Selamat datang

Powered By Blogger

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Bersama memerangi H1N1

SEJAK kebelakangan ini, kita terus menghitung jumlah kematian akibat selesema babi atau influenza A (H1N1). Setakat Sabtu, jumlah kematian di Malaysia ialah 18 orang. Semalam lapan lagi meninggal dunia.

Kanak-kanak, remaja dan warga emas menjadi mangsa tetapi kebanyakannya adalah disebabkan mereka tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi termasuk disebabkan ensefalitis, pneumonia dan comorbid- hypothyroidism, batuk kering dan obes. Dianggarkan 206,000 kes H1N1 dikesan di 174 negara di seluruh dunia. Daripada jumlah itu lebih 1,570 mangsa meninggal dunia. Ketika vaksin belum diperoleh, apakah H1N1 akan terus merebak tanpa dapat dibendung lagi? H1N1 yang disebut oleh media elektronik di Malaysia sebagai 'H one N one' tetapi di Brunei disebut 'H satu N satu' - perlu diperangi.

Tak kiralah apa istilahnya - selesema babi atau H1N1 yang dibaca dalam bahasa Inggeris atau Melayu - apa yang penting ialah kerjasama membendung wabak ini. Setiap pihak perlu dipertangungjawabkan untuk memerangi wabak ini, bukan sekadar melepaskan tanggungjawab kepada kerajaan sahaja.

Banyak nasihat sudah diberi tetapi sejauh mana rakyat mematuhinya? Apakah perlu peraturan atau undang-undang khusus bagi mereka yang gagal mematuhi arahan yang ditetapkan? Setakat ini arahan dan nasihat hanyalah melibatkan tanggungjawab individu itu sendiri di samping peranan doktor menerima pesakit yang mengadu demam, selesema atau batuk.
Para doktor sudah dinasihatkan untuk memberi perhatian serius terhadap pesakit-pesakit ini dan diharapkan mereka dapat memainkan peranan untuk mengawal wabak ini. Jangan pula apabila pesakit mengadu demam, doktor hanya menunggu jururawat mengukur suhu badan. Doktor tidak melakukan pemeriksaan lain atau bertanyakan penyakit sampingan lain. Ada doktor yang sekadar menulis ubat yang perlu diambil kemudian menasihatkan datang lagi jika terus demam. Tidak ada pemeriksaan lain seperti tekanan darah. Jangan terkejut, ada doktor yang tidak menyentuh pesakit.

Langkah pencegahan seperti mengurangkan program yang melibatkan khalayak seperti acara-acara yang melibatkan orang ramai amat dialu- alukan. Mungkin penganjur demonstrasi haram seperti yang berlangsung pada Sabtu, minggu lalu patut menghentikan hasrat mereka jika mahu mengulanginya lagi. Walaupun ada peserta demonstrasi ini juga memakai penutup hidung dan mulut tetapi tujuannya hanyalah untuk mengelak daripada dikenali, melindungi diri daripada terkena semburan gas pemedih mata atau semburan meriam air. Ingatlah hidup kita ada undang- undang dan peraturan. Nak haram terus arak pun tak boleh sebab kita ada pelbagai kaum. Maka kena ada peraturan. Tak boleh jual sesuka hati atau terbuka. Mereka yang menyertai demonstrasi ini sebenarnya dah tahu perhimpunan itu haram, tak ada permit, akan ada semburan gas pemedih mata atau meriam air. Tetapi disebabkan kecerdikan yang melampau maka mereka sertai juga demonstrasi itu yang mungkin boleh membantu penyebaran wabak H1N1. Itulah naluri manusia dalam dunia ini - ada yang 'bodoh macam telur', 'bodoh alang', 'bodoh sombong' dan ada 'bodoh tidak dapat diajar, cerdik tak dapat diikut'.

Kalau nak kata cerdik pun mungkin 'cerdik bagai ekor kerbau', 'cerdik tidak berakal' atau cerdik perempuan meleburkan, saudagar muda menghutangkan'. Ada juga yang 'cerdik helang'. Pandai-pandailah cari maksud 'bodoh' dan 'cerdik' ini...seperti kata Nabil Raja Lawak...Lu pikir la sendiri! Tapi maksud yang satu ni 'cerdik helang, bingung sikikih; lamun murai terkecoh juga' membawa maksud, orang besar, walaupun cerdik ataupun bodoh, orang kecil juga yang selalu rugi. Mungkin juga mereka yang turun ke jalan raya ini 'sakit' atau 'sakit hati'. Tidak seperti pesakit H1N1 yang perlu dikuarantin tetapi mereka yang 'sakit' ini menyertai demonstrasi dan keluar ke jalan raya sehingga menyebabkan 'penyakit' mereka memberi kesan kepada orang ramai yang sedang membeli-belah serta para peniaga di kedai-kedai atau pasar malam di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Jangkitan yang dibawa oleh mereka menyebabkan peniaga rugi dan orang ramai menghadapi pelbagai masalah. Jangkitan akibat 'penyakit' demonstrasi ini nampak nyata dan boleh dilihat serta-merta tetapi wabak H1N1 itu tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Oleh itu, eloklah penganjur perhimpunan haram ini tidak menggunakan tempat awam untuk berkumpul atas apa-apa isu. Pilihlah stadium atau mana-mana dewan yang ada terutama di Selangor atau Pulau Pinang untuk berdemonstrasi. Boleh buat dari subuh ke subuh tanpa mengganggu orang awam yang mahu membeli-belah pada hujung minggu. Macam perokok yang ditempatkan dalam bilik khas untuk merokok. Sedutlah asap rokok sesama sendiri puas-puas tanpa mengganggu kesihatan orang lain.

Namun menyentuh soal berkumpul ramai-ramai untuk demonstrasi, bagaimana pula langkah kerajaan menangani wabak H1N1 yang hadir dalam kumpulan ramai atau khalayak lain?
Contohnya pengguna pengangkutan awam. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka berselerak menggunakan teksi, ERL, bas dan komuter. Itu yang menggunakan pesawat. Bagaimana pula dengan pengguna perkhidmatan bas contohnya RapidKL, RapidPenang, komuter, kereta api antara bandar dan sebagainya? Jika pengguna kapal terbang akan meninggalkan alamat dalam borang yang disediakan oleh syarikat penerbangan tetapi bagaimana pula dengan pengguna pengangkutan awam di darat? Bayangkan bas yang membawa sehingga 80 orang dan komuter beratus-ratus orang dalam satu gerabak. Mereka terpaksa duduk dan berdiri bagaikan dalam tin sardin, bahu bertemu bahu, punggung bertemu punggung, kasut bertemu kasut, tangan bertemu tangan malahan muka hampir bertemu muka - berasak-asak terutama pada waktu pagi - semasa ke tempat kerja dan lewat petang ketika pulang. Dalam pesawat, sebelum mendarat, aerosol akan disembur tetapi dalam bas dan kereta api, apa tindakan yang boleh diambil? Sesuatu perlu dilakukan oleh pihak kerajaan kerana tidak mungkin pengguna pengangkutan awam sendiri yang perlu mengambil langkah lebih drastik. Pengguna mungkin boleh memakai penutup hidung dan mulut tetapi berapa ramai mahu menggunakannya? Malahan ada yang sinis melihat si pemakai penutup ini.
Ada yang menunggu bekalan secara percuma.

Begitulah sikap orang kita. Memerangi wabak ini bukan lagi sekadar kuarantin, menutup sekolah, institusi pengajian tinggi, pusat latihan dan sebagainya. Kita hidup dalam dunia globalisasi, sempadan begitu terbuka dan orang ramai bebas bergerak. Maka H1N1 juga akan terus bebas bergerak. Sama-samalah kita berusaha mengatasinya. Buat apa yang patut sekalipun sekadar berdoa memohon dilindungi daripada penyakit ini. Kita berpegang kepada setiap penyakit ada ubatnya dan ubat paling mujarab ialah bertindak mencegah sebelum terlambat!

Kpd msjd di slrh ngra, buatlah bacaan Yassin, khutbah Jumaat tntg pnca Allah SWT mmbri H1N1 kpd slrh dunia dan solat hajat. Insya-Allah, H1N1 dpt diberhentikan.

Bermuhasabahlah diri!!!!!!!!

Keperluan darah untuk Ramadan

DALAM suasana semasa diselubungi jerebu dan ancaman selesema babi (Influenza A H1N1), beberapa isu penting kesihatan semakin tenggelam.

Antaranya adalah perkembangan penyakit-penyakit lain seperti demam denggi dan keracunan makanan, mahupun isu seperti pendermaan organ dan juga menderma darah.

Tahun ini, Ramadan 1430 bakal disambut dengan topeng muka akibat jerebu dan H1N1. Namun masalah sama tetap berulang setiap bulan puasa di hospital-hospital negara ini.

Ketibaan Ramadan membawa bersama kekurangan bekalan darah akibat ramai umat Islam yang berhenti (sementara) menderma darah.

Bekalan kecemasan
Dianggarkan sekitar 70 peratus penderma darah terdiri daripada umat Islam pelbagai kaum.

Setiap penderma boleh menderma sekali setiap tiga bulan dengan setiap pain darah dapat diasingkan mengikut komponen tertentu untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Mungkin ada di antara kita yang tidak perasan akan kehadiran 1 Ramadan cuma tinggal dua minggu. ketika ini, ramai yang mula mengejar puasa ganti untuk yang tertinggal tahun lalu.

Malangnya, aktiviti 'puasa awal' ini juga mungkin menyumbang kepada menurunnya aktiviti menderma darah lebih awal, sebelum Ramadan bermula.

Sememangnya masalah bekalan darah sesuatu yang berterusan sepanjang tahun, dengan jumlah penderma yang belum mencapai sasaran keperluan.

Namun, masalah ini makin meruncing di bulan puasa akibat ramai yang berasa 'tidak cukup kuat' untuk menderma sambil berpuasa.

Keperluan bekalan darah kecemasan akan memuncak bila menghampiri hari-hari akhir Ramadan apabila umat Islam (dan yang bukan Islam) mula berangkat pulang ke kampung.
Bilangan kes kemalangan jalan raya yang tinggi bila menghampiri tanggal 1 Syawal memerlukan setiap hospital bersedia dengan bekalan darah yang banyak, terutamanya untuk kes-kes kemalangan yang parah.

"Selain kemalangan, bekalan darah juga diperlukan ibu bersalin, penghidap penyakit darah, pesakit yang menjalani pembedahan dan bermacam masalah kesihatan lain," tegas Koordinator Nasional Kempen Derma Darah PraRamadhan ANSARA (Persatuan Bekas Pelajar2 Maktab Rendah Sains MARA, MRSM), Dr. Halim Abubakar.

Untuk memenuhi keperluan darah negara di bulan puasa, ANSARA dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) dan AEON Jusco sekali lagi menggembeling tenaga mengadakan Kempen Derma Darah PraRamadhan 2009.

"Siri Kempen ini diadakan pada minggu terakhir sebelum bermulanya bulan Ramadan kerana darah yang didermakan tidak boleh bertahan melebih 42 hari sebelum ia dianggap luput (expired).

"Keperluan darah akan meningkat pada akhir bulan Ramadan apabila musim balik kampung bermula di mana banyak kemalangan jalan raya berlaku," jelas Dr. Halim.

Tambahnya, pada masa cuti sebegini, kebanyakan rakyat Malaysia sedang bercuti dan sukar untuk menderma darah.

Bekalan berterusan
Pada kempen edisi pertama tahun 2007, kempen derma darah pra-Ramadan ini berjaya dianjurkan di 13 lokasi di Semenanjung Malaysia dan berjaya mengumpul sebanyak 2,160 pain darah untuk keperluan Ramadan tahun itu.

Pada edisi kedua tahun lalu, kempen berkenaan berjaya diadakan di 27 lokasi di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Hasilnya, sebanyak 4,123 pain darah berjaya dikumpul untuk keperluan bulan Ramadan 2008.

Bagi edisi ketiga tahun ini, sebanyak 40 lokasi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak akan turut serta secara serentak pada minggu terakhir sebelum bermulanya Ramadhan 2009.
Menurut Dr. Halim, Kempen Derma Darah PraRamadhan 2009 akan dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Pusat Membeli Belah AEON Jusco Bukit Tinggi, Klang pada pukul 4 petang, 14 Ogos ini (Jumaat).
"Tidak kurang daripada 500 sukarelawan dan petugas yang terdiri dari golongan doktor, jururawat, jurutera, arkitek, akauntan, peguam, ahli korporat, usahawan, ahli-ahli niaga dan lain-lain sukarelawan di seluruh negara akan meluangkan masa untuk menjayakan kempen ini.

"Kami berharap rakyat di seluruh negara Malaysia akan bersama menjayakan kempen ini untuk keperluan semua pesakit yang memerlukan darah di bulan Ramadan, tanpa mengira perbezaan agama, bangsa atau keturunan," kata Dr. Halim.

Beliau turut berkongsi ucapan terima kasih ANSARA kepada AEON Co. kerana menyediakan kesemua 17 pusat membeli belah AEON Jusco di seluruh negara secara percuma untuk kempen ini selama tiga tahun berturut-turut.

"Ribuan terima kasih juga kepada Pusat Darah Negara (PDN) kerana sokongan yang diberikan semenjak kempen ini bermula pada tahun 2007!"

Bagi umat Islam yang masih mampu dan ingin menderma, ambillah peluang kempen menderma darah ini untuk menderma dan memastikan kesinambungan bekalan darah hospital-hospital seluruh negara.

Namun, pastikan anda tidak tergolong dalam kumpulan berisiko, sama ada membahayakan penerima atau diri sendiri jika menderma darah.

Selain itu, umat Islam tetap digalakkan menderma darah di bulan Ramadan, terutamanya selepas berbuka bagi memastikan badan dan kesihatan diri tidak terjejas.

Sabda Rasulullah: Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan (riwayat Tirmizi).
Sekalipun anda tidak menyertai kempen ini, pendermaan darah juga boleh dibuat di mana-mana
Hospital Kerajaan, di samping untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendermaan darah bagi yang belum pernah menderma.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pendermaan darah dari laman web Pusat Darah Negara (PDN), www.pdn.gov.my atau dengan menghubungi talian 03-26933888.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Derma Darah PraRamadhan 2009, sila layari laman web www.ansara.org.my; e-mel ke drhalimb@streamyx.com atau hubungi Dr. Halim Abubakar di talian 012-6636232.

Jadual Kempen Derma Darah Pra Ramadan 2009
14 OGOS 2009 – Pelancaran kempen oleh Tun Siti Hasmah Mohd Ali, AEON Jusco Shopping Centre, Bukit Tinggi, Klang (4 petang). C.P: Zahari (016-6058369)
10 & 11 OGOS – Terminal Blok B, UiTM Kelantan (9 pagi - 4 petang). C.P: Dr. Nik Muzaiman (09-9762101)
10, 11 &12 OGOS – Foyer Bengkel DIDE, UiTM Kedah (8.30 pagi - 4.30 petang). C.P: Dr Noreha (04-4562307 / 2308)
11 & 12 OGOS – Auditorium Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya (9 pagi - 5 petang). C.P: Maznah (013-2042481)
12 OGOS
l Pelabuhan Tanjung Pelepas (10 pagi - 4.30 petang). C.P: Zakaria (019-7034588)
l Curtin University of Technology, Miri, Sarawak (8 pagi - 1 tengah hari). C.P: Shafini (017-8531394)
11, 12 &13 OGOS
l Kompleks Perdana, UiTM Pulau Pinang (9 pagi - 4 petang). C.P: Dr Meor (019-9656166)
l Ruang Legar Menara SAAS, UiTM Shah Alam (9 pagi - 4 petang). C.P: Kahirul (012-3755060)
13 OGOS
l KPTM , Kampus kejururawatan, (Kolej PINK 1) PT 4147, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II, Kota Bharu, Kelantan
l KPTM, Kampus Kejururawatan, (Kolej PINK 2) PT 1442, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II, Kota Bharu, Kelantan
(10 pagi – 4 petang). C.P: Nasrif Daud (019-9553233)
14 OGOS – Hospital Tuanku Fauziah, Kangar (8 pagi - 5 petang). C.P: Hatta (016-6756110)
14 & 15 OGOS
l Mayang Mall, Bayan Baru, Pulau Pinang (10 pagi - 5 petang). C.P: Ku Zaleha (04-6340200)
l Jusco Seberang Prai (10 pagi - 5 petang). C.P: Md Azhar (012-4658220)
15 OGOS
l Hospital Penawar Pasir Gudang (10 pagi - 4 petang). C.P: Norizan (016-7218830)
l Langkawi Fair, Langkawi (11 pagi - 8 petang). C.P: Zambri (017-6211078)
l Musical Corridor, Eastwood Valley Golf & Country Club, Miri, Sarawak (9 pagi - 1 tengah hari). C.P: Amnoradi (019-6632707)
14, 15 & 16 OGOS
l Jusco Taman Maluri KL (11 pagi - 9 malam). C.P: Nazaruddin (019-3502140)
l Jusco Cheras Selatan, KL (11 pagi - 9 malam). C.P: Mohd Ramzi (019-2272694)
l Jusco Alpha Angle Wangsa Maju, KL (11 pagi - 9 malam). C.P: Salihudin (013-3403255)
l Jusco One Utama, KL (11 pagi - 9 malam). C.P: Hashimuddin (012-2213115)
l Jusco Metro Prima, KL (11 pagi - 9 malam). C.P: Mohana Kumar (012-2786091)
l Jusco Taman Equine, KL (11 pagi - 9 malam). C.P: Nazri (012-6075479)
l Jusco AU2 Setiawangsa, KL (11 pagi - 9 malam). C.P: Hisyamudin (012-2897681)
l Jusco Tebrau City JB (10.30 pagi - 5 petang). C.P: Norizan (016-7218830)
l Jusco Permas Jaya, JB, (10.30 pagi - 5 petang). C.P: Azizi (012-2859318)
l Jusco Melaka (10 pagi - 8 malam). C.P: Zalina (012-2110634)
l Jusco Seremban 2 (10 pagi - 9 malam). C.P: Khaidzer (013-6189292)
l Jusco Bukit Tinggi, Klang (10 pagi - 9 malam). C.P: Zahari (016-6058369)
l Jusco Bukit Raja, Klang (10 pagi - 9 malam). C.P: Norhalim (012-6558170)
l Jusco Kinta City, Ipoh (11 pagi - 9 malam). C.P: Dzran Mohd (017-5089858)
15 & 16 OGOS
l Jusco Taman Universiti JB (10.30 pagi - 5 petang). C.P: Dr Mat Alwi Z (016-7114278)
l Dewan Makan Kolej Siswi, UiTM Pahang (9 pagi - 4 petang). C.P: Pauzi (012-6271451)
l Jusco Bukit Indah JB (10.30 pagi - 5 petang). C.P: Lokhman (013-7559610)
16 OGOS – Hock Lee, Kuching, Sarawak (9 pagi - 12 tengah hari). C.P: Zulkipli (019-8187300)
17 OGOS – Dataran Sura, UiTM Terengganu (9 pagi - 5 petang). C.P: Dr Yusri (013-3410886)
17 & 18 OGOS
l Diskusi Bangunan Perpustakaan, UiTM Melaka (9 pagi - 4 petang). C.P: Dr Sapura (012-4822040)
l Dewan Jubli UiTM, UiTM Sarawak (8 pagi - 5 petang). C.P: Dr Kamarudin (019-8592078)
18 OGOS – Dewan Puncak Perdana, UiTM Puncak Perdana (9 pagi - 4 petang).
19 & 20 OGOS – Seri Penawar, Unit Kesihatan, UiTM Johor (9 pagi - 4 petang). CP: Dr Mohamad Ali (013-9329897)

Penting memberus gigi dengan betul

UNTUK menjawab persoalan kesihatan oral, sila ikuti temubual bersama Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Dr. Lee Soon Boon.

Beliau akan bercakap tentang bagaimana bakteria dan plak boleh menyebabkan masalah dental, serta kepentingan memberus gigi dengan cara yang betul.

Dr. Lee, bagaimanakah keadaan kesihatan oral rakyat Malaysia pada masa kini dan apakah maklumat yang diperolehi berdasarkan kajian yang dijalankan?
Berdasarkan penyelidikkan terkini yang dibuat ke atas tahap penjagaan oral di Malaysia, ia didapati bahawa rakyat Malaysia tidak begitu mementingkan keadaan gigi dalam kesihatan (secara umum).

Ia juga menunjukkan bahawa sembilan daripada 10 rakyat Malaysia mengalami masalah kaviti dan penyakit gusi, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Oral Dewasa Malaysia 2000.
Tinjauan yang dilakukan setiap 10 tahun itu juga menunjukkan bahawa hanya 50 peratus rakyat Malaysia berjumpa doktor gigi apabila mempunyai masalah dental.

Bolehkah doktor menjelaskan apa itu bakteria atau plak, bagaimana ia terbentuk dan apakah kesannya?

Plak terbentuk disebabkan oleh bakteria ataupun sejumlah besar bakteria yang menjamah sisa-sisa makanan yang ditinggalkan dalam mulut.

Sisa makanan ini akan diuraikan oleh bakteria bagi memperolehi karbon. Sewaktu proses ini, bakteria akan menghasilkan asid yang boleh membahayakan gigi dan gusi kita.

Asid ini akan menghakis mineral enamel gigi kita dan memulakan proses pereputan gigi.

Selain daripada itu, bakteria yang selalunya berlegar dalam mulut kita akan menghasilkan volatile sulphur compounds (VSC) yang menyebabkan mulut berbau apabila bakteria itu senantiasa menguraikan karbohidrat yang terdapat di dalam mulut kita.

Apakah langkah-langkah yang perlu diambil demi mencapai kesihatan oral yang baik?

Mengetahui cara-cara memberus gigi yang betul adalah langkah pertama untuk mencapai kebersihan gigi yang baik.
Kesihatan gigi, mulut dan gusi anda bergantung kepada kekerapan dan teknik memberus gigi.

Dengan memberus gigi anda secara kerap dan betul, ia dapat menyingkirkan bakteria yang menyebabkan pereputan gigi dan penyakit gusi seperti gingivitis dan periodontitis.

Ia juga penting untuk menggunakan berus gigi yang betul dan cukup lembut pada gusi dan enamel serta boleh mencapai kawasan gigi yang sukar dibersihkan, terutamanya di celah-celah gigi.

Dr. Lee, apakah langkah pencegahan yang perlu diambil bagi mengelak daripada dijangkiti penyakit gusi atau masalah dental yang lain?

Terlebih dahulu, kita perlu menukar persepsi kita tentang kepentingan penjagaan gigi dan berhenti memandang ringan terhadap tahap kesihatan gigi.

Apabila kesedaran diri telah disemai dalam minda kita, kita akan lebih bersungguh-sungguh untuk memiliki tahap kesihatan gigi yang terbaik.

Oleh kerana itu, memberus gigi adalah penting untuk mengekalkan mulut dan gigi yang bersih dan sihat. Memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida adalah sangat digalakkan.


Selain daripada ubat gigi, ia juga penting untuk memilih berus gigi yang betul, dan telah diuji secara klinikal untuk penyingkiran plak.

Kita mestilah memilih berus gigi yang mempunyai berus silang pangkah yang akan membantu menyapu keluar plak serta mencegah penyakit gusi dan penyakit dental yang lain.
Bolehkah doktor berkongsi sedikit tip memberus gigi dengan betul?

Di sini ada sembilan tip penting yang kita boleh mula praktikkan di rumah:
1. Berus gigi anda selepas setiap kali makan, jika boleh.
2.Berus gigi anda setiap pagi dan waktu malam sebelum tidur.
3.Berus gigi pada sudut 45 darjah. Sentiasa letakkan berus gigi anda di pangkal leher gigi dan gusi. Gunakan cara memberus secara bulatan ke atas dan ke bawah dan mengurut gusi anda pada masa yang sama.
4.Jangan memberus gigi secara paksa, ini boleh menyebabkan penghakisan gigi dan keradangan gusi akibat cara memberus gigi yang salah.
5. Bersihkan setiap permukaan, pipi, lidah dan gigi.
6.Ambil masa secukupnya sewaktu memberus gigi anda. Pembersihan gigi yang baik selalunya mengambil masa sekitar dua minit.
l7.Sentiasa tukar cara memberus gigi anda kerana melakukan dengan cara yang sama mungkin boleh meninggalkan kawasan kotor secara tidak sengaja.
8.Pilih berus gigi yang betul; yang mempunyai berus lembut silang pangkah yang bulat. Berus gigi baik seharusnya membolehkan anda mencapai gigi yang paling belakang dalam mulut.
9. Kerap tukar berus gigi anda, seelok-eloknya setiap tiga hingga empat bulan, lebih-lebih lagi apabila berus sudah pudar atau pecah.

Artikel ini dibawakan oleh Oral-B sempena kempen kesihatan oral 2009.

**Pencarian ini didapati oleh Malaysian National Oral Health Survey of Adults 2000*.

Hidup tanpa ubat

Adakah anda antara yang cepat letih dan mengantuk walaupun anda sudah tidur lapan jam? Mengapa ini berlaku? Hal ini mungkin disebabkan badan anda dipenuhi toksin. Ramai yang tidak dapat mengenal pasti kenapa badan seseorang itu terlalu letih atau penat.
Ia menyebabkan fizikal dan mental lemah untuk melakukan aktiviti harian.

Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat, itulah ungkapan yang sering kita dengar.

Mungkin ada kebenarannya. Sebagai individu, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjamin kesejahteraan hidup.

Menurut Pakar Perunding Perubatan dan Kesihatan, Datuk Dr. Sidiq Mohamed, mencegah lebih daripada merawat sesuatu penyakit. Aspek menjaga pemakanan amat penting kerana ia merupakan punca kandungan angin dan toksin dalam badan.

Hakikatnya, kita memang terdedah kepada toksin tanpa disedari melalui kehadiran bahan kimia dalam makanan dan minuman serta bahan pencemar dalam udara. Di samping itu, tekanan kerja juga boleh menambahkan pengumpulan toksin di dalam badan kita.

Pengumpulan toksin yang berlebihan memberikan tekanan kepada organ kita dan memaksanya bekerja lebih keras. Kejadian ini bukan saja akan melupuskannya nutrien penting, malahan ia akan menghakis tenaga, lalu melemahkan sistem imun kita terhadap jangkitan penyakit.

Berikutan itu, seseorang akan sentiasa menghadapi masalah hidung berair, demam, peluh berbau, sukar membuang air kecil, mengantuk, sakit badan dan sukar bernafas. Wanita pula lazimnya mengalami kitaran haid tidak tetap atau kesakitan ketika datang haid. Semua ini disebabkan toksin dalam badan yang tidak dapat disingkirkan.

Beliau memberitahu, keadaan ini berpunca daripada kawalan pemakanan yang tidak tepat. Jika seseorang mengubah tabiat pemakanan sebaik menyedari tanda-tanda
jangkitan penyakit pada peringkat pertama lagi, mereka sebenarnya boleh mengelak daripada dijangkiti penyakit terbabit.

Datuk Dr. Sidiq mencadangkan agar setiap individu memperbanyakkan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selain memberi tenaga, makanan tersebut menggalakkan sistem perkumuhan di dalam badan berjalan lancar.

Mungkin ini berbeza dengan cara hidup mereka yang bergantung kepada ubat-ubatan. Cara semula jadi menjaga kesihatan melalui amalan pemakanan yang sihat.
Proses nyahtoksin secara semula jadi ini amat penting untuk memastikan badan, terutama sistem perkumuhan dapat berfungsi dengan optimum. Bukan saja penyerapan nutrien akan menjadi lebih efektif dan proses pencernaan menjadi lebih baik, malahan kita akan mendapati bahawa badan kita akan berasa lebih cergas dan bertenaga.

Selain itu, ramai yang tidak menyedari kebaikan makanan semula jadi seperti kelapa dara atau muda.

Tidak seperti lain-lain minyak sayur yang akan menjadi toksik dengan cepat apabila dipanaskan (terutama jika digunakan berkali-kali), minyak kelapa dara berbeza kerana sifatnya tidak berubah walaupun dikenakan suhu tinggi.
Justeru, ia minyak paling selamat digunakan untuk menggoreng. Ini kerana walaupun dipanaskan, minyak kelapa dara masih mempunyai sifat antioksidan.

"Ia harus digunakan seperti minyak lain, sama ada dalam masakan atau tujuan kecantikan, bukan dimakan begitu saja.

"Di dalam badan, minyak kelapa dara tidak ditukarkan kepada lemak (seperti semua minyak sayur lain), sebaliknya terus sampai ke hati untuk diguna sebagai tenaga. Penggunaan minyak kelapa dara boleh mengurangkan kesan tindakan radikal bebas ini kerana ia mengandungi antioksidan," katanya.

Bagaimana kita tahu kandungan toksin di dalam darah? Menurut Datuk Dr. Sidiq pemeriksaan darah untuk memastikan apa yang terkandung di dalam darah perlu dilakukan.
Menerusi pemeriksaan darah Live Blood Cell Analysis dan Dried Blood Oxidation Test, seseorang boleh mengenal pasti tahap kesihatan mereka secara terperinci.

"Selalunya seseorang pesakit berjumpa doktor hanya apabila sakit untuk mendapatkan ubat. Ia tidak salah tetapi pesakit perlu diberi saranan tentang langkah pemakanan atau gaya hidup agar ia selalu sihat dan untuk mengelakkan daripada penyakit kronik yang merbahaya seperti kanser," jelasnya.

Misalnya, untuk mereka yang mengalami sakit darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi dan serangan jantung, magnesium adalah bahan galian amat diperlukan untuk memulihkannya. Ini ialah kerana kekurangan magnesium dalam badan adalah satu satu faktor penyebab timbulnya penyakit tersebut. Banyak kajian telah menunjukkan yang lebih 80 peratus manusia kekurangan magnesium terutama dalam sel-sel organ mereka

Mereka yang mengalami penyakit- penyakit itu juga disaran untuk melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan kerana ia mengandungi banyak garam galian seperti magnesium, mangan dan zink yang sangat penting . Ini juga mustahak untuk seseorang mengelak daripada menghidapi penyakit tersebut.

"Magnesium daripada buah-buahan dan sayuran mempunyai penyerapan yang lebih baik daripada pil," jelasnya.

Magnesium ini pernah disebut sebagai The Missing Link in Health. Sebagai vitamin tambahan magnesium boleh diambil dalam bentuk magnesium klorida atau dipanggil magnesium oil. Inilah yang paling disyorkan kerana ia juga akan menguatkan sistem imun atau daya tahanan badan.

Kalau ditambah dengan vitamin C dan zink, mingkin boleh mengelak kita daripada serangan wabak selsema H1N1 yang merebak sekarang.

Selain itu, di kedai farmasi banyak terdapat pil magnesium oksida.

"Ia boleh diambil 800 miligram sehari tetapi 10 peratus sahaja magnesium jenis ini akan meresap masuk ke dalam badan kita dan 90 peratus keluar ikut najis. Untuk pengetahuan, memakan magnesium secara berlebihan tidak membahayakan kerana yang lebih itu akan keluar mengikut najis," katanya.

Ungkapan 'anda adalah apa yang dimakan'' jelas menggambarkan kepentingan makanan dalam hidup manusia. Nikmat menjamah makanan bukan sekadar memenuhi keperluan mengisi perut kosong, sebaliknya bahan yang dicerna menjadi penentu tahap kesihatan individu.
Berikanlah peluang untuk tubuh kita menerima makanan sepatutnya. Anda akan dapat merasai kesannya pada waktu singkat. Memang, perubahan ini bukanlah sesuatu yang mudah, tapi cubalah berubah peringkat demi peringkat demi kesihatan yang baik dan hidup berkualiti.

Anwar pengkhianat Melayu?

Dua isu menarik perhatian Awang sepanjang minggu ini. Salah satunya ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu pada Khamis lalu.

Akhbar Utusan Malaysia pada muka depannya menggariskan kesemua tujuh wasiat itu untuk dijadikan renungan rakyat semua kaum.

Awang menjunjung kasih kepada baginda kerana tidak putus-putus memperingatkan rakyat tentang asas kenegaraan dan realiti sejarah Malaysia yang berpaksikan Melayu.

Walaupun Raja Nazrin turut menjadi sasaran kritikan dan penghinaan oleh pihak tertentu dan ramai individu di laman-laman web dan blog, baginda tidak pernah berhenti menyuarakan kebenaran berdasarkan fakta dan hujah yang bernas. (Belum pernah dalam sejarah, raja-raja Melayu dihina sebagaimana yang berlaku selepas pilihan raya umum lalu)
Satu lagi isu yang panas ialah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang menyifatkan pemimpin pembangkang dan peneraju PKR, Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu.

Kenyataan Muhyiddin mendapat gelombang reaksi banyak pihak yang menyokong beliau.

Tindakan Anwar yang dikatakan mahu menyaman Muhyiddin sebanyak RM100 juta selain media yang melaporkannya, tidak menghalang banyak pihak mengeluarkan kenyataan melabel Anwar sebagai pengkhianat Melayu.

Awang percaya Anwar juga faham tentang sentimen masyarakat Melayu yang rata-rata marahkan beliau atas banyak tindak-tanduknya menggugat kepentingan Melayu semata-mata mahu menjadi Perdana Menteri.

Pengajaran Inggeris pasti ditingkatkan

SEJAK pengumuman pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), ramai pihak yang beranggapan langkah ini sebagai satu tindakan tepat berdasarkan keprihatinan terhadap kehendak majoriti rakyat Malaysia.
Bagaimanapun kebimbangan masih lagi menghantui para ibu bapa dan masyarakat bahawa dengan pemansuhan PPSMI pembelajaran bahasa Inggeris akan merosot lebih teruk berbanding sebelum ini.

Dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia

HAFIZAHRIL HAMID dan MOHD KHUZAIRI ISMAIL
Ketua Pengarah Pelajaran, TAN SRI ALIMUDDIN MOHD. DOM menyatakan kebimbangan ini adalah sesuatu yang tidak berasas sama sekali. “Saya memberi jaminan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris akan menjadi lebih mantap apabila modul menggantikan PPSMI diperkenalkan dengan syarat semua pihak harus memainkan peranan masing-masing,” katanya dalam wawancara di pejabatnya di Putrajaya.

TAN SRI ALIMUDDIN MOHD. DOM

MINGGUAN: Bagaimana dengan reaksi orang ramai setakat ini sejak pemansuhan PPSMI diumumkan?
AZIMUDDIN: Saya dapat banyak reaksi dari masyarakat. Kebanyakan mereka bimbang dengan kehilangan pengajaran bahasa Inggeris. Mereka beranggapan bahawa dengan berakhirnya PPSMI nanti ia akan mengakibatkan anak mereka nanti tidak mahir dalam bahasa Inggeris.

Namun saya berani menjamin rancangan terbaru dalam sistem pendidikan ini akan berjaya insya-Allah dengan sokongan pelajar dengan belajar bersungguh-sungguh, para guru yang berdedikasi dan ibu bapa yang menggalakkan anak mereka mengikuti pelajaran bahasa Inggeris ini akan berjalan dengan lebih baik dari sebelum ini. Ini kerana kita ambil guru berpengalaman, dari negara luar, makmal bahasa dan buku-buku yang lengkap serta ditambah dengan kurikulum dan pelajar-pelajar akan lebih memahami pakej pendidikan yang akan kita ubah nanti.

Namun ramai yang tidak faham tentang perkara ini. Mereka menyangkakan dengan pemansuhan PPSMI akan melemahkan pengajaran bahasa Inggeris. Ini tidak benar sama sekali. Oleh itu saya meminta ibu-bapa agar jangan bimbang tentang perkara ini kerana program yang kita namakan MBM MBI (Memperkasa Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris) yang menggantikan PPSMI ini akan lebih jelas pakej pengajaran baru ini seimbang bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Apa yang dilakukan ini ialah perkara menang-menang, (Win win situation). Bagi mereka yang menentang PPSMI sebelum ini kita telah bertindak kembali memperkasakan bahasa Malaysia dengan menukar bahasa pengantar dalam bahasa Inggeris dalam pelajaran Sains dan Matematik ke bahasa Malaysia. Dan pada masa yang sama kita memperkukuhkan bahasa Inggeris melalui langkah-langkah yang telah diumumkan sebelum ini. Oleh itu tidak perlu timbul kebimbangan pengajaran bahasa Inggeris akan merosot setelah pemansuhan PPSMI.

Apa perancangan yang telah dilakukan oleh pihak kementerian untuk program MBM MBI ini?

AZIMUDDIN: Perancangan yang pertama sekali ialah penambahan waktu belajar. Misalnya pada tahap satu iaitu pelajar darjah satu, dua dan tiga jumlah masa pelajaran mereka ditambah dari 240 minit ke 330 minit iaitu sebanyak sekali ganda. Manakala tahap dua jumlahnya ditambah dari 210 ke 300 minit. Bagi sekolah menengah kita tambah sebanyak 80 minit lagi kepada 280 minit.

Semua ini adalah dalam tempoh seminggu. Bagi tingkatan enam kita tambah 80 minit kepada 400 minit sebelum ini. Bagi matrikulasi pula kita tambah tiga lagi. Ini menunjukkan para pelajar akan belajar lebih banyak dalam bahasa Inggeris untuk memperkukuhkan pengetahuan mereka. Keduanya kita juga menyusun kurikulum pendidikan yang menekankan language art. Ini membabitkan pergerakan pelajar yang menyeronokkan seperti menyanyi, kuiz, drama, dan lain-lain bagi menarik minat pelajar.

Maka selain dari penambahan masa kita juga akan menyusun kurikulum yang sesuai untuk memudahkan pemahaman pelajar. Yang ketiganya kementerian juga sedang dalam perancangan untuk memohon peruntukan untuk kita memperbanyakkan buku- buku yang mudah dipelajari dan difahami terutama di peringkat sekolah rendah.

Kita boleh membuat buku yang banyak gambar dan bahan penceritaan yang menarik. Maka guru boleh bercerita sambil mengajar bahasa Inggeris dalam kaedah yang lebih menyeronokkan. Selain itu buku bahan bacaan ringan akan turut diperbanyakkan.
Seterusnya pihak kementerian bercadang untuk mempertingkatkan makmal komputer di sekolah turut digunakan sebagai makmal bahasa. Segala kelengkapan yang perlu akan dipersiapkan. Para pelajar akan dibantu dalam penyebutan ayat bahasa Inggeris dengan betul.
Para guru akan dapat berinteraktif dengan para pelajar dengan lebih berkesan.

Selain itu kementerian akan meminta sekolah-sekolah untuk mengadakan aktiviti seperti English Day dengan lebih berkesan. Aktiviti seperti summer camp akan diperbanyakkan dan para pelajar akan didedahkan dengan pengajaran bahasa Inggeris ketika bergaul, melakukan aktiviti bersama.

Mungkin dari segi kelengkapan tidak ada masalah tapi bagaimana dengan guru-guru?

ALIMUDDIN: Kita akan pastikan guru-guru yang akan mengajar ini mencukupi dan terlatih. Kita akan dapatkan mereka yang telah berpencen. Ramai mereka ini yang telah berpencen boleh diberikan kontrak dua atau tiga tahun untuk menabur khidmat memandangkan keupayaan dan pengalaman mereka. Namun mereka ini akan diberikan peluang mengajar di kawasan yang berdekatan dengan rumah mereka bersesuaian dengan peringkat umur mereka.
Seterusnya guru dari luar negara. Mereka ini mungkin dibayar mahal sedikit namun lebih efisien. Mereka ini mungkin dari Australia, Kanada, England dan sebagainya. Jumlah mereka yang akan diambil mengikut keperluan di peringkat permulaan dan ditambah dari masa ke masa.

Malah semasa perbincangan Menteri- Menteri Komanwel (CCM), Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengemukakan cadangan dan bantuan mereka dan mereka bersedia membantu untuk kita mendapatkan guru.

Kemudian di Institut Pendidikan Guru (IPG), kita telah kenal pasti lima IPG khusus untuk bahasa Inggeris. Pertamanya ialah Institut Pendidikan Guru bahasa Antarabangsa di Kuala Lumpur. Kemudian English Language Training College (ELTAC) dan seterusnya IPG Datuk Razali Ismail di Terengganu dan masing-masing satu IPG di Kota Kinabalu dan Kuching. Semua pusat latihan ini akan dikhususkan kepada pengajar bahasa Inggeris sama ada yang dalam perkhidmatan atau yang berada dalam pra perkhidmatan.

Bagi IPG yang khusus untuk bahasa Malaysia lima kampus turut dipilih iaitu IPG Bahasa di Kuala Lumpur, IPG Tuanku Ampuan Afzan di Terengganu, IPG Tun Abdul Razak di Sarawak, IPG Kampus Ipoh dan IPG Kent di Sabah.

Apakah dengan penambahan waktu belajar dalam bahasa Inggeris bermakna masa pembelajaran akan ditambah?

ALIMUDDIN: Ini tidak akan berlaku. Bagaimanapun ada matapelajaran yang ada sekarang akan diubah suai. Maknanya di sini akan ada penggabungan atau pengubahsuaian antara matapelajaran nanti. Sebagai contoh para pelajar tahap satu akan pulang dari sekolah pada pukul 12.50 tengah hari.

Jadi dengan penambahan waktu dalam bahasa Inggeris ini tidak bermakna masa belajar mereka akan lebih panjang kerana ia akan membebankan pelajar. Ada yang bimbang nanti contohnya matapelajaran muzik akan dikurangkan pembelajarannya tapi sebenarnya muzik akan digunakan untuk secara menyeluruh seperti dalam mengenal huruf malah mungkin dalam pengajaran matematik bagi menarik minat pelajar.

Oleh itu ibu bapa tidak perlu bimbang kerana matapelajaran tertentu bukan dikurangkan tetapi dipelbagaikan penggunaannya sekali gus ia membolehkan pelajar cenderung untuk belajar. Kita tidak mahu dengan pengenalan kaedah baru ini nanti ia akan lebih membebankan para pelajar.
Satu lagi saya ingin tekankan ialah kenapa kita tidak boleh lakukan semua ini secepat mungkin. Semasa pelaksanaan PPSMI dahulu kita tidak mempunyai guru terlatih untuk bahasa Inggeris.
Sekarang bila kita kembali menggunakan bahasa kebangsaan masalah yang timbul tidaklah banyak cuma ada satu dua perkara yang perlu dikemaskini. Masalah sekarang kita tidak boleh melaksanakan pemansuhan ini secara spontan dan segera contohnya pada tahun depan kerana kita tidak boleh melakukannya secara mengejut. Ia perlu dilakukan secara soft landing. Kita tidak boleh menukar secara tergesa-gesa hari ini belajar bahasa Inggeris esok tukar bahasa Melayu.

Oleh itu kita akan longgarkan pendekatan secara dwibahasa. Kita ada guru yang cukup jadi kita akan utamakan bahasa Melayu. Namun itu tidak bermaksud pelajaran bahasa Inggeris diketepikan malah diperkasakan. Kerajaan telah memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

Apa harapan yang disampaikan Tan Sri kepada masyarakat yang bimbang dengan pemansuhan PPSMI?

ALIMUDDIN: Harapan saya yang utama ialah pada para guru dan pihak kementerian mengharapkan peningkatan para pelajar dalam pelajaran Matematik dan Sains. Kita tidak mahu dengan pemansuhan PPSMI ini akan mengakibatkan pemahaman dan penguasaan pelajar dalam Matematik dan Sains merosot. Kita mahukan penguasaan pelajar meningkat dan mereka berjaya menguasai kedua-dua bahasa iaitu bahasa Malaysia dan Inggeris.

Imej Malaysia tercemar di luar negara

PARA pemimpin pembangkang mengambil langkah yang bodoh membelakangkan demokrasi berparlimen dengan menganjur atau menyertai perhimpunan haram anti-ISA.

Apakah tindakan mereka itu berjaya menghentikan ISA?

Adakah tidak terfikir oleh mereka bahawa tindakan mereka itu menimbulkan huru-hara serta memberi pandangan negatif masyarakat dunia terhadap Malaysia.

Krisis ekonomi dunia yang melanda dunia dan tidak terkecuali Malaysia perlu sama-sama dihadapi demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Pastinya pemikiran dan tindakan sedemikian menambahkan keburukan kepada ekonomi negara.

Mengapa pemimpin-pemimpin ini dipilih oleh rakyat? Adakah rakyat juga salah dalam memilih pemimpin-pemimpin itu? Sama-sama kita fikir dan renungkan.

Jangan kita jadi pengikut yang tenggelam bersama labu-labu!

ISA penting demi keamanan

AKTA Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah lama diwujudkan bagi membanteras aktiviti dan anasir subversif oleh pihak komunis dan konco-konco mereka yang pada masa itu dianggap sebagai mengancam keselamatan negara serta ketenteraman awam. Tambahan lagi apabila keadaan negara diisytiharkan darurat mulai 1948 hingga 1960.

Antara ciri-ciri penting dalam akta itu ialah ‘penahanan tanpa bicara’ selama 60 hari oleh pihak berkuasa ke atas seseorang yang disyaki melakukan perbuatan yang boleh ditafsirkan sebagai mengancam keselamatan negara serta ketenteraman awam.

Akibatnya ramai jugalah mereka yang telah ditahan mengikut akta tersebut. Ia termasuklah pemimpin-pemimpin politik, aktivis sosial, pemimpin NGO dan sebagainya.

Oleh kerana cirinya yang sedemikian rupa maka ia sangat tidak digemari oleh beberapa pihak. Malahan akta itu kini dianggap sudah tidak ‘relevan’ lagi dengan persekitaran negara semasa.

Ini kerana Parti Komunis Malaya (PKM) yang dikaitkan dengan rasional pengwujudan akta itu kerana mencetuskan anasir- anasir seperti tersebut sudah tiada lagi.

Namun anasir-anasir lain yang hampir menyerupai aktiviti subversif komunis itu kini kelihatannya semakin menjadi-jadi sehingga sesekali agak menakutkan orang awam mendengarnya atau melihatnya. Perhimpunan haram, pengucapan awam yang memasukkan unsur-unsur menghasut, membangkitkan isu-isu perkauman dan keagamaan secara serius sudah pun kedengaran di sana sini.

Wajarkah dalam sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum, budaya dan agama seperti Malaysia ini membiarkan situasi seumpama ini tumbuh, membiak dan mungkin merebak dalam jangka masa tertentu sehingga nanti mengancam keselamatan negara serta ketenteraman awam?

Jawapan yang jujur kepada persoalan ini pastilah tidak.

Bagaimana pun jika ditilik kepada perkembangan semasa yang diambil kesempatan oleh sesetengah pihak dengan cuba mensensitifkan isu-isu politik yang dicampur-baur dengan isu- isu perkauman yang melampau, kewajaran untuk kerajaan pusat sekarang mengekalkan ISA adalah hakikatnya.

Bahkan dengan timbulnya segala tuntutan dan desakan melampau menerusi tunjuk perasaan, perhimpunan haram, penggunaan media tertentu oleh pihak-pihak tertentu bagi mengisi keperluan serta kepentingan mereka waktu mutakhir ini bertambah jelas lagi betapa ia mewajarkan kerajaan mengekalkan ISA dengan sifat-sifat asalnya yang sedia ada.

Ini kerana rakyat biasa yang tidak berdosa, dengan erti kata tiada langsung mempunyai kepentingan politik atau ‘kuasa’ atas tapak politik harus dibiarkan menjadi mangsa kepada sesiapa atau mana-mana golongan yang mempunyai kepentingan peribadi.

Oleh itu, sementara kerajaan masih di dalam kajian untuk menambah baik atau menghapuskan akta itu, sepatutnya juga kerajaan melihat kepentingan sebahagian besar rakyat yang mengharapkan ketenteraman mereka dilindungi menerusi undang-undang yang tegas dan kemas.

Mereka sangat inginkan sebuah negara yang aman sentosa bukan sahaja untuk mereka bahkan untuk generasi mereka yang akan menyusul. Semoga slogan 1Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan itu benar-benar dirasai rakyat.

Patuhi arahan kuarantin

BUAT pertama kalinya penulis berasa takut akibat menghidap demam selesema. Rasa cemas dan hidup menjadi kalut. Masakan tidak, negara bukan sahaja jumlah 1,480 pesakit selesema babi (Influenza A H1N1), malahan mencatatkan empat kematian (sehingga 29 Julai 2009).

Perkara pertama yang difikirkan adalah untuk menjauhkan diri dari ahli keluarga yang lain (kuarantin diri) sebelum mendapat pengesahan doktor sama ada cuma selesema biasa ataupun mungkin H1N1. Keresahan memuncak bila melihatkan hidung anak yang masih kecil mula berhingus! Bermacam perkara difikirkan; baik, buruk, termasuk langkah kecemasan segera yang perlu diambil.

Namun, semuanya berlalu dengan selamat selepas dimaklumkan ia hanya selesema biasa.

Bagaimanapun, bagi empat kematian pertama H1N1 negara, mereka bukan sahaja terlewat mengesan jangkitan, malahan terlewat mendapatkan rawatan.

*Asas kuarantin
Di seluruh dunia, jumlah jangkitan virus selesema babi menghampiri 200,000 dan tidak menunjukkan tanda akan berhenti meningkat. Jumlah kematian global pula hampir sama dengan jumlah pesakit di Malaysia.

Suasana penutupan pusat pengajian, sekolah, pejabat dan juga tempat awam juga semakin biasa kedengaran. Namun, rata-rata rakyat Malaysia kelihatan bersahaja menghadapinya, lebih-lebih lagi golongan pelajar (yang belum dijangkiti), kelihatan seronok dapat bercuti akibat proses kuarantin.

Walaupun kita diingatkan supaya tidak cemas menghadapi pandemik global ini, corak penularan mendadak menunjukkan masih banyak yang boleh dilakukan bagi mengekang penyebaran virus H1N1. Yang paling ketara adalah proses kuarantin diri mungkin kurang berkesan, terutamanya jika pesakit tidak mematuhi arahan pihak berkuasa.

Kuarantin atau pengasingan mereka yang menghidap penyakit bertujuan mengawal penularan penyakit berkenaan, terutamanya penyakit berjangkit yang mudah merebak seperti selesema.


Buat masa ini, proses kuarantin merupakan pilihan terbaik bagi semua (yang sakit atau sihat), memandangkan kesukaran mendapatkan ubat antiviral dan juga ketiadaan vaksin (buat masa ini).

Selain pengasingan, mereka yang disahkan atau disyaki menghidap selesema babi perlu menjaga faktor kebersihan diri. Melihatkan tabiat orang ramai di tempat-tempat awam, bukanlah satu kejutan jika didapati ramai yang dikuarantin ini mengabaikan tahap kebersihan.

Bersin, batuk, meludah, mengelap hingus menggunakan tangan. Kesemua ini dapat menyebarkan virus Influenza A, sama ada terus kepada individu lain ataupun ke atas permukaan rata, seperti tombol pintu, permukaan meja ataupun permukaan peralatan harian lain.

Pinggan, sudu, cawan, baju serta kain yang digunakan pesakit berpotensi menyebarkan virus kepada orang lain. Oleh itu, langkah menjaga kebersihan tangan dan memakai alat perlindungan bersesuaian (terutamanya untuk mulut dan hidung) bagi yang sakit atau sihat, dapat mencegah virus disebarkan kepada orang lain.

Perlu diingatkan bahawa penyebaran virus dan kuman lain banyak berlaku bila tangan menyentuh mulut atau hidung. Lembapan pada hidung, mulut dan juga mata menjadi tempat yang sangat baik untuk virus serta kuman lain masuk ke dalam badan dan membiak.

Dan, jika seseorang sudah diletakkan di bawah kuarantin, sama dipantau ataupun kuarantin diri sendiri, pastikan anda tidak keluar ke tempat awam. Ini paling ditekankan jika pesakit pergi ke tempat tumpuan umum yang padat, seperti kedai makan, pasar raya atau tempat riadah.

*Proaktif
Selepas penutupan berpuluh-puluh sekolah, universiti dan pusat latihan, kita mungkin perlu bersedia untuk penutupan, kuarantin dan pembersihan tempat kerja serta pusat tumpuan orang ramai pula. Seperti mana bandar Mexico mengambil tindakan kuarantin menyeluruh pusat bandarnya bagi mengawal penularan mendadak H1N1, situasi serupa menjadi antara kemungkinan kelak jika penularan virus tersebut masih gagal dikawal.

Kedai makan, panggung wayang, pasar raya dan lain-lain tempat tumpuan umum boleh menjadi pusat penyebaran virus jika tindakan awal seperti kuarantin diri dan amalan kebersihan asas diambil mudah.

Majikan juga perlu mengambil langkah proaktif, bukan sahaja mengelakkan risiko kesihatan kepada pekerja dengan mengelakkan tugasan ke tempat berisiko tinggi (kecuali amat perlu).

Pekerja yang menunjukkan gejala jangkitan pula perlu diberikan pengecualian segera untuk menjalani pemeriksaan, supaya sebarang masalah kesihatan dikesan dari peringkat awal.

Ini terutamanya untuk penyakit berjangkit, seperti denggi dan juga selesema yang mudah merebak, walaupun di tempat kerja. Pemeriksaan awal membolehkan rawatan diberikan segera!

Bagi yang banyak merantau di dalam atau luar negara (tugas atau melancong), pastikan tahap kesihatan diri sebelum, semasa dan selepas pulang. Ini bukan sahaja untuk menjaga kesihatan diri, malahan melindungi individu di sekitar kita.

Mereka yang mempunyai masalah kesihatan lain, termasuklah penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, obesiti, masalah jantung, paru-paru, buah pinggang ataupun sedang hamil, fahami bahawa anda menghadapi risiko komplikasi lebih tinggi jika dijangkiti.

Seperti mana yang ditegaskan sebelum ini juga, jangan sesekali diambil mudah demam, mahupun selesema! Jalani ujian dan pemeriksaan segera bagi memastikan tiada ancaman terhadap diri dan keluarga, di samping mengelakkan penyebaran virus berbahaya kepada masyarakat umum.

Ingatlah, demam dan selesema itu menjadi isyarat asas badan sedang menentang jangkitan kuman atau penyakit. Mungkin selesema babi, mungkin demam denggi, atau mungkin juga bermacam jangkitan kuman berbahaya lain. Sehingga adanya vaksin untuk menentang penyakit berjangkit tersebut, pastikan langkah awal mencegah dipatuhi sewajarnya.

Ubat antiviral dijangka tiba pd hari esk.

Rawatan sekali, perlindungan sepanjang tahun


ASID zoledronic 5mg akan dialirkan melalui penggunaan set infusi dan diberi secara intravena selama 15 minit kepada pesakit.

Osteoporosis atau kerapuhan tulang sering menjadi ketakutan kepada golongan Hawa selepas kanser payu dara. Ini kerana struktur tulang menjadi tidak padat dan semakin lemah sehingga mengurangkan kemampuan badan untuk menggantikan tulang lama dengan yang baru dan seterusnya cenderung kepada kepatahan atau keretakan tulang.

Apa yang membimbang wanita ialah kesan kepada kesusutan tulang ini yang menyebabkan seseorang itu menghadapi kesukaran untuk duduk, berdiri, batuk atau mendakap orang tersayang.

Ramai orang beranggapan bahawa mereka tidak akan mendapat osteoporosis jika mereka menjalani hidup yang sihat dan aktif. Malangnya, osteoporosis adalah penyakit yang senyap dan boleh memusnahkan diri tanpa sebarang tanda.

Ini adalah disebabkan seseorang itu tidak akan berasa sakit maka ramai yang tidak sedar yang mereka mempunyai penyakit itu sehinggalah mereka mengalami kepatahan atau keretakan tulang.

Pakar Perunding Kanan Endokrinologi Universiti Malaya yang juga Presiden Persatuan Osteoporosis Malaysia, Profesor Chan Siew Phen berkata, osteoporosis adalah satu penyakit tulang metabolik yang menjejaskan kesihatan lebih kurang 200 juta orang di seluruh dunia dan lebih daripada satu juta orang di Malaysia.

Ia adalah satu penyakit yang melemahkan kekuatan tulang yang menjadikannya lebih mudah retak selepas trauma yang minimum atau kecil.

"Selain itu, osteoporosis boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa. Ini lebih ketara pada keretakan pinggul yang boleh menjejaskan kualiti hidup dan hilang kebergantungan akibat kehilangan upaya dan pergerakan yang terhad.

"Penjagaan dan bantuan jangka masa panjang diperlukan oleh pesakit-pesakit disebabkan keadaan mereka yang mempunyai kebebasan terhad,

"Pada tahun 1997, kejadian pinggul retak di Malaysia di kalangan individu yang berusia lebih 50 tahun adalah 90 bagi setiap 100,000 orang. Keretakan pinggul berkait rapat dengan morbiditi dan kadar kematian tinggi dalam lingkungan 20 hingga 25 peratus pada tahun pertama selepas pesakit mengalami keretakan.

"Kebanyakan yang terselamat akhirnya hilang upaya dan hanya 25 peratus yang dapat meneruskan aktiviti normal. Kos langsung kemasukan hospital bagi keretakan pinggul pada tahun 1997 dianggarkan pada kadar konservatif sebanyak RM22 juta,'' katanya ketika menyampaikan ceramah Pandangan Umum Osteoporosis di Malaysia sempena majlis palancaran Aclasta di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Siew Pheng, kajian menunjukkan bahawa pesakit-pesakit yang mencapai keperluan rawatan sebanyak 50 peratus mempunyai risiko keretakan yang sama dengan mereka yang tidak mendapatkan sebarang rawatan perubatan.

Kajian terbaru oleh Yayasan Osteoporosis Antarabangsa menunjukkan bahawa 60 hingga 80 pesakit yang mengamalkan ubat makan berhenti dari mengambil ubat rawatan dalam tempoh setahun.

"Bahkan, kajian yang dilakukan oleh badan-badan kesihatan antarabangsa mendapati wanita Asia dan wanita berkulit putih mempunyai risiko lebih tinggi menjadi mangsa osteoporosis berbanding wanita kulit hitam. Dalam konteks negara kita, kaum Cina didapati dengan mudahnya mendapat penyakit ini kerana genetiknya berbanding bangsa lain.

"Begitu juga kerana di kalangan wanita Asia pengambilan kalsium agak rendah berbanding wanita Barat. Hal ini berlaku kerana gaya hidup orang Asia yang lebih cenderung menggelakkan pengambilan produk-produk tenusu.

Namun begitu, sepatutnya wanita Asia tidak menggunakan alasan itu mendapat osteoporosis. Ini kerana kalsium boleh diperoleh daripada sumber-sumber alam yang lain seperti badam, tauhu, tiram dan salmon bertulang dalam tin,'' katanya.
Tambahnya, selalunya osteoporosis ini didiagnosis melalui pengimbas Dua Energy X-Ray Absorptiometry (DEXA). Rawatan yang umum dilakukan kepada pesakit osteoporosis pula adalah dengan mengambil ubat-ubatan, pengambilan hormon dan terapi penggantian hormon.

"Walau bagaimanapun, semuanya memerlukan rawatan yang berulang. Kini dengan pengenalan infusi setahun sekali bagi osteoporosis bakal memberi pilihan tambahan dan bernilai kepada pesakit serta mempunyai potensi untuk memperbaiki keperluan rawatan yang mengurangkan risiko keretakan yang akhirnya memberikan mereka kualiti hidup yang lebih baik,'' ujarnya.

Rawatan osteoporosis sekali setahun yang dilancarkan baru-baru ini oleh Novartis bakal membolehkan pesakit-pesakit mendapat perlindungan sepanjang tahun. Dengan infusi
intravena (IV) asid zoledronic 5mg yang hanya perlu diambil setahun sekali selama 15 minit.

Dengan infusi ini, boleh mengurangkan keretakan pada tempat yang kerap berlaku keretakan termasuk pinggul tulang belakang dan tulang-tulang lain (seperti pergelangan tangan dan tulang rusuk).

Infusi ini juga boleh digunakan sebagai rawatan osteoporosis bagi kaum lelaki dan pesakit-pesakit yang berisiko tulang retak, termasuklah mereka yang mengalami trauma kecil keretakan tulang pinggul.

Profesor Madya Klinikal Jabatan Perubatan University Sydney dan Ketua Unit Tulang dan Saluran Mineral dalam Endokrinologi di Pusat Kesihatan Barat Daya Sydney, Profesor Michael Hooper berkata, kemudahan infusi ini dengan hanya satu dos setahun dapat memperbaiki keberkesanan rawatan dan perlindungan tulang di kalangan pesakit sementara mengurangkan kemasukan hospital bagi kes-kes yang berkait dengan keretakan tulang dan kos penjagaan kesihatan.

"Pesakit-pesakit kini mempunyai pilihan yang lebih baik, mudah dan sama berkesannya dengan rawatan ubat makan sedia ada.

"Dari kaji selidik HORIZON Recurrent Fracture Trial yang membabitkan lebih daripada 2,100 lelaki dan wanita yang menghidap osteoporosis serta mengalami keretakan pinggul membuktikan bahawa infusi ini meningkatkan kepadatan mineral tulang (BMD) dan mengurangkan risiko keretakan klinikal baru sebanyak 35 peratus. Risiko keretakan baru pada tulang belakang dikurangkan sebanyak 46 peratus manakala keretakan pada bahagian selain tulang belakang ialah 27 peratus.

"Profil keberkesanan dan keselamatan infusi ini amat ketara dalam HORIZON Pivotal Fracture Trial yang dibuat selama tiga tahun membabitkan 7,700 kaum wanita di mana 14 peratus terdiri daripada pesakit dari Asia.
"Dalam kajian ini, infusi ini menunjukkan peningkatan dalam kekuatan tulang dan mengurangkan risiko keretakan tulang belakang sebanyak 70 peratus manakala keretakan pinggul pula sebanyak 4 peratus.
"Penurunan kejadian keretakan tulang belakang berterusan selama tiga tahun dan BMD menampakkan peningkatan yang ketara dalam tulang belakang sebanyak 6.7 peratus dan pada pinggul sebanyak 6 peratus,'' jelasnya.

Infusi ini telah diluluskan di lebih 80 negara sebagai rawatan untuk osteoporosis selepas putus haid dan buat masa ini boleh diperoleh di lebih 70 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Canada, Brazil, negara-negara Kesatuan Eropah, Australia, Singapura, Thailand, Korea dan Filipina termasuk Malaysia.

Dengan adanya infusi ini, ia akan memberikan impak yang besar kepada pesakit-pesakit yang terpaksa hidup dengan osteoporosis kerana mereka boleh mendapatkan perlindungan keretakan sepanjang tahun dengan satu rawatan sahaja.

Carian pintas artikel blog ini

Blog lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Photobucket