Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Pengajaran daripada rusuhan di kota London

SEMUANYA bermula dengan protes jalanan yang kononnya dianjurkan secara aman. Matlamat asal seperti yang didakwa ialah untuk membantah tindakan polis menembak mati seorang lelaki kulit hitam.Tetapi kesan daripada protes aman tersebut kota raya London berubah menjadi medan perang. Satu dunia dapat melihat bagaimana huru-hara dan kucar-kacirnya bandar raya itu. Ia yang berlarutan hampir seminggu telah mengorbankan lima nyawa.
Mungkin itu bukan sesuatu yang diinginkan oleh para penunjuk perasaan terbabit apabila mereka mula menggerakkan protes jalanan tersebut.
Tetapi apa yang berlaku pada masa lalu telah membuktikan apa juga bentuk protes, tunjuk perasaan, demonstrasi atau apa sahaja yang seangkatan dengannya jarang berakhir dengan aman.
Jarang juga ia berakhir tanpa tragedi. Dan tentunya amat jarang berakhir tanpa ada yang tercedera atau kehilangan nyawa.
Kita boleh tengok sendiri apa yang berlaku di London. Lihatlah apa yang dialami seorang pelajar Malaysia di sana, Muhammad Asyraf Haziq Rossli yang cedera akibat dibelasah oleh mereka yang berpura-pura menolongnya.
Juga jangan lupa gambar seorang rakyat Poland yang terpaksa nekad terjun dari sebuah bangunan yang marak terbakar akibat tindakan para penunjuk perasaan tersebut.
Itu semua gambaran ngeri yang sepatutnya menyedarkan kita bahawa apa juga yang bersifat jalanan tidak membawa apa-apa kebaikan. Sebaliknya ia lebih membawa kepada kemusnahan dan kerugian untuk jangka pendek dan jangka panjang.
Tentu ada pihak akan menganggap perkara itu bakal dijadikan momokan oleh pihak berkuasa bagi menjustifikasikan tindakan terhadap bantahan jalanan di negara ini.
Tetapi realitinya, mencegah lebih baik daripada mengubati. Itu yang berlaku di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu apabila pihak berkuasa berusaha keras menggagalkan perhimpunan haram yang dirancang.
Namun, kesannya tetap ada apabila peniaga terpaksa menanggung kerugian, harta benda awam rosak dan orang ramai terperangkap dalam kesesakan jalan raya berjam-jam lamanya.
Malah ia turut membawa kepada majlis kenduri yang terpaksa dibatalkan ekoran tetamu tidak datang kerana mereka takut untuk berhadapan dengan kemungkinan daripada perhimpunan haram tersebut.
Walaupun tidak seteruk apa yang berlaku di London, namun perhimpunan haram di ibu negara itu tetap memberikan kesan negatif. Kerana kononnya protes aman oleh sekelompok kecil itu, penduduk di London kini trauma.
Mereka kini dibelenggu ketakutan. Hendak keluar rumah pun tidak berani. Ini kerana rusuhan yang bermula di utara London dan Tottenham itu turut merebak ke bandar-bandar lain.
Ia turut menyumbang kepada kes-kes curi, samun dan rompak seolah-olah penduduk England tidak bertamadun.
Penduduk Britain sendiri terkejut dengan apa yang berlaku di depan mata mereka. Orang awam di pukul, kedai di geledah sesuka hati, kenderaan di rosakkan dan bangunan dibakar.
Jika sebelum ini mereka mengkritik tindakan pihak berkuasa negara lain termasuk Malaysia dalam menghalang perhimpunan haram, kini mereka melihat dan merasai sendiri akibat yang terpaksa ditanggung jika perkara seperti itu tidak dikawal dan dihalang dari awal.
Skala rusuhan dan keganasan itu bukan sahaja di kawasan-kawasan tengah bandar tetapi turut merebak ke kawasan kelas pertengahan di pinggir-pinggir bandar. Ia melenyapkan sama sekali imej Britain sebagai sebuah negara dengan masyarakat yang bertamadun.
Ahli politiknya pula saling tuduh-menuduh dan salah-menyalah ekoran tragedi yang tercetus daripada kebebasan bersuara dan kebebasan berkumpul yang diperjuangkan oleh mereka.
Kerajaan disalahkan kerana mengurangkan bajet untuk pasukan polis menyebabkan pihak berkuasa kekurangan anggota untuk menangani kejadian itu.
Dikatakan juga, sebelum rusuhan itu, moral pasukan polis Britain juga rendah kerana kehilangan seorang demi seorang ketua mereka ekoran pendedahan skandal dan tuduhan rasuah oleh akhbar-akhbar British milik Rupert Murdoch.
Tentu ada sesuatu yang kita boleh pelajari daripada apa yang berlaku di London ini. Bayangkan daripada sebuah kota raya yang gah dengan kemodenan dan ketamadunan, sebahagiannya kini menjadi seperti medan perang.
Seperti kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, protes jalanan perlu dielakkan kerana tidak ada sesiapa pun tahu akan kesannya.
Biar atas nama protes aman sekalipun, ia selalunya berakhir dengan perkara yang tidak elok.
Apa yang berlaku di London itu boleh diibaratkan menang jadi abu, kalah jadi arang. Ia langsung tidak membawa kebaikan. Hanya memudaratkan.

Tiada ulasan:

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket