pelajarnya dijangkiti H1N1.
“Langkah yang lebih berkesan adalah mengasingkan murid atau pelajar positif H1N1 daripada mereka yang sihat supaya sesi pembelajaran dapat diteruskan,” katanya.
Enam lagi termasuk bayi mati
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, empat daripada kes kematian itu didapati mempunyai risiko penyakit diabetes, hipertensi, penyakit jantung atau obesiti.
Bagaimanapun, katanya, enam kematian itu adalah kematian yang berlaku terdahulu iaitu antara 6 hingga 9 Ogos lalu membabitkan masing-masing dua bayi dan warga emas termasuk seorang wanita mengandung dan seorang lelaki berumur 24 tahun yang tidak berisiko.
Jelasnya, seorang bayi berumur 10 bulan yang tidak mempunyai sejarah penyakit kongenital, mendapat tanda-tanda demam dan batuk pada 1 Ogos lalu dan hanya dibawa ke hospital pada 6 Ogos sebelum dimasukkan ke wad akibat sesak nafas.
''Rawatan antiviral tidak diberikan dan sapuan tekak telah diambil pada hari tersebut dan disahkan meninggal dunia keesokannya.
''Dia hanya disahkan mendapat jangkitan H1N1 sehari selepas kematiannya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Tiong Lai berkata, seorang lagi mangsa adalah bayi berumur 12 bulan yang mengalami penyakit jantung kongenital dan baru menjalani pembedahan jantung di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur sebelum dirujuk semula pada 7 Ogos kerana mengalami demam dan sawan.
''Rawatan antiviral tidak diberikan dan sampel sapuan tekak diambil pada 8 Ogos dan dia meninggal dunia keesokannya kerana mengalami komplikasi pembedahan jantung serta jangkitan pneumonia.
''Bayi berkenaan hanya disahkan mendapat jangkitan H1N1 pada 10 Ogos," katanya.
Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, kematian membabitkan seorang wanita mengandung berusia 18 tahun pula berlaku setelah mangsa yang mempunyai masalah obesiti mendapat tanda-tanda batuk, sakit tekak dan selesema pada 3 Ogos lalu sebelum mendapatkan rawatan di klinik kesihatan pada hari sama.
''Bagaimanapun, keadaannya bertambah teruk dan dimasukkan ke ICU akibat sesak nafas pada 7 Ogos dan diberikan rawatan antiviral pada hari tersebut serta sampel sapuan tekak pada 9 Ogos.
''Mangsa disahkan meninggal dunia akibat H1N1 pada 10 Ogos," katanya.
Tambah Tiong Lai, mangsa warga emas yang terbabit pula berumur 60 tahun dan didapati mempunyai sejarah penyakit diabetes, hipertensi dan jantung manakala seorang lagi berusia 62 tahun turut mempunyai diabetes dan mengalami dehidrasi.
''Satu lagi kes kematian pula membabitkan seorang lelaki berumur 24 tahun tetapi tidak mempunyai sejarah dan risiko penyakit," katanya.
Sementara itu, Tiong Lai berkata, jumlah kes baru tidak akan dilaporkan lagi berdasarkan garis panduan terbaru yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
''Ini kerana ia tidak memberi gambaran sebenar kes H1N1 dalam keadaan sesebuah negara, oleh itu WHO mengeluarkan arahan hanya melaporkan kes-kes membabitkan kemasukan ke hospital, ICU dan meninggal dunia sahaja," katanya.
Seramai 76 pesakit kini dirawat di hospital manakala 12 daripada 21 pesakit yang dirawat di
Unit Rawatan Rapi (ICU) mempunyai penyakit kronik, obesiti dan baru bersalin manakala 86 pesakit pula sudah dibenarkan keluar dari hospital semalam.
Puasa: 20 Ogos lihat anak bulan
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataannya hari ini memberitahu, tarikh permulaan puasa akan diisytiharkan pada malam itu juga melalui radio dan televisyen.
''Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab,'' jelas kenyataan itu.
Lokasi melihat anak bulan Ramadan yang telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja adalah di 29 stesen cerapan iaitu di Pontian Kecil (Johor), Balai Cerap Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara (Melaka), Teluk Kemang (Negeri Sembilan) Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra (Selangor).
Stesen cerapan lain adalah di Pantai Pasir Panjang (Perak), Pantai Acheh (Pulau Pinang), Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar (Kedah), Bukit Besar, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, Balai Cerap KUSZA (Terengganu).
Lokasi seterusnya adalah Bukit Peraksi, Pasir Putih, Bukit Kampung, Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC di Kota Bharu (Kelantan), Tanjung Lubang, Teluk Bandung dan Tanjung Batu di Bintulu (Sarawak), Tanjung Dumpil (Sabah), Bukit Tanjong Batu, Nenasi dan Bukit Pelindong di Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Kuala Sungai Baru serta Simpang Empat (Perlis) juga akan menjadi lokasi melihat anak bulan.
Syor guna ISA hina Islam
Sehubungan itu, pihak yang berkaitan dalam bidang yang dikhususkan bagi menjaga kemuliaan dan kedaulatan Islam mesti bertindak serta merta ke atas mereka atau individu yang menghina agama Allah.
Kata kunci dalam tindakan tegas bagi diambil terhadap penghina Islam ialah Islam tidak boleh dihina kerana ia diturunkan mulia, melalui pesuruh-Nya yang mulia untuk memuliakan manusia.
Tanpa Islam, iman dan takwa, manusia hilang kedaulatan dan kemuliaan sebagai manusia, sekali gus tidak ada apa bezanya dengan haiwan yang berotak tetapi tidak berakal.
Jika didapati ada asas, pihak terlibat boleh didakwa atau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ini kerana sebarang kenyataan yang menghina Islam boleh mencetuskan kebangkitan penganutnya yang pasti sanggup syahid demi kemuliaan dan kedaulatan Islam.
Membiarkan Islam diinjak-injak adalah suatu bentuk kebaculan dan kedayusan yang sangat keji di sisi Allah dan rasul-Nya. Justeru, sebelum umat Islam bertindak sendiri, adalah lebih baik seandainya pihak berkuasa bertindak segera.
Pada saya mesti ada hukuman dan tindakan yang lebih cepat dan paling berkesan dalam menghadapi isu yang boleh menjadi wabak dan sindrom yang lebih sukar diselesaikan sekiranya ia sudah merebak.
Saya yakin ISA boleh digunakan bagi mencegah dan membasmi penghinaan terhadap Islam yang bersifat bukan sahaja menginjak-injak kedaulatan Islam dan umatnya tetapi juga menghina kesucian Allah dan Rasul-Nya.
Sesungguhnya dalam konteks ini, semua umat Islam yang tulen keIslamannya akan melihat ISA sebagai sesuatu yang relevan untuk negara ini dan demonstrasi mendesak ISA dihapuskan adalah suatu kesilapan.
Hebah lokasi mangsa H1N1 mati
Sehingga kini jumlah kematian sudah melebihi 35 orang.
Di sini saya ingin memberi cadangan supaya kerajaan dan pihak media menguar-uarkan lokasi setiap pesakit yang telah meninggal dunia disebabkan selesema babi supaya masyarakat dapat lebih berwaspada dari semasa ke semasa.
Tujuan menguar-uarkan lokasi pesakit yang telah meninggal dunia ini kepada umum adalah untuk membantu supaya masyarakat lebih berhati-hati semasa berada di lokasi berkenaan.
Sekurang-kurangya masyarakat akan lebih beringat dan mengambil tindakan keselamatan yang lebih serius.
Dengan saranan daripada Perdana Menteri untuk Kebajikan rakyat diutamakan adalah wajar untuk masyarakat diberitahu.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus ini memang tidak boleh dibendung lagi.
Tetapi sekurang kurangnya masyarakat di Malaysia diberitahu lokasi kematian agar berhati-hati sementara menunggu vaksin yang dijanjikan tiba pada hujung tahun.
Sekiranya tidak diberitahu lebih ramai yang akan terdedah kepada bahaya dan kemungkinan akan menyebabkan kehilangan orang yang tersayang dan seterusnya masalah sosial.
Selesema babi di tahap darurat?
Adakah ia bermakna virus tersebut merupakan ancaman keselamatan negara dan bukan lagi ancaman keselamatan insan (human security)?
Adakah kerajaan akan mengisytiharkan ia merupakan ancaman keselamatan negara seperti ancaman dadah?
Juga adakah langkah-langkah keselamatan seperti pengisytiharan darurat perlu dilakukan bagi membendung wabak ini? Apakah kita gagal membendung kemasukan penyakit import ini disebabkan kealpaan kita? Adakah virus ini merupakan serangan biologi dari negara barat?
Adakah kita mempunyai statistik mereka yang mempunyai potensi dijangkiti H1N1 seperti kanak-kanak, pesakit diabetis dan sebagainya.
Musim perayaan akan tiba tidak berapa lama lagi dan sudah tentu virus ini akan terus merebak.
Banyak lagi persoalan yang menjadi tanda tanya.
Jika dilihat daripada segi sejarah, wabak pandemik seperti ini telah wujud sejak awal abad ke-20 lagi. Pada 1918, dunia dikejutkan dengan Spanish Flu yang melibatkan 20 hingga 40 juta kes, diikuti dengan Asian Flu pada 1957 melibatkan sejuta kes. Hong Kong Flu pada 1968 pula melibatkan 700 ribu kes.
Virus selesema babi yang bermula pada 4 April di Mexico kini telah merebak serata dunia sehingga kawasan pedalaman. Maka benarlah bahawa globalisasi menyebabkan dunia tanpa sempadan. Sehingga kini, ia telah meragut lebih daripada 30 nyawa rakyat Malaysia dan mungkin akan meningkat lagi.
Wabak ini boleh dibendung dari awal jika kita mempunyai kesedaran yang tinggi. Kebanyakan kes berpunca daripada virus import dan yang menjadi mangsa, mereka yang tidak langsung mempunyai kemampuan ke luar negeri.
Bagi yang berkemampuan, mereka boleh mendapatkan rawatan awal di hospital swasta.
Bagaimana pula mereka yang tinggal di kampung dan kawasan pedalaman? Berapa ramaikah yang mati terdiri daripada mereka yang berada?
Walaupun beberapa langkah diambil seperti pemantauan di pintu masuk utama negara, penutupan sekolah dan sebagainya, ia tidak mampu menangani wabak sepenuhnya. Ini kerana mereka yang mengidap influenza H1N1 tersebut mungkin masuk melalui jalan haram.
Penutupan sekolah pula hanya menyelamatkan sekolah tetapi bukan kawasan perumahan atau kampung yang diduduki oleh pelajar yang terdedah dengan virus tersebut. Ini menyebabkan ia semakin merebak.
Mungkin pengisytiharan darurat langkah terakhir untuk membendungnya walaupun mempunyai implikasi kepada ekonomi negara.
Kerajaan perlu mengambil tindakan wajar sepeti berikut:
*Memastikan apa yang diarahkan Kementerian Kesihatan dilaksanakan dan bukan sekadar kenyataan politik sahaja. Menteri, Timbalan Menteri, Ketua Pengarah dan Pengarah Kesihatan serta semua yang terlibat perlu turun ke hospital atau klinik bagi membuat lawatan atau pemeriksaan.
*Meningkatkan mutu perkhidmatan di hospital dan klinik kerajaan bagi merawat pesakit H1N1 yang sudah tentu bimbang dengan kesihatan mereka. Juga memastikan hospital dan klinik swasta juga memberikan khidmat yang sama dengan caj yang berpatutan.
*Memastikan bekalan topeng muka yang mencukupi dan membuat pemeriksaan serta penguatkuasaan ke atas harga topeng muka yang dijual di farmasi, kedai dan sebagainya yang mungkin dijual dengan harga yang tinggi.
*Jika perlu, mengisytihar wabak H1N1 sebagai ancaman keselamatan negara dan langkah-langkah keselamatan perlu dilaksanakan. Perkara ini perlu dikaji dengan mendalam oleh Majlis Keselamatan Negara. Jika perlu, pengisytiharan darurat setempat perlu dilaksanakan.
Semua pihak perlu berganding bahu bagi menangani ancaman yang datangnya bukan dari negara tapi daripada virus yang bermula daripada haiwan. Kesihatan rakyat didahulukan, baru negara mencapai kejayaan.
Enam lagi kematian
Sebanyak 270 kes baru dilaporkan yang kesemuanya jangkitan tempatan menyebabkan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,252 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, empat daripada enam kematian melibatkan golongan berisiko seperti menghidap kencing manis, hipertensi dan asma.
''Pada masa ini terdapat 56 pesakit sedang dirawat di hospital manakala empat daripada 19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berisiko antaranya mempunyai penyakit kronik, obesiti dan baru bersalin.
''Bagaimanapun, 11 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital semalam,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Garis Panduan Amalan Klinikal: Pengurusan Penyakit Diabetes Mellitus Jenis Kedua edisi keempat di sini hari ini.
Merujuk kepada situasi global, sejumlah 208,990 kes dengan 1,716 kematian dilaporkan di 174 negara iaitu peningkatan sebanyak 835 kes dengan 28 kematian sehingga kini.
Mohd. Ismail berkata, ujian pengesahan H1N1 dijangka boleh dijalankan di hospital-hospital negeri dalam masa dua minggu lagi.
''Ujian rapid yang dijalankan di semua hospital dan klinik sekarang ini tidak dapat mengesan seseorang mempunyai demam biasa atau dijangkiti H1N1 kerana ia mempunyai had tertentu. Rawatan antiviral akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal.
''Kita hanya menjalankan ujian pengesahan virus itu jika pesakit dimasukkan ke hospital sahaja,'' katanya.
Dalam pada itu, Mohd. Ismail berkata, sekolah dan pusat pengajian tinggi tidak akan ditutup sewenang-wenangnya jika hanya terdapat satu kes yang dilaporkan.
''Kita sudah berbincang dengan Kementerian Pelajaran, tidak akan tutup sekolah kerana kita akan menghantar pasukan perubatan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu jika situasi merbahaya atau sebaliknya,'' katanya.
Tambah Mohd. Ismail, semua klinik dan hospital kerajaan termasuk swasta telah diarah memberikan rawatan dan menjalankan ujian ke atas pesakit yang datang untuk membuat pemeriksaan.
''Pesakit yang pergi ke hospital dinasihatkan memakai penutup mulut kerana kita tidak mahu orang lain pula dijangkiti.
''Bagaimanapun 98 peratus daripada pesakit yang dijangkiti virus H1N1 boleh sembuh sekali pun tanpa mendapatkan rawatan.
''Tetapi bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka boleh diancam maut akibat virus itu. Oleh itu, jika mereka mempunyai tanda-tanda dijangkiti adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan,'' katanya.
H1N1: 6 lagi kematian baru
- BERNAMA
ujian bulanan 2
Pada hari esk, sy akn mnduduki ujian bulanan 2(12.8.2009-14.5.2009).
Sy brhrp sma pengunjung blog sya berdoa smga sya mndpt result yg cmrlg(sma A).
